Sabtu, 25 Oktober 2014

Throwback


Assalammualaikum w.b.t


Pejam celik, pejam celik, SETAHUN sudah masa berlalu. Rasanya macam baru semalam Hanis lahirkan Meddina. Rasa sakit dan ngilu-ngilu beranak tu pun tak hilang lagi beb! Segar lagi diingatan. Cepatnya masa berjalan. Hari ni setahun, tahun depan 2tahun, tahun depan lagi 3tahun, tahun-tahun depan lagi nak sekolah dah, lepastu universiti, kahwin, dapat anak pulak. Aduh...advance sangat angan-angan ummi Meddina. Hingus anak I pun tak kering lagi noksss. Masih hijau lagi. Ahahaha...

Actually, Hanis nak throwback sikit+banyak waktu-waktu kelahiran Meddina dulu. Saje je nak test market, eh! IQ betul ke tak ingat lagi setiap moment kelahiran anak aku dulu. Almaklumlah anak first. Anak ke-8 nanti (request dari abah Meddina. Dia ingat aku kilang biskut!?) entah ingat entah tidak. Krikkk...krikkk...Hahaha...




Tara!!! Nilah gambar pertama anak iolsss. Kurang 1jam selepas Meddina berjaya keluar dari perut Hanis. Thanks anak ummi sebab bekerja keras nak keluar dengan cepat. Patutlah...memang super duper aktif hingga ke hari ini. Itupun Hanis yg suruh asben cepat-cepat snap gambar sementara nurse pergi ambik benang yg tak cukup semasa proses menjahit. Sakit wooo (ngeri tak korang dengar?) Hahaha...

Tak tahu nak describe macam mana perasaan time ni. Mak-mak beranak sulung taulah kot. Rasa bersyukur sangat-sangat. Rasa macam dunia ni milik kiteorang je bertiga (eh, boleh pulak mcm tu eh?) Sempat lagi bisik dekat telinga asben, "Abang...family kita dah lengkap". Dia pun tak boleh nak cakap apa-apa dah time tu. Nampaklah raut keceriaan diwajah suami iolsss. Nilah hadiah paling mahal yg Hanis pernah bagi dekat asben - anak




Lepas setel semua, Hanis dan Meddina di bawa ke wad. Masa tu dapat wad transit je pun. Sedey taw kalau Hanis tau masa tu. Nasib baik tak tahu. Oklah daripada kena duduk dekat kaki lima sebelah mak guard, ye tak? Hahaha. Segerombolan keluarga kiteorang datang melawat... Feel??? Rasa seronok sangat masa tu. Tak teringat langsung erti penat, sakit mahupun mengantuk (36jam tak tido tau). Tengok jiran-jiran katil sebelah semua berdua-duaan je mommy dan anak mereka. Family kiteorang je yg riuh rendah haruk piruk menggamatkan suasana wad bersalin tu. Hahaha...
 



Saat paling sedih masa Hanis salam dan peluk mak. Bukan pelukkan biasa yg aku lakukan. Pelukan diiringi bersama deraian air mata. Sebak sangat. Macam ni sakit dan susah rupanya masa mak lahirkan aku dulu. Kalau dari dulu lagi tau...taknak lawan dah cakap mak. Terima kasih makkk sebab lahirkan akak ke dunia ni. And now dapat rasa jadi mak balik.




Ramai betul tetamu Meddina. Siap datang bawa hadiah bagai. Rezeki Meddina lahir pada 1 Muharam, time semua orang cuti. So, bolehlah serbu wad ramai-ramai. Thanks semua...terharu ummi. Walaupun keadaan wad agak huru-hara dengan kehadiran family dan saudara mara Hanis, tapi anak iols tetap tidur dengan lena seperti berada di alam rahim. Berpindahlah Meddina dari tangan ke tangan.
 
Nur Meddina Myazahra...

"Inilah dunia baru kamu nak. Dunia yg penuh dengan onak dan liku. Dunia yg penuh dengan cabaran dan dugaan. Hopefully Meddina berjaya melaluinya. InshaAllah, Allah sentiasa ada bersama kita."




Bila waktu melawat dah habis...

Malam tu...
(jeng.jeng.jeng...bunyi guruh di langit!)


