Assalammualaikum…
My Wedding Story…
Episod
Ke Dua
Ehem..ehem..Kalu dah ada entry pasal nikah,
mesti ada entry pasal bersanding kan?
(WAJIB!) Entry ni untuk tatapan dan kenangan Hanis jer. Okay…Let’s go to
the truth…Kenduri bersanding berlangsung keesokkan hari selepas nikah pada hari
Ahad, 6 Mac 2011.
Pagi-pagi bangun dari tidur terus kemas-kemas bilik. Dalam pukul 10 pagi dah ramai juga tetamu yang hadir. Saudara mara yang jauh dan dekat tak lupa juga yang telah ber’kampung’ di rumah saya semua ringan-ringan tulang membantu. Alhamdulillah…Ramai sangat yang datang. Terharu dan tak sangka sebab ini adalah kali pertama Mak dan Abah mengadakan kenduri kahwin. Menantu sulunglah katakan. Niat kami nak buat sederhana sahaja. Tapi rasanya dah grand giler dah..hehehe… Tak apelah. Yang penting meriah. Sampai hari ni pun ramai lagi yang bertanyakan Mak dan Abah bila lagi nak buat kenduri kahwin? Ahaks!
Pagi-pagi bangun dari tidur terus kemas-kemas bilik. Dalam pukul 10 pagi dah ramai juga tetamu yang hadir. Saudara mara yang jauh dan dekat tak lupa juga yang telah ber’kampung’ di rumah saya semua ringan-ringan tulang membantu. Alhamdulillah…Ramai sangat yang datang. Terharu dan tak sangka sebab ini adalah kali pertama Mak dan Abah mengadakan kenduri kahwin. Menantu sulunglah katakan. Niat kami nak buat sederhana sahaja. Tapi rasanya dah grand giler dah..hehehe… Tak apelah. Yang penting meriah. Sampai hari ni pun ramai lagi yang bertanyakan Mak dan Abah bila lagi nak buat kenduri kahwin? Ahaks!
Lepas mandi, dalam pukul 10.30pagi tu my
lovely MUA pun sampai. Tak sangka Kak Nurul punya sentuhan memang ajaib. Cantik
seyyhhh! Thanks Kak Nurul…(^__^). Tak rugi Hanis ambil Andaman Azika Collection
hari tu. Walaupun mahal sikit tapi berbaloi-baloi. Overall memang hanis berpuas
hati sangat dengan make-up dari Kak Nurul. Masa Kak Nurul sampai pun agak
lewat. Risau juga sebab pukul 12.30tgh hari dah nak bersanding. Tak sampai 2
jam je nak make-up. Tapi Alhamdulillah. Maybe Kak Nurul ni memang dah pro kot.
Sekejap je dia make-up. Tapi hasilnya memang gorgeous..hihi.. Jom…
Finally...OMG!!!
(^__^)
Selesai make-up, bergambar bersama Kak Nurul...(Azie, sayayangcomel, Kak Nurul-MUA)
Habis selesai make-up, husband Kak Nurul pun
ada masuk ke dalam bilik ni untuk ambil gambar. Ramai masa tu. Abang Fendi dan
adik Hanis, Saadah pun ada. Kitaorg semua bergambar. Semasa berdebar menanti
sang putera (Ceh!) hehehe.. Ops! En. Husband la, tiba-tiba Hanis di serang oleh
segerombolan rakan-rakan media (konon-konon la…) yang hendak menemuramah dan
bergambar bersama Hanis…hahaha…Kelakarlah. Bukan rakan-rakan media k.
Rakan-rakan sahaja. Terkejut and tak sangka diaorang datang. Rakan-rakan
classmate dan roommate masa study di Johor dulu pun ada. Thanks Asz, Sarah, Farah dan
Faezah. Tak lupa juga pada Suryani dari Melaka yang telah sarat mengandung.
Thanks u all and love u all sangat-sangat. (Terharu sampai nak mengalirkan air
mata, tapi takut nanti eyeliner I bleach pulak. Ahaks!)
“Pak pak kepak kebum kebum kebum…Kompang di
palu…pengantin malu....” Suka sangat dengar lagu ni. Lagi-lagi time kita kawin.
Korang tau, hari yang paling menggembirakan Hanis adalah masa wedding dulu.
Kalaulah di beri peluang untuk buat kenduri kahwin lagi memang Hanis akan
join..hihi..Seronok, bukan sebab kita raja sehari masa tu, tapi seronok sebab
kenduri besar-besaran beribu-riban untuk meraikan kita. Mestilah seronok beb!
Try ar…pada yang tak ada naluri nak kahwin tu baik korang tukar balik feel
korang untuk berkahwin. Cayalah, mesti korang tak rasa serik punya. Cepat
la..cepat la..hehehe…
Sewaktu rombongan dari pihak Husband saya tiba.
(Mesti masing-masing tengah kehangatan sebab cuaca sangat panas...Sabar yeee..hihi..)
Ops! Saya sedang menjeling Abang OP saya..hihi..
Comelnyeee :p
Keluarga bersama 'orang-orang' kuat saya...
Dari kiri belakang : Shafik, Ammar, Are-Dah, Halim, Timah, Husband saya, Emak, Abah, Saya yang kiut..hihi, E-Wan & Azie...
Wif Mak Mertua & Ayah Mertua yang di sayangi...(^__*)
Keluarga mertua...
Dari kiri berdiri : Kak Liza, Abang Firdaus, Athirah comelzz, Kak Ina, Abang Farizal, Ayah Mertua saya, En Husband, Saya lagi comelzz, Emak Mertua & Riduwan...
