Assalammualaikum w.b.t.
Sorry guys sebab lama sangat nak publish entry ni. Biasalah
bila dah ada baby ni maka bertambahlah tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti yg
biasa dilakukan sebelum ada anak terpaksa dihadkan dan kadangkala terpaksa
dilupakan terus. Tapi, itu tak bermakna aku lupa terus dekat belog masyammm ni…
(macam bau
Meddina time bangun pagiii. Nikmat ok!). Huehuehue…
Ok berbalik pada entry “Pengalaman
Bersalin Part 2” yg sebelum ni (itupun kalo uols ada bacalah, kalo tak sila tekan butang
pangkah X). Treeeettttt!!!. Lepas Hanis call mak masa dekat katil
monitor room tu, tak sampai setengah jam pun terus rasa contraction yg sangat
kuat sehingga kita rasa nak terpopo tu. Setiap 5 minit sekali tau and makin
lama makin kerap dan kuat. Hanis fikir macam ni kot rasa dah nak bersalin. Tapi
doktor baru check dan bukaan jalan baru 2-3cm. Air ketuban jgn cakap lah,
bagaikan mencurah-curah ke ladang gandum tiap kali contraction tu.
Ngeh…ngeh…ngeh…
Hanis terus jerit panggil nurse dan doktor sambil kata sakit
rasa seperti nak berak. Banyak kali jugalah panggil tapi diorang macam buat
endah tak endah je. Tak dengar ke…atau busy sangat ke…tak pastilah. Sehinggalah
akhirnya ada seorang doktor India
perempuan dan asisstan dia datang untuk pantau keadaan Hanis. Mulanya nampak doktor
tu macam nak blah je lepas tu. Ikutkan hati rasa nak rentap je tangan doktor tu
supaya dia tak pergi. Bila Hanis kata dah sakit sangat and rasa nak terpopo
terus doktor tu check bukaan dan suluh. Alangkah terkejutnya dia dannnn…..JENG…JENG…JENGGG… (hahaha…sempat lagi tu)
Hanis dengar perkataan pertama yg lahir dari mulut doktor tu
ialah…”Dah Fullll!!!”. Ha? Ape yg full??? Yg Hanis tau 7cm,
8cm tak pun 9cm. Tapi tak pernah dengar pula orang sebut perkataan full time nak
bersalin!. Dengar juga doktor jerit-jerit panggil nurse suruh tolak Hanis ke
dalam labor room segera. Ada
juga nurse yg cakap “Tahan…tahan…jangan
bersalin dekat sini!!!” Hahaha…tapi gua relaks je bro. Sempat lagi itew
minum air zam-zam sambil buat muka hello kitty. Haus kot masa jerit-jerit
panggil nurse dan doktor tadi. Memang nampak laaa staff-staff hospital macam kelam kabut nak tolak Hanis.
Maybe dah nampak kepala baby kot senyum-senyum nak keluar. Sedih sebenarnya
time taip part ni. Rasa terharu sangat-sangat. Rasa Meddina terlalu memahami
sangat keadaan Hanis saat itu sampai dia pun tak sanggup nak tengok ummi dia
sakit lama-lama. Sebab itulah diapun berusaha juga untuk cepat-cepat keluar.
Thanks anakkk… :-)
Sebaik katil Hanis disorong ke labor room, Hanis
saje-sajelah buat-buat tanya “Mana suami saya? Mana suami saya?” dengan nada
sakit and tak tahan sangat letewww. Padahal time tu rasa biasa-biasa je kot
sebab contraction yg sebelum ni lagi sakit sangat. Hahaha… Kemudian kena pindah
dari katil kita ke katil dalam labor room tu. Nurse memang paksa kita bangun
dan pindah sendiri walaupun time tu sakit dan tak larat sangat-sangat. Sorry ye
takde maknanya nurse dan doktor nak angkat kita macam dekat KPJ. Tapi disebabkan Hanis manja plus mengada-ngada
sangat, so hulur jugalah tangan dekat nurse tu dgn harapan diorang dapat bantu pindahkan
Hanis ke katil sebelah. Huehuehue.
