Khamis, 28 Februari 2013

Betulkah???


Assalammualaikum.



Betulkah?
semacam tak percaya































Betulkah??
semacam tak percaya kuasa dua































Betulkah? Kah? Kah? Kah!!!!
(semacam tak percaya sehinggakan ketawa terbahak-bahak. Maknanya teruja letew!!! hehehe...)


Sebenarnya apa yg betulkah?


Betulkah dia nak datang Malaysia?


Dia nak buat apa di sini? Nak jumpa siapa? What? Bella? Bella mana ni? Bella anak siapa?
(siap tanya anak siapa macam orghang kampong. tetibe)


Dia nak datang bila? Oh untunglah si Bellaaaa!!! Bla...bla...bla...wth!


-_-


Dah tahu saje-saje buat-buat tanya kan? Lempang kang! Ok bai. Sebenarnya just nak story yg abg kiter. Eh! silap. Abg kepada semua peminat-peminat Jericho Rosales nak datang Malaysia kau! Hahaha...mengigaulah kalau dapat bergambar. Bergambar sahaja okeh! Salam peluk cium mesra tidak dibenarkan kerana, dia bukan muhrim kita. Yeah!!! psstt itupun nak teruja.


Bila?


1 Mac 2013 ni bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, jam 5:00ptg. Saje je kau buat hari Jumaat kan? Sebab kalau time weekend mesti runtuh KL Sentral tu ( 4 ur information : Hotel Hilton KL terletak di KL Sentral)


Kenapa dia datang sini?


Mestilah nak jumpa aku. Eh, silap! Sempena ulangtahun Astro Bella yg pertama. Kalau uols pelanggan Pakej Mustika dan Astro Bella serta peminat cerita-cerita telenovela tahu lah. Yg peminat-peminat k-pop dan korea sila duduk rumah diam-diam sambil makan pop-corn ye. Korang tunggulah Kim Hyun Joong atau Top Bing Bang datang Malaysia pulak nanti. Hehe...


p/s : Pergi jumpa Jericho Rosales dalam mimpi ajelah jawapannya. Hanis bukan suka sangat aktiviti luar dan berasak-asak dengan org ramai ni. Tapi tak mustahil mana tahu tetiba tergerak hati pula nak pergi dengan Kak Aishah. Jangan sampai lupa diri dan terlompat-lompat mcm monyet sudah. Oh no! Itu tidak mencerminkan keperibadian muslimah sejati. Hehe.





Jericho Rosales mahal kitak!!! 
Tetiba pulak nak speaking Tagalog. Hahaha...



Khamis, 21 Februari 2013

Ya Allah, Lebih Besar Dugaan Dia.


Assalammualaikum.


Baru-baru ni saya mendapat khabar sedih daripada seorang kenalan. Rasanya tak perlulah saya mention siapakah gerangan orangnya. Cukuplah sekadar buat tatapan dan pengajaran kepada kita semua. Seiring dengan pemergian adik Ahmad Adam Syukri ke rahmatullah pada tanggal 7 Februari yg lalu, begitulah juga pengalaman yg dilalui oleh rakan saya suami isteri baru-baru ini.

Berat mata kami memandang, bahkan berat lagi bahu yg dipikul oleh kedua pasangan empunya diri. Kalau nak dikatakan mungkin saya juga pernah mengalami kehilangan insan tersayang yg baru beberapa hari bernafas di dalam rahim ini pada awal tahun lepas. Masih terbayang-bayang akan saat kegembiraan itu dan alat upt test yg menunjukkan tanda positif masih tersemat erat dalam simpan buat kenangan kami berdua. Namun, kuasa Allah membatasi segala-galanya. Kami redha.

Syukur Alhamdulillah, walaupun saya diberi pelbagai dugaan hebat selepas itu, sehingga terpaksa menggadaikan nyawa di bilik bedah, tapi jika nak dibandingkan dengan penderitaan yg dialami oleh rakan kami ini rasanya lebih besar dan lebih hebat dugaan yg Allah berikan kepada mereka. Bergenang air mata tatkala membaca coretan si suami di laman FB. Penantian mereka selama 8 tahun lebih berumah tangga dan baru kini dikurniakan seorang zuriat. Yg pastinya tiada apa yg lebih menggembirakan bagi mereka melainkan menanti kelahiran cahaya mata sulong ke muka bumi ini.

