Sabtu, 9 Januari 2016

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan Kali Ke-4 - Versi Throwback


Assalammualaikum w.b.t...

 
Kata orang, setiap anak yg lahir tu ada bahagian dan rezeki dia masing-masing. Bagi Hanis yes! It is true! Tapi kalau nak cerita bab rezeki mesti orang akan fikir WANG RINGGIT je hakikatnya rezeki tu macam PERJALANAN HIDUP kita dan dialah. Dan tak semua anak tu sama. Ada anak yg senang masa mengandungkan, tapi masa melahirkan nauzubilahminzalik. Ada pulak yg awal-awal lagi Allah dah bagi susahnye nak dapat dan berbagai cabaran Allah beri masa mengandungkan dia. Tapi masa melahirkan, boleh haip haip horeyyy lagi dengan doktor dalam labour room. Kau jangan main-main boleh tak? Hahaha...

 
Pada yg semua sudah sedia maklum, pengalaman masa anak pertama dulu semua Hanis dah ceritakan dalam blog ni. Since dari bagaimana kepayahan Hanis dan husband nak dapatkan anak  sehinggalah detik-detik kelahiran dia di hospital sampai sekarang masih segar lagi diingatan. Alhamdulillah. Berbeza juga dengan anak ke2 ni. Walaupun lahir sama secara normal, tetap melalui fasa-fasa yg berbeza lagi-lagi bila Hanis sendiri memilih untuk deliver dekat hospital yg berlainan dari Meddina dulu. Saje je nak tengok layanan pihak hospital kali ni macam mana pulak. Ngada-ngada iols!
 
Al kisahnye bermula begini...
 
JENG...JENG...JENG!!! (tiba-tiba guruh di langit pun berbunyi dan Akim pun menyanyikan lagu Mewangi nye. Kah.kah.kah...)
 
1 Mac 2015 – FIL Hanis kena admit Hospital Selayang di sebabkan demam dan jangkitan kuman selepas menjalani minor operation untuk mengambil sample tisu prostat beberapa hari sebelum tu. Petang Ahad tu Hanis bersama mak dan abah pergilah melawat ayah dekat sana. Balik dari hospital, terus kena gastrik. Seingat Hanis takde pula berlapar untuk tempoh yg lama. Tengah hari sebelum pergi dan petang tu di hospital Hanis makan mcm biasa. Kali terakhir kena gastrik macam ni masa awal-awal pregnant kan Meddina dulu. Masa yg sama dan petanda yg sama.

 
2 Mac 2015 – Isnin keesokkan harinya Hanis tak pergi kerja. Pagi tu pergi Klinik Fuziah (panel asben) sendirian sebab nak ambil MC. Masa consultation dengan doktor Hanis tanya samada ubat-ubatan yg dia beri tu adakah selamat if Hanis pregnant memandangkan dah lewat period sebulan lebih. Yelah, risau jugak kot-kot dah ‘berisi’. Memang ingat nak beli sekali test kit dan buat upt test sendiri nanti. Kalau betul-betul ada takdelah terkejut beruk ios sesorang. Bolehlah buat suprise sekali dekat asben. Sebabnya risau jugak kenapalah period tak datang-datang lagi ni. Tapi...be positif ajelah, maybe bulan ni terlewat kot.

 
Tiba-tiba doktor kata, “Better kita check untukkan kepastian...”. Tercengang Iolsss time tu. Takkan daku nak cakap, “Eh, tak payahlah doktor. Nanti-nantilah saya cek sendiri”.

 
Memandangkan doktor Fuziah ni pun merupakan kenalan baik mak dan abah, segan pulak nak ingkar ‘arahan’ dia bulat-bulat. So sebagai tanda hormat, terpaksa akur jelah sambil menuju ke toilet utk ambil sample urine. Dalam hati ni rasa berdebar-debar dan confius pun ada. Ish! Betul ke ape yg aku buat ni? Pergi klinik sebab tujuan lain, tapi dah jadi lain pulak.  

 
Selang beberapa minit, doktor panggil lagi untuk bagi tau result. Saje dia simpan alat upt test tu dalam sarung masa Hanis masuk. Dan bila Hanis duduk je depan dia, baru dia bukak dan keluarkan. And you know what she says??? I neverse sangat uols!

 
“TAHNIAH FIZAH, AWAK MENGANDUNG...”

 
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

 
Takde perkataan yg mampu Hanis lafaskan. Rasa panas darah yg mengalir ke seluruh liang-liang rongga tubuh ini. Serata meremang bulu roma. Laju dan rasa nak luruh jantung saat itu. Macam tak percaya terdapat 2 garisan merah pada alat upt test yg ada di hadapan Hanis sekarang ni. Tak tahu macam mana nak describe perasaan saat itu. Tatkala berperang dengan keputusan yg baru Hanis terima. Menghadapinya seorang diri tanpa ‘kekuatan-kekuatan’ku di sisi. Subhanallah... betapa indahnye lukisan hidupku yg Allah lakarkan. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.

 
Maka...

 
Mengalirlah air mata Hanis saat itu. Makin dilap makin laju pulak yg keluar. Sampai pembantu-pembantu doktor yg ada di situ hairan sambil tersenyum memandang Hanis. Korang paham tak macam mana perasaan seseorang yg tak expect bakal menjadi ibu lagi? Tak pasti samada itu adalah air mata kegembiraan ataupun  kesedihan (tapi...kenapa aku harus bersedih untuk berita gembira?)

