Rabu, 30 Mei 2012

Kad Ku Undang Pengganti Diri


Assalammualaikum


Dengar tajuk je dah syahdu. Tapi ini bukan entry sedih-sedih tu. Ini entry ringkas sebab buat time kerja. Ermm time kerja pun sempat hapdet belog ye Hanis. Curi masa! Tak baik Tau...
Hehehe...

Sambil-sambil teroka gambar di fesbuk (dengan penuh berhati-hati) dan terjumpa ini...

Ini invitation kad masa wedding saya dulu. Tengok tarikh tu betul-betul ye. Nanti ada yg ingat saya nak kahwin lagi pula ^_^





Lepas tu terus berangan-angan (memang kuat berangan la...) sambil baca komen-komen pada gambar di atas...

Ada yg kata saya tak sabar nak kahwin lah (husb saya le tewww), ada yg ucap tahniah dan ada juga cerita-cerita lawak di sebaliknya. Auw, awesome sungguh!

Disebabkan saya ni seorang yg cerewet (mengaku juga), maka masa nak pilih kedai tempah kad sahaja hampir separuh hari. Belum pilih kad. Boleh masuk 7 hari okeh! Hehehe...tipu je.
Jalan-jalan di Jalan Pudu sampai lenguh kaki. Sekarang tak perlu ke sana lagi (bajet nak murah la konon-kononnya). Di Banting pun dah ada kedai tempah kad yg murah-murah.

Dapat pula designer kad yg rasa nak tarik-tarik je rambut dia! Grrrr.... Suruh buat lain, lain jadinya. Dah suruh edit yg salah, yg betul pula makin disalahkan. Sabar ajelah!
Nasib baik boleh edit di tempat kerja sebab ada internet. Kalau yg duduk di rumah kan ke susah...

p/s : Sajer letak calender dekat kad sebab nanti theyols boleh simpan kad tu sampai hujung tahun. Bila masuk tahun 2012 mest korang campak entah kemana kan? kan? Grrrr.... ~_~


Tip untuk uols yg memilih wedding kad-cara Hanis :-
(bajet! asal ada entry pasti ada tips. Hahaha...)


 Pilih kad yg murah dan cantik. Nak murah tapi nampak mahal kenalah rajin. Buat kedai kad tu macam rumah papa anda. Duduk dan pilih lama-lama pun tak apa. Bukan kena bayar pun. Hehehe...


Pilih warna kad sama dengan tema wedding uols. Saje je...tak ada motif penting pun ^_^


 Paksa designer reka kad mengikut citarasa kita. Selagi tak puas hati jangan print atau berhenti meng'edit'. Sebab kita bayar ye. Bukan kad tu free jer.


 Tilik dan tengok betul-betul seperti ejaan nama, susunan ayat, map dan no.telefon mesti betul dan tepat. Komen setiap kesalahan kepada designer kad uols walaupun seinci (edisi teruk nih). Jangan biar je. Kesalahan boleh mengakibatkan kerugian! Motif? Uols nak betulkan sendiri ke nanti kad jemputan yg beribu-ribu tu. Memanglah tak rugi duit. Tapi rugi masa hokkeh.


 Make sure setiap promotion yg pihak kedai kad berikan adalah betul seperti free bunting, banner, discount and anything els. Jangan cakap lain, nanti dapat lain. Awas. Ini taktik penipuan...!


~sEkiaN~

Ini free give saya. Suruh edit ini pun berhari-hari. Kesian designer saya tu. "Nasib kau lah designer dapat customer  yg cerewet macam Datin ni..kui.kui..."

Bye N Take Care
Thanks 4 ReadinG



Jumaat, 25 Mei 2012

Weekend Yang Busy


Assalammualaikum wbt.


Weekend lepas (19 mei dan 20 mei) memang antara minggu-minggu busy saya. Semuanya kena bergerak pantas, cekap dan betul. Eh, ini bukan trademark PDRM ker? Semua tempat yg dilawati kena rushing bak kata mak 'ibarat pepatung mandi jer'.


1. My last checkup. Hureyyhhh!

Appoinment doktor pukul 9:30 pg. Tapi Hanis dan husb sampai dah dekat tengah hari. Suke-suke ajekan?. Dahlah lambat, pastu buat macam hospital papa kitaorang pulak kan. Padahal ada 2 orang pation lagi tu tengah tunggu giliran untuk berjumpa Dr. B. K. Tan, tapi nama saya yg assistant dia panggil masuk dulu. Ngeh...ngeh. 
Sorrylah ye akak-akak yg telah menunggu lama tu, saya ni pation special Dr. Tan... YoyoOoo jer kau Hanis!

Masuk dalam bilik doktor, punyalah lama ber'consult' dengan doktor. Sampai Hanis pun tak tahu siapa yg consult siapa. Setiap soalan cepu emas yg dilontarkan oleh hubby semua doktor jawab dengan sempurna. Tak cukup dengan tu, doktor siap draw lagi untuk meyakinkan kitaorang.
Hey...ringan je tangan ni nak keluarkan kamera hp. Tak pun suruh assistan dia ambilkan. Hehehe...

Syukur Alhamdulillah. Doktor kata ini checkup terakhir, and after this dah tak ada special appoinment lagi. But kalau saya nak buat pemeriksaan ritual macam pap smear ke untuk setahun sekali boleh datang anytime. InshaAllah... Semua dah pulih dan kembali normal. Doktor scane perut dan lihat kesan operation semua berada dalam keadaan baik. Dia pun macam happy jer. "Thanks doktor..."

kemudian...


2. Attand wedding member di Gombak.

Congratulation and happy both of your wedding - Yati dan Wafi
(Tak perlu cakap banyak. Biar gambar tu je yg berbicara-ceh!)

Uols memang sepadan sangat. Yati, even tak makeup sangat (Ryn yg kata) pun still gorgeous sebab kulit dia putih gebus. Cemburu mak!

'Makcik' ni member ex-Technic dulu merangkap makeup artis Yati yg retis-retis gitu. Wallaweyh!

Lepas makan laju-laju terus berlari ke meja pengantin. Bajet artis Korean datang le tew. Teruks kau Hanis!

Ober-ober kan siap peace-peace lagi. Keemain kau!

