Selasa, 28 Februari 2012

Ini Kisah Benar


Assalammualaikum gengs!


Baru-baru ni saya tak sihat. Jadi terpaksa makan, baring, tengok tv dan tidurrr ajelah di rumah. Hubby tak bagi banyak bergerak sebab takut effect pada ermmm...pada kesihatan sayalah...

Malam tu tak selera makan. Lepas tanak bubur dan bubur tu masak hubby senduk ke mangkuk dan beri pada saya yang tengah landing comel je atas sofa ^_^

Bukan niat nak susahkan dia. Tapi keadaan dah terpaksa. Manja dan mengada-ngada pun ye jugak. Saya ni memang jenis tak boleh sakit sikit. Mudah aje lembek macam bubur tu jugak...kata emak saya lah.

Dipendekkan cerita bubur tu agak pekat. Jadi, saya mintak hubby tuangkan air sedikit. Then, dia pun bawak secawan air terus ke saya dan tuang ke dalam mangkuk bubur tu. Tiba-tiba...(jeng jeng jeng) rasa sejuk sangat kat peha saya terus jadi rasa panas dan pedih.

Bila rasa something diffrent kat peha saya terus jerit sekuat-kuat hati...


ah...HuarrRRRGGGHHHHHHH!!!...


Hubby pun terkejut dan terus stop tuang air tu. Ya Allah, saya ingatkan air kosong biasa. Rupanya air panas yang baru menggelegak 100 darjah celcius tu. Ha, kan hakku dah meradang. Sakit memang sakit. Dahlah memang sakit, bertambah tambah sakit jadinya. Tak cukup dengan tu sakit hati pulak.

Hubby pun serba salah dan terus tinggalkan saya dan pergi ke dapur. Kalau ikutkan sesetengah orang mesti dah kena sepak dah(auuww...tak baik sepak suami dosa taw). Tak pun kasi campak itu mangkuk bubur. Suami yang salah nak campak mangkuk bubur tu dah kenapa pulak???

Tapi Alhamdulillah...saya boleh berfikiran resional lagi. Yelah, dia pun tak sengaja kan? Mana ada suami yang nak tengok isteri dia derita. Saya pandang balik muka dia masa tu. Muka serba salah dia tu...hihi...
Kesian pun ada...geram pun ada. Tak apelah, saya maafkan sahaja. Lagi pun dia dah minta maaf sebab tak sengaja kan walaupun mintak maaf macam tak ikhlas antara dengar dan tidak. Tak tahulah sebab egois atau takuuutttt...grrrr...

Dengan muka sedih ala-ala nak nangis saya diam ajelah sambil kuis-kuis bubur dalam mangkuk tu. Tak jamah pun. Terus Hubby ambil minyak gamat dan sapu pada tempat kena air panas tu. Waaa...sakit memang sakit. Tapi bila dia pandai ambil hati terus semua jadi sejuk. Hati cair melimpah limpah macam coklat cadbury with almond. Wek :p

Okay...moral of the story is, nobody is perfect. Even kita sendiri pun banyak buat kesilapan tanpa kita sedar. So, maafkan jelah kesalahan orang tu sekiranya dia tak sengaja. Kalau dia saje-saje kasi lempangggg jerrr! Hehehe.

Lagi pun apa hak kita untuk menghukum seseorang kan? Nak marah pada orang yang kita anggap ketua, memberi kasih sayang, mendidik kita serta menanggung makan minum kita adalah tidak wajar. walaupun suami kita tu sebaya atau lebih muda hormatilah mereka. Sebab syurga kita ditapak kaki dia. Kalau dia redha dengan kita, maka syurgalah tempat kita di akhirat kelak. So...jangan tutup pintu syurga itu dengan dosa-dosa kita terhadap beliau. Amin...

Lo'ts of  ♥ ♥ ♥




Sayang abang!

Travelog cinta ♥ (Part 1)


Assalammualaikum


Korang tanya apa itu travelog. Macam pernah dengar. Tapi tak pasti apa maksud travelog tu. Kalau travel biasalah dengar orang cakap. Pegi travel ke mana Jah? Pergi Sydney...Pergi Gold Cost...Pergi London... Auuww...kau bajet Sydney, Gold Cost dan London macam sebelah rumah kau ajekan Jah?

Ok...berhenti merapu.

Travelog means perjalanan. Saya rasa memang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu travel. Atau dalam erti kata lain "Pinjam tak pulang-pulang laa teww" "Kau memang suka pinjam sampai buat harta sendiri kan?" Hahaha...
Tapi saya bangga jadi anak MALAYSIA. Malaysia boleh! 1 Malaysia!

Kalau nak story tentang travelog percintaan saya dari darjah 2 (terkantoi kecik-kecik dah bercinta) sampai sekarang memang 100 episod pun tak habis-habis. Mengalahkan sinetron kat tv3 pulak. Kelasss kau Jah! Tapi saya short untuk cinta terakhir saya bersama husband ajelah ye. Lagi pun cinta masa kecik-kecik zaman sekolah-sekolah dan kolej-kolej tu hanyalah cinta monyet je. Ye...cinta monyet atau puppy love.