 
Disebabkan tak tahan sangat, Hanis luahkan pada doktor patutlah sejak akhir-akhir ni badan rasa letih semacam. Dan yg paling sedih sebab sebulan sebelum tu Hanis ada buat ujian pap smear dan result utk test tu agak mengecewakan pabilamana doktor dari Klinik Kesihatan panggil untuk masukkan ubat. Maybe ada jangkitan kuman sedikit pada rahim or organ peranakan. Entahlah, Hanis pun tak tau sangat. Nampak dah tanda ke-2. Dan, dah semestilah Hanis risau sangat pada kandungan ni. Dalam masa yg sama taknak apa-apa effect pada baby. Kalau Allah nak bagi tu biarlah dalam keadaan yg sempurna.

 
Doktor Fuziah suggest supaya Hanis berbincang dengan doktor klinik kesihatan untuk rawatan selanjutnya samada perlu terus masukkan ubat atau tidak. Sebaik keluar dari klinik tu (Klinik Fuziah), Hanis terus ke Klinik Kesihatan Bukit Changgang. Dah pukul 1:00tgh hari rupanya. Klinik pun dah tutup rehat tengah hari sekejap. Tapi pulun gak ketuk pintu klinik sebab nampak ada bayang-bayang attandence dekat dalam tu.


 
 * * *
Attandence : Klinik dah tutup lah dik. Time orang tengah rehat ni.
Hanis : Kejap kak. Nak bagi tau je ni. Last month ada buat pap smear dekat Klinik Kesihatan Olak Lempit. Then baru-baru ni ada nurse dari klinik kesihatan sini call suruh datang sebab doktor nak masukkan ubat. Tapi tadi saya baru cek yg saya pregnant. Macam mana ye kak?
Attandence : Adik dah bukak buku pink belum (buku mengandung)?
Hanis : Eh, belum lagi.
Attandence : Ok, kalau macam tu pergi dulu KKOL dan tanya nurse dekat sana macam mana.
Hanis : Ok Kak...
 * * *

 
Dalam kereta Hanis terus call asben dan nangis lagi. Hati tisu betul. Tak sanggup rasanya nak tanggung sorang-sorang. Asben pun pelik. Dah kenapa bini aku ni? Bila asben tanya Hanis dekat mana, Hanis jawab dekat klinik. Dan bila dia tanya kenapa Hanis nangis? Tapi Hanis tak bagi tau pun sebab apa. Lepastu terus cakap saya okay dan letak phone.

 
Balik tu singgah pula Klinik Kesihatan Olak Lempit. Klinik tempat Hanis bukak buku pink Meddina  dan checkup Meddina. Hanis bagitau yg Hanis dah pregnant dan nurse kata tak perlulah masuk ubat. Takut effect dekat baby. Siap gelak-gelak lagi dengan akak nurse tu. Dia pun mcm tak pecaya Hanis dah mengandung lagi secepat ini.

 
Balik rumah, asben call balik. Yelah risau agaknya tadi si isteri call nangis-nangis tanpa sebab. And guest what he says???

 
“SAYANG, AWAK PREGNANT YER???" 


 
Ya Allah, kenapalah naluri suami aku ni kuat sangat. Instinct suami selalu tepat. Sekali lagi menagalir air mata ni. Tak sangka selepas dua tahun, suami ungkapkan lagi perkataan yg sama cuma kali ini dalam suasana yg berbeza. Tak mampu nak kata apa-apa dah. Kelu lidah terkedu seketika.

 
Maha Suci Allah yg menciptakan setiap makhluk dan seluruh alam yg terkandung di perut bumi. Teringat 2 tahun yg lalu. Ketika Meddina mula memenghuni rahim ini. Dan kali ini dengan mudahnya Allah hadiahkan Zafriel pula ke dalam rahim Hanis, sebagai tanda Kekuasaan dan KebesaranNya. Agar kami dapat berfikir dan bertafakur bahawa Allah tidak pernah melupai doa-doa hambanya. Allah tidak pernah mengingkari janji-janjiNya. Janji Allah itu pasti dan tepat. Tidak pernah cepat atau terlewat walau sesaat pun. 

 
Setiap keperitan dan kesakitan yg kami lalui dulu, kini Allah balas dengan kebahagiaan dan kegembiraan yg berganda. Di dalam Al-Quran dua kali Allah menyebut bahawa “Setiap kesusahan pasti ada kesenangan di kemudiannya”. Itulah sifat Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku berterima kasih ya Allah di atas hadiah yg tidak ternilai harganya ini sempena ulangtahun perkahwinan kami yg keempat.
 

 
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. SEsungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi mengabulkan doa"
(Ali Imran : 38)

"Ya Allah kami, anugerahkanlah kepada kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami orang-orang yang bertakwa dan beriman"
(Furqan : 74)

"Wahai Tuhanku, berilah aku kesanggupan supaya dapat mensyukuri anugerah Engkau yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat mengerjakan perbuatan baik yang Ebgkau sukai, dan perbaikilah keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri"

Amin


* * *

Semoga tahun 2016 memberi lembaran yg lebih baik buat kami sekeluarga

Thanks For Readings

 

2 ulasan:

  1. assalam . . cute je blog akak . sama cute macam akak . jemput tengok blog saya jugak ye . . hee . .

    BalasPadam
  2. Hai anis.murah rezeki anak...

    BalasPadam