10
perkara paling menarik yang tak boleh saya lupakan adalah :
(1)
Masa rombongan pangangantin lelaki tiba, saya dengan 'eksited'nye telah keluar
rumah..semasa hendak melangkah keluar pintu, tiba-tiba terdengar suara Abang DJ
menyapa "Hai pengantin perempuan...perlahan-lahanlah sedikit jalan
tu..Jangan gelojoh sangat. Tak larinya pengantin lelaki kat situ..."
Hahaha..semua orang gelakkan aku. Argghh!!..lantak kau lah...aku buat muka
tebal jer...hihi..(kontrol malu beb, tapi dalam hati tak malu langsung
pun..hihi..)
(2)
Masa berarak dengan En Husband bawah khemah makan, saya sempat lagi menjeling
rakan-rakan yang hadir. Niat di hati rasa nak lambai-lambai je kat
diaorang..(hu..bajet artis sedang jalan atas red carpet la tu)..tapi terpaksa
kontrol ayu dengan senyum sahaja ke arah mereka, tapi sebenarnya memang hakku
ayu pun kan time tu? Hahaha....
(3)
Paluan kompang dari Warisan Sri Delima, Kg Melayu Subang memang superrrbbb lah.
Mesti orang kampung saya ni terpegun dan terharu sampai mengalirkan air mata
darah melihatnya...(^_*).Yelah, masa kompang di palu memang dengar sore kompang
dan budak-budak kompang ni sahaja. Sampai nak pecah telinga di buatnya. Paling
best En Husband sendiri yang bawa geng-geng kompang dia. Haa.."Sendiri
datang, sendiri palu"..wah-wah cam tagline gitu. Auwww... Thanks
sangat-sangat. Kompang korang memang best 1000x ganda. Kalau uols nak tempah
boleh klik jer kat SINI. Harga pun boleh tahan, tapi untuk
majlis saya dapat special price...FREE sahaja okeh! Hahaha...
(4)
Semasa upacara memotong kek, Mak tetiba lak touching. Mak nangis semasa Husband
Hanis nak suapkan kek ke mulut dia. Lantas Hanis cepat-cepat peluk mak dan
Husband. Mak kata mak sedih sebab sorang anak perempuan mak dah diambil orang.
Kalau saya dah besar nanti N dah ada anak tentu saya pun rasa dan lalui perkara
yang sama. "Mak...saya tetap anak mak dunia&akhirat, jasa dan
pengorbanan mak tak akan saya lupakan sampai bila-bila. Mak lah orang yang
sentiasa ada di sisi saya ketika saya susah&senang. I LOVE U MAK....."
(5)
Abang Dj tu boleh pulak mainkan lagu DEALOVA time kitaorang tengah makan.
Dengan slumber dia kata itu lagu percintaan kitaorang. OMG! Suka-suka hati dia
jer. Tapi memang betul pun masa dulu-dulu..hihi..Felling betullah.
(6)
Ex-boy saya pun ada datang tau...jangan mareee..hihi...
(7)
Lepas bersanding, tepung tawar, makan biadap beradap, potong kek,
bergambar sume bagai...terus Abang Fendi (OP saya) ajak kami untuk fotoshoot di
Putrajaya. Semasa kaki keluar melangkah rumah, tibe-tiba Abang DJ sekali buat
hal dengan mengajak saya dan Husband untuk membuat sedikit ucapan
konon-kononnya. Tapi bukan sepatah dua kata jadinya, dah jadi 1000-2000 patah
kata... Ingatkan sattle lah. Lepas tu dia suruh nyanyi pulak. Korang tau lagu
ape? Memang evergreen gilerlah. Ala-ala 70an. Ha, ambik kau...'Seiring
Sejalan'...dendangan Uji Rashid&Hail Amir Version Mellinium. Nasib baik tak
hujan lepas tu. Hanis ONNNN jer. Hubby pulak cam malu-malu. Tapi terpaksa
layankan ajeeee..hahahaha...(1st time nyanyi kuat-kuat jerit-jerit depan orang
ramai...)
(8)
Semasa outdoor photoshoot di Putrajaya, ramai pak-pak&mak-mak Arab yang
minta izin utuk snap pic kami. Yawww..dah macam artis pula hakku
rasa...hahaha..(gediksss terlampau!). Penat outdoor sampai pengantin sendiri
yang surrender nak BALIKKK...!!! PENATTT.....!!!
(9)
Malam tu kitaorg (Sayayangcomelss, Hubby, Halim, Are-Dah, Ammar, Iwan, Shafiq
& Timah) eksited giler nak kira duit salam mak&abah...hihi...Seronok
sangat. Dah macam pekerja kilang koyak sampul dan asingkan duit masuk ke dalam
kotak..Yawwwiii...! Ada Rm50, Rm10, Rm5, Rm...Rm... Rm1 pun ada...Tak ada Rm
pun ada..hihi..Alhamdulillah....Paling menariknya Hanis dah surrender dulu dah.
Halim, Are-Dah&Ammar pun sama. Tinggal Hubby, Shafiq&Timah jer yang
mengira sampai habis...
(10) Sampai sekarang saya tak boleh lupa ke semua di atas...best, best..lepas ni nak g jumpa DORAEMON sebab nak pinjam kat dia mesin waktu yang boleh ulang semula majlis wedding saya dulu..ahaks!
hiik time nie xkn dpt sy lupakn smpai ble2..hiiik tahniah n looovvveee u all so much
BalasPadam