Cinta monyet pun banyak kenangan manis jugak. Kalau ingat-ingat balik boleh ketawa terbahak-bahak sampai tersedak-sedak. Ade ke mak abah suruh pegi mengaji kat umah jiran, tapi saya pergi memang pergi. Bila time balik pergi berdating sekali...Hahaha. Over over pulak.

Huh...baru introduction ni. Saje je nak bagi warming up panas-panas sikit. Jangan panas sampai terbakar rumah sudahlah yerr. Citer ni bermula...Jeng jeng jeng (bunyi guruh kat langit). Suspen giler...

Baiklah bermula...

Suatu petang ada someone yang call. Masa tu telefon rumah ajelah. Lepas SPM dalam bulan 12 tahun 2002 manalah saya ada handphone. Ye...handphone okeh. Memang tak ada memandangkan saya pun tak bekerja duduk rumah makan minum ditanggung oleh mak abah sepenuhnya.

Bila pikir-pikir balik untungnya adik bongsu saya Iwan. 9 tahun dah ada handphone sendiri. Dah ada laptop, broadband, pesbuk, PS2 dan macam-macam lagi. Yelah kanak-kanak zaman sekarang. Dulu kita zaman-zaman surat jer...

Baiklah sambung story. Someone yang call tu saya memang tak kenal langsung. Tapi saya dah biasa dengan panggilan-panggilan misteri dari telefon rumah ni. Dan aktiviti bergayut di rumah zaman sekolah-sekolah dulu pun dah biasa dah. Almaklumlah glamouress dan ramai admire. Tapi saya ni jenis jual mahal sikit. Malas nak menggedik-gedik ke sana ke mari (sorry ni memang betul2 masuk bakul dan angkat sendiri). Dalam hati saya "Kalau mamat ni tak nak kenalkan diri dia atau cakap macam nak main-main memang aku letak je gagang telefon ni" Ganggg!

Maka...

Dia pun jawab bila saya tanya " Erm...sape ni? "
Mamat tu : "Hafizah ke ni?"
Saya : "Ye..."
Mamat tu : "Errm...awak kenal Tarmizi tak?"
Saya : "Okay. Kenal" (mestilah kenal. Bestfriend aku kowt)
Mamat tu : "Saya ni kawan dia. Nama saya Mamat. Nak berkenalan boleh?"

Dalam hati...alamak bf baru nak berkenalan lah pulak. Nasib baik dia ni jujur dan bercakap terus terang. Maka saya pun layan ajelah. Tapi paling saya tersentuh bila dia tanya saya dah solat ke belum? Seriously memang tak pernah jejaka-jejaka tanya pasal solat sebelum ni pun even ex boy saya pun tak pernah ingatkan. Alah Hanis, baru tanya pasal solat dah nak touching lelebih. Mana tau tu ayat nak pancing aje kot. Biasalah lelaki.

Tapi dia ni lain la. Cara dia cakap byk yang terus terang dan telus aje. Bukan seorang dua yang saya pernah kenal dan bukan seorang dua juga saya pernah berbual dalam telefon. Tapi rata rata susah nak cakap yang benar. Sampai ada dari mana dapat no telefon saya pun mereka tak nak bagi tau. Macam susah sangat aje nak bagi tau kan. Macamlah nanti hakku cekik sampai mati orang yang bagi no phone tu. Tak pun aku tikam dada dia laju-laju. Hello, saya bukan jenis macam itulah. Buat apa saya nak buat semua tu. Saya tak kisah dari mana pun awak-awak semua dapat no telefon saya ni. Yang penting saya mahukan KEJUJURAN!!!

Yes, kejujuran itu  membuatkan saya selesa berkawan. Tips untuk uols semua...

1st, kalau seseorang yang ingin berkenalan dengan kita itu jujur dari segi percakapan dan tingkah lakunya, maka dia antara orang yang boleh kita percayai. Kalau mula-mula lagi dah tipu sana tipu sini, sorok sana sorok sini sampai bila-bila pun perangai dia tetap macam tu.

Kedua, kalau awal-awal call lagi dia dah ajak kita keluar berjumpa atau berdating bagai mesti dia ni jenis tak sabar atau jenis terburu-buru. Lelaki yang baik tak akan sesekali ajak perempuan keluar pada awal-awal perkenalan. Pastinya mereka ni ada muslihat yang lain seperti nak tengok kita ni cam mana rupanya kan? Cantik ke...hodoh ke...kurus ke...atau gemuk ke. Dalam persahabatan tak ada erti pilih rupa paras dan sebagainya. Cantik atau tidak itu hanyalah subjektif. Sekiranya lelaki-lelaki yang ingin berkenalan dengan uols semua lebih kearah itu bermakna mereka telah lari dari subjek asal mereka iaitu BERKAWAN dan BERSAHABAT. Lelaki-lelaki sebegini adakah korang yakin mereka akan tetap setia berkawan dengan anda sekiranya mereka melihat wajah dan susuk anda sebaliknya?

