Sabtu, 10 September 2011

My 1st Eid As A Wifeee…


Assalammualaikum…


Pertama sekali nak wish congratulation juga pada kawan-kawan yang menyambut Aidilfitri buat pertama kalinya sebagai seorang ISTERI. ( Tahniah!, tapi jangan serabutkan pemikiran anda untuk berebut-rebut dengan suami nak beraya sebelah mana dahulu ye). Jikalau sebelum ini beraya di kampung Mak Ayah kita sahaja tiap-tiap tahun, tapi selepas ini kenalah bergilir-gilir dengan kampung En Husband pula. Maknanya kita akan beraya dia kampung kita dua tahun sekali sahaja? O.M.G!!!
Adakah kita akan jumpe Mak, Abah, Kakak, Abang, Adik-adik, Mak Long, Pak Long, Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Su, Pak Su, Atok, Nenek & sepupu-sepupu dua tahun sekali je???




Oh TIDAK!!!




Ok-ok…bukan bermakna jumpa orang-orang yang kita sayangi jauh nun di kampung sana dua tahun sekali je Dik Non. Raya pertama belah suami kau, esoknya raya ke dua baliklah pulak kampung kau. Raya kan sebulan.. Takyahlah gelabah sangat..hihi..
Paling untung kalau kampung U All dekat-dekat je..Means satu negeri ke..satu daerah ke..Pagi kat sana, petang dah boleh balik sini. Betul tak? Dan yang paling untung sekali kalau yang tak ada kampung. Duduk kat Bandar je lah Cik Senah.. (^_^)

Kalau sebelum ni pagi raya bangun kadang-kadang terlajak sikit (maklumlah excited esok nak raya, malam tu tido sampai ke subuh), tapi selepas bergelar isteri ni of courselah kena bangun awal-awal pagi untuk gosok baju husband kita yang nak pergi solat sunat Aidilfitri di masjidkan? (ni pengalaman saya, anda???)

Lepas tu kena cepat-cepat mandi, pakai baju cantik-cantik & make-up tebal-tebal supaya suami balik nanti taklah tengok kita macam Hantu Kak Limah Balik Ghumah je upanya..hihi…
Paling menarik apabila kalau sebelum ni kita hanya bermaaf-maafan & mencium tangan ahli keluarga kita sahaja, tetapi selepas bergelar isteri ni, suami adalah orang yang paling utama yang perlu kita pohon kemaafan. Bukan kah syurga kita terletak di bawah tapak kaki suami…



Okay..Ini bukan picture di Pagi Raya kami. Sajer post untuk menunjukkan cara-cara bersalaman yang betul..hihi (poyo!)


Bagi saya, tahun partama ini mestilah WAJIB di belah saya dahulu…Bak kata pepatah omputih LADIES FIRST!!! Hahaha..jangan nak mengarut. Terpulanglah pada discussion anda suami isteri okay…?

Seperti yang anda semua sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri 1432H tahun ini telah jatuh pada 30 Ogos 2011 (Hoyehhh!!!). Hari ke-2 pula jatuh pada 31 Ogos 2011 iaitu Hari Kemerdekaan Negara kita… Secara automatiknya pada hari Rabu (1 September) adalah hari cuti umum bagi rakyat Malaysia sebagai menggantikan hari Kemerdekaan yang jatuh pada Hari Raya Aidilfitri ke-2…

Wah, bukan main seronok lagi kita kan? Banyak sangat cuti sampai malas nak kerja semula… Ramai juga yang mengambil cuti direct 1 week pada 29 Ogos (Isnin) & 2 September (Jumaat)… Anda pula bagaimana?

Okay, mesti korg bosan baca entry yang mengarut ni kan? Mesti korang dah tak sabar nak beraya umah makcik dot dot dot kat hujung kampung tu kan? Mesti banyak lagi open house yang belum korang pegi kan?

Okaylah Lastly… Saya Nurhafizah Hanis Binti Abd Rashid, ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan sekiranya saya pernah menyakiti hati si polan b/bt si polan, terkasar bahasa@pernah mengguris perasaan anda semua…
Selamat Hari Raya Aidilfitri…

(^______^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan