Jumaat, 25 November 2011

Adakah saya sedang..................


Assalammualaikum...


Wah...panjangnye dot..dot..dot......Ape maksud tersirat tu? Actually nk share dengan kawan-kawan. Bukan ape, sejak 3 weeks ni tetiba rasa selalu sakit perut cam ada angin lintang pukang lak kat pewot ni. Tapi Hanis tak makan ubat pun coz boleh bertahan lagi. Then, rasa lapar yang membuak-buak. Pas makan nak makan lagi dan makan lagi dan lagi dan lagiiiiiiii..hehehe.. Tetiba lak selera makan cam selera gajah. Perut dah kenyang ni, tapi pantang nampak makana a.k.a roti kew terus nak baham (hihi..cam gelojoh lak hakku)...

Tu yang confius tu.. Tapi Hanis ambik tak kisah pn.. For me, bagus lah sebab b4 ni memang susah nak makan pun. Dah kawin patutnya makin berselera, tapi makin kurang makan sampai kawan-kawan di pejabat pun tegur..." Napew nampak makin kurus??? " " Napew muka cengkung??? "
Ishhh! menyampah betul dengar. 

Act, Hanis perasan dalam masa sebulan ni memang kuat makan. Baru makan 2 jam rasa lapar balik. Citer kat Kak Rose (member tempat keja) maybe gastrik kot. Sebab Hanis memang ada gastrik. So kena makan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Memang cam tu lah. Setiap 2 jam nak kena makan. Pastu kalau makan tak boleh banyak-banyak nanti sesak pulak.. Haisshhh! macam-macam hal lah badan ni. Mengada-ngada sangat..kui..kui... Nasib baik berselera je nak telan, kalo tak kesian perut nangis-nangis coz tak dapat bahan bakar a.k.a makananlah!

Nak di pendekkan cerita, seminggu yang lalu gastrik pulak menyerang. Perut yang krok-krok tu dah kurang. Paling teruk masa malam nak tido sampai suh Husb letak tangan kat perot coz dah tak tahan sangat. Kata orang tangan suami ni mujarab. Baca doa&selawat letak kat tempat sakit pada isteri, InshaAllah dengan izinNya maka baik lah...Amin..
Erm...barulah lega sedikit and boleh tido terus sampai ke pagi..(^___^)

Ada ke Hanis salah kira waktu subur...hahaha..bila cerita kat husb dok gelak sama-sama. Kalau ada rezeki, adalah erk... Jangan mengharap sangat. Lagi pun Hanis dah pernah kena dulu masa raya. Lewat datang period 10 hari..Ingatkan pregnant, hari ke 11 dia datang lak... Memang nangis sedu-sedu lah beb! Nasib baik Husb ada dan bagi sokongan moral. Alhamdulillah... Moralnya mungkin Allah nak menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Setiap kejadian ada hikmahnya... Percaya pada Qada' & Qadar Allah... Subhanallah....

Hari ni dah masuk 38hari kitaran haid. Selalu 30@32 hari dah datang dah. Hanis tak nak terburu-buru buat UPT test. Kang kalo tak ada kang kecewa je bulat-bulat cam dulu. Nak kata period tak teratur sangat tu tak adalah pulak. Nak kata fixed sangat pun tak. Masa tarikh yang sepatutnya datang period tu, rasa cam period pain...tapi tak datang period pun. Memang sakit perut&lenguh-lenguh kaki serta pinggang. Hari ni pun sama jadi balik. Tapi yang penting memang dah lewat la dari tarikh jangkaan. Ingat nak lepaskan 40 hari baru pikir ape nak buat seterusnya. Doa tu jangan cakap lah. Tak putus-putus sepanjang masa. Amin Ya Rabbal Alamin....Tak tahu adakan
h benar-benar preg@hayalan semata-mata..hihi...(leh gelak-gelak lak..)

Ada juga search kat google pasal orang-orang yang preggy tapi kena gastrik teruk. Let me share with others about this...




Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati.

“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.
Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.
Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.
“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.




Jadi, bagaimanakah kaedah  merawat pedih ulu hati? Cara-caranya :

1. Antasid.
Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)
Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.
3. Alginates
Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.
Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.


Erm..mungkin keadaan ini adalah normal bagi orang-orang yang mengandung. Namun Hanis tidak mengalami alahan-alahan seperti orang pregnant pun. Contohnya macam payudara membengkak, muntah-muntah, pening...Cuma missed period jelah. Loya dan malas mengada-ngada tu adalah...hehehe (memang tak dinafikan). Ada jugak Hanis search kat google orang-orang yang preggy tapi tak ada alahan langsung pun. Sampai dorang sendiri pun tak perasan yang dorang preggy. Cuma missed period jugalah macam Hanis. Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha pemurah. Untung orang tu sebab Allah beri kesenangan kepadanya...
Kalau rasa-rasa confius better buat ujian UPT untuk mendapatkan kesahihan. Tapi macam takut la.. Tak nak pisang berbuah dua kali... Daaa...


