Khamis, 26 Julai 2012

Pewwwiitt ♥ ♥ ♥





Mata ku terlekat pada potret wajah

Seakan ada tarikan di situ mengamit

Tapi mata tak betah menatap lama

Terselit segan merona malu

Ku bayangkan segala gerak rasa

Ku cuba tafsir sebalik senyum yang tergambar

Seakan ia terkandung jutaan rahsia

Yang sukar untuk ku ungkai

Penuh misteri..

Aku sayang kamu..

Pertama kali terpandang..

Seakan ada tarikan magnet yang menarik

Aku tak tahu kuasa apakah itu

Tapi yang pasti kamu bisa buat

Denyut nafasku bagaikan terhenti

Kehidupanku ceria selalu...

Hanya kerna ku pahat wajahmu dalam mindaku

Kamu yang aku sayang, ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu..







MOHAMAD RIZAL ABDULLAH PUZI 



Dari :
 Isteri yg terlalu menyayangi
T_T


Rabu, 25 Julai 2012

Ramadhan Yg Sama, Perasaan Yg Berbeza, Syukur...Alhamdulillah


Assalammualaikum.


Pejam celik pejam celik dah hari ke 5 kita semua menunaikan rukun islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa tahun ni tak banyak bezanya coz berpuasa kali kedua sebagai wifee. Sama seperti tahun lepas juga. Kadang-kadang berbuka berdua, kadang sorang-sorang dan bila hujung minggu bersama keluarga sendiri atau keluarga mertua.

Bila berbuka sendiri tu paham-paham sajelah, buat-buat macam seronok konon-konon makan berdua. Kadang-kadang saja buat-buat sibuk macam kemas rumah ke, kemas dapur ke, basuh baju ke sampai tak perasan dah nak masuk waktu berbuka. (sebenarnya ni cara untuk menghilangkan rasa boring bila di rumah seorang diri. Lagipun rumahku kan syurgaku.hihihi)

Sebagai isteri, kenalah paham dan sentiasa berfikiran positif. Tuntutan kerja suami, periuk nasi berdua. Lagipun bukan suami saja-saja nak biarkan kita duduk dan makan sorang-sorang di rumah. Kalau boleh diapun nak balik awal juga dan habiskan masa dengan isteri. Dia pun rasa letih berpenat lelah mengerah keringat berbelas jam di kilang tu (nak buat macam mana kilang tu bukan suami aku yg punya.hehehe). Kalau tahun lepas memang rasa sedikit ralat dan jiwa nak memberontak je sebab tak biasa berbuka sorang-sorang. Biasalah tahun pertama macam kejutan budaya sikit. Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya lebih berfikiran resional. Siapa lagi yg paling penting memahami tanggungjawab suami kalau bukan isteri. Kan? kan?

Walaupun tahun ni keadaan Ramadhan tetap sama, tetapi perasaan saya rasa berbeza. Rasa lebih dihargai dan difahami. Kalau suami tak dapat berbuka sama pun dia tetap akan call dan sms to make sure saya dah ada juadah untuk berbuka. Bila dia balik dah siap tapau lauk untuk sahur walaupun saya tak minta. "Terima kasih Abang..."
Apa yg paling istimewanya bulan ramadhan ni dapat curi-curi masa bersolat sama-sama. Alhamdulillah, sebab bulan ni Allah berikan peluang sebegini yg jarang-jarang saya dapat rasai. Berdua dan bergurau senda.

Kebiasaanya bila lepas berbuka dan solat berjemaah bersama masing-masing terlelap sebab kepenatan dan kekenyangan. Yg peliknya bila tersedar tengah malam boleh pulak kemas rumah berdua-duaan. Sorang basuh pinggan dan cuci dapur, sorang sidai baju yg tadi tak sempat nak buat, kadang-kadang sorang sapu sampah dan mop rumah, sorang lagi lipat kain baju. Hahaha...suami isteri yg peliks! Lepas sahur pula sementara menunggu azan masing-masing barulah berpeluang bercerita tentang perihal diri atau tempat kerja masing-masing sambil begurau senda. Tetapi itulah realiti kehidupan berdua. Saling melengkapi dan memahami. 

"Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yg Allah berikan di bulan Ramadhan ni. Bukan semata-mata berpuasa, menahan nafsu lapar dan dahaga, bahkan mengeratkan silaturrahim dan kemesraan sesama insan. Jika kita bijak berfikir dan gali sedalam-dalamnya pasti kita akan temui setiap hikmah yg Allah sediakan untuk kita. Maka, rebutlah dan gunalah setiap peluang yg ada sebaik mungkin di bulan yg penuh dengan 1000 rahmat ini. Syukur Alhamdulillah..."



^_^

p/s : Tadi Maa call ajak berbuka satu family di Hotel Concorde KLIA minggu depan. Hopefully asben dapat joined lah macam tahun lepas. Doa-doakan ye...T_T

 Rindunya this tyme!


Isnin, 23 Julai 2012

Sepintas Lalu~Terima Kasih Kesayangan Semua ♥~


Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Apa yg sempat saya rakamkan bersama...



















Alhamdulillah






Million thankssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss!!!


♥ ♥ 


Tanpa saya sedari rupa-rupanya ramai insan-insan sekeliling yg menyayangi dan mengambil berat tentang perkembangan hidup saya. Terima kasih diatas doa dan perhatian anda semua. Sesungguhnya hidup ini terlalu indah kerana sentiasa dikelilingi dengan orang-orang yg baik dan berhati mulia. 

Terima kasih yg tidak terhingga. Anda semua adalah kesayangan saya yg teristimewa dunia dan akhirat.

Hugs n kiss!
Photobucket

Jumaat, 20 Julai 2012

Eksited Raya Walaupun Belum Puasa


Assalammualaikum


Sebenarnya dari minggu lepas lagi saya dan family sudah menyediakan kelengkapan raya (Hohoho...)

1. 'Alasan sebab nanti dah puasa tak larat nak berjalan-jalan bagai'. 

2. 'Alasan lain takut barang-barang yg hendak dibeli semua dah out off stock macam tahun lepas'. 

3. 'Alasan lagi buat persiapan awal-awal pun apa salahnya agar tak kelam-kabut di saat-saat akhir'. 


Ermm...semua ni memang alasan orang pompuan nak bagi dekat suami mereka kan? Hihi...

So, dipendekkan cerita malam tadi (malam jumaat pulak tuh), lepas solat maghrib dan baca al-quran 1 muka surat weols suami isteri ke Aeon Equine di Seri Kembangan (dulu dikenali sebagai Jusco Equine). Alasan saya pada suami sebab nak kesana adalah...

 " B, mak suruh tengok-tengokkan bekas kuih raya kat Jusco dekat rumah kita tu ada tak".


Hehehe....


Bila dah guna "nama emak", asben tak ada alasan untuk menolak.


Sampai je di sana memang dah ada dah jualan hari raya!, offer hari raya!, discount hari raya! dan segala bagai jenis barang yg berkaitan dengan Hari raya Aidilfitri telah dipamerkan termasuklah ketupat yg tergantung, dodol, lemang dan batang pelita.


"Mak aih, eksited betol ah depa nih!"




Masa tengah pilih-pilih balang kuih raya tu saya terus call mak. Design balang kuih macam tahun lepas tu ada, tapi corak je lain. Jadi, mak taknak.

Sambil-sambil tengok lagi terus asben kata "Yang, belilah untuk rumah kita. Senang beli awal-awal. tak payah buat dua tiga kerja nak datang lagi ke tempat ni."




Hamboi, suami pulak yg lebih eksitednya nak raya. Tapi betul jugak kan, sementara ada ni. Nanti tak perlu nak datang sini banyak kali. Time awal-awal ni stock barang memang banyak lagi. Hehehe...sokonglah sebab membeli-belahkan kegemaran isteri...Huehue...




Saya nak beli tiga biji je, suami pulak suruh beli banyak-banyak sampai enam biji sekali. Okeh, susah nak dapat mood suami yg tiba-tiba suka bershopping ni. Maka grablah peluang yg ada!!! Horehhh!!!! (sambil angkat-angkat kaki-mak aih)

Balik tu singgah di restoran Warung Pak Maidin dekat area-area depan Jusco tu. Ada hidangan burger bakar. Sebenarnya memang dah lama teringin nak makan burger bakar pun. Atas ikhsan rakan-rakan sekerja yg bagi information ada burger bakar di situ, jadi weols teruslah makan di sana.