Ketiga, lihat cara bahasa dan percakapan mereka. Adakah mereka menghormati kita? Adakah mereka berbahasa baik dengan kita? Dan adakah mereka memberi salam setiap kali mula menghubungi kita dan memberi salam setiap kali mengakhiri perbualan? Ingat, bahasa mencerminkan keperibadian seseorang. Kalau awal-awal perkenalan lagi bahasa dah macam longkang mesti dia ni jenis mat-mat yang hampeh!

Saya betul-betul tertarik dengan cara percakapan yang dia yang jujur walau pun apa yang lahir dari mulutnya itu adalah memalukan. Memang susahkan nak tengok lelaki cakap terus terang macam...
"Saya bukanlah anak orang kaya. Keluarga saya biasa-biasa aje" atau "Result SPM saya tempoh hari teruk"

Tapi bagi someone yang saya baru kenal ni memang jenis straight to the point dan peramah. Itu yang istimewanya dia.
Sepanjang perbualan tu adalah juga weols cerita pengalaman sekolah dan couple masing-masing masa zaman sekolah dulu. Hahaha...bila dikenang-kenang balik boleh buat tersenyum kambing sorang-sorang. Makin lama berbual makin seronok pulak. Memang saya tak pernah rasa happy semacam tu bila berbual dengan someone . Macam tak percaya pulak sekarang dah jadi suami saya.

Saya tak ingat tarikh first time dia call saya tu. Yelah tak tahu pulak dia someone special yang akan menjadi peneman hidup saya dikala suatu hari nanti. Jodoh tu kan rahsia Allah. Setiap pertemuan sudah tertulis olehNya. Mungkin ini cara saya bertemu dengan jodoh saya. Setiap orang tak sama kan?

Okay sebenarnya member dia yang bagi nombor telefon saya tu kawan saya juga. Tarmizi tu kawan sekolah rendah sekelas dengan dia hingga form 1 sekolah di Subang. Bila form 2 dia pindah ke sekolah saya di Bukit Changgang, Banting dan disitulah saya kenal Tarmizi. Awalnya saya pun tak kenal sangat. Means kenal giti-gitu aje dari seorang kawan saya yang minat kat Tarmizi ni. Masa form 4 saya rapat dengan Tarmizi itu pun disebabakn ktorg duduk di kelas yang sama kelas sains. Even form 4 masing-masing bawa haluan ke sekolah teknik. Tapi weols tetap contack each other.

Bila masa cuti akan buat reunion sama-sama, saya, Halimah, Tarmizi dan Hafizi. Kitorang memang rapat. Sampai parents kitaorang ingat pakwe makwe. Hahaha...kelakar betul. Sumpah tak ada perasaan fall in love ke hape kat budak lelaki 2 orang tu. Memang dah anggap kawan baik sehidup semati kot. Tapi sekarang dah tinggal bertiga sahaja. Kawan saya Halimah telah meninggal dunia pada 20 September 2005 akibat kemalangan di Lebuhraya bersama bakal tunangnya. Kalu ada masa nanti saya cerita pasal kejadian ni okeh.

Pandai-pandai aje member saya sorang ni jadi ajen mencari jodoh pulak. Alhamdulillah menjadi sampai sekarang. Tapi mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Kalau dia tak bagi nombor telefon saya pada suami saya sekarang entah dengan siapalah agaknya saya sekarang kan? Hehehe...

Okay jauhnya terpesong. Kita continue balik story tadi okeh. Lepas berbual-bual dalam telefon petang tu adalah dalam 1 jam, kitaorang pun tamatkan perbualan sebab hari dah lewat petang sangat-sangat. Tak manis pulak kata orang. Tapi memang saya berharap lepas tu dia akan call saya semula. Sebab saya tak ambik pun nombor telefon dia. Malulah weyh saya nak mintak lagi pun saya kan pompuan yang manis-manis macam lolipops tu hehehe...And we hope ur friendship tak tamat sampai disitu sahaja.

Bila dah letak telefon tu tiba-tiba dalam hati berbunga-bunga riang semacam. Rasa happy sangat-sangat. Terus tulis kat buku diari dan tak sabar-sabar nak tunggu dia call lagi. Maybe sebab awal-awal perkenalan lagi dah rasa selesa berkawan dengan dia. Walaupun tak melihat rupa dan orangnya tapi dari segi percakapan saya tahu dia seorang yang baik dan jujur. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dipertemuakan insan sepertinya.

Okeh, entry ni tak tamat sampai sini sahaja tau. Bayak lagi perjalanan suka dan duka yang saya nak kongsi dengan anda semua. Nanti kita sambung Travelog Cinta ni untuk part yang seterusnya okeh?

