Rabu, 6 Ogos 2014

CERITA SYAWAL : Kali Pertama Bersama Baby Meddina

 
Assalammualaikum w.b.t

 
Syukur Alhamdulillah, masih diberi peluang dan kesempatan untuk menempuh fasa ini bersama anak dan suami tersayang. Kalau tahun lepas beraya sambil mengandungkan Meddina, kali ni beraya sebagai seorang ibu pula. Berdebar??? Ofkoslah sebabnya raya pertama tahun ni jatuh giliran sebelah suami. And ofkos semuanya kena handle sendiri. Risau kalau-kalau Meddina meragam, bad mood ataupun tak sihat, maka hancusss lah raya aku nanti!!!. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik dan sempurna.

 

 
Syukur juga Meddina tak banyak meragam sepanjang raya pertama ni. Asal ada yg dukung dan bawa dia berjalan, memang dia happy lah!. Tapi biaslah budak-budak kan, bila dah menjelang tengah hari je, badan dah mulai panas dan berpeluh . Terpaksa mandi dan tukarkan uniform raya dia. Nasib baik ada superdaddy yg sedia membantu. Dah pesan awal-awal dekat suami, sebelum balik raya ni  kena ada KERJASAMA!. Hehehe. Rasanya kalau nak tengok Meddina pakai baju kurung seharian time syawal pertama, kena tunggu umur dia 5 atau 6 tahun nanti lah. Hihi…

 
Disebalik cerita uniform raya kiteorang pula, bulan puasa hari tu baru aku terhegeh-hegeh fikir (terhegeh-hegeh fikir tau, belum beli lagi) nak beli kain dan tempah baju raya warna sedondon anak beranak konon-kononnya. Tapi, “I’M SORRY!!!”-bak kata Amir Rajalawak. Semua tailor dah close order. Siap lock grill lagi. Maka, menangis dan meraunglah kau sambil lap air mata dgn bucu bantal di tepi katil besi . Menggagau aku nak mencari baju ape yg sesuai dipakai time 1st raya nanti. Kakakaka…

 
Dalam dok ligat otak berfikir, teringat pulak baju kurung moden yg dah 2 tahun lebih Hanis sorok dalam almari tak pernah berusik langsung tu. Baju tu nak pakai masa wedding sepupu asben dulu. Almaklumlah nak tampal lace dan manik kan ambil masa 2 tahun lebih lamanye. Kehkehkeh! Plus baju tu memang ada kain lebih n rasanya cukup kot kalau mak buatkan mini kurung Meddina. Yes! Satelll satu masalah.

 
Sepanjang bulan Ramadhan yg mulia, Hanis sibuk menyiapkan baju Meddina. Nak jahit lace lah, jahit manik lah, tampal batu kristal lah. Aduhhh…Meddina ni macam-macam yg dia nak. Gaya nak sedondon jgk dengan ummi. Betul ke Meddina yg nak? Nampak sgt aku yg over lelebihhh? Kikiki…


Setelah bertungkus lumus, inilah hasil yg diperolehi. Jahit baju anak dgn penuh perasaan kasih sayang. Touching koo!

 
Dalam rela tak rela, suami terpaksa akur pakai baju melayu warna oren susu dia tu. Hahaha…takde masalahlah. Sebabnya warna tema baju raya kiteorang iz COLOUR BLOCK!. Rare kan? Selalu semua orang nak pakai baju sedondon je. Kesian colour yg tak sedondon ni tak adapun pasangan yg pilih. So, Hanis ambiklah.(alasan torbaekkk) Kikiki…


Pagi raya macam biasalah lepas kaum2 lelaki ni balik sembahyang raya, kiteorang breakfast dengan lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang dan lain-lain. Memang menu wajib every year dekat sebelah family Hanis mahupun family mertua. Ada ke menu yg lain dari lain pagi syawal korang? Habak mai cikit korang mkn ape?


Lepas makan, aktiviti wajib and ofkoslah bermaaf-maafan kan. Huh! Nasib baik Meddina lena tido time ni . Kecian anak ummi…
Kemudian, ikut family asben pergi menziarah kubur arwah atok suami, pakcik suami dan moyang suami. Al-Fatehah buat mereka yg telah meninggalkan kita semua. Semoga tenang mereka di 'sana'...
.AMIN.

So, inilah Eidulfitri family portrait kiteorang. Ni je yg ada Hanis simpan, selebihnya ada dekat hp ipar duai Hanis. Next time update lagi picture raya k.




Selpieee v^_^v


'Mak Jemah' ummi wif opah Subang. Meddina lah paling bergaya. Sambil buat muka seposen supaya dapat collect duit raya banyak-banyak. Mihihihi...



p/s : Alhamdulillah, raya tahun ni biasa-biasa je bagi Hanis. Taklah terlalu excited dan meriah sangat. Even raya bersama ahli-ahli baru tahun ni. Majority yg Hanis tengok sambutan hari raya pun semuanya dirai secara bersederhana. Mungkin sebagai memperingati tragedi MH17, MH370 dan saudara seIslam kita di Gaza. Syukur masyarakat kita masih lagi mempunyai daya sensitiviti terhadap nasib mangsa-mangsa yg terlibat.

Dan, dikesempatan ini juga Hanis ingin memohon ribuan ampun dan maaf seandainya terdapat salah dan silap atau kata-kata yg pernah mengguris perasaan mana-mana individu samada secara sengaja atau tidak. Sesungguhnya segala yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu datang dari diri Hanis sendiri. Salam lebaran minal aidil walfaizin!
 

 Thanks for reading

and

Transparent 

1 ulasan:

  1. selamat hari raya akak...

    comelnya baju medina...pandai akak jahit kan hehe...

    BalasPadam