Selasa, 22 November 2011

Sekadar untuk renungan bersama ~ Kisah Si Penjual Tempe~


Assalammualaikum

 
Bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa
lain yang... dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin
Bacalah....moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada
seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.
Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di
pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup.

Tempe yangdijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang
bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba
dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang
soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum
bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.
Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang
masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan
tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana
hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa
Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa
bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini
menjadi tempe . Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh
hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti
mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu
menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk
menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe .
Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin
doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun
mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe
kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar
jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi
membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia
termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap
begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah
tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia
tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi
dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa
barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah
pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil
berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua
tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi
semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari
rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa.
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau
kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe
ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia
tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan
barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang
tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg
berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan
menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe
yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya
dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih
belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik
nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa
sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana
doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak
adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya
punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya
cumaduduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab
dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli
tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun
semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para
pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe ,
tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu
seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari
ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun
jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir
kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun
dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat
pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali
terakhir,

"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang
wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak
menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah
pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih
belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun
menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab
sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa
di dalam hatinya

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia
membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah
seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih
belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis
kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita
itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di
England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan
tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi
kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe
yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah
menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi
dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun
kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun
dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada
Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih
mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik
untuk diri kita.


Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan
seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan
sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.
Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar
jangkaan kita.


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan


Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita
sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah
seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan
solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan
berpesan ke arah kebaikan.




Sabtu, 19 November 2011

Tahniah Si Bongsu Dengan Keputusan UPSR


Assalammualaikum....


Seperti yang kita semua sedia maklum, semalam result UPSR dah keluar. Act, tak tahu pun result keluar semalam. Tiba-tiba dapat msj dari Iwan...."Along, ko tau tak Iwan dapat berapa?"
Then, terus rasa ekcited nak call Iwan. 1st tu dia tak nak bagi tau. Dia kata kalau nk tau kena balik umah mak. Engkau gile nak balik coz nak tau result UPSR dia je! Then, dia bagi tau jgk....








jeng








jeng









jeng








3A, 1B, 1C


Hahahahah...okay lah tu. Lagi pun Iwan bukan study sangat. Dah memang otak dia cerdik walaupun asyik main game PC&PS2. Mak kata, kalau Iwan tak main game sure boleh dapat 5A@4A.

B.Melayu Pemahaman&Penulisan A, Matematik A, Sains B and the last yang standart C adalah B. Inggeris. Biasalah tu dik..Akak dulu pun B.I dapat C jugak...hehehe...

Anyway congratulation...Abah dah janji nak bg 1A RM100 kan? nasib la...nanti dapat RM300 jangan lupa belanja Akak tau. Miss u dear...L.O.L!









P/s : Tahniah sangat-sangat pada adik-adik yang dapat result gempak (5A's). TPM kata keputusan tahun ini adalah keputusan yang paling terbaik untuk tempoh 4 tahun since 2008. Congratulation!!!!


Rabu, 16 November 2011

Eidulfitri feast at Pan Pacific, KLIA


Assalammualaikum


First sekali nak kata saya rindu banget kat blog yg cumil ni..hihi...(sebab dah lama tak update kan?)

Baiklah, ini adalah gambar-gambar kami ketika menghadiri majlis hari raya di tempat kerja Abah saya di Hotel Pan Pacific, KLIA


Peace v(^_^)v b4 going to inside Hotel!


Me wif lovely 'mamat'...ahaks!


We are happy family...!


Selepas masing-masing kekenyangan, kami pun bergerak pulang ke rumah. Nak tahu, bapak ramai orang kat dalam tu. Makanan memang banyak, memang sedap, memang lazat. Tapi yg tak sedapnya kena duduk bersila ramai-ramai sambil menjamu selera. Lepas tu bersidang depan lif pulak tu. Sampai mak dan pak salleh yg lalu lalang saya "Excuse me..." Hahaha...buat malu je!

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah. Dapek makan free. Jom balik!


Bye!