Bye-bye
Saya sayang awak semua selamanya...


Rabu, 22 Februari 2012

Pasaraya Paling Sibuk Dan Ice Blanded

Assalammualaikum...

Ini adalah pasaraya 24jam. Ye.....boleh beli belah 24jam dan pasaraya paling sibuk pernah saya jumpa.

*
*
*
*
*
*

PASARAYA BORONG NSK

Yang saya tahu Pasaraya NSK ni ada banyak cawangan antaranya Kuchai Lama, Wangsa Maju, Balakong, Selayang Baru dan Klang. Yang lain-lain saya tak pasti. Tapi Tolong Ingatkan Daku okeh (bunyi macam lagu Ana Rafali tue). Dem!

Mari kita lihat ini


Kalau uols nampak logo kat atas ni, ha...dah betullah tu. Silalah bershopping. Ops! membeli sayur dan ikan secara obsess..hehe...
Kenapa obsess? Sebab di dalam ni semuanya obsess membeli belah. Macam ada grand sale yaw! First time saya tengok pasaraya yang terlalu crowded dan busy gile cam ni.

(pic : kredit to google)

Barang-barang basah dan kering di sini kebanyakkannya murah-murah lagi-lagi kalau beli secara borong. Dah nama pun pasaraya borong. Mungkin sebab tu orang ramai berminat berbelanja di sini kot. Lagi pun pasaraya ni di buka 24jam.  Nak duduk sini tak nak balik-balik pun tak apew. Kiki...
(Ecehceh...jakun plak hakku sebab baru tau. Malu kat pasaraya ni yang dah bertahun-tahun di buka ^_^ )

(pic : kredit to Google)

Aksi sepontan makcik sebagai model dalam gambar ni macam Keelaaass kau Jah!
Korg boleh pergi sendiri, lihat dan buat perbandingan harga sendiri okeh macam makcik yang tengah tengok-tengok ikan tu.


Ini picture dari kamera saya. Sama tak keramaian manusia dihujung tu dari picture google di atas dengan picture ni. Memang crowded saya cakap sama awak (bahasa sopan santun sgt!) Hahaha


Sebelum balik mari basahkan tekak dulu. Makan cheese cake yang dibelanja oleh Angah.


Apakah itu? Minuman kegilaan saya. Ice blended atau Ice blog. Sebenarnya suka gigit-gigit topping bubble tu secara rambang. Memang gila saya kalau dapat bubble tu. Kunyah-kunyah die sampai lenguh-lenguh rahang.

Tapi tempat yang saya beli ni bukan brand Each A Cup yang popular tu. Tempat ni sumpah tak sedap langsung. Kalau uols nak minum ice blended ni better try di Each A cup. Ha, yang ni memang sedap. Jangan cuba jenama lain yang kita tak pasti tau. Nanti menyesal je beli.

Yang ni tau. Boleh dapatkan di pasaraya Giant, Tesco, Jusco dan lain-lain. Atau uols boleh klik 

Let me introduce sikit pasal Each a cup ni. **Tetiba lak.


(pic : kredit to google)

Produk ini berasal dari Taiwan sejak tahun 1999 dan sekarang telah berkembang di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Menggunakan hotel grade concentrated juice, tidak ada serbuk atau sirap. Kopi berkualiti tinggi yang diimport dari south America. Coklat pula dari Perancis. Teh menggunakan finest tea sprout yang kaya dengan vitamin C dan antioxidant. Kiranya dorang menghasilkan bubble tea yang berkhasiat lah.

Terdapat 34 perisa dengan 4 jenis topping termasuk aloe vera jelly, black pearl, mix jelly dan green apple jelly. Mereka juga menyediakan 11 series atau combo termasuklah...

(pic : kredit to google)

Favourite saya Oreo Choc Series Topping Pearl dan Blueberry Shake Topping Pearl. Memang menggila sebab beleh gigit-gigit pearl sambil buat muka chumel. Uols kena try tau. Jangan tak try.


Bye bye!

Sabtu, 18 Februari 2012

Saya Hanya Mengharapkan Keredhaan Suami


Assalammualaikum...


Saya bukan nak berceramah a.k.a Ustazah Norbaiyah disini. Hehe... Sedangkan saya sendiri pun insan yang lemah penuh dengan dosa-dosa. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya. Namun, sebagai hamba yang tidak layak untuk masuk ke JannahNya dan saya juga tidak mampu untuk menghadapi azab api neraka itu. Subhanallah...

Apa lagi yang saya harapkan lagi di dunia ini melainkan keredhaan dan keikhlasan daripada suami diatas setiap perkara yang saya lakukan. Untuk apa saya berdandan cantik-cantik di luar kerana saya telahpun bersuami dan saya rasa haram untuk orang lain mengecapinya melainkan suami saya. Saya menganggap satu kewajipan walaupun saya tahu bukanlah wajib bagi seorang isteri untuk menyediakan makanan, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya. Tapi bukankah Allah menjanjikan pahala yang cukup besar buat sang isteri yang melakukan kerja-kerja amal sedemikian dengan niat ikhlas untuk suami?