Yati nak kiss. Last jumpa masa wedding Hanis Mac tahun lepas. Attand juga walaupun time ni belum berapa sihat sebab teringat jasa Yati yg jaga Hanis time demam denggi di hostel dulu. Sayang kamooo...

Ryn jangan sebok ye...nengok aje! Hahaha...kejams!

Lepas tu sok sek sok sek dengan Ryn. "Eh..eh Ryn, husb Yati orang mana? Macam mana kenal? dah berapa tahun kenal? Baju sewa kat mana? Siapa makeup? Tak bersanding ker? Pelamin ada tak? Bla..bla..bla.." Ayat ni hakku tipu je weyh!

Bodek-bodek Ryn lagi..."Ryn..Ryn..nak duduk sebelah boleh?" Hahaha...tak malu betullah budak pink kat belakang tu.

Pengantin yg suuuwit tengah menjamu selera, Ryn cakap sorang-sorang, budak pink kat belakang tu pulak memang gila kuasa tak nak beredar smpai akak camerawoman tu benganglah tak dapat nak capture gambar pengantin kerana saya telah mencemarkan background itu. Haha...tipu je!

My besties....Luv u  and miss sangat-sangat moment masa di Technic dulu. Moment masa couple dengan Arip, moment hampir-hampir couple dengan Khairul Hafiz, moment budak-budak lelaki selalu kirim salam, moment dapat coklat, ais-krim, nasi lemak, surat, teddy bear dan bunga dari Arip...Wek n bajet! (Husb Hanis sila JANGAN baca. Teheee)

Akhirnya saya yg gila kuasa telah dapat duduk di sini. Kuwang...kuwang...

Lebih dahsyat lagi bila buat meja pengantin macam meja rumah sendiri. Kejams!

Hubby kata saya orang paling sibuk di rumah pengantin. Hahaha...teruks kamo ye Abang!. Yelah lepas bergossip di meja pengantin, boleh ikut pengantin masuk rumah pulak, turut sama sibuk-sibukkan diri berphotoshoot di pelamin. Sampai terlupa dan tertinggal husb di luar. Hahaha. Hanis..Hanis..

Balik dari rumah Yati, singgah rumah opah husb di Taman Greenwood, Gombak. Tumpang solat zohor dan asar. Then, walaupun hujan terun dengan lebatnya, weols tetap rushing ke Politeknik Shah Alam sebab husb ada perlawanan bola dengan kawan-kawan sekerja dia. Sampai disana agak lewat sebab jamned hujan kan...and kawan-kawan husb dah main separuh masa pertama pun. So, husb yg segan silu sebab sampai lewat terus tak jadi main. Mood dia : KECEWA..!!! Bhahaha...

Terus balik rumah mak.

Esoknye...


3. Attand wedding di kampung (rumah saya le tewww ^_^ )

Tahniah buat Norshahida & Suami
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...


Picture pengantin tak ada ye. Tak sempat nak ambil.
Ni picture pengganti penggantin a.k.a pengantin yg dah basi...hi




Bye N TakE CarE!

SayanG AwaK n AwaK SayanG KiteR X?


Khamis, 24 Mei 2012

Hei Ladies! Tak Sahkan Kasut Kalau Tak Sedozen



Assalammualaikum korang...eh silap, haiiiii LADIES!


Uols baca tajuk je dah tau entry khas, suci lagi murni ni untuk orang-orang pompuan,
 mak-mak dan makcik-makcik. Permulaannya terima kasih sebab sudi baca entry yg tak kurang merapu dan merepek ni.

Golongan ADAM duduk diam-diam hokkeh?

Seperti yg kita sedia maklum, golongan-golongan hawa (tak kisahlah kakak ke, mak ke, makcik ke, aunty ke, korang semua golongan hawa kan? Selagi uols tak tukar jantina laa..hehe..) memang kaya raya memanjang. Kalau baju sampai almari nak roboh. Hehe... Kalau handbag dari jenama paling murah stock pasar malam till jenama terkemuka ala-ala Gucci dan L.V mest nak sapu punye. Dan tak ketinggalan kasut korang. Kasut pergi pasar lain, pergi kerja lain, pergi dating lain, pergi shopping lain and sampai kasut pergi toilet pun lain...(Hah, yg ini betul-betul melampau!)

Ermm...itu belum ditambah kasut pergi pocho-pocho, pergi gym, pergi yoga bagai dan selipor jepon uols. Sebab tulah Neelofa buat bisnes kasut kowt! Haha...tak pasal-pasal Neelofa yg kena. Tapi memang Neelofa tu hebat kan? Pilih industri perniagaan aset yg diminati ramai golongan hawa. Keeelaaasss kau Lofa!


Saya pun ada juga!

Memang ada banyak. Tapi yg pakai 1 je. Yg ni buat lekang je dalam almari kasut tu.


Di sini Hanis nak share sedikit beberapa tips untuk penggemar-penggemar mengumpul koleksi kasut ni...



1. Simpan kasut uols dalam tempat bertutup tapi bukan kedap udara tau. Biar ada pengudaraan yg baik. Contohnya almari kasut tak sama dengan almari baju. Jangan suka-suka je.

2. Selalulah lawat-lawat almari kasut uols. Sekali sekala buka dan cakap macam ni..."Hai...uols tengah buat ape tu?" Hahaha...ini tidak betul!
Means janganlah biar sahaja entah berhabuk ke, bersawang ke atau dah berkulat ke. Silap-silap harimau pun ada di situ.

3. Make sure almari/box kasut uols kering dan tidak lembap. Tambahkan silica gel dan gantung dalam almari untuk mengelakkan kasut dari berbau. Lagi-lagi kasut orang lelaki. Hehehe...

4. Selalu bersihkan kasut-kasut uols dengan menggunakan berus atau kain lembap dan jangan sesekali basuh okay. Membasuh kasut membuatkan ia lebih kembang dan rosak. Bila dah lap tu, make sure kasut uols betul-betul kering dan barulah simpan balik di dalam almari.

5. Jangan jemur kasut di bawah sinaran matahari langsung kerana pancaran sinaran matahari juga boleh merosakkan material kasut. Erm...hairdryer pun tak boleh okeh sebab hairdryer kan mengeluarkan haba yg panas dan boleh merosakkan kasut uols. Bajet nak cepat kering le tew...

6. Untuk kasut berbahan kulit, letakkan shoes wax untuk melindungi permukaan kulit.

7. Masukkan tulang penyangga kasut atau kertas bersih untuk menjaga struktur kasut uols. Atau gunakan shoe tree untuk mempertahankan bentuk kasut semasa menyimpan. Shoe tree yg diperbuat dari bahan kayu juga berguna untuk menyerap lembapan dalam kasut.

8. Letak kasut di dalam kotak tranparent dan senang dilihat bagi memudahkan uols mencari kasut uols. Tapi ingat, jangan letak di dalam kotak yg kedap udara. (Dah ulang tips yg pertama tadi dah). Supaya taklah asyik terambil kasut yg sama je sampai terlupa kasut-kasut yg pernah korang beli.

9. Pastikan tapak kasut yg telah korang guna dibersihkan dahulu sebelum menyimpan di dalam almari untuk mengelakkan almari uols dipenuhi habuk, tanah ataupun pasir. Eee...kotornya...

10. Selalulah testing-testing pakai kasut-kasut lama yg uols simpan tu. Memang fizikalnya nampak okeh. Tapi mana tau tiba-tiba tengah berjalan nanti kopak pula. Malunyeee... Sebab kasut yg tersimpan dan jarang digunakan lagi mudah rosak/lekang dari kasut yg hari-hari kita guna. Even kasut tu uols belum pernah pakai pun kalau dah setahun terperap je boleh kopak tau. Jangan terkejut!




ThanKs n TakE CarE!

blogger-emoticon.blogspot.com


Rabu, 23 Mei 2012

Pleaselah Hormati Orang Lain


Assalammualaikum.


Hari ni menyirap betul mak. Terus update belog dan taip laju-laju. Ikutkan hati nak aje saya menjerit kuat-kuat. Erm...agak-agaklah wey! Eh, knp marah-marah ni? Meroyan ke happe?

Petang tadi dapat caller dari someone ladies di tempat kerja. Erm...kalau dah dia pun berbahasa kasar, maka haruslah saya layan kasar jugak. Kadang-kadang walau penat macam mana pun melayan karenah client di tempat kerja, tapi kalau they ols berbudi bahasa, kita tetap layan dengan baik kan. Tapi kalau kau layan ibarat weols ni kuli batak uols, better kita wat do no jer dengan diorang. Dengan perkataan lainnya "Jangan harap hakku nak buat ape yg kau suruh tu cepat-cepat. Tunggulah tahun depan ke apa!" Bhahaha. Gila kejams!


Clients is always right?


Erm...tak ada maknanya. Di dunia ni memanglah boleh beza-bezakan antara client and kuli, boss dan p.a, menteri, sultan dengan rakyat biasa. Tapi, bila di akhirat nanti kita tak ada bezanya. Yang membezakan hanyalah amalan kita di dunia ni. But...kalau kau jenis maki-maki, perli-perli dan marah-marah orang bajet amalan kau sempurna sangatlah kan? One more, kenapalah manusia ni jenis mudah sangat lupa diri. Baru rasa di atas sikit dah mula riak dan takbur. Tak tahu ke hidup kita ni ibarat roda. Hari ni kau di atas, tapi esok lusa maybe kau jatuh terduduk. Hari ni kakak senget tu (geram sangat dengan kakak tu) marah-marah saya, maybe esok lusa boss awak marah-marah awak pula kan? Bukan nak doakan, cuma nak ingatkan sahaja.


Telefon analog memang tiada paparan. Skrin pun tak ada mana nak ada paparan. Jadi, bagi pemanggil-pemanggil 'hantu' ni memang terselamatlah korang. Grrrr...

Satu yg cukup saya bengang kadang-kadang 'mereka' ni anggap maintenence building macam weols ni lebih teruk dari kuli. Ayoyo! pleaselah, kitaorang pun manusia biasa juga. Tak lari dari buat silap dan alpa. Tapi sekurang-kurangnya kalau tak ada kitaorang ni tak merasalah korang office yang sejuk dan nyaman. Tak dapatlah u ols nak on pc sambil melayari internet, facebook, tweeter dan youtube bagai. Dan tak dapatlah nak bergayaut guna telefon office papa korang tanpa sebarang charge berjam-jam lamanya. Tak ke untung namanya tu...

Bila buat komplaint pula macam tak logik akal je dia punya ayat tu. Eee...tak kuasa mak nak dengar, nak gelak terbahak-bahak sambil mengalirkan air mata pun ada. Bhaha...teruks kau Hanis!Ada ke ayat dia macam ni...

For example : "Toilet perempuan kat tempat saya ni dah sebulan tersumbat!. Dari bulan lepas saya report tapi maintenence tak ambil tindakan langsung pun!." Okay...dam!

Sebulan ye? Oh, syahdu betul saya dengar rintihan kakak tadi. Terharu hati mak sambil mengeluarkan air mata lagi. Ammaa...macam tak masuk akal dah sebulan. Means selama sebulan ni uols melepaskan 'hajat' di mana ye?Hahaha... Baik kau kata sejak dari dalam perut mak kau lagi benda tu dah rosak. Malu weyh kalau budak sekolah tadika dengar pun mau terkinja-kinja diorang. Perkara cam ni dah selalu sangat saya dengar. Jangan kata sebulan, setahun pun ada. Lagi best ada yang siap jual nama boss lah, datuk lah, menterilah semata-mata nak dapatkan publisiti murahan. Kesian weyh nama boss kakak-kakak kita ni. Tak pasal-pasal nama diorang yang pamous. Tak baik tau buat macam tu.


Ini antara ragam dan perangai manusia yg selalu buat aduan. Biasalah...hehehe...

Walaupun uols anggap weols ni kuli ke apa, tapi sekurang-kurangnya kitaorang ni ada kemahiran yg korang semua tak ada dan tak boleh buat. Kemahiran mana boleh jual babe. Kitaorang ada sijil, ada diploma, ada ijazah dan ada juga yg ada master. Bangga seyh. Engkau hadda? Hahaha...riak sekejap. Daripada korang entah-entah spm je kot. Jahatnye penulis belog ni. Dah masuk entry mengumpat pulak. Hehe...