Tinggallah Hanis dan Meddina je yang sedarah sedaging dekat situ. Yg lain semua Hanis tak kenal. Tapi bertegur jugaklah dan anggap theyols semua jiran-jiran kitaorang yg sangat baik dan membantu. Hikhik... Pengalaman pertama yg mendebarkan! berdikari! buat sendiri! Yes, now i'm a supermak, not mak to be lagi >_<

Pengalaman pertama yg sangat indah, first time cuci berak anak, salinkan diapers anak dan bedung anak sendiri yg masih merah menyala. First time pergi toilet sorang-sorang, jalan sendiri, bersihkan diri saat masih lagi mamai-mamai degan kesan kesakitan lahirkan anak tadi yg masih tak hilang. Tapi bagi Hanis layanan hospital kerajaan pun first class. Semua nurse, doctor, attendant dan sister baik-baik belaka. Korang jangan fikir negative tentang hospital gov. Jauh sekali meleset tau.

Hanis tatap muka Meddina sepanjang malam. Tak mampu nak tidur. Takut kalau tidur nanti, bila sedar-sedar anak dah tak ada ke (hilang), lemas kena kain bedung ke, lemas tersedak muntah ke...oh! banyak sungguh aura-aura negative masa tu. Sebabnya...sakit dan penat lahirkan Meddina tadi tak hilang lagi. Taknak disebabkan kecuaian yg kecil tu mengakibatkan penyesalan yg tak berkesudahan nanti. (Kau tengok betapa cemasnya aku. Haha...)
Duhai anak...sebaknya masa ni. Ummi lap air mata cepat-cepat sebab tak nak jiran-jiran katil sebelah kita nampak ummi menangis nanti. Dah kau kenapa mak budak pulak yg menangis. Anak kau rileks je tido. Hehehe...


Meddina hari ke-2

 


Start dari malam tadi paling seronok berlumba-lumba kitorang mak-mak di dalam wad tu menyusukan anak sebab taknak anak kena juandis. Nanti tak boleh balik cepat. Walaupun cuma sedikit kolustrum putih yg keluar, namun...tetap mengenyangkan Meddina sehingga ke pagi. Beratus kali cium pipi mungil Meddina sebab nak mengecapi bau syurga tu. Nanti Meddina dah besar mesti dah tak bau wangi macam dalam perut ni lagi kan sayang... Mesti ummi rinduuuuuu... Huaaa...





Alhamdulillah, petang tu juga dapat potong nama dan keluar wad. Ya Allah...tak sabarnya nak balik rumah. Maka, bermulalah sessi berpantang untuk kali ke-3 but this time more to special sebab dah ada teman baru. Yippiii!

Hari ke-4 nurse datang rumah untuk pantau dan check fizikal Meddina. Rupa-rupanya anak ummi ada juandis. Ya Allah...kenapalah semua ni berlaku nak. Tak sanggup ummi dengar even juandis is normal to newborn baby. Paling sedih sebab anak kita kena ambik darah everyday! Rasa mcm nak ganti je dengan tangan sendiri yg kena cucuk-cucuk tu. Bukan tangan anak kita!




See, boleh Nampak lagi kesan lebam dekat tangan Meddina. Hari ke4 dan ke5 kena ambil darah dekat klinik kesihatan je. Bacaan masih paras normal and still juandis. Tapi tak teruk sangatlah. Hari ke5, kena pergi hospital sebabnya hari Ahad klinik kesihatan mana bukak. Kau bayangkan pergi hospital sambil gendong anak dengan pakai long skirt tapi dekat dalam ada bengkung! Seksa tau nak berjalan dan duduk bagai. Pasrahhh...

 

 
Syukurrr, bacaan juandis Meddina menurun and tak perlu lagi ke klinik utk ambik darah. Syukurrr anak I tak meraung-raung lagi waktu doktor pelatih cucuk tangan anak kita sampai kita pun lap air mata tak tahan sebak, duduk dekat kerusi paling hujung. Syukurrr doa-doa kita Allah kabulkan. Cuma mata Meddina je yg problem sikit. Sentiasa berair hingga umur dia sebulan.