Namun, benarlah Allah itu Maha Mengetahui. Dia yg berhak menentukan segala-gala apa yg dikehendakiNya. Bayi yg dilahirkan pergi jua menghadap Illahi akibat kekurangan oksigen dalam badan selepas ditempatkan di wad icu selama tiga hari. Innalillahiwaiinalillahirojiun. Dari Allah dia datang, maka kepada Allah juga dia kembali. InshaAllah yg pastinya syurga di sana tempatmu sayang…


Al-Fatehah buat adik MEGAT DANISH ZIQRI


Coretan si bapa :'(

*maaf nama dan gambar profile terpaksa saya sensor 
atas sebab-sebab tertentu



p/s : Since, saya terbaca kisah ini terdetik rasa keinsafan dalam diri. Jika saya rasa saya malang sebab masih belum dikurnikan cahaya mata ketika usia perkahwinan menginjak ke angka 2 tahun, bahkan masih ramai lagi pasangan di luar sana yg masih belum dikurniakan cahaya mata tatkala usia perkahwinan mereka ada yg hampir mencecah ke angka10 tahun.

Jika nak dikatakan pelbagai kata-kata nista, perlian mahupun hinaan yg telah saya perolehi di sebabkan masih belum memperoleh cahayamata, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kata-kata, perlian dan hinaan yg orang lain perolehi bahkan lebih teruk daripada saya.

Jika saya selalu tertanya-tanya kenapa Allah tak kurniakan zuriat walaupun pelbagai usaha, doa dan ikhtiar yg telah kami lakukan, bahkan lebih banyak lagi usaha, doa dan ikhtiar yg pasangan-pasangan lain lakukan jika nak dibandingkan dengan usaha saya yg hanyalah ibarat seperti sebutir pasir.

Jika saya selalu bertanya mengapa Allah memberikan pelbagai dugaan yg memeritkan di saat saya betul-betul mengharapkan sesuatu, bahkan apa yg saya harapkan tidak pernah tertunai sebaliknya kesedihan yg kami alami, rupa-rupanya ada insan lain di luar sana lebih hebat dugaan yg mereka perolehi jika nak di bandingkan dengan saya.

Maka, yakinlah bahawa tiada perancangan yg sebaik-baik melainkan perancangan Allah s.w.t

“Astaghfirullahalazim, Ya Allah ampunilah dosa-dosaku kerana terlalu daif di atas setiap perancanganMu selama ini. Aku sujud syukur kepadamu ya Allah kerana aku masih bertuah jika nak di bandingkan dengan ‘mereka’… Amin Ya Rabbalalamin…”


Thanks For Reading :)


Khamis, 14 Februari 2013

D.I.Y : The Making Of


Assalammualaikum.




Yeah! Baju dah siap dijahit, boarder lace pun dah sampai, manik-manik dah beli, mari mulakan sesi menunjukkan bakat amatur dan kreativiti terpendam. Auchhh!


p/s : Nak beli boarder dan patch lace cantik-cantik di sini ye : SOMETHING BORROWED BY NISAALWY


Sharing is Caring :)



Rabu, 13 Februari 2013

Wordless Wednesday



Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia!
(Eceh ceh! mentang-mentanglah sekarang musim org dapat duit br1m ni, bersalam 1 Malaysia bagai ye. Hihi)





p/s : Hari ni punyalah excited pergi kerja awal. Bersemangat datang kerja setelah 4 hari bercuti.Tiba-tiba tengok jalan raya lengang, sampai office kosong. Pulak dah. "Weyh korang masih di alam percutian lagi ker??? Teruk betul!"


Pssttt...Yeah! Dah boleh update blog melalui hp. Teruja kau!
-_-