Eh, tak tak...tak mengumpat pun. Cuma apa yg saya nak tekankan di sini, BUDI BAHASA MENCERMINKAN KEPERIBADIAN SESEORANG. Means, kita akan sentiasa dihormati sekiranya kita berbahasa baik tanpa mengira status dan pangkat seseorang. Selalunya yg boss-boss ni okay je dengan kita. Tapi yg over-over tu pembantu khas diorang pula. Aduh, speaking London pun sampai ke Jepun. Macam mana ni?

Paling teruk admin saya yg kerjanya mengangkat telefon mengambil aduan uols setiap hari. Memang mangsa kena bahan ajelah. Kalau hati tak sekeras kerikil, (eh, dah macam tajuk cerita pulak) jangan haraplah nak buat kerja ni ye. Setiap yg buat aduan tu bukan semua yg cakap lembut-lembut. Ada yg menjerit, meroyan, histeria dan amfibia bagai. Haha...amfibia? Bukan spesis haiwan ke tu? Lepas tu bila dah marah-marah bagai, and when we ask her/his name tak nak inform pulak. Ibarat baling batu sorok tangan la ni ye. Erm...pengecut rupanya. Kalau berani datang office lah weyh!. Kita lawan pimpong tgk siapa yg menang dan siapa yg kalah. Hehe...

Tapi don't worry, korang memang ingat korang selamatlah kan. Saya yg baik hati ni dah tukar telefon office tu pada digital. Ermmm...tak payah nak malu-malu kucing sangatlah. Secara sukacitanya saya dah boleh trace nombor extension siap nama uols lagi. Suke tak? suka tak? Ngeh ngeh...

Lepas ni uols tak perlu susah-susahkan diri untuk inform nama dan nombor telefon uols. Belum cakap lagi dah terpapar comel je nama caller dan extension korang. Hanis kan hebat...(sambil kecikkan mata macam hello kitty tu). Jangan cakap lagi "Fiffy suke" okeh. Menyampah dengar!


Telefon digital versi baru membolehkan kita mendapatkan maklumat pengadu yg membuat panggilan. Lagi-lagi yg panas baran dan suka marah-marah tu. Siaplah lepas ni! ~_~

So, moral off the story, jangan pandang rendah pada seseorang yg berpangkat rendah dari kita. Manusia sama je di sisi Allah. And one more things, bukan pangkat dan darjat yg membezakan seseorang. Mayb orang tu lebih bawah dari kita, tapi mana tau ada kelebihan yg Allah beri pada dia yg tiada pada kita. Setiap manusia kan ada kelebihan dan kekurangan....


Thanks Korang yg baca...Muaahaa...
(p/s : Gambar-gambar kat atas tu Hanis creat sendiri. Nak pinjam ambillah tapi jgn mengaku uols yg creat pulak. Hi..) -Ni pung nak bagi tau ker?


Jumaat, 18 Mei 2012

(~_~)


Assalammualaikum


Kadang-kadang rasa sedih bila tengok dan dengar khabar gembira rakan-rakan sebaya. Maksud saya pregnent lah. Ape lagi...
Tapi kadang-kadang terpaksa simpan dan pendam hasrat tu dalam-dalam dalam hati, perasaan dan sanubari. Ah, syahdu sangat! Tapi, saya haruslah berpikiran positif. Mungkin rezeki saya belum tiba lagi. Mungkin ada lagi org lain yg lebih tak bernasib baik dari saya. Jadi...kita haruslah bersifat positif selalu untuk sedapkan hati dan perasaan kita. 
Yelah...tak kan hati dan perasaan Mak Jemah pulak. Siapa Mak Jemah?

Seharunya saya bergembira sebab ada suami yg penyabar dan penyayang. Auww! bertuah sesangat.

Ada keluarga yg bahagia dan sentiasa mengambil berat walaupun saya dah berstatus isteri orang. 

Ada rakan-rakan yg baik hati dan sentiasa buat saya happy. Pastu ada fesbuk yg sentiasa menemani dikala saya kesunyian. Hahaha...

Ada tablet yg comel. Hihi.....suke sgt! Gediks taw. Lempang nak?

Ada kereta viva yg boleh dibawa berjalan. Tak ada anak, bawak kereta pun jadilah. Sob...sob.

Hakikatnya masih ramai lagi yg masih mengambil berat dan bersimpati terhadap saya lebih-lebih lagi masa saya sakit tempoh hari. I love u all lah. Rasa comel sgt tau! (shy)

Terima kasih semua...

p/s : Tahniah buat kawan-kawan yg baru sahaja terima berita gembira. Tahniah untuk yg baru dapat baby, Yg dapat good news sbb pregnant (saya pun nak juga...sob...sob)(Insha Allah...), yg bakal mendirikan rumah tangga, yg telah bertunang dsb. 
Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita. Amin...

p/s 2 : Kita rindulah kat Hubby kita. Tempoh berpantang ni kena tinggal rumah mak dulu hingga betul-betul pulih. Jadi terpaksa korbankan hati dan perasaan untuk bertemu suami seminggu sekali je. Sebab tu bila suami balik je terus nak terkam laju-laju macam gadis-gadis meroyan tue. Hahaha...tipulah!

Okay, selamat malam. Kita nak tido sebab mengantuk sebab esok nak kena bangun pagi-pagi bute sebab kita tumpang orang sebab nak pergi kerja.

Awak jaga diri baik-baik tau...

Kita sayang awak.

Bye bye

(^_^)


Sekadar untuk peringatan bersama. Sebab kita sayang awak hoyeh!



post by : my cute samsung tablet <gediks...hehe...>




Khamis, 10 Mei 2012

Kain Oh Kain...


Assalammualaikum...


Ni entry pasal kain, shopping, jalan-jalan, cuci mata sambil cuci duit bg bersih. Hehehe...
Bila dah masuk bulan 5, pastu bulan 6, pastu bulan 7...jgn tak percaya dah nak raya. 


