Selasa, 27 Mac 2012

Rindu


Assalammualaikum


Rindu pada belog yang dah bersawang... Fuh fuh tiup-tiup habuk dan sawang-sawang pada belog ni. Bukan sengaja nak sawangkan belog comot ni. Tapi kesihatan tak mengizinkan. Nak on laptop pun tak mampu. Ni kan pula nak berbelog dan online sepanjang masa.

Masa sakit ni hanya ditemani mak, ubat, tilam, bantal. Kesian pula suami yang berulang alik saat saya nyawa-nyawa ikan tempoh hari. Urusan kerja jangan cakap lah. Tak ada langsung dalam list pemikiran saya ni. Yang saya fikir menanggung sakit dan hendak sembuh sahaja jika diizinkan Allah. Kalau nak buang kerja pun tak apelah. Mungkin rezeki saya hingga di sini sahaja.

Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesihatan. Terima kasih mak, suami, abah, adik-adik dan sedara mara yang banyak membantu ketika saya sakit. Hanya Allah mampu membalas jasa semua... Sayang saya pada kalian hanya Allah yang mengetahuinya...


Lot's of LOVE




7 Mac 2012 - Saya dnc. Till now 27 Mac saya masih terlantar atas katil. Nanti saya story kisah ni untuk share pengalaman saya pada anda semua. Saya tahu setiap orang tak sama. Tapi sekurang-kurangnya boleh tolong uols bila hadapi perkara yang sama kan?


Selasa, 6 Mac 2012

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama Sayang ♥…


Assalammualaikum w.b.t


Menitik air mata tatkala suami balik kerja semalam. Bukan sebab sedih, tapi terlalu terharu melihat suami pulang dengan tgn berisi sekotak kek, aiskrim dan paper bag berisi hadiah buat isteri tercinta. Sedangkan saya mengerang kesakitan di atas sofa.
 
 
Saya betul-betul tak menyangka. Penat-penat balik kerja masih sempat meyediakan kelengkapan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami yg pertama.
 
Suami kita ni kadang-kadang tengok tak romantik, tapi sebenarnya dia tak tunjuk. Mungkin dalam hati dia lebih lembut dari hati kita. Mana tahu disebalik kesusahan dan keperitan yang kita alami dia sebenarnya menagis sebab tak sanggup tengok kita hidup susah. Hargailah suami kita walau dia jahat macam mana sekali pun. Suami tetap suami. Syurga kita tetap di kaki dia.
 
“Terima kasih abg untuk segala-galanyanya. Terima kasih kerana terima saya seadanya di dalam hidup abang. Terima kasih kerana menjaga dan sabar melayan karenah saya selama ini. Terima kasih kerana membimbing saya agar menjadi isteri yang baik dan solehah. Terima kasih kerana sanggup bekorban masa, tenaga dan wang ringgit demi kebahagiaan saya. Terima kasih untuk setiap pengorbanan yg abg lakukan…Semoga perkahwinan kita kekal dan tetap utuh hingga ke ahhir hayat…Amin”
 
Terima kasih juga untuk rakan-rakan yang sentisa mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami berdua. Semoga uols juga menemui kebahagiaan yang sama seperti yg saya rasai.
Amin Ya Rabbal Alamin…
 
♥♥♥









Million Thanks buat suami, family dan kawan-kawan. Terasa diri ini amat-amat dihargai. Sepanjang minggu ni ramai kawan-kawan sekerja yang bertanyakan tentang perkembangan cerita saya. Terima kasih atas doa kalian semua...

Sayang Awak Semua
 Take Care Tau
~_~