Pernah saya terfikir untuk bertudung labuh dan berjubah serba hitam bagi menggantikan imej sedia ada saya agar insan-insan di luar sana tidak melihat setiap inci aurat saya yang hanya menjadi hak suami. Ye, kita tidak mampu menghalang penglihatan orang lain. Tapi kita mampu untuk mengubah penampilan kita agar tidak ditatap oleh orang lain. Tahukah kita siapa yang menanggung semua dosa-dosa kita ini?

Saya membayangkan betapa beratnyalah bahu kiri yang terpaksa dipikul oleh suami lantaran diatas setiap dosa-dosa yang saya lakukan. Dosa saya meninggalkan solat walaupun hanya satu waktu. Dosa saya meninggikan suara kepadanya sehingga dia kecil hati terhadap saya. Dosa saya berbual dengan lelaki yang bukan muhrim sehingga mereka timbul perasaan suka atau shahwat walaupun saya tidak sedar. Dosa saya kerana lelaki-lelaki yang bukan muhrim ini terlihat aurat saya yang menjadi hak mutlak suami walaupun tanpa saya sengajakan. Ya Allah, betapa banyaknya dosa yang terpaksa dia tanggung.

Terus terang saya katakan, sekiranya niat kita ikhlas dan nawaitu kita itu betul pada tempatnya maka Allah akan memudahkan urusan kita seharian. Dan apa yang saya harapkan kini adalah keberkatan daripada Allah s.w.t, keredhaan dari suami agar saya memperolehi ganjaran pahala untuk setiap perkara yang saya lakukan. Saya bekerja di luar dengan niat untuk membantu suami meringankan tanggungjawabnya walaupun wang itu hanyalah untuk kegunaan saya sahaja. Untuk membayar kereta saya, untuk membayar wang pinjaman pelajaran saya dahulu, untuk memberi sedikit wang kepada ibu bapa saya dan untuk keperluan dan kehendak saya sahaja.

Memang saya tak beri suami wang atas hasil titik peluh saya itu kerana itu adalah kehendaknya. Walaupun tidak salah kerana saya bekerja atas niat ingin membantunya, tapi selagi boleh dia tidak mahu saya memberi wang diatas perkara-perkara yang menjadi tanggungjawabnya. Kini saya sedar walaupun banyak wang lebih dari gaji saya setiap bulan, tapi itu bukanlah tiket untuk saya berboros atau berbelanja sesuka hati.
Kalau dulu memang saya enjoy dengan duit yang ada. Bagi saya "Ahh itu hak saya, duit saya. Suka hati sayalah nak berbelanja sebagaimana pun."

Rupa-rupanya percaturan saya silap. Memang silap besar. Buat apalah saya beli pakaian cantik-cantik untuk keluar rumah? Bercantik untuk siapakah kita? Bukankah kewajipan kita bercantik hanya untuk suami? Nak bercantik tidak salah sebenarnya. Tapi perbetulkan dahulu niat kita. Nanti anda semua kata saya cakap tak serupa bikin. Saya pun ada perasaan seperti wanita-wanita lain untuk kelihatan cantik. 

Tetapi, saya pakai cantik-cantik ni agar suami saya tidak malu dan kekok bila berjalan di sebelah kita. Jangan nanti suami kita jalan pun jauh-jauh dari kita. Kalau bermekap pula dengan niat yang sama, agar muka kita tak pucat macam mayat hidup pula nanti. Jangan sampai suami pun tak selera memandang lantas memandang wanita lain. Masa tu nak salahkan orang lelaki pun tak boleh. Dah memang sejak azali lelaki memang suka kepada yang cantik-cantik Bukankah itu lumrah hidup?

Apakah pengorbanan seseorang isteri yang mengharapkan keredhaan suaminya buat suaminya yang banyak bekorban terhadap sang isteri? Memasak? Membasuh? Mengemas rumah? Melayan suami dan melahirkan anak? Menutup aurat? Bekerja dengan niat membantu suami?
Bagi saya itu semua tak cukup. Berdoa dan membaca al-quran untuk suami adalah hadiah yang saya rasa amat beharga untuk mereka. Tak perlu kek, baju, jam tangan atau minyak wangi berjenama. Semua itu tidak kekal. Tiada yang kekal di dunia ni melainkan doa dan amalan-amalan kita seharian untuk suami. 

Saya solat dan berdoa untuk suami agar diberkati rezeki yang diperolehinya untuk makanan kami sekeluarga, Agar dia selamat pergi dan pulang sewaktu menunaikan tanggungjawabnya. Agar Allah melindungi dia dari malapetaka atau kecelakaan. Agar diberikan kesihatan dan kekuatan tenaga untuk mencari rezeki yang halal itu untuk kami. Tidak cukup dengan itu, saya membaca al-quran untuk suami juga. Bukan saya mengejar pahala untuk saya seorang, bahkan untuk suami saya juga. 