Burger lain semuanya dah habis. Yg tinggal cuma daging rusa. (aku tak tahu apa nama glemernye burger yg kitorang order tu). Ermm...rusa pun rusalah. Tapi okehlah, sedap, daging dia tak hanyir dan lembut. Hidangan yg kitorang ambil tu dalam RM12.00 sahaja. Sahaja okeh! Hahaha...
(tak sempat snap gambar sebab masing-masing dah kelaparan)

So, for those yg nak makan burger bakar ni bolehlah dapatkan di Warung Pak Maidin, Taman Equine, Seri Kembangan. Tak perlu dah uols nak ke Wangsa Maju jauh-jauh tew. For ur information bulan puasa ni diorang ada jual di Bazar Puncak Jalil (mana pun aku tak tahu kecuali asben taulah dia).




Sampai dirumah, jeng, jeng, jeng......






* * *







* * *











Over eksited tak aku? Siap susun atas meja lagi. Nasib baik tak isi kuih terus. Bhahaha...
Suami geleng kepala melihat isteri berperangai seperti anak kecik yg dapat permainan baru. Silalah bertabah wahai suami comels ^_*



info : Murah-murah barangan rumah uols boleh dapat di mana-mana cawangan Aeon. Balang kuih atas ni Hanis beli RM4.90 je satu. Pink is irresistably sweet! ♥ ♥ 



p/s :
 Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam di dunia. Semoga amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Bulan rezeki berganda, bulan amalan dan pahala berganda juga. Jadi, jangan lepaskan peluang ini!!!
(macam promosi hari raya gak)


Bye, thanks for reading!

mini animal emoticon


Rabu, 18 Julai 2012

♥Wordless Wednesday♥


 ...Hi...




Jom mandi sambil menikmati haruman sroberi!


Selasa, 17 Julai 2012

Floria 2012 at The Midnight


Assalammualaikum.


Seperti kebiasaan, pesta Floria akan diadakan di Putrajaya tiap-tiap tahun. Ni dah dikira sebagai acara tahunan theyols lah di sini selain dari Pesta Belia dan Karnival Wow!. Apabila menjelang bulan Julai, sejak tahun 2009 lagi uols akan nampak abang-abang bangla dan indo serta pekerja-pekerja kontraktor lanskap akan memenuhi segenap ruang taman di Presint 2 dengan pelbagai hiasan dari bunga-bungaan segar.

Yg menariknya floria tahun ini dari tahun-tahun sebelumnya adalah pertunjukkan bunga api bermula dari malam 30 Jun sehingga 8 Julai setiap malam hokeh! Setiap malam tu aku boldkan menunjukkan betapa excitednya aku ibarat bunga api tu adalah kumpulan K-pop yg akan membuat persembahan di sini! Hahaha…berhenti merapu.

Selain itu terdapat juga persembahan bot berhias yg dihiasi dengan lampu-lampu berwarna warni dengan pelbagai corak dgn hasil rekaan kreativiti memaparkan tema bagi setiap negeri masing-masing di tanah air tercinta kita ni. Bot berhias ni akan melalui sepanjang tasik putrajaya bermula dari Jambatan Seri Saujana di Presint 4 sehingga ke Jambatan Seri Wawasan di Presint 2. Okeh, korang boleh bersesak-sesak sehingga rasa kekurangan oxygen untuk menonton dan mengambil gambar banyak-banyak. But, make sure kamera korang adalah DSLR ye, kalau tak memang nampak tompok-tompok HITAM, MERAH, OREN, BIRU dan HIJAU ajelah kat gambar korang tu. Kikiki…

Walaupun berkhidmat di Putrajaya, peluang sebegini hanya saya raikan ketika disaat-saat akhir pesta ni sahaja. Maknanya minggu terakhirlah dan apabila bunga-bunga disitu tidak semenggah ibarat mati hidup semula, tapi tak mati-mati jugak jika nak dibandingkan pada minggu pertama pesta ini bermula. Maybe orang Putrajaya dah tak eksited kot, sebab tue pergi last-last minit.

Saya, asben dan family pergi pada malam minggu 7hb Julai lepas. Disebabkan keghairahan masyarakat Malaysia dan luar negara yg datang dari segenap pelusuk tempat membuatkan Pesta Floria telah dibanjiri oleh pelbagai masyarakat sehinggakan kami terpaksa parking kereta di Wisma Tani dan berjalan kaki lebih kurang 1km untuk ke destinansi. Huehue. Amik kau!


Rasa nak petik dan grab banyak-banyak. Siriously sangat cantik dan cantikkkk

Sepasang suami isteri yg sgt teruja apabila terjumpa pelamin, Suami senyum lebar sebab terlalu ekcited dan isteri yg buat-buat senyum tapi macam tak ikhlas. *dalam hati sangat segan coz ramai orang tengok. Sebab tu senyuman jadi tak menawan. Huehue*

My lovely family. Jalan-jalan sambil bersesak-sesak dengan orang ramai dan merehatkan diri serta minda di pondok ini.


Lebih kurang jam 10malam, pertunjukkan bunga api bermula! Keadaan orang ramai yg tadinya stabil telah menjadi huru-hara, kacau bilau dan berlari-lari anak mencari port yg sesuai untuk melihat bunga api. Hahaha, sampai ada makcik yg sanggup meredah lopak dan melompat menyeberangi longkang besar semata-mata nak dapatkan permandangan yg stategik. Sabar ye makcik, nasib baik kau tak jatuh tadi. Kalau tak dah kena panggil pbsm dan embulen bagai.


Ini adalah saat yg ditunggu-tunggu oleh Mama. Hanya kelihatan, makcik-makcik, datin-datin dan tak kurang juga isteri-isteri yg memenuhi segenap ruang tempat ini. Manakala, pakcik-pakcik, suami-suami serta anak-anak hanya menunggu di luar khemah dengan perasaan yg hampa dan wajah yg tersangatlah BORINGGGGG. Bhahaha…silalah bertabah…


Tahniah Mama sebab menjadi pemborong pokok orkid yg berjaya. Bangga seyh aku! *tetiba*

Harga pokok orkid ni adalah RM900. Wowww!

Manakala saya dan suami hanya memborong pokok kaktus. Pokok ini sahaja yg paling sesuai untuk kami yg bajet nak bertaman-taman juga di rumah walaupun tiada masa. 3 RM10. Rugi kalau kau tak beli Jah!


Setelah keletihan, aktiviti menapak mendapatkan kereta di Wisma Tani pun bermula. Dari tapak pesta kami jalan beriringan di kaki lima Masjid Besi, melintasi jalan raya dan berehat sebantar di bangunan BHEUU (Bahgian Hal Ehwal Undang-Undang). Walaupun jam telah menunjukkan ke angka 12pg, weols anak beranak masih sempat berbual-bual sambil adik membeli air di mesin 'gedegang' yg terdapat di situ.

*mesin 'gedengang' ialah mesin yang kita masukkan duit dan pilih-pilih air yg dikehendaki kemudian tekan button pada jenis air tersebut lantas tin/botol air tu akan jatuh lalu mengeluarkan bunyi "gedeGANGGG!!!"* hihihi...

Kemudian berdezup pula 3 buah kereta  ni ke Restoran Rezza yg terletak di Dengkil sebab masing-masing baru teringat lapar. Keluarga yg havoc baru nak makan malam pabila jam telah menunjukkan ke angka 1 pagi.

"BERSAHUR ke ape?"

Hek..hek..Lepas makan saya dan asben terus balik ke rumah kami di Seri kembangan, manakala Mak, Abah, Iwan, Ammar dan Adah balik ke rumah family di Banting. ^_^



* * *


p/s : Semasa di tapak pesta Abah saya kata dia terlihat satu keluarga dimana suami dia ada membawa pedang samurai yg diletakkan di beg galas belakang badannya. Uhh...seramnye!
Tetapi Mama pula berfikiran positif dengan mengatakan maybe itu adalah pedang mainan anak dia. Ermm...konpius sekejap.

2 hari selepas itu berlaku kejadian amuk di Kompleks Kerajaan Parcel B, Presint 1 yg melibatkan seorang lelaki dan perempuan yg membawa pedang samurai. Namun kedua-dua individu ini telah tewas di tangan polis.
Syukur Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah S. W. T walau dimana-mana jua kita berada. "Ya Allah, selamatkanlah seluruh umat islam di dunia ini."


Persoalannya : Adakah orang yg Abah saya nampak tu adalah individu yg sama? Subhanallah...


Persolan seterusnya : Korang tak rasa ke aku hapdet entry ni macam dah lambat sangat. Atau dalam erti kata lain entry nie macam dah basi. He!


sEkIaN


Isnin, 16 Julai 2012

Okeh Ape Warung!


Assalammualaikum.


Hai dear, today ikut member-member sekerja keluar lunch hour sebab theyols ada urusan kerja di luar. Disebabkan saya yg tidak banyak kerja, jadi telah gatal-gatal juga untuk ikut mereka ke KL. KL je. Tak jauhpun. KL-Putrajaya juz 30 minit ikut Highway Max. Baiklah!

Singgah di area Jalan Chow Siew Lin untuk behenti makan dan kawan-kawan saya telah berjanji untuk berjumpa work-partner theyols di situ. After parking n turun kereta, someone dari kawan-kawan saya tadi terus says "Hanis boleh ke makan di sini?"

Okeh, pusing-pusing kepala sambil tengok kiri kanan, eh, mana kedai tu? OIC, bawah flyover ni banyak dan meriah sungguh. Lunch hour kan? 
*pelik sekejap*


Pic : Kredit to Google

Siriusly saya tak pernah jejakkan kaki ke tempat tu. Apatah lagi terlihat dan terfikir, it's so awesome ada deretan warung makan di bawah flyover? Dalam hati rasa sangat unik okeh. Kalau selalu saya makan di restoran atau kedai-kedai makan, tapi bila di KL banyak warung-warung tepi jalan dan yg terbaru saya lihat bawah flyover! Paling tidak meragukan saya sebab yg masak dan pekerja dia adalah melayu dan indon yg islam. Kira halallah right, tapi soal kebersihan tu kena ambil perhatian sejenak. But, kalau dah islam mestilah theyols sediakan makanan yg halal dan bersih. Tak semestinya makan di restoran-restoran mewah dan mahal tu terjamin kualiti kebersihannya. Betul tak?

Teringat satu story beberapa tahun yg lepas. Siapa yg ceritapun saya tak ingat. Tapi ada yg kata, 'bila kita tengok sendiri keadaan di dapur hotel, kitapun tak selera nak makan'. MasyaAllah. betul ke? Okeh, taknak cerita sangat about this, nanti kena saman. tetttt.....* 
Bhahaha....

Tapi bila terfikir about kebersihan makanan ni diluar, means yg bukan kita masak dari hasil titik peluh kita sendiri (ayat nak anymos kan. hehe..) saya hanya berdoa semoga apa yg saya makan dan minum dipelihara kebersihannya dan dihindari dari segala jenis penyakit. Yg kini paling pemes adalah penyakit 'kencing tikus' and siriusly penyakit ini ada dimana-mana expecially kedai dan warung-warung makan dan ianya boleh membawa maut! So, be carefully and always carefully okay! Sentiasa pantau apa dan di mana kita makan. Tengok-tengoklah sikit kebersihan tempat tu.

p/s : Punca rezeki tu ada dimana-mana. Yes, selalu orang kata "duit boleh cari". But for me, "duit kena cari". Tak kisahlah berniaga di tepi jalan or  bawah flyover sekalipun asalkan rezeki tu datang dari sumber-sumber yg halal dan bersih.


Mengidam makan sate last month. Akhirnya dapat juga di Kedai mamak bawah pokok di Pekan Sungai Besi.
Sate ni memang best dan manis kalau nak dibandingkan dgn Sate Kajang. Sekian.

ok..babai