Sabtu, 12 Oktober 2013

Tersalah Kira Due Date?

 
Assalammualaikum...
 
 
Huhuhu...orang lain dah lena dibuai mimpi indah. Hanis pulak dok sibuk menaip entry baru. Just teringat tentang maternity checkup smlm (10 Okt 2013) di KKBC. Selalunya kiraan nurse KK memang macam lebih seminggu. Theyols akan ikut due date guna kiraan carta manual yg bulat tu. Tapi Hanis pula ikut kiraan scan. Rasa nak lambat aje suh baby kuar. Hihihi...Sebab dah lebih 4 kali scan mesti dapat result yg due date Hanis is 14 Nov 2013. So, memang ikut due tu jelah. Kalau orang tanya pun Hanis akan bagi tarikh tu.

 
Al kisah, maka tersebutlah kisah (hehehe) masa checkup smlm nurse kata Hanis dah 36weeks. Bermaksud usia kandungan skrg dah 9bulan lah. Ye ke idok? Hanis pun just angguk-angguk je bila nurse cakap. Tapi dalam hati khamis dpn (17 Okt 2013) kan baru cukup 36 minggu. Then, mulut ni sajelah tanya sebab nak kan kepastian.

 
"Nurse, sebenarnya due date saya ni berapa hb erk?" (nak keluar jugak bahasa Johorean erk? hihihi)

 
Nurse kata knp? And then, Hanis terangkanlah kalau ikut kiraan manual 8 Nov 2013. Tapi kalau ikut scan 14 Nov 2013. Yg mana satu nak ikut ni??? Nurse suruh ikut yg kiraan manual diorang. Means due date sebenar 8 Nov 2013 ni lah.

 
La...tak sangka, dah 9 bulan rupanya usia anak dlm kandungan ni. Patutlah Ummi dia semakin sarat dan letih. Hohoho... Semalam juga first time dapat bacaan hb paling tinggi iaitu 11.6mg. Syukur sangat-sangat mayb akibat drpd pengambilan makanan yg mengandungi tinggi zat besi secara konsisten kot. Hanis paksa juga mkn kerang 2 hari sekali, minum jus buah-buahan, makan oren sunkis setiap kali lepas makan dan sehari sebelum checkup sibuk mencari hati ayam and Hanis paksa makan banyak-banyak walaupun susah nak telan sebenarnya. Semuanya demi anak... (touching)

 
Masa pembantu makmal tulis keputusan hb guna pen hitam pun Hanis dah tersenyum keriangan dan dapat agak result hb cantik kali ni. Tak sangka pula naik mendadak dari bacaan sebelum ni. Ingatkan just cukup-cukup makan je. Bila tengok bacaan paling tinggi dari result-result sebelum ni terus rasa sebak dan bergenang air mata. Ntah apa-apa ntah. Itupun nak sedih-sedih bagai. Memang org mengandung ni sensetif sangat kot. Hehehe. Kesat air mata masa nak hantar balik kad ke klinik rawatan.

 
So, harap-harap sempat lagi buat paling tak pun last checkup 24hb ni. Nurse kata 38 weeks nanti boleh scan sekali lagi. Itupun kalau Hanis tak bersalin lagilah. Act, rindu sangat nak tengok anak dalam perut walaupun cuma nampak gambaran hitam dan putih je. Tak sabar nak tau berat dia sekarang. Harap-harap dah makin bersemangatlah anak Ummi ni ye. "Adik...kuat ye. Happy-happy dan sihat-sihat je tau. Tak lama lagi kita nak jumpa dah. Love you so much!"
 
 
 
...
 

 
 
 
p/s : Maaf, Hanis tak berniat nak menunjuk-nunjuk. Just ingin berkongsi sesuatu yg INDAH.
 
 
Thanks For Reading
Salam Sayang
 
...


 


4 ulasan:

  1. sonotnyer anis.. mesti xsabar nk tgu kan.. hehe.. ^_^

    BalasPadam
  2. Hehehe..seronok dlm debaran kak...hrp2 semuanya berjln dgn baik dan selamat..
    Doa2kan yer...

    BalasPadam
  3. waaa kejap ajet udah 9 bulan....xsabar nk jumpe baby nie....hihi

    BalasPadam
  4. semoga en.mamat menjadi ayah yg baik... chayok3 mamat+fizah

    BalasPadam