Bila dah jadi isteri ni kita tak kisah walaupun terpaksa melupakan hal-hal dunia luar kan? Walaupun di rumah tu sangat membosankan tapi kita rasa rumah dan bersama suami itu adalah 'syurga' kita. Uols yang dah kawin dan menjadi seorang isteri saya yakin mempunyai perasaan yang sama seperti saya juga.

Entry ini khas untuk suami saya MOHAMAD RIZAL B ABDULLAH PUZI. Semoga Allah sentiasa melindungi beliau sepanjang masa dan jadikanlah dia insan yang terbaik untuk saya sepanjang hayat. Amin...

"Saya sayang sangat-sangat kat abang"
^_^





Thanks sbb sudi membaca
Lot's off LOVE

Khamis, 16 Februari 2012

Terukir Di Bintang


Assalammualaikum



Yunalis Zaraai

♥ Terukir Di Bintang ♥



Guys, mari kita layan lagu ni. Tersentuh sebab melodi dia sungguh romantik. Sesuai sangat untuk husband and wifee yang nak layan perasaan. 

"Hubby...tak lama lagi annyversarry wedding kita yang pertama kan?" Pejam jelik pejam celik dah nak setahun dah usia perkahwinan kita. Alhamdulillah semoga kita sentiasa happy dan bahagia sehingga ke akhir hayat always together-gether ever n ever...

5 Mac 2012 

Ceh...wah! (jangan jealous uols)

^_^


"Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu


Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu


Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu"


¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤

*pic from google

¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤



Jumaat, 10 Februari 2012

Perasan Dan Perasaanku


Hi dan Assalammualaikum...


Pagi tadi keluar dari rumah terus menuju ke kereta, picit-picit alarm kereta tak bunyi-bunyi lak. Aduh...cam mn ni? Perasaan cuak and terus call Hubby yang masih di rumah. Sambil tu buat-buat muka tak bersalah berdiri depan kereta tu cam orang nak nyanyi lagu Negaraku pagi-pagi. Pastu ketuk-ketuk alarm sambil baca Bismillahirrahmannirrahim dan picit lagi. "Tet tet!" Yahoo! dah boleh bukak kereta. "Alhamdulillah..."

Sebelum tu lupa lak nak cerita. Lalu depan makcik-makcik surirumah yang tak kerja dan tak ada kerja tengah berborak-borak macam baru lepas hantar anak pergi sekolah tu. Yang sorang akak tu nampak saya terus sok sek sok sek dengan akak sombong depan rumah saya tu. "Erm...Ntah Apelah Ko Cerita Pasal Aku Kan?" Siyesss bukan saya pun nak mengumpat di sini tapi hakikatnya akak tu memang cam sombong coz saya pernah senyum kat dia tapi dia buat muka macam "Aku Goda Suami Kau Pulak!"
Oh...cool cool...

Sampai opis lewat 45minit. Perasaan happy la sebab tak ada orang nak marah pun. Hakikatnya jahat btl saya sebab buat company tu macam "Bapak Aku Pemegang Saham Terbesar Lak!" Hehe ^_^

Turun dari opis menuju ke bilik, perasan ada orang pakai baju sama macam saya. Tapi saya tak pakai pun baju tu skrg. Baju tu ada kat umah. Siyesss sebijik corak dan warna. Siap dia pun buat baju kurung moden yang ada zip kat belakang tu. "La...Bukan Kedai Tu Jual Kat Ko Sorang Je Hanis." Ahaks!

Lepas buat kerja duduk mengadap pc sambil konon-konon tunggu orang buat complaint laa. Means menggunakan masa terluang yg ada sebaik yg mungkin. Macam tulis entry baru kat blog ke atau buka pesbuk untuk baca komen-komen. "Motip??? Saya Tulis Je Sukeati Laa..."

Bila dah baca komen yang macam-macam tu rasa naik meluat pulak saya tengok sebab orang kat pesbuk ni suka bergossip cam gossip girl tu. Ah, mengarut. Dahlah tu gossip siap kutuk-kutuk, perli-perli dan umpamakan orang cam pinggan la, singki la and paling teruk macam jamban pun ada. Ada ke patut. Betullah kata orang, mulut tempayan ni kita boleh tutup. Mulut manusia ni kita stapler jer. "Seram Yaww Macam Cerita Long Khong Aku Pernah Tengok nak Stapler-stapler Molot."

Tiba-tiba perasaan bercampur baur sebab nak memiliki Samsung Galaxy Tab 7.7 yang baru tu p6800. Ambik kau siap bg no model lagi. "Yelah Nanti Orang Lain Ingat Aku Ketiggalan Zaman Lak. Ni Yang Paling The Lates Okeh!"