"Hi...saya dah pandai pegang botol susu sendiri. Saya nak berdikari. Saya taknak susahkan ummi." Alhamdulillah, selepas sebulan juga mata Meddina baik sepenuhnya. Caranya, kena massage dekat tepi batang hidung dia. Doktor kata normal untuk baby-baby newborn sebab saluran air mata dan hidung dia masih tersumbat.




Tangan comel yg Hanis selalu cium. Hihi...




Selfie time tidur pun boleyyy. Kata orang...melentur selfie biarlah dari rebungnya. Hahaha...sapelah yg ajar ni. Tapi...dialah penghibur semua orang dalam rumah tu dan dia jugalah yg buat semua orang kelam kabut dalam rumah tu. Hinggalah ke hari ini. Hiii...




Berusaha juga daku time ni bila sebelah tangan pangku anak dengan posisi menegak walaupun kepala my baby terlentok-lentok dan tangan sebelah lagi pegang handphone sambil ajak berselfieee. Rasanya ni gambar pertama Hanis dan Meddina berdua yg diambil sendiri. My sweet moment!




First time juga bawa Meddina jalan-jalan rasmikan stroller baru dia. Ekzaited tau kiteee padahal jalan-jalan dalam rumah je pun. Nak tolak pun takut-takut sambil pegang badan anak. Mana tau terjatuh ke, tayar tercabut ke, body patah ke. Haha...cemas sangat. Over pulak kite!




Posing manja...
Tak lekang pipi dia di bibir semua orang. Yelah lama dah tak ada baby dalam rumah tu. Adik Hanis yg last pun dah berusia 14 tahun masa ni.




Time tidur pun ummi kacau-kacau pakaikan headbandlah, posinglah, tukar bajulah. Haha...nasiblahhh.







Ha...yg ni jangan terkejut. Meddina versi hitam (cakap slow-slow cikit bab HITAM tu. Kiki...). Masa dalam pantang kulit Meddina memang berubah-rubah. Kejap nampak cerah, kejap nampak gelap. Maybe time ni dia tengah searching kulit mana yg sesuai untuk dia. And the lastlyyy jumpa juga. Hehehe...




Posisi paling selesa dia tidur. Atas badan ummi yg mengandung, melahir, menyusukan dan membesarkan dia...




First time celebrate birthday dengan kehadiran Meddina. Rasa eksaited semacam. Mcmlah ada tetamu VVIP yg hadir. Haha...




Tanpa ummi sedar...rupa-rupanya anak ummi dah semakin membesar. Semakin berisi dan montel. Alhamdulillah, rezeki Meddina nak breastfeeding sampai ke hari ini Allah izinkan. Tak sangka bekalan untuk dia sentiasa mencukupi. Terima kasih Allah di atas nikmat ini.





 

First time bawak Meddina keluar beli barang. Sampai je kedai baby tu, dia muntah-muntah. Dalam hati ni Allah je tau. Rupanya mabuk naik kereta anak ummi ni. Hahaha...




Plan nak bawa jalan-jalan ke Morib. Risau punya pasal, bawa juga tapi duduk tepi kereta je sambil hirup udara pantai. Huhu...


 
 
Selfie sambil buat mimic muka 'oh! tanjat gigirl' kena flash kamera mak! Hahaha...




First time bawa keluar pergi pasaraya. Hurm...jangan harap ummi nak fefeeeling gojes sambil window shopping. Simpan dan tanam jelah perasaan tu di lubuk hati yg paling dalam. Pasrahhh lagi.




First time kena suction sebab selsema dan hidung tersumbat. Meraung satu klinik. Janji taknak bawak lagi dah.


 
 
Hoyeh! mesti nak juga keluar ikut nenda dan atok jalan-jalan.
#ootd


 
 
Semakin berisi...


 
 
And my ever and the last big brutty...
 
 
p/s : Selamat ulangtahun kelahiran buah hati dan nyawa ummi untuk kali yg pertama. Kalau adapun segunung emas permata masih tak mampu menandingi kasih sayang dan cinta ummi buat Meddina. Setiap hari walau dimana pun perjalanan ummi, setiap nafas dan denyut nadi ni hanyalah untuk kamu duhai permata hati. Membesarlah dengan baik dan sempurna sayang. Jadi anak yg solehah, da'i serta hamba yg tak pernah lupa untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal Alamin...
 
Love you so much!


***




...NEXT ENTRY...


 Thanks For Reading!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan