Jumaat, 24 Oktober 2014

Tips Tambah Susu Ibu Secara Semulajadi


Assalammualaikum w.b.t
 
 
Di awal kehamilan, tak pernah terfikir tentang minuman atau susu untuk si kecil. Target cuma nak pregnant, dapat anak dan anak membesar dgn sihat dan sempurna di dalam kandungan. Kali pertama menjejakkan kaki ke klinik kesihatan (KKOL) untuk melakukan pemeriksaan kehamilan dan buat buku pink, Hanis telah di sajikan dgn ceramah-ceramah tentang kehamilan, penjagaan si kecil, kepentingan breastfeeding dan sehinggalah nurse bertanya… “ Rasa-rasa bila anak dah lahir nanti nak tak bagi susu badan???”. Hanis : “Toingggg…”. Blurrr sekejap.
 
Dan dari situlah timbulnya kesedaran tentang fully breastfeeding! Yeah!

 
***
 
Ok, Hanis nak share sikit+banyak to mommy-mommy yg selalu merungut “my bm tak cukuplah, sikitlah, seciputlah and etc”. Takpun “Anak I selalu menangis, meraung a.k.a mengamuk like singa yg kelaparan 44hari tak dapat makan nasi? Singa makan nasi? Abaikan!” Lol.
 
Ini nasihat dari my mom sendiri. Masa tu Hanis pun sebut-sebut juga perkataan yg sama mcm korang-korang semua. Paling best, malam ke-2 my life with Meddina lagi, dia dah disajikan dengan susu formula-S26 Stage 1. Yelah, takkan anak nangis nak sumbat air masak kan, sebab semata-mata taknak bagi anak minum susu formula. Susu badan pulak adalah setitik dua. Tapi, since malam tu…memang 1oz tu jelah Meddina minum susu tepung uols. Alhamdulillah, hari-hari yg ke seterusnya dapat bagi BREASTMILK dgn sepenuhnya. Yahoooo!!! (sambil angkat tangan tunjuk tiak! Yay!)

 
Ok ini tips saya :-

 
  Niat-Hari-hari masa pregnant dulu selalu cakap dekat asben, “Saya nak bagi susu badan sepenuhnya sampai umur anak 2 tahun jika diizinkan oleh Allah s.w.t”. Alhamdulillah, niat yg baik mestilah Allah izinkan, suami pun izinkan, duit lagi mengizinkan. Six months during pregnancy iols dah prepare beli siap-siap breast pump. Teruja kau. Haha…
 
 
Air Masak-Minum air kena cukup. Zaman dulu-dulu mak kata orang tua-tua tak bagi mommy dalam pantang minum air banyak-banyak. Minum time makan pun kena sukat dengan jari. Inikan pula nak bergelen-gelen air sehari? Tapi my mom tak pantangkan air masa Hanis dalam pantang sebabnya anak menyusu badan. Cuba korang sukat jumlah air yg masuk dgn jumlah susu badan yg anak kita minum? Seimbang tak? Kalau kurang minum, macam mana susu nak (p/s : Tapi tau tak kenapa orang tua dulu-dulu tak bagi minum air banyak-banyak? Sebab taknak rahim mengembang, basah n banyak air. Lagi satu luka pun lambat baik. Erm…kena kaji balik fakta ni. Tapi maybe lah juga. Luka jahit I pun lambat baik. Hihi…)
 
 
Susu-Sambung terus susu yg kita minum masa pregnant dulu pun boleh. Bagus sebab boleh pekatkan breastmilk kita. Suggestion : ANMUM LECTA, ENFAMAMA A+, FRISOMUM & MAMIL MAMA.
 
 
Lobak Putih-Antara menu yg kerap mak Hanis masak tak kiralah masa dlm pantang atau selepas panting n till now. Tapi ramai yg kata pahit. Caranya korang kena rebus lama dengan api yg perlahan sehingga lobak putih tu betul-betul empuk. Siriusly tak pahit ok.
 
 
Jantung Pisang-Salah satu tips paling murah dan senang nak dapat kalau dekat kampung. Jantung pisang rebus+sambal belacan…MARBELESSS!
 
 
Soya-Masa preggy memenag Hanis elakkan makan soya atau minum air soya. Sebabnya takut anak kena ezema. Wallahuaklam. Lagi 1 Hanis jenis hb low. So, soya dan susu segar tak dapat menyerap zat besi yg kita makan. Bila dah lahir Meddina memang suka makan dan minum soya expecially tau fuu faa. Nampaklah my bm labih pekat bila lepas makan tu.
 
 
Air Longan/Air Mata Kucing-Salah satu tips yg Hanis selalu praktikkan adalah minum air longan atau air mata kucing. Boleh dapatkan di kedai ubat cina ataupun pasaraya. Kalau korang beli yg jenis kering just rebus dan boleh buat stok milk booster di rumah. Simpan dalam fridge dan boleh minum bila-bila masa. InshaAllah boleh menambah air susu.
 
 
Kopi-Jangan tak pecaya air kopi juga boleh menambahkan bm tau. Petua my mom sendiri masa dia dalam pantang bersalinkan Hanis dan adik-adik dulu. Tapi Hanis jenis tak minat sangat kopi. So, memang jarang minumlah. (p/s : Kopi asli and bukan nescefe@campuran 3 in 1 yg lain ye…)
 
 
Kurma-Bukan sahaja bagus untuk ibu yg hamil, tapi bagus juga untuk breastfeeding mommy. Makanan sunnah terbaik yg kaya dgn pelbagai khasit antaranya, protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dgn zat besi dan membekalkan kalori segera yg diperlukan terutamya buat ibu menyusu.
 
 
Cheese, Yougurt, Yis-Semua jenis makanan berunsurkan keju, susu, tapai memang membantu menambahkan susu dan memekatkan air susu.
 
Kredit to google for the info
 
 
Alhamdulillah, makin ramai yg sedar betapa khasiatnya susu ibu. Susu paling mahal di dunia yg tak boleh dibeli dimana-mana. Kalau dulu kita bangga anak kita minum susu paling mahal, tapi sekarang ibu-ibu lagi bangga kalau dapat menyusukan anak sepenuhnya.
 
Alhamdulillah, sepanjang melahirkan Meddina sehingga ke hari ini, Hanis tak pernah makan apa-apa produk sampingan untuk tambah susu badan. Apa yg Hanis terapkan adalah sedikit sebanyak tips-tips di atas dan diharap dapat dikongsi bersama-sama dgn breastfeeding mommy yg lain. Bagi Hanis biarlah susu yg Meddina minum tu adalah asli dari apa yg kita makan seharian. InshaAllah…

 
Meddina already 11 months
 
 
Thanks for reading…
 
 

1 ulasan:

  1. untuk saya, susu kambing bertindak sebagai milkbooster..pagi2 bancuh dgn vico:))..Saya juga mengamalkan hababtus sauda, alfalfa, ostematrix (kalsium), vitamin c, ESP (sumber protein) dan air suam 2-3 liter sehari...Alhamdulillah susu meriah..yang penting ikut konsep demand and supply.

    BalasPadam