Lepas tu nak dapatkan camera Nikkon J1 pulak. Rasanya dah 2 entry saya sebut 2 benda yang sama ni. "Beli Ajelah Kalau Rasa-rasa Duit Kat ASB Tu Dah Cukup Hanis...." Hehehe...




sEkIaN

p/s : Gambar-gambar ni saya pinjam kat Google. Nanti saya pulangkan balik ea? Nak 100@1000 keping pun boleh saya copy&paste kan.
Tak bagi? Kalau tak bagi janganlah pamerkan kat Google. Sumpah memang ramai orang akan pinjam. 
Hihi...


Saya Versi TAMAK :(


Assalammualaikum


Di facebook saya pernah menulis status mengenai keadaan saya yang selalu kekurangan masa. Kadang-kadang pernah terpikir adakah saya yang betul-betul kekurangan masa ataupun saya selalu membazirkan masa yang ada. 
Percayalah memang selalu membazirkan masa sebab suka lengah-lengahkan kerja. Ni edisi kantoikan diri sendiri ni! Haha!!!




Yelah, dalam kotak pikiran ni macam-macam benda atau perkara yang hendak dilakukan. Yup, memang saya tamak. Dahlah tak suka share-share barang. Paling teruk kalau saya tak ada sesuatu saya memang tak suka pinjam barang orang lain. Bagi saya kalau dah tak ada duduk diam-diam ataupun terus pergi beli. Ermm..guna barang sendiri kan senang. Memang saya tak suka pinjam atau share barang dengan orang lain. Terukkan?

Mengenai sikap buruk saya iaitu TAMAK…bukan TAMAT okeh. Entry ni baru sahaja nak mula. Belum TAMAT lagi. 

 Baiklah, berbalik pada cerita TAMAK tadi memang saya akui yang saya ni penamak orangnya. 


 Tamak nak menulis blog dan jadi blogger tapi tak suka ada follower (pelik).

 Tamak nak berfacebook dan ada ramai kawan-kawan dalam friendlist saya. 

 Tamak nak jadi juruteknik yang serba boleh di tempat kerja. 

 Tamak nak jadi pereka fesyen dan mampu mendesign rekaan pakaian sendiri. 

 Pastu tamak nak jadi model yang boleh memperagakan pakaian rekaan saya tu. 

 Saya juga tamak untuk menghias rumah idaman saya seperti ala-ala inggeris, moden dan kotemporari. 

 Saya tamak nak ada camera SLR sendiri serta berphotoshoot mengikut gaya serta gambar hendaklah mempunyai angle yang menarik seperti yang saya idamkan (pening sape yg tukang ambik gambar tu)

 Saya tamak nak ada laptop Sony Vaio idaman saya yang digunakan untuk menulis blog, berfecebook dan mengedit gambar-gambar saya menggunakan software photoscape. 

 Lagi tamak nak dapatkan Samsung Galaxy Tab 7.7 idaman saya sejak sekian lama untuk menonton cerita-cerita philipine kegemaran saya serta mudah untuk mengupdate status dalam akaun facebook saya (bajet kau artis la kan Hanis)

 Saya tamak nak melancong ke tempat-tempat idaman seperti tepi laut, di pulau, di gunung, sawah padi atau tempat-tempat yang segar dengan tumbuh-tumbuhan alam. 

 Tamak nak ada baby twins di samping menjadi ibu yang cantik bergaya serta boleh melaksanakan tanggungjawab rumah tangga dengan sempurna. 

 Dan yang paling penting SEKALI saya tamakkan suami saya. Oh! Ini sudah tentu tak boleh SHARE dengan orang lain okeh. Hopefully sayalah wanita terakhir dalam hidupnya walaupun saya bukanlah yang pertama. Ye, itu saya akui.


Uols nampak x betapa TAMAKnya saya atau dgn bahasa lainnya ni dah dikira JAKUN ni.
Tapi,

mampu ke kita sebagai hamba Allah yang biasa-biasa ni nak lakukan semua perkara di atas dalam masa sehari? Memang mustahillah jawapannya. Peliknya, itulah yang saya selalu pikirkan sehinggakan saya rasa betul-betul kesempitan masa. Kalau saya tak tidur semalaman pun belum tentu saya dapat lakukan sesempurna yang mungkin. Memang tak logiklah ape yang saya pikir ni kan kawan-kawan. Lainlah kalau dalam sehari ada 48jam atau 60jam kan?


Tapi, ada 5 perkara yang Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w selalu ingatkan pada umatnya iaitu :

Kaya sebelum miskin
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
Muda sebelum tua
Hidup sebelum mati

(Rasanya semua orang dah tau. Even budak-budak darjah 1 pun terror beb!)
Jadi...sama-sama lah kita beramal sebelum kita jadi seperti di atas. Yaww!