Alhamdulillah, Hanis dapat nurse yg sangat-sangat baik dan lemah
lembut masa dalam labor room. Janji Allah itu pasti, Hanis nak susah-susah dahulu dan senang-senang kemudian, Dia tunaikan. Syukurrr Alhamdulillah. Memang dia seorang je yg jaga Hanis time tu disebabkan
doktor-doktor dan nurse-nurse yg lain busy menyambut baby-baby yg lain yg
terlalu ramai nak bersalin juga pada awal Muharam. Hehehe. Pesakit sentiasa
keluar masuk sampai they ols tak cukup kaki tangan nak handle. Dan dia jugalah
nurse yg menyambut kelahiran Meddina ke dunia ni. Syukur Hanis tak ada sebarang
masalah semasa melahirkan Meddina.
Contraction yg pertama, Hanis tak bersedia lagi nak push.
Tapi time tu dia dah cut bawah kita ni untuk buka jalan bagi memudahkan baby
keluar nanti. Siriusly tak sakit dan tak rasa apa-apa pun time tu. Before that,
nurse dah tunjuk siap-siap kaki nak posisi cam mana dan tangan nak pegang mana.
Tapi step-step nak push tu uols kena buat sendiri tau. Dia tak ajar okay! Time
tu apa yg kita belajar dan baca selama ni dalam internet memang totally lose
dan kelautlah jawapannya. Dalam hati just nak selamatkan anak je. Takut
lama-lama nanti baby lemas pula Tak apelah suami tak ada bersama pun time tu. Hanis
yakin doa dan harapan dia sentiasa mengiringi Hanis walau dimana dan bagaimana
jua keadaannya. Rupa-rupanya asben Hanis balik sekejap ke rumah. So, memang tak
ada rezeki dialah nak ada sama-sama saat Hanis melahirkan puteri sulung dia. (Sedih lagi…)
Bila datang contraction yg kedua Hanis terus sama-sama teran
sekuat hati. Masa tu macam tak confident je Meddina boleh keluar sebab tak sama
langsung macam yg kita tengok dalam tv. Hehehe… Sluuurrrp! Rasa satu benda
keluar dan terus nampak nurse pegang baby, kemudian dengar suara Meddina
menangis-nangis dekat bahagian kaki Hanis. Terfikir juga masa tu, kalau baby
nangis maknanya dia selamat dan sihat kan ?
Ya Allah…bersyukurnya, berjaya juga lahirkan Meddina dengan mudah dan selamat
dengan sekali teran je. Terharu dan rasa cepat sangat perkara tu berlaku. Nurse
suruh Hanis berselawat dan lepas dia potong tali pusat Meddina terus dia tunjuk
gender baby nak tengok samada kita sebut betul ke tidak. Yes! I got a baby princess!!! Sama-sama geng pink
dengan ummi dia. Hihuhihu…
Kemudian nurse dakapkan Meddina pada dada Hanis. Itulah
sentuhan dan pelukan pertama buat anak yg Hanis kandungkan selama 39minggu
4hari di dalam rahim ini. (Okeh, jap nak lap air mata…). Inilah wajah
manis yg selama ini Hanis tercari-cari bagaimanakah rupanya anak ummi sebab
Meddina taknak share raut wajah dia masa weols buat scan 4D dulu. Hanis
usap-usap kepala dan badan Meddina yg dipenuhi dgn darah dan verniks putih.
Berkelip-kelip mata dia seakan memahami. Tak dapat nak gambarkan saat itu.
Hilang segala keperitan dan kesakitan yg dialami seketika tadi. Yg ada hanyalah
kegembiraan dan perasaan bersyukur ke hadrat Illahi. Macam tak percaya dalam
sekalip mata Hanis dah bertukar status sebagai seorang ibu. Alhamdulillah…
Ok part jahit menjahit pula malas nak cerita sangatlah.