Hakikatnya ramai golongan-golongan adam akan kata,

 "Puasa pun belum dah sibuk pasal raya, baju raya, tudung raya, selendang raya, kasut raya dan bla bla bla raya"

Okeh, mari saya tolong jawabkan...

"Eh, suka hati hakku r, duit aku weyh!"

Lagi satu, meh saya sambung...

"Kalau nak tunggu bulan puasa baru nak tergodek-godek pilih kain, alamatnya raya tahun depan ar baru boleh pakai. Bulan puasa untuk buat amal ibadat. Kena kawal hawa nafsu nafsuu nafsuuu"

Hahaha....

Semalam pergi Nilai Square. Hah, ni lah hasilnye. Punyelah mahal. Harga...nauzubillah, tak logik akal langsung. Kain cokia biasa je, semeter sampai RM30! Kalau sepasang dah berapa? Untuk sehelai baju je dah seratus lebih?. Belum nak upah jahit lagi. Memang tak merasalah kau duit hakku cina!

Tak merasa tak merasa pun tergoda dan terbeli juga...


Terpikat dengan colour ini. Tak lengah lagi terus je sambar. Hehehe...

Punyalah kedekut minah indon tu. Harga mati. 5 ringgit pun nak berkira dengan saya. Lastly nasib baik tokey kedai tu melintas. Tak cakap banyak terus setuju. Hasilnya hanya RM65 untuk sepasang kain ni. Yuhuuu!


Sajer nak tunjuk dari arah tepi. Sebab penilis ni over jakun. Hahaha...haha...

Bila balik rumah, tengok dalam almari ada sepasang lagi yg belum jahit rupanya. Yang merah ni Kak Liza member tempat kerja lama yg bagi dulu. Hadiah wedding and till now dah setahun lebih buat pekasam je dalam almari. Memang ingat nak tempah hari tu, tapi belum ada mood pula. Hek eleh...boleh pulak cam tu eh? (^_^)


Hurehhh! Dah ada 2 pasang baju raya tanpa disengajakan. Lempang nak?

Okeh, boleh hantar tempah sekali.

Tamatlah kisah di Nilai Square




Keesokkan harinya kisah di Nagoya pula. Di sini tak usah nak bohonglah. Memang edisi merambangkan mata, tarik-tarik kain, pusing-pusing satu kedai sampai pening, pilih sana pilih sini dan hakikatnya terus pengsan dan tak jadi beli lalu beredar pergi laju-laju dari kedai tu.

Ermmm???

Yang tu orang lain ye. Selalunya memang saya cam gitu pun. Tapi hari ni ada gak capai beberapa helai. Sebab, kain-kain di sini memang superbbb murah tahap tak bermaruah kalau nak di bandingkan di Nilai Square! Sedih kain tu kalau boleh dengar tau. 

Jom ke Nagoya! Dah macam iklan nak bodek Nagoya bajet kau dapat kain free lah ye? Hehehe...


Taraaa!! Terkejut mak!

3 jenis kain yang berbeza-beza ni saya beli semeter je. Konon-konon nak buat tudung syiria. Entah jadi tudung entah jadi tudung saji je. (*_^)

Tiada motif letak gambar yang sama walaupun dari sudut berbeza berulang-ulang kali. Motif hanya nak bagi pembaca bosan dan bengang je.

Mula membentang dan...

...memotong. Hentam je. Tak jadi sila gelakkan beramai-ramai...


Okeh, bila dah selesai main bentang-bentang kain dan potong-potong sampai jahanam, maka hantarlah pada taylor favourite korang untuk jahit tepi, jahit tepi tudung dan jahit sambung-sambungkan tudung tu...

Dah siap nanti kita lihat hasilnya ok.


B.Y.E



Khamis, 3 Mei 2012

Episod Deritaku Part 5 (RAWATAN SUSULAN DAN TEMPOH PEMULIHAN)

Salam...

Saya diberi mc selama 21 hari bermula 3 april sehingga 23 april 2012. 




14 april 2012 : Appoinment doktor untuk buka jahit. Mulanya saya ingatkan buka jahit tu sakit. Rupanya tak. Hehe...ngada-ngada je lebih. Dr. Tan memang berhati-hati, maybe sebab private hospital kot. Kalau hospital gov mesti dah kena rentap-rentap kan? Choooy!

Maybe tak kot and maybe sama je kot. Tapi syukurlah saya dapat surgent yg terbaik merawat penyakit saya ni.

Saya ni mmg banyak bertanya. Masa di wad hari tu setiap kali nurse tukar air dan antibiotik saya pasti akan tanya itu apa dan untuk apa. Setiap kali nurse masukkan ubat ke saluran air di tangan, saya pasti akan tanya itu ubat apa dan untuk apa. Setiap kali nurse ambil bacaan blood preasure dan temperature badan pasti saya akan tanya berapa dan stabil ke. Dan sampai nurse nak masukkan darah ke badan pun saya sempat tanya darah jenis apa tu. Padahal saya dah tau dah jenis B+, tapi saje je nak uji nurse tu nak tau sama tak type darah yg dia masukkan dgn type darah saya. Hehe...

Sebelum saya jumpa doktor pada hari tu pun saya dah siap-siap buat reserch untuk tanya dgn lebih lanjut pada doktor nanti. Melalui kajian di internet yg saya lakukan (ceh!), penyakit yg saya alami ni macam sama dgn wanita-wanita yg menghidapi ovarian cyst atau sista ovari. Bila saya tanya Dr. Tan, dia kata lebih kurang la...

Apa yg saya faham ovarian cyst ni adalah sejenis ketumbuhan di luar rahim seperti di ovari atau tiub falofio. Cyst ni ada yg makin lama makin membesar dan ukuran purata ada yg 3cm, 5cm, 8cm dan sehingga 12cm pun ada. Namun, ada juga yg mengecut apabila doktor dapat mengesan dgn lebih awal dan diberi antibiotik. Dan sekiranya cyst makin membesar dan memudaratkan, pembedahan segera hendaklah dilakukan. Tapi, Alhamdulillah, biasanya cyst tidak merosakkan sistem peranakan kita dimana ovari, tiub falofio dan rahim dapat diselamatkan sekiranya ia masih berfungsi dgn baik.


