Selasa, 31 Januari 2012

Alhamdulillah, syukur saya menjadi seorang wanita


6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim



pic : tq google

1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang'
manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


copy from my pesbuk
^_^


Lamanya tak berdating. Bila ada peluang saya lebih menghargai. Rasa seperti di alam percintaan pula...


Assalammualaikum.


Tajuk entry dah macam rangkap lagu. Kalau tak panjang tak sah kan? Lebih teruk lagi buat tajuk sampai TIGA ayat sekali gus (versi tamak haloba kau) Hahaha...
Tajuk panjang berjela tapi ayat lebih pendek. Over pula tajuk dari isi kandungan. Macam lebih sudu dari kuah? Motip???
Hari ni nak melayan perasaan tajuk entry yang panjang nih! Mari...


Semalam (29 Jan 2012) plan dgn Husband nak pergi beli barang dapur di Tesco Extra Puchong. Mula-mula nak gerak lepas asar konon-kononnya. Tertidur punya pasal sampai jadi hampir-hampir maghrib. Sampai pun dah dekat pukul 7ptg.

Dari jalan raya lagi dah nampak booth-booth kat luar Tesco tu punyalah banyak. Macam ada karnival jual-jualan ape ntah. Maka, En. Husband mengofferkan diri untuk pergi melawat booth-booth tu sebelum membeli barang di Tesco.

Bagai bulan jatuh ke riba maka saya hampir-hampir *PENGSAN!*
Sebelum pengsan, mari kita cari parking laju-laju dulu dan terus berlari-lari anak (tipu) ke both tersebut sambil berpimpingan tangan.
(Asben terpaksa pimpin tangan saya agar saya sedarkan diri tidak diibarat seperti anak-anak kecil yang histeria bila tgk mainan..hihi..)


Sampai......


dok usha-usha ape yg patut....


jalan-jalan sampai ke hujung dan patah balik.....


jalan lagi....


dan lagi....


dan terus lagi....


Dah nampak target, cuma sasaran tu macam tak tepat je nak lontarkan (ecehceh). Takut husband tak setuju pula. Tapi kena bagi tau jugak ni. Kalau tak menyesal tak sudah nanti. Nak cakap, tapi rasa tak terluah. Rasa tak sampai hati dan takut. Nak cakap ke tak? Cakap ke tak eh?

Tapi sebelum tu Husband ada kata... "Yang, kalau nak ape-ape pilihlah. Abang belanja. Nak jam ke...nak speck ke@ape-ape pilihlah". Saya geleng kepala je. Tiap kali Husband tanya saya geleng jer. Dalam hati mesti Husband aku puji baiknyelah isteri dia. Bukan jenis meminta-minta. Bukan jenis nak kopakkan duit suami. Dan bukan jenis rambang mata atau pemboros. Hahahaha...gelak sorang-sorang dah ni. Tapi nawaitu dalam hati tak terlafaz lagi ni.



Tiba-tiba...



Saya pun bersuara..."Bang, tadi Sayang nampak cardigan kat kedai depan tadi. Cam minatlah..." (nada takut-takut kut).
Husband pun terus jawab..."Oh, ye ke? Kat mana? Ok, jom kita pergi..."


*PENGSAN LAGI!!!


Ibarat bulan jatuh ke riba. Besar tapak tangan KLCC saya tadahkan.
**apesal plak aku nak tadahkan KLCC? Tak ada motip dah ni.


Tak payah cakap panjang dah terus melangkah penuh bangga ke booth yang dimaksudkan. Yeah, saya dah nampak. Tangan saya dah mula pegang-pegang dah. Konpius nak pilih colour yang mana 1. Rambang mata lagi. TRAUMA!


Saya mula try satu persatu satu. Kalau boleh semua warna nak cuba. Kelabu, pink, putih, hijau, coklat...Lastly Husband kata..."Yang ambiklah 2 helai. Pilih je mana-mana..."
Senyum kambing sampai ke telinga saya ^_^


Pilih punya pilih saya ambil warna kelabu dan pink. Pink mana boleh tinggal. warna favourite sejak dalam perut ibu lagi (tipu, dalam perut warna hitam je kut yg aku nampak)
Sehelai RM29. Beli 2 helai dapat RM50. Pandai Husband saya. Dia baik kan belanja cardigan sampai 2 helai? Dia memang memahami perasaan saya kan? Dia sungguh baik hati dan suami penyayang serta mithali kan? Oh, nak puji apa lagi erk? Saya memang ikhlas ni. Betul-betul jujur dan luhur memuji dia...hihi ^_^

TERIMA KASIH ABANG. "Sayang sangat sama kamo" Lepas bayar dan dapat terus masuk Tesco untuk membeli barang-barang keperluan dapur kami. Kopak memang kopak. Tapi untuk isteri tersayang sanggup walaupun tak dapat beli baju sendiri. Lagi pun siapa lagi yang nak kopakkan duit suami kalau tak isteri sendiri. Takkan isteri jiran depan rumah kau pulak!
Hahaha...


Lot,s of LOVE


Cermin tu pantang nampak saya dan saya lebih berpantang-pantang lagi bila nampak cermin


Dengan candle pun jadi berposing. Siyes nak bg tau candle tu mmg wangi.

♥ ♥ ♥

Membeli barang dapur adalah kewajipan setiap bulan. Terima kasih suami ♥

Makan time! And this is for you

Dan ini pula fav saya. Fav lah sangat sebab pedas nak $#@&*!. Hehehe

Bye!


Isnin, 30 Januari 2012

Berkenduri Di Raya Cina

Assalammualaikum

Sabtu 21 Jan 2012
Going to Kenduri cukur jambul my husband's nephew
NURFARISYA AMNI

Ahad 22 Jan 2012
Attand wedding my husband's bestfriend
AWIE & YANA
"Congratulation both of you"

mari layan ini gambar...

Jalan sesak okeh. At Lebuhraya Utara-Selatan. Dari Nilai ke Seremban.

Singgah di RNR Seremban sebab janji dengan kawan-kawan Husband untuk jumpa di sini. Maka ternampak ini ^_^

Di homestay pengantin lelaki. Dari kiri Bebeq, saya, Kak Ita, Kak Jaja dan Rini (kanak-kanak tak disenaraikan sekali ye)

Semua dah berpangkat ibu kecuali saya. Terasa seperti anak dara pulak Yaww!

Me and beLOVE Hubby

Saya bersama anak sulong Kak Ita

Wajib bergambar bersama raja sehari. Blue is irresistably sweet. Saya dah jatuh cinta dengan warna ini.

Bergambar di luar dewan pulak...

Beach
 
Bukan merenung tapi memerhatikan anak masing-masing ^_^

Happy! Tapi teringat betapa seksanya nak tukar baju di sini. Semua toilet penuh. Maka jadi kenangan pahit sekejap! Hehehe...

Isnin 23 Jan 2012
Lepak-lepak sambil kemas rumah with my beLOVEd

Selasa 24 Jan 2012
Attand engagement day my beLOVEd sister
NOR SHAZWANI & QAHAR
"Semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin"
*sesat kejap*
^_^

mari layan gambar lagi...

Dari pihak lelaki.

Pelamin yang sungguh awesome. Kak Shaz memang suka purple.

Nice!

Wif my beLOVEd sis...NORSHAZWANI

Miss this time

Sebelum balik, saya sempat berpesan pada Qahar (Tunang Kak Shaz)

Saya : Tolong jaga kakak kite baik-baik tau (sambil pegang bahu Kak Shaz)
Qahar : Ye okay, tengok abang dah jaga elok-elok lah ni sampai dah berisi badan.
Saya : Laa...bukan jaga itulah. Jaga 'hati dan perasaan'...
Qahar : -_- Ops! ha??? Okay...