Gambar pun nak TAMAK sebab nak jugak letak dua muka saya kenzzz

^_^


Rabu, 8 Februari 2012

My Long Weekend


Assalammualaikum


Hi there...uols semua sihat? Hehe..saya tanya mcm bajet artis pulak kan? Lempang kang!
Oh, cuti hujung minggu yang panjang semua pergi mana? Seronok betul bila awal-awal tahun ni. Means bulan Januari&Februari b'coz lots of free leave days (betul ke?)

Dari minggu lepas 1 Feb cuti hari wilayah pun saya cuti. Minggu sebelum tu cuti juga 23&24 Jan sebab Raya cina. Uols perasan tak cuti banyak jatuh pada hari ahad and secara outomatiknya akan diganti pada hari isnin keesokkan harinya. Seronoknya banyak cuti percuma..hehe ^_^

Then, minggu ni pun kita cuti lagi kan 6&7 Feb untuk MaulidurRasul dan Thaipusam. Tapi Hubby saya tak cuti laa... Tempat kerja dia tak ambil :(
Nak buat macam mana. Dah kita ni keja bawah orang jer. Tapi kalau I jadi boss pun I suruh pekerja I keja gaks! Uh, kejams sungguh! Hehe..saya gurau saje.

Jadi, disebabkan Hubby kena kerja, dia suruh saya balik rumah family saya. Taklah boring sangat kan saya nanti?
Isnin lepas (6 Feb 2012), weols satu family pergi makan hangin angin ke Port Dickson&Bandaraya Melaka. Seronok korang sebab dah lama tak jalan-jalan together gether dengan family jauh-jauh sikit. 

Asalnya tak planning pun nak pergi ke tempat tu. Tapi betullah kata orang. Kalau kita plan bagai nak rak mesti tak jadi. So...go trow on the flow jer. Tapi lagi seronok kalau Husband ada kan? Dah kena kerja, nak buat macam mana. Act adik saya yang the only girl-Adah tu pun tak dapat join sebab dia kena on call hari tu. Dadada...bye-bye. Tinggal ajelah.


Waiting our lunch yang tidak seberapa.

Tu dia...dah mai dah. Ngap ngap tahap rakus.

Cool... Cool konon tengah-tangah hari buta.

Sampai di Pantai Teluk Kemang dalam pukul 1:00tgh hari. Makan-makan sambil ambil angin je. Tak mandi pun. Lagi pun panas sangatlah. 
Lepas makan sambil melihat keindahan pantai yang hijau (bajet lagi!). Siyes memang hijau okeh air pantai tu. Tak tipu. Okey sambung balik ayat tergantung tadi...terus jalan-jalan. Saya dan mak eksited nak cari fridge magnet. Biasalah kami memang pengumpul fridge magnet yang tegar. Hahaha...jgn gelak tau!

Apa pandang-pandang? Ada beran? Wek :p

Wif his cutie mutie monkey.

Tak beli lagi jangan dok main-main arGHHhh...

Siap bershopping, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Tak tahu ke mana. Abah selaku pemandu dengan sungguh cermat memandu mengikut papan tanda jalan dan arahan kami. Hehehe...

Pergi menuju ke Melaka dengan melalui jalan dalam. Maksud saya bukan Lebuhraya okeh. Saya ulangi bukan highway. Seronok dan happy melalui kampung-kampung yang penuh dengan kehijauan semulajadi dari Port Dickson ke Lubuk Cina ke Alor Gajah dan seterusnya ke Bandaraya Melaka. HAPPY!!!

Sampai di Bandaraya Melaka dah sesat. Maka tanya pada orang sebab pepatah melayu ada berkata "malu bertanya sesat jalan". Alhamdulillah, ada juga yang sudi memberi arah penunjuk yang benar. Sampai ke Bandar Hilir pun sudah pukul 6:00ptg. Lapar :(
Yeah! ada cafeteria yang jual burger. Jadi kami semua borong burger-burger yang ada di situ sambil makan buat macam rumah sendiri jer. Adik-adik saya sudah eksited untuk memanjat Kota A Famosa. Saya, mak dan abah jalan-jalan di sekitar tu sahaja. 

Setelah penat bersiar-siar kami pun pergi ke gerai-gerai jualan untuk membeli sedikit oleh-oleh. Saya still dengan misi utk membeli fridge magnet lagi. Mak pun sama. Nak buat koleksi lah. Hahaha...
Setelah solat, sebelum pulang kami singgah di Restoran Asam Pedas paling popular di sekitar tu. Nyum-nyum...isi perut dulu sebelum bertolak pulang. Okeh..balik segera sebab semua sudah keletihan.
Sampai rumah pukul 12:00tgh malam.

^_^

Rabu, 1 Februari 2012

Gatal Tangan Versi "Aku Nak Update Jugak!"


Assalammualaikum


Esok hari Wilayah...kita cuti geng. Yuhuuu!!!


p/s : Takyah tido cepat-cepat
mood : burung hantu ^_*