Ovarian cyst ni terdapat banyak jenis antaranya :

1. Functional Cysts – ‘sista fungsi’ sangat lazim berlaku. Dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal, apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses ovulasi. Ia akan menghilang dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

2. Endometriomas – terbentuk pada wanita yang berhadapan dengan endometriosis, apabila tisu dari lapisan uterus membesar di luar uterus. Tisu ini mungkin terkena ovari dan mula membesar. Sista jenis ini mungkin akan mendatangkan kesakitan ketika hubungan kelamin dan ketika haid.

.3. Sista folikel & korpus luteum – terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Korpus luteum pula jisim tisu berwarna kuning yang terhasil daripada folikel selepas ovulasi.

4. Sista neoplasma – dermoid, mengandungi pelbagai tisu seperti gigi, rambut, serpihan tulang – ovari polisistik, disebabkan timbunan sista-sista kecil yang berganda dan berlakunya ketidakseimbangan hormon.






Simpton sista ovari selalunya sukar dikesan sebagai simpton oleh sesetengah orang. Biasanya ia ditemui secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis. Apabila sista dikesan, imbasan perlu dilakukan untuk mendapatkan imej lebih jelas berserta ukuran, lokasi dan sama ada ia bersifat ‘solid’, dipenuhi cecair atau bercampur.




21 april 2012 : Appoinment doktor untuk blood test. 1st saya ke makmal dulu untuk ambil darah sbb Dr. Tan ada emergency operation dan klinik Dr. Sanker pula teramatlah ramainya orang. Masa timbang berat badan, saya dan mak bahkan nurse pun terkejut sbb berat saya drop gile sampai tinggal 38kg je.

After that, jumpa Dr. Sanker. Dia check perut dan bagi ubat gastrik sbb saya explaint to him yg after makan mesti rasa masam pada tekak.

Lepas tu jumpa Dr. Tan pula. Perkataan pertama yg dia cakap masa saya, mak dan husb masuk ke biliknya adalah "Ini adalah berita baik". Muka doktor tu ceria dan saya yg tak tau apa-apa pun turut ceria sekali. Hasil blood test menunjukkan hb saya dah kembali ke asal iaitu 12.8. Alhamdulillah, tiada perkataan lain yg mampu saya ucapkan melainkan syukur sangat-sangat pada Allah.

Doktor kata saya dah boleh start buat aktiviti biasa secara ringan mulai hari tu. Yg paling penting doktor kata saya dah boleh makan kfc..hehe.. Itu tak mungkinlah. Lagipun saya nak berpantang betul-betul. Badan ni nak pakai lama dik...

Dr. Tan continue mc saya 2 minggu lagi dari 24 april sehingga 7 mei 2012




19 mei 2012 : Appoinment doktor untuk scane perut pula. Alhamdulillah dan harap-harap semua berjalan dgn baik.



Alhamdulillah...Tamat sudah kisah saya. Thanks pada yg sudi membaca. Semoga paparan ini menjadi panduan dan pengajaran pada kalian semua.



Take Care

(^_^)




Episod Deritaku Part 4 (AKHIRNYA KE BILIK BEDAH)


Salam...

2 april 2012 : Mak, ayah mertua serta makcik dan pakcik husb saya datang tgh hari tu untuk melawat dan melihat perkembangan saya. They ols pun kata saya dah semakin sihat sebab saya dah mampu duduk dan berjalan sendiri.

Mlm tu tiba-tiba perut saya sakit semula. Sampai tak boleh baring tegak dan terpaksa membongkok. Mak suruh mkn SNE dan letak ice bag pada perut. Rasa lega sikit dan saya pun terlelap.




3 april 2012 : Sedar pagi tu dalam keadaan lemah sangat-sangat akibat sakit perut mlm td. Pukul 11:00pg tu saya pergi mandi. Tiba-tiba masih dalam toilet lagi saya dah sakit perut memulas-mulas. Sampai tak boleh bangun dan mak papah dari toilet ke katil. Keadaan saya mmg teruk waktu itu. Ubat-ubat dan bubur yg saya mkn semua keluar balik. Parut memulas-mulas sampai saya menangis dan menggigil. Tak pernah saya sakit perut sampai meraung-meraung sepanjang hidup ni. Rasanya saat tu lah yg paling kritikal.

Mak terus call abah dan husb. Abah bergegas balik dari tempat kerja dan tgh hari tu juga dalam pukul 2:00petang kami bergerak ke hospital. 

Sebelum tu weols singgah ke Klinik Fuziah untuk dapatkan injection tahan sakit. Tapi doktor taknak beri sbb keadaan saya yg sangat kritikal dan dia suruh terus pergi ke hospital.

Dalam pukul 5:00ptg kitaorg sampai ke SMC (KPJ Selangor Speciallist Center) di Shah Alam. Terus ke wad kecemasan. Pukul 7:00mlm husb sampai. Dr. L. V. Sanker check keadaan dan perut saya. Kami terpaksa byr deposit RM1000 dulu utk admit sebab wad biasa masa tu semua dah full. Yg ada hanya bilik single bed yg berharga RM550 per night. Wow, dah macam tidur di hotel 5 stars okeh.

Tapi dalam kes saya mmg doktor banyak tolong. Bilik tu dapat discount jadi RM450 je. Tolak insurans husb RM100/mlm, jadi just bayar RM350/mlm.

Pengalaman pertama yg buat saya btl-betul terharu, weols terpaksa share duit deposit sama-sama. Kesian tgk husb, mak dan abah yg bersusah payah demi saya.

Setelah bayar deposit dan daftar nama, nurse start inject di tgn saya untuk masukkan air, antibiotik, ubat tahan sakit, ubat angin, ubat gastrik dan ubat tahan muntah. And then, ambik darah pulak tu untuk check hb saya. Dari wad kecemasan disorong ke bilik.

Mlm, seperti biasalah setiap 1 jam nurse akan datang untuk ganti air, antibiotik dan check tekanan darah saya. Mlm tu hubby teman di hospital. Mak dan abah balik rumah.

View dari bilik wad. Hubby yg snap pic ni sebab nak muat turun dalam blog saya.
Hahaha...sempat lagi tu, anyway thanks hubby :-) 

Okeh...ini bilik yg 5 stars sgt tu :-) 

Peneman setia masa di wad. Nak g mana-mana even toilet pun kena bawa ini.  