Bubuy!
^_^

Rabu, 25 Januari 2012

Mak Insan Terbaik Di Dunia

Assalammualaikum


Entry kali ni nak touching-touching cikit. Hopefully uols sediakan tisu sekotak dua bila baca entry ni hokkeh. Nak rembat tisu jamban kat opis uols pun boleh jgk. ^_^

Semalam, saya terlihat gambar sepupu suami dengan emak dia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi dia akan melangsungkan perkahwinan. Mungkin gambar terakhir bersama ibunya sebelum dia melangkah ke alam baru. Sungguh terharu. Tiba-tiba teringat kat mak saya dirumah. Entah apalah agaknya mak buat sekarang kan?
Berbalik pada cerita asal...Kemuadian saya pun komenlah kat picture tu cam ni...


"Tgk gambar ni teringat mak akk...ms wedding, akk x sedih lgsung pn..nikah pn sm.rs happy jer sbb ramai org raikan kita kot..pas kawen pn rasa biasa2 jer sbb still lg tinggal serumah dgn mak.tp pas duduk umah sndr dgn husb hari2 n tiap2 mlm nangis teringatkan mak..masa tulah rindu sgt2 kat mak n teringat pengorbanan die. time2 nilah kita nak manja2 dgn mak kite..so, hargailah peluang yg ada.. :)"

Sebenarnya apa yang saya tulis tu adalah hakikat sebenar yg terjadi dalam kehidupan kita seharian. Kata orang bercakap berdasarkan pengalaman adalah kata-kata peransang dan nasihat paling terbaik dalam kehidupan. Kalau hari ini kita dari seorang bayi, kanak-kanak, remaja dan kemudian dewasa. Mungkin kita tidak sedar betapa besarnya pengorbanan emak kita. Segala kelengkapan termasuk makan dan pakai semua diuruskan oleh emak. Even dah kahwin pun kalau kita still tinggal dengan emak dan ayah kita, sedikit sebanyak tanggungjawab tu semua disediakan oleh mereka.



Tetapi, apabila telah berkahwin dan berpindah dari rumah emak dan ayah ke rumah kita bersama suami semua tanggungjawab tu tergalas oleh bahu kita sendiri. Hendak atau tidak kena buat juga. Sempat atau tidak tetap kena laksanakan juga. Bunyinya nampak senang kan..."Alah sekadar masak, basuh baju, kemas rumah, senang saja. Masa study dulu pun duduk kat asrama berjauhan dari family dah biasa buat dah."

Memang macam kacang goreng je semua tu. Tapi...sebagai contoh saya coretkan di sini...

1. Toilet rumah kotorlah, berlumut...selalu sape ntah yg cucikan. Tahu-tahu saja memang dah bersih.

2. Laparnya. Bukak peti sejuk tak ada apa-apa pun. Kalau kat rumah mak dan abah bukak periuk je dah ada nasi. Bawah tudung saji dah ada paling kurang pun 3 jenis lauk.

3. Tiap-tiap hari kena masak lak tu. Kalau tak masak nak makan ape? Takkan hari-hari fastfood. Perut ni dah kebal dah. Kalau kat rumah mak abah ni sekali sekala je masak. Tu pun kira bertuah lah!.

4. Banyaknya baju tak lipat lagi ni. Mana baju ni? Mana seluar? Aduhhh...stokin hubby tak jumpa pulak time-time camni. Dalam mesin basuh lagi ke? Kalau kat rumah mak dan abah semua dah sedia. Balik kerja je kain baju dah tersusun atas katil. Mudah kan?

5. Lepas basuh baju ni nak sidai pulak. Arghhh! malasnya. Kalau dulu kat rumah mak ayah tak perlu pikir pun pasal ni semua.

6. Sunyinya...suami balik lewat pulak malam ni. Tinggal sesorang dan mengadap TV ajelah. Kalau kat rumah mak kan seronok. Dulu memang asyik bertekak jelah dangan adik beradik.



Sebelum kahwin memang saya tak pernah terpikir pun semua ni. Apa yang saya katakan ni adalah berdasarkan pengalaman saya. Awal-awal perkahwinan (dalam tempoh 3 bulan) saya dan suami masih tinggal dengan keluarga saya. Masa tu belum cari rumah sewa lagi. Tapi mengenangkan suami yang penat berulang alik hari-hari ke tempat kerja yang jauh, maka terpaksa jugalah kami mencari rumah lain untuk berdua.

Saya tahu, hati Mak begitu sayu sama seperti abah juga untuk melepaskan kami keluar dari rumah itu. Berulang kali mereka kata supaya tinggal lebih lama lagi dalam setahun dua di situ. Tapi apa kan daya, saya sudah menjadi hak orang. Saya kena ikut perintah suami. Di mana suami, di situlah saya. Syurga saya terletak di kaki beliau. Namun syurga saya di dalam hati tetap di telapak kaki mak :(




Maka berlinanglah air mata tiap-tiap hari dan malam mengenangkan mak, abah dan adik-adik yang jauh di sana. Sebenarnya tidaklah sejauh mana pun. Kalau saya sendiri nak drive balik ke rumah mereka tak sampai satu jam pun. Tapi tak tahu kenapa di awal-awal perpisahan tu hati saya begitu sayu dan sedih bila teringatkan mereka. Mungkin juga saya dah biasa bersama keluarga sejak kecil, sejak dibangku sekolah dan sejak bekerja memang tidak pernah berenggang dengan keluarga. Jangankan kena marah dengan suami, kena tegur sikit pun saya dah mampu menangis tersedu-sedu.

Setiap hari saya panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga diselamatkanlah orang-orang yang saya sayang terutamanya emak. Setiap kali lepas solat saya tak lupa mendoakan kesejahteraan mereka termasuk suami. Mesti saya nak menangis juga. Baru kini saya sedar kenapa mak pernah menangis di sebabkan saya melawan cakapnya dulu. Hati saya menjadi terlalu sensitif bila teringatkan mak.




Saya masih ingat saat mula-mula bersekolah dia asrama (Teknik Klang) dahulu. Emaklah antara orang yang paling sibuk menguruskan keperluan saya di asrama. Emak juga terpaksa mengeluarkan duit simpananya dan berhabisan membantu abah membayar yuran serta keperluan sekolah dan asrama saya. Sekali lagi air mata saya mengalir tatkala tinggal di asrama. Jika pagi-pagi sebelum ke sekolah wajib salam dan cium tgn emak. Tapi bila di asrama tgn sapa pula yang saya nak cium?. Perkara ni semua membuatkan saya bertambah sedih. Tapi lama kelamaan saya dah terbiasa dgn keadaan begini. Semasa hari pertama di asrama memang menyeronokkan sebab pengalaman baru dengan suasana dan kawan-kawan baru.

Hari ke dua sebelah malam (sewaktu masih orientasi) pula mak dan abah datang. Saya lihat mata mak merah dan ada kaca jernih di matanya. Mungkin disebabkan mak banyak menagis. Abah kata mak tak boleh tidur dan tak berselera makan teringatkan saya di asrama. Sampai begitu sekali hati seorang ibu. Mak bawa makanan kegemaran saya sate. Mungkin mak pikir di asrama saya tak dapat makan makanan tu semua. Mak juga bawakan sterika baju sebab saya tak ada sterika masa mula-mula datang asrama. Saya tanya "Habis kat rumah nak sterika baju cam mana?" Mak kata " Tak apa. Mak dah gosok baju sekolah adik-adik untuk seminggu" Sampai cam tu sekali keperihatinan mak terhadap saya. Di dalam hati saya terlalu sedih melihatkan pengorbanan emak...




Bila melihat keadaan mak begitu, hati saya bertambah sedih. Tapi saya tak tunjuk kesedihan di hadapan mereka. Saya tak nak mengharukan lagi keadaan. Saya tak nak buat mak susah hati melihatkan keadaan saya. Saya nak mak lihat saya bahagia dan gembira sahaja di sini bersama rakan-rakan agar mak pun tak sedih-sedih mengenangkan saya lagi. Walaupun hakikatnya saya nak meraung sama di situ, tapi saya egokan diri. Sabar ye mak. Saya pun nak kejar cita-cita, maka setiap apa yang kita ingini tu perlukan pengorbanan, perlukan kesabaran dan perlukan sedikit kesusahan di awalnya. Kerana akhirnya kebahagiaan dan kesenangan itu akan tetap menanti  setelah kita melalui setiap kesusahan dan kepahitan.




Begitu juga keadaan semasa saya melanjutkan pelajaran ke IPT di Johor Baharu. Pada awalnya saya mengalami demam teruk mugkin sebab berjauhan dari keluarga. Mujur ada ramai saudara mara (sebelah abah) di sana. Mula-mula memang sedih sangat. Tercampak sorang-sorang jauh pula tu dari keluarga. Beratus batu. Tapi Alhamdulillah saya dah terbiasa. Dah tak nangis-nangis lagi macam semasa di sekolah dulu. Ops! terkeluar topik pula ^_^. Berbalik pada mak. Mak juga berhabisan duit simpanannya untuk menyediakan keperluan saya. Walaupun tak nampak, tetapi sesekali bila saya balik ke rumah mak akan beli setiap apa yang saya perlukan, mak masak dan sediakan setiap apa yang saya hendak makan. Baru cakap, semua dah terhidang masa tu jugak. Betapa besarnya pengorbanan mak. Tak terungkap oleh kata-kata.




Semasa saya ingin melangsungkan pertunangan dan perkahwinan, mak juga yang menemani setiap kali saya hendak membeli keperluan seperti hantaran, menempah baju, pelamin, khemah, katering dan macam-macam lagi. Tak pernah sekali pun mak menolak atau mengeluh tatkala mengajak menemani saya ke sana dan ke mari. Yang pastinya maklah tulang belakang saya sehinggakan majlis-majlis ini selesai. Tak dapat saya bayangkan kalau mak tiada, mungkinkah saya dapat laksanakan semua ini dengan sempurna?




Saya pikir pengorbanan emak terhenti apabila saya tidak lagi di bawah tanggungjawabnya. Rupanya saya silap. Walaupun saya telah menjadi hak orang lain, namun mak tetap berkorban untuk saya. Saya masih ingat sewaktu saya hendak berpindah ke rumah sendiri dulu. Mak sedih...tapi dalam kesedihannya dia sempat membeli barang-barang keperluan rumah saya seperti kuali, tikar getah, makanan dan macam-macam lagi. Segala apa yang tak lengkap semua dia belikan. Mungkin, walaupun saya bukan lagi di bawah tanggungjawabnya dia tetap ingin lihat saya sesempurna seperti di bawah jagaannya dulu. Dia tak nak tengok saya kekurangan walau sedikit pun.




Masa baru-baru pindah dulu, mak demam mungkin sebab rindukan saya. Yelah hari-hari wajah saya di rumah tu. Tapi kini saya tiada lagi. Saya hanya dapat cium tangan dan pipi mak seminggu sekali sahaja itupun kalau saya balik ke rumah mereka. Kalau tak tiap-tiap pagi sekarang kena salam dan cium tangan suami sajelah sebagai pengganti emak.




Begitu besar sekali pengorbanan mak. Tak terbalas saya dengan wang ringgit. Tak ternilai dengan sejuta wang akan kasih sayang yang dicurahkan. Tak terhingga peluh dan darah yang mengalir sewaktu melahirkan saya. Tak terbayar akan air susu yang mengalir untuk mengenyangkan perut saya dan tak terkira air mata yang tumpah sewaktu membesarkan saya agar menjadi insan yang beguna. Sesungguhnya saya amat-amat menyayangi mak. Susah dan senang mak tetap di samping saya. Kalau saya  ada anak nanti saya juga akan curahkan kasih sayang dan pengorbanan sama seperti yang emak lakukan. Saya juga akan didik mereka sesempurna yang mampu seperti yang mak lakukan.




Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara kedua-duanya sudah tua atau kedua-duanya sekali, janganlah kamu katakan ‘cis’ kepada mereka dan janganlah kamu herdik kedua-duanya serta ucapkanlah perkataan yang mulia (lemah lembut).” (Surah al-Israak ayat 23).

Semoga mak dipanjangkan umur, diberkati sepanjang hayat dan diberikan kesihatan seumur hidupnya. Akhir sekali sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Semua harta dan kekayaan di dunia ni kalau hilang kita boleh cari. Tetapi  ibu bapa hanya ada satu sahaja di dalam dunia ni sepanjang hidup kita. Oleh itu jangan sia-siakan mereka. Hargailah harta yang amat bernilai yang Allah kurniakan kepada kita. Janganlah jadi seperti si Tanggang moden yang menderhakai ibu bapanya. Ingatlah, tanpa mereka kitapun mungkin tiada di dunia ni. Semoga mak dan abah sihat dan hidup diberkati dunia dan akhirat. Amin...



Lot's of LOVE Mum!
and
me To be InshaAllah
^_^

Selasa, 17 Januari 2012

Demam yg tak surut lagikah?


Assalammualaikum


Entry ni bukan nak cerita pasal demam panas ke, demam denggi ke, demam chicken pop ke (wow!) atau demam gila meroyan (oh! tidak sama sekali)

Tapi................saya nak bercerita mengenai demam OMBAK RINDU yang masih tak surut-surut lagi. Nasib baik tak tsunami cik senah! Kalau tak terpaksalah Osman Ali buat filem OMBAK TSUNAMI RINDU plak...Bhahaha...(gelak sesorg padan muka kita)

Lirik lagu Ombak Rindu ni sesuai dituju buat suami tersayang ^_^
Utk pakwe yang keras hati cam batu bata pun boley jugak.hi

"Tuhan tolong lembutkan hati dia
Utk terimaku seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia disisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
hanya ingat kamu kala dukaku
namun hanya kamu
yang mampu membuka
pintu hatinya utk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
utk dirinya yg jauh dariku
agar dia tidak kesepian
selalu rasa ada cintaku

Hujan bawa air mataku
yg mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku terseksa
tanpa cintanya dihatiku

Hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti"


Nyanyi ditemani video ini yer?




p/s : Tetiba teringat pila pada suami kita. Ok bye!.


Jumaat, 13 Januari 2012

Bertunang Dan Dugaan


Assalammualaikum


Siapa yg kata bertunang tiada dugaan? Sila angkat tgn. Mari saya gigit-gigit pipi dia. Grrrr…^_^

Bagi saya bertunanglah alam yang penuh dengan dugaan, ranjau dan liku. Sebab itulah org tua-tua selalu berpesan bertunang tu darah manis. Kenapa manis ye? Memang betul-betul darah dia manis kew? Bukan begitu, manis lebih menjurus kepada sedap, enak dan lazat kan? Maknanya orang yang sedang bertunang sedap digoda, enak dihasut dan lazat bila mendengar bisikan syaitan. Syaitan ni memang suka dan gembira sangat-sangat kalau kita ni melakukan benda-benda tak elok lagi-lagi dengan tunang. Konon cam tiket dah nak jadi suami isterilah. Tapi dah terang lagi bersuluh mmg korg belum SAH pun!

Masa nilah syaitan nak goda kita untuk sentiasa berselisih faham dgn tunang, bergaduh, maki hamun dan sebagainya sehinggakan ada yg kecundang putus ditengah jalan. Kalau iman tak kuat alamatnya memang setakat tu ajelah perhubungan. Belum dikira lagi belanja utk kenduri bertunang hari tu je habis sampai beribu riban belum termasuk beli cincin dsb. Syaitan ni tak suka kalau anak Nabi Adam ni mendirikan rumah tangga. Ialah, kahwinkan menghalalkan sesuatu perhubungan. Mestilah dia benci kalau kita berkahwin. Sebab itu syaitan akan sedaya upaya menghasut agar kita menjauhi pernikahan dan melakukan zina. Nauzubillahminzalik!

Kalau dulu, tak ada siapapun nak pandang muka comot kita&pakwe kita tu. Tapi bila dah bertunang masa nilah ex girl dan ex boy datang sms dan call kita balik. Lagi satu, kalau dulu brother kat tempat keja kita tu pandang selumber dan borak biasa-biasa je dgn dia. Tapi bila dah bertunang tiba-tiba pula dia selalu call kita sampai lewat-lewat malam. Bila di opis rasa cam lain macam dengan dia. Masa ni pulak la dia nak meluahkan perasaan dan kensunyian dia kepada kita. Ermmm…inilah sebenarnya dugaan bertunang.

Jadi,utk mengelak drpd sesuatu perkara buruk terjadi kita hendaklah sentiasa berdoa kpd Allah semoga dipermudahkan urusan kita. Semoga Allah melindungi dan memberkati hubungan kita sebagai pasangan bertunang. Saya masih teringat semasa bertunang dahulu, memang byk sangat dugaan yang terpaksa kami tempuhi. Maka, berbakul-bakullah air mata yang berderai. Kalau ada yang kata tak bertunang pun dah hadapi pelbagai dugaan yg memeritkan, sebenarnya bertunang lebih perit dugaannya dari waktu bercinta. Percayalah. Jgn pula bila saya tulis entry ini anda semua tak jadi bertunang. Bertunanglah…rugi tak ada pengalaman nanti. Even, bila org bercerita pasal tunang sekurang-kurangnya kita ada pengalaman sendiri. Betulkan?

Kenapa pula ada sesetengah org mengelak untuk bertunang? Konon takut putus ditengah jalanlah. Walhal, kalau Allah nak beri ujian dia bukan jodoh kita, saat-saat dia hampir jadi suami pun tak jadi juga. Ingat, dugaan tu ada dimana-mana. Yang penting sabar, ikhlas dan sentiasa memohon petunjuk dari yang Maha Esa.

Sekian,

Pesanan ikhlas ini dari : hanisbarbiedoll.blogspots.com ^_^


This is my engagement day on 12/12/09 with theme Green Apple and Pink Roses


TQ…Sayang awak semua!



Rabu, 11 Januari 2012

Ketaksuban Bershopping Di FB


Assalammualaikum


Salah satu sikap perempuan yang sukar dikikis adalah : BERSHOPPING :)

Selalu husband/tunang/pakwe akan tension tengok perempuan yang mempunyai habit bershopping nih. Tapi tak bolehlah nak salahkan perempuan tu je. Cuba baca ni...
(Kenapa saya boldkan perempuan? Alah uolls taulah kalau perempuan tu cam mana. Perempuan lah katakan. Motip???)
Tertarik dgn jawpan Ustaz Azhar Idrus;

Soalan: "Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk"
...
Jawapan ustaz: "Wanita mcm bdk2...suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nak,padahal mainan dh byk kt umah...mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg...kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll...SUAMI JGN MARAH..ISTERI BESAR JASANYA..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dl"
senyum tak perlu kata apa-apa
(^_^)


Bulan lepas saya beli dress ni dari Akak Intan Zulhijjah
Suka dress ni sebab ada puff di bahu. Alah macam trend sekarang ni ada puff-puff di bahu tue. Ko ingat curry puff aje ada puff ke senah? Bhahaha.. ^__*



Hari ni order dress ni pula. Suka sangat sebab ada ropol-ropol kat bahagian kaki dah macam langsir kan? Tettt...!
Order dress ni pun dari Akak Intan Zulhijjah



Bulan depan nak order yg ini pula boleh tak? Sambil buat muka kesian ~_~ Panggg!!!
Arghh!! Pink buat saya mual-mual tak tentu pasal.