Memanglah rasa sakit, tapi bila tengok anak dekat baby coat sebelah terus
hilang segala rasa kesakitan dan kepenatan tu. Bayangkan dengan berbekalkan 3
ketul roti je sepanjang pagi tu, Allah bantu dengan memberi kekuatan pada Hanis
semasa melahirkan Meddina. Tak perlu makan banyak sangat okeh, sebab miracle of
doa tu lagi power dalam menentukan segala-galanyanya. Dan Hanis boleh berborak-borak
lagi dengan nurse sebaik sahaja Meddina keluar dan uri pun masih belum keluar
lagi masa tu. Bayangkan!. Memang
sangat-sangat friendly dan sportinglah nurse ni. Masa Meddina masih lagi dalam
dakapan, Hanis minta izin nurse untuk call asben. Terkejut asben bila Hanis
bagi tau yg Hanis dah selamat bersalin dan baby dah ada atas badan. Bergegas
dia datang semula ke hospital. Then, Hanis call mak. Bayangkan mak pun terkejut
bila dengar suara Hanis yg menangis-nangis sakit baru seketika tadi dah
bertukar dgn gelak tawa kerana terlalu happy. Huhu…magic kan kuasa Allah?
Asben sampai pun masa Hanis dah kena jahit. Terus dia peluk
dan cium dahi Hanis (tak bajet pun asben nak buat cam tu. Kikiki…)
Patutnya time jahit suami kena keluar tau. Tapi disebabkan dapat nurse yg
terlalu baik dan sporting, and maybe juga sebab asben tak sempat ada masa Hanis
bersalin tadi, terus nurse izinkan asben melepak sama-sama dalam labor room sambil-sambil tunggu nurse
selesaikan proses menjahit tu. Tapi masa tu asben dah selesai azan dan
iqamatkan Meddina dekat luar. Part paling best bila dapat buat labor room hospital
kerajaan macam rumah sendiri. Borak-borak dengan nurse, makan-makan, bervideo,
tutup-tutup lampu dan tidur bertiga sambil-sambil tunggu di bawa ke wad. Ekau haddo??? Hohoho… Doktor yg datang untuk
check jahitan pun cermat dan teliti orangnya. Alhamdulillah.
So, selesai sudah part pengalaman bersalin Hanis. Setiap orang
pengalaman tu tak sama. Ada
yg susah,dan ada yg senang. Tapi Hanis percaya setiap apa yg berlaku semuanya
bergantung pada amalan dan perangai kita sebelum-sebelum ni. Wallahuaklam.
P/s : Anak yg terlalu mengerti dan memahami Hanis sejak dari dalam rahim sehinggalah wujudnya dia ke alam dunia ini. Pernah Hanis menangis sebab terlalu letih bila Meddina semalaman merengek tak tidur, bila dia senyap terkelip-kelip memandang Hanis, terus hilang rasa stress dan letih tu. Pernah juga Hanis tersenggut-senggut nak tukarkan lampin Meddina waktu tengah malam, bila dia senyum dan tergelak-gelak pandang Hanis, hilang terus rasa mengantuk tu. Pandainyalah anak kecil yg tak mengerti apa-apa ni mengambil hati ummi dia. Syukur ya Allah di atas anugerah terindah yg Kau kurniakan kepadaku ini. Kau lorongkanlah jalan agar aku dapat menggalas setiap tanggungjawab yg Kau amanatkan ini sebaik dan sesempurna mungkin. In Sha Allah...
Bangga bila suami kata "awak adalah ibu terbaik buat Meddina. Tiada orang yg lebih perfect dari awak" :) Thanks my Jannah.
Sedih plus happy bc entri niii.... xsabar nk lalui saat2 indah seperti ni. Doakan nina pula yea. Semoga dpermudahkan sgla urusan.
BalasPadamTahniah dear. Selamat berpantang dan melalui saat indah dn si comel ya
BalasPadamBergenang pulak air mata ni baca entry awak. Sebak! huhuhu.. Lama dah tak beranak kecik..hehe.. teringin plak nak dapat baby girl sorang lagi. Tahniah! Take care. Pantang elok-elok tau..
BalasPadamThanks semua sebab sudi baca..entry kenang-kenangan je ni...maaf x niat nak buat semua sedih..hihi...:)
BalasPadamTo Nina: Good luck ye dear. Hopefully semuanya berjalan dgn lancar n selamat nanti. Mana tau pengalaman Nina nanti lg manis ~_~
tahniah da dapat baby girl ;) seronok bace pengalaman sis bersalin..due date saye 14.9 ni...doakan saye ye ;)
BalasPadamSebak..sobss..moga dpt merasai manisnya melahirkan, insyaAllah.. ^_^
BalasPadam