Tak selera... (~_~)



4 april 2012 : Saya bangun pukul 5:45pg. Minta husb buatkan air dan b'fast pagi tu. Pukul 8:00pg nurse bawa saya turun utk jalani x-ray abdoment dan ultrasound bhgn perut.

Masa ultrasound, doktor kata ada air di perut dan tak sepatutnya tempat tu ada air. Rupanya bukan air tetapi darah.

Hasil keputusan ultrasound mendapati terdapat fluid di bahagian ovari kanan saya.

Kemudian, saya dibawa naik semula di bilik. Kali ni kena minum 1 liter diy flavour guava. Kalau tak ada flavour siriusly diy tu mmg rasa sabun siap berbuih-buih lagi. Tujuan diy ni untuk clearkan lemak dlm badan dan nak lihat dari mana datangnya darah dalam perut saya.

Pukul 12:00tgh hari nurse bawa saya turun sekali lagi untuk jalani cti scane. Setelah selesai, saya dibawa semula ke bilik.


Di sini saya menjalani Cti Scane, Ctu Scane dan Ultrasound 

Dr. Sanker terpaksa transfer saya pada Pakar Puan kerana kes saya melibatkan rahim dan ovari.

Pukul 3:00ptg, saya dan mak dibawa berjumpa B.K Tan, surgent pakar puan disitu. Setelah doktor scane rahim saya doktor mengesahkan bahawa terdapat infleksi dan implanmasi pada ovari sebelah kanan saya. Virus ni telah merebak ke perut namun doktor telah memberi banyak antibiotik bagi menjegah virus tersebut terus menular ke seluruh badan saya.

Doktor tu siap draw infleksi tersebut, namun doktor tidak boleh memberi 100% confirmation. Doktor kata saya perlu dibedah segera kerana kandungan hb saya semakin rendah dan itu shj cara utk merawat penyakit ni. Dr. Tan bg tiga kemingkinan :

1. Cyst atau kandungan luar rahim yg menyebabkan ovari dan tiup falofio saya bengkak 

2. Appandits

3. Akibat luka semasa menjalani dnc last month sehinga kecederaan di bahagian usus saya.

Tapi doktor ni mcm lebih yakin pada pendapat dia yg pertama. Apa yg doktor nampak melalui imbasan yg dijalankan terdapat virus telah berkumpul dengan lemak-lemak menjadi seketul bola di ovari kanan sehingga bercantum dgn bahagian appendits dan usus saya. Kos rawatan dianggaran antara RM10,000 sehingga RM12,000 kerana memerlukan 2 org pakar dan jika melibatkan usus mungkin kos lebih bertambah kerana memerlukan pakar usus pula. Saya dan mak macam terperanjat, tapi kami berdua tetap mendengar dgn teliti setiap penerangan yg doktor berikan.

Sementara menunggu nurse hantar saya ke bilik, saya tgk air mata mak dah mengalir. Tapi saya tetap senyum. Saya boleh tabah lagi sedangkan operation tu akan dilakukan petang esok.

Naik atas di bilik, mak dah keluar entah ke mana. Saya terus demam. Saya panggil mak dan menangis sepuas hati. Saya tak menjangka sampai kena bedah. Bukan saya, bahkan ahli keluarga semua tidak menjangka. Mak cuba pujuk saya dengan linangan air mata. Mak kata saya kena kuat untuk lawan penyakit tu dan yakin yg doktor tu nak tolong saya. Bila mak dan ayah mertua datang, they ols byk supports saya. Dari situ saya dapat kekuatan, keyakinan dan keberanian. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

Mlm tu parents saya balik.




5 april 2012 : Pagi tu nurse inform yg saya akan jalani pembedahan dalam pukul 1:30tgh hari. Doktor minta saya puasa dulu dan last mkn pada pukul 7:00pg. Dan paling panting kena bayar deposit sebelum pembedahan.

Pukul 9:00pg mak, abah dan adik sampai.

Pukul 11:00pg hubby pergi check dgn clark total deposit dan balance insurans ING saya. Hubby kata deposit RM10,000 dan dia kata dia tak mampu and suggest hantar saya ke PPUM kerana kos rawatan lebih murah sedikit.

Tapi abah tetap berkeras nak saya teruskan operation disitu kerana keadaan saya dah kritikal sgt. Kalau hantar ke PPUM atau hosp gov belum tentu saya akan operate dalam masa terdekat ni.

Lepas buat confirmation, clark submit regestration for operation saya ke doktor. Pukul 12:00 doktor pakar bius, Dr. Hussin Ahmad datang dan bagi kami sedikit taklimat. Doktor terangkan jenis bius yg dia akan bagi dan kesan ubat bius tu selepas pembedahan. Mmg saya akan muntah-muntah untuk tempoh beberapa hari nanti.


Diorg ni sempat pulak ajak bergambar sebelum operation. Dalam hati rasa sedih sgt sbb rasa macam tak jumpa lagi pula lepas ni.

Hubby, doakan saya selamat ye...

Dah siap dah. Nervous...
Nampak tak muka chubby sebab masuk air dan antibiotik yg berbotol-botol 

Ya Allah, semoga pembedahan ini berjalan dgn lancar dan selamat. Semoga saya mampu lagi melihat dunia dan orang-orang yg saya sayangi selepas ini. Amin... 

Saya di sini disuatu masa itu... 


(operation bermula jam 1.30tgh hari sehingga jam 4.30ptg)




Pukul 6:00ptg, saya dengar sayup-sayup suara org bercakap-cakap disekeliling saya. Orang-orang tu bukan ahli keluarga saya, bukan juga doktor-doktor yg saya kenali dan bukan pula org-org yang menyorong saya waktu masuk ke bilik bedah tadi.

Bila saya mampu bercakap, sambil merengek seperti budak kecil saya kata yg saya sakit. Diorg tanya saya sakit bhgn mana...saya jawab tempat buang air kecil sebab masa operation dah siap-siap masukkan tiub disitu. Bahagian perut memang tak sakit. Sayup-sayup saya dengar someone yg kata operation saya dah selesai. Ya Allah, syukur Alhamdulillah kerana dgn izinNya saya dapat melihat kembali dunia ni.

Bila saya rasa nak muntah, nurse india tu tadah dan sedut dgn vacum. Dengan penuh berhemah mereka semua melayan saya. Bila saya dah sedar sepenuhnya walaupun dalam keadaan yg sangat lemah saya dibawa dari monitor room ke bilik saya. Nampak wajah-wajah kesayangan saya di hadapan bilik pembedahan, yg penuh setia menanti wajah mak, abah, suami, adik, mertua serta adik ipar saya.

Di bilik mmg saya muntah sahaja. Mmg after operation kita tak dibenarkan minum apatah lagi makan. Setitik air pun tidak dibenarkan masuk sehingga doktor datang keesokkan paginya. Patutlah mak mertua melarang saya sekeras-kerasnya waktu saya nak berkumur-kumur selepas muntah sebab takut saya tertelan. Ada sebab rupanya. Mlm tu hanya berbekalkan air dan antibiotik yg disalurkan ke tangan saya sebagai tenaga. 




6 april 2012 : Pagi tu Dr. Tan datang untuk melihat perkembangan dan dia benarkan saya minum. Bila makan ubat gastrik dan cucuk pain killer mesti muntah balik. Dahlah tak makan apa-apa, yg keluar pun mmg tak ada apa-apalah. Hari ke dua selepas operation saya bleeding banyak seperti kebanyakkan org lain yg menjalani dnc.

Petang tu doktor suruh masukkan 1 beg darah sbb kandungsn hb saya masih 7.3 dan tahap bahaya. Bila masuk darah tu terus demam sekejap. Pukul 4:00ptg start masuk darah, habis pukul 10:00mlm.

Sungguhpun hari kedua selepas operation, saya masih mengalami alahan yg teruk. Mudah loya, muntah, alah dengan bau-bauan dan tiada selera makan. Even suasana bising pun saya tak tahan. Mmg hati nak marah dan gelisah je. 




7 april 2012 : Hari ketiga selepas operation, saya minta nurse stop pain killer sebab tak tahan bila masukkan ubat tu disaluran air saya mesti saya muntah. Nurse ambik darah lagi untuk check hb saya untuk hari tu. Pagi tu mak, abah dan adik balik rumah sekejap dan husb yg jaga saya siang tu. 

Tgh hari tu kena masuk darah lagi sebab hb tak cukup 9.0 dan baru 8.4. Seperti biasa, lepas masuk darah mesti demam dan muntah. Husb bagi support supaya saya dapat lawan penyakit saya kalau saya nak cepat sembuh. Dia kata saya tak boleh lemah sangat dan hanya berharapkan ubat, nurse dan mak sahaja. Alhamdulilah atas nasihat husb dan doa keluarga saya kuatkan semangat untuk lawan. Saya paksa tekak untuk terima minuman dan makanan. Saya usaha kuatkan diri untuk bangun dan berjalan.

Hubby kata ada pation sebelah bilik saya ni hari ke dua operation dia dah keluar hospital. Selepas pembedahan sahaja dia dah berjalan-jalan sedangkan dia operation pada tarikh dan masa yg sama dengan saya sebab dia kuat semangat untuk pulih. Betul juga, semangat tu lebih penting dari ubat-ubat yg diberi kpd saya.

Mlm tu Kak Lisa (kakak ipar saya) dan suami dia, ayah mertua, kwn husb saya satu family datang melawat. Saya dah mampu duduk di kerusi dan berbual-bual dgn mereka.

Tengah malam sebelum tidur saya muntah-muntah lagi. Tidur dengan perut kosong sbb saya mmg tak berselera untuk makan. Air dan antibiotik doktor dah stop sebab doktor lihat saya dah semakin pulih. Cuma makan ubat pil sahaja. Itupun banyak ubat yg tepaksa tolak sebab effect kt saya. Cuma boleh mkn antibiotik dan sangobion (vitamin besi utk tambah darah).




8 april 2012 : Hari terakhir di hospital. Pagi-pagi lagi Dr. Tan dah datang untuk check saya. Dia dan nurse check luka di tempat operation, buka tape dan spray antiseptik. Lepas tu nurse tampal plastik tape supaya saya boleh mandi nanti. Alhamdulillah, doktor benarkan saya balik tengah hari tu.

Total bil saya RM20,500. Separuh insurans tempat kerja husb cover and balance kami bayar cash. Doktor-doktor yg merawat saya even masa operation pun bayak bg discount. Tepat jam 2.30ptg kami semua meninggalkan SMC setelah 5 hari berkampung di sana.

Tak kisahlah dari manapun datangnya duit tu atau keluarga terpaksa berhabisan puluhan ribu ringgit, namun bagi mereka kesihatan lebih penting. Duit kita boleh cari semula, tapi harga sebuah nyawa tak sama dengan wang ringgit. 

Terima kasih sangat-sangat kepada orang yang banyak bekorban untuk saya. Terima kasih mak yang menjaga siang dan malam tanpa erti jemu sepanjang saya sakit. Terima kasih suami yang setia menanti dan mengerah keringat melayan karenah saya sepanjang saya sakit. Terima kasih abah dan adik-adik yang bersusah payah hari-hari berulang alik ke hospital demi melihat saya. Terima kasih keluarga yang terlalu perihatin serta sumbangan wang di saat-saat saya memerlukan.

Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami dan keluarga yg terlalu menyayangi saya. Begitu juga keluarga mertua dan rakan-rakan yg tak putus-putus berdoa dan hadir di saat saya menderita kesakitan.

Sesungguhnya rahmat Allah itu terlalu besar buat saya. Seandainya dugaan ini untuk menghapuskan dosa-dosa saya sebelum ini kepada Allah, saya betul-betul ikhlas dan redha menerimanya. Benar kata orang lain, saya insan terpilih yang diberikan dugaan hebat sebegini. Hanya Allah yg mengetahui setiap kejadian yang Dia berikan. Mungkin Allah beri kesakitan, keperitan, kepedihan, kesusahan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan keredhaan saya terhadapNya. Amin ya Rabbal Alamin...



*ada lagi okey. Bersambung ke episod seterusnya*