Kalau senang marilah terjah butik-butik diorang ni di Facebook. Mesti uols pun taksub bershopping di Facebook macam sayer. Meroyan sekejap!

^___________^






Selamat membeli belah!!!

bye!


Sabtu, 7 Januari 2012

Ambil Berkat Weh!


Assalammualaikum


Hari ni pergi melawat baby Rayyan yg baru beberapa hari melihat dunia. Anak FM saya. 
*FM=fasility manager ok...Kak Awin namanya.
Baby Rayyan sungguh qiut miut. Tak meragam&tak menagis pun waktu saya memangku dia. Oh! sungguh awesome. Saya pulak yg macam nk nangis :) Semua kata "Hanis pangku baby cepat utk ambik berkat"
Happy tp belum rezeki saya lg. Redha ajelah...

Masa ke rumah Kak awin, kami seramai 6 orang iaitu Kak Pah, Kak Ros, Kak Aishah, Kak Shaz dan Kak Lena. Semua dah kakak-kakak. Saya je yg adik sungguh manis tp cam perasaan perasan okeh ^_^
Bila dah berjumpa ramai-ramai mmg bergossip pasal diri sendiri tak hengat. Lagi-lagi saya dan Kak Shaz. Kami kalau berjumpa di pasar tani tengah panas terik pun sempat bergossip pasal diri sendiri. Means, kalau 3 hari 3 malam pun sanggup tak tido bila dah berborak.
Huhu...sunggup happy dapat berjumpa teman 'gossip perihal diri sendiri' kami.

p/s : Hubby, saya harap awak menghargai apa yang awak ada sekarang. Hargailah orang yang sentiasa menyayangi diri awak sepenuh hati. Orang yang sentiasa ingat dan risau tentang awak, orang yang ambil berat tentang awak dan orang yang ada disaat awak susah dan senang.
Semoga kita tabah menghadapi dugaan, ranjau dan liku dalam menempuhi alam rumahtangga kita ini. Amin.
Mood : Taknak sedih-sedih lagi ^_^




Nite! Saya nak tido.




Ahad, 1 Januari 2012

Selamat datang 2012

Assalammualaikum


Pic : Google


Azam tahun baru saya nak jadi mummy...hehehe (kalau diizinkan Allah). Harap-haraplah Allah mendengar permohonan saya ni. Amin... 

Tapi saya dan En Hubby tak meletakkan harapan yang tinggi. Kerana Dia lebih mengetahui bila masa dan ketika untuk memberi. Yang penting kena doa dan berusaha. Selebihnya kita tawakal sahaja... ^_^

p/s : Pada guys yang belum berkahwin jangan cemari tahun baru anda dgn perkara-perkara yang tak elok tau. Cam merempit pas2 hilang nyawa kat atas jalan raya pada malam tahun baru korg.

Then...girls n boys g check in kat hotel berdua-duaan sampai kena cekup oleh penjegah maksiat pada malam tahun baru ka...

atau

Korang kena cekup dengan polis kat kelab-kelab malam sebab mabuk, di bawah pengaruh alkohol atau terlibat dgn dadah atau sbgnya...

SUBHANALLAH

Harap-harap dijauhkanlah saudara-saudara saya dari perbuatan terkutuk itu!

AMIN

p/s : Ingatlah, ramai lagi orang yang menyayangi kita. Semoga Allah merahmati hidup kita dan memberkati setiap apa yag kita kerjakan...

Sekian pesanan saya untuk tahun baru ini.

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!

p/s : sorry kalau merepek-repek cam nyiang rapik lak...

^_^

sayang KORANG sumer