Selasa, 1 November 2011

Pengorbanan Untuk Keluarga


Assalammualaikum
(^___^)

Eh, belum ape2 hal lagi dah senyum ni kenapa? hehehe..senyum kan 1 sedekah...dapat pahala bila bersenyum...tapi jaganlah bila ada kwn-kwn yang bercerita pasal kesedihan@bad2 news kita nak senyum gak..agak-agaklah ye dear. Pastikan senyuman itu dilemparkan pada tempat&saat yang betul. Kalau tak memang nak kena pelempanglah jawabnye...Pang!!!


Today, nak cerita pasal pengorbanan pada keluarga. Tanpa kita sedar mungkin selama ni kita pernah@tidak bekorban untuk family kita. Bila dah besar ni dan renung-renung kembali waktu zaman susah senang kecik-kecik dulu mesti ada yang menarikkan?. Maaflah kalau u ols semua tak faham maksud Hanis. Tapi u ols kena baca entry ini sampai habis baru boleh paham ape yang Hanis nak sampaikan....


"Saya anak pertama dalam keluarga.Mempunyai adik beradik seramai 5 orang. Emak dan abah bertuah kerana kami selang bunga kata orang tua-tua. Perempuan lelaki perempuan lelaki perempuan(gugur) dan lelaki Adik yang kedua (Angah) 2 tahun lebih muda dari saya. Sekarang berumur 24 tahun. Bekerja sebagai juruteknik di Pusat Konvension Antarabangsa Putrajaya. Adik yang ketiga pula (Adah) 2 tahun lebih muda dari adik saya yang Angah. Sekarang berumur 22 dan bekerja sebagai Physiotherapist di Kajang Specialist Hospital (KPJ). Yang keempat pula sedang menganggur dirumah sementara menunggu panggilan ke IPT dan berumur 18, iaitu 4 tahun lebih muda dari adik ketiga saya Adah. Manakala, Sibongsu Iwan berumur 12 tahun sedang belajar di sekolah rendah dalam darjah 6.


Waktu saya sedang bersekolah rendah dalam darjah 5, adik yang kedua darjah 3 dan yang ketiga darjah 1. Mungkin agak beban bagi abah kerana 3 orang anak telah bersekolah. Walaupun sekolah rendah, tetapi perbelanjaan buku, yuran, baju, beg dan keperluan-keperluan sekolah adalah tiga kali ganda. Sewaktu adik yang keempat masuk darjah 1, saya berada di tingkatan 3. Maknanya 4 orang sedang bersekolah. Saya membayangkan bagaimana ayah menyara kami adik beradik apabila 4 orang anak sedang bersekolah dan perbelanjaan rumah lagi memandangkan abah hanyalah seorang juruteknik di Malaysian Airport Berhad, Sepang. Angaran gaji hanyalan RM1500++ sahaja sebulan. Namun kami masih lagi cukup makan, cukup pakai dan wang perbelanjaan tidak pernah tak dapat  tiap-tiap hari. Baju, kasut dan beg sekolah tetap berganti tiap-tiap tahun. SubhanAllah...besar sungguh pengorbanan abah dan emak untuk membesarkan kami adik beradik. Sewaktu saya sedang menuntut di IPT , Johor Baharu tahun kedua, adik saya angah mungkin telah habis sekolah.


Sementara menunggu keputusan SPM, dia bekerja di kampung dan kilang. Angah juga kadang kala menyara membantu abah dan emak dalam soal-soal perbelanjaan rumah dan sesekali menghulurkan wang kepada saya yang kadang-kadang pulang bercuti. Tak terhingga pengorbanan Angah untuk keluarga. Mungkin disebabkan itu jugalah dia lewat meneruskan pelajaran di peringkat IPT. Sewaktu saya tamat belajar di IPT, adik yang ketiga tamat tingkatan 5. Jadi, sementara menunggu keputusan SPM nya, dia bekerja dia Kilang bersama saya. Bagi saya tidak kisahlah kerja apa sekali pun waktu itu kerana seumur hidup memang tidak pernah bekerja lagi saat itu. Saya dikira beruntung berbanding adik-adik yang bekerja setelah tamat SPM.


Setelah 5 bulan bekerja di kilang, Adah berhenti dan bekerja di klinik berhampiran rumah selama 2 bulan sebelum mendapat tawaran belajar di Kolej Profesional KPJ, Nilai. Manakala saya pula mendapat pekerjaan sebagai juruteknik penyelenggaraan di Bangunan Kementerian Pertanian di Putrajaya. Angah pula sedang menuntut di Kolej Komuniti Banting. Kini bermulalah episod pengorbanan saya pula buat adik-adik. Berbekalkan wang PTPTN adalah tidak cukup untuk menyara perbelanjaan Adah. Maka saya membantu abah untuk memberi wang perbelanjaan kepada Adah. Sekurang-kurangnya ringan beban abah. Adik saya yang keempat, Ammar pula masa itu sudah bersekolah menengah di tingkatan 2, manakala Iwan pula di darjah 2. Ditambah Angah yang sedang belajar tentunya Abah memerlukan wang yang lebih untuk menyara kami sekeluarga.


Setahun selepas itu Angah pula tamat belajar. Tidah sampai 2 bulan menganggur di rumah Angah telah dapat pekerjaan di PICC. Maka beban Abah pula berkurangan. Namun saya masih membantu adah dangan memberi wang perbelanjaan. Ingat lagi permulaan gaji bersih saya RM950 sahaja. Alhamdulillah. Bersyukur dapat pekerjaan tetap. Sekurang-kurangnya sijil Diploma saya berharga. Lebih kurang 2 tahun bekerja, saya membeli kereta. Tujuan untuk membantu keluarga. Masa itu keluarga kami memang tak ada kereta langsung. Seronok sebab dapat tolong bawa emak, abah dan adik-adik ke mana sahaja mereka hendak pergi.


Setelah tiga tahun, Adah tamat belajar dan meneruskan pekerjaan di Kajang Specialist Hospital. Lebih ringan beban abah dan emak. Saya dapat mengagak abah sekarang telah senang sedikit setelah ketiga-tiga anaknya telah bekerja. Maka abah dapat membeli kereta idamannya, Perdana. Saya bersyukur sangat-sangat setelah 3 bulan adah bekerja, dia pun membeli kereta bagi memudahkan untuk ke tempat kerja. Oh ya, Adah beli kereta setelah sebulan saya melangsungkan perkahwinan. Sebulan sebelum saya membeli kereta dahulu, abah ada membeli kereta 'second hand' dari kawannya untuk kegunaan Angah. Baru-baru ini Angah pula membeli kereta hasil titik peluhnya sendiri. Dia pun nak bekereta baru.


Sekarang telah ada 5 buah kereta di depan rumah. Kalau dulu orang menganggap kami sebagai miskin, tetapi berkat doa dan kesabaran emak dan abah, Allah telah melimpahkan rahmat yang tak terhingga buat kami sekeluarga. Sekarang ramai kawan-kawan emak segan katanya untuk datang ke rumah kerana banyak sangat kereta dan menganggap ramai tetamu datang rumah pada waktu cuti. Sebenarnya kereta anak beranak sendiri pun telah penuh laman rumah. Kini emak dan abah boleh tersenyum gembira melihat kejayaan anak-anak mereka.Gaji kami sahaja adik beradik tak kurang mencecah RM2000++ seorang. Saya beryukur dan bangga sangat-sangat atas didikan orang tua kami, kami berjaya menjadi insan yang berguna. Terima Kasih emak dan abah. Pengorbanan yang tak terungkap oleh kata-kata. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Amin Ya Rabbal Alamin..."


Thanks u ols..moral of the story, ciri-ciri yang ada pada kita ni adalah apa yang org tua kita beri makan dan bagaimana cara mereka mendidik. Anak-anak adalah cermin kepada sikap kita sendiri. Sekiranya mereka baik, maka sebenarnya kita juga baik. Dan ingatlah, sekiranya mereka jahat, maka ia juga berpunca atas didikan kita. Pernah saya mendengar cerita dari emak. Ada seorang kenalan yang suka membohong orang lain termasuk ibu bapanya. Tetapi bila dikaji, sikap ibunya juga begitu semasa mudanya. Maka tidak hairanlah bila ada peribahasa yang mengatakan " Bapa borek, anak rintik"

Doakanlah kebahagiaan ibu bapa kita sepanjang masa. Cuba bayangkan sekarang kita mungkin belum berkahwin atau baru sahaja berkahwin dan tidak mempunyai anak lagi. Gaji bersih di antara RM1500-RM2000 itu adalah kepunyaan dan perbelanjaan kita sendiri sahaja. Tetapi bagaimana ayah kita yang berpendapatan sama menyara anak seramai 4 atau 5 orang yang bersekolah kesemuanya. Ditambah dengan perbelanjaan dapur, bayaran rumah, bil-bil, perubatan, adakah anda rasa cukup? Saya begitu bangga kerana mereka mampu melaksanakan tanggungjawab sebaik yang mungkin. Hebat. Anda adalah ibu bapa terbaik di dunia. Semoga Allah merahmati hidup anda dunia dan akhirat. Amin...







~Mutira Kata~

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."