Assalammualaikum
Korang tanya apa itu travelog. Macam pernah dengar. Tapi tak pasti apa maksud travelog tu. Kalau travel biasalah dengar orang cakap. Pegi travel ke mana Jah? Pergi Sydney...Pergi Gold Cost...Pergi London... Auuww...kau bajet Sydney, Gold Cost dan London macam sebelah rumah kau ajekan Jah?
Ok...berhenti merapu.
Travelog means perjalanan. Saya rasa memang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu travel. Atau dalam erti kata lain "Pinjam tak pulang-pulang laa teww" "Kau memang suka pinjam sampai buat harta sendiri kan?" Hahaha...
Tapi saya bangga jadi anak MALAYSIA. Malaysia boleh! 1 Malaysia!
Kalau nak story tentang travelog percintaan saya dari darjah 2 (terkantoi kecik-kecik dah bercinta) sampai sekarang memang 100 episod pun tak habis-habis. Mengalahkan sinetron kat tv3 pulak. Kelasss kau Jah! Tapi saya short untuk cinta terakhir saya bersama husband ajelah ye. Lagi pun cinta masa kecik-kecik zaman sekolah-sekolah dan kolej-kolej tu hanyalah cinta monyet je. Ye...cinta monyet atau puppy love.
Cinta monyet pun banyak kenangan manis jugak. Kalau ingat-ingat balik boleh ketawa terbahak-bahak sampai tersedak-sedak. Ade ke mak abah suruh pegi mengaji kat umah jiran, tapi saya pergi memang pergi. Bila time balik pergi berdating sekali...Hahaha. Over over pulak.
Huh...baru introduction ni. Saje je nak bagi warming up panas-panas sikit. Jangan panas sampai terbakar rumah sudahlah yerr. Citer ni bermula...Jeng jeng jeng (bunyi guruh kat langit). Suspen giler...
Baiklah bermula...
Suatu petang ada someone yang call. Masa tu telefon rumah ajelah. Lepas SPM dalam bulan 12 tahun 2002 manalah saya ada handphone. Ye...handphone okeh. Memang tak ada memandangkan saya pun tak bekerja duduk rumah makan minum ditanggung oleh mak abah sepenuhnya.
Bila pikir-pikir balik untungnya adik bongsu saya Iwan. 9 tahun dah ada handphone sendiri. Dah ada laptop, broadband, pesbuk, PS2 dan macam-macam lagi. Yelah kanak-kanak zaman sekarang. Dulu kita zaman-zaman surat jer...
Baiklah sambung story. Someone yang call tu saya memang tak kenal langsung. Tapi saya dah biasa dengan panggilan-panggilan misteri dari telefon rumah ni. Dan aktiviti bergayut di rumah zaman sekolah-sekolah dulu pun dah biasa dah. Almaklumlah glamouress dan ramai admire. Tapi saya ni jenis jual mahal sikit. Malas nak menggedik-gedik ke sana ke mari (sorry ni memang betul2 masuk bakul dan angkat sendiri). Dalam hati saya "Kalau mamat ni tak nak kenalkan diri dia atau cakap macam nak main-main memang aku letak je gagang telefon ni" Ganggg!
Maka...
Dia pun jawab bila saya tanya " Erm...sape ni? "
Mamat tu : "Hafizah ke ni?"
Saya : "Ye..."
Mamat tu : "Errm...awak kenal Tarmizi tak?"
Saya : "Okay. Kenal" (mestilah kenal. Bestfriend aku kowt)
Mamat tu : "Saya ni kawan dia. Nama saya Mamat. Nak berkenalan boleh?"
Dalam hati...alamak bf baru nak berkenalan lah pulak. Nasib baik dia ni jujur dan bercakap terus terang. Maka saya pun layan ajelah. Tapi paling saya tersentuh bila dia tanya saya dah solat ke belum? Seriously memang tak pernah jejaka-jejaka tanya pasal solat sebelum ni pun even ex boy saya pun tak pernah ingatkan. Alah Hanis, baru tanya pasal solat dah nak touching lelebih. Mana tau tu ayat nak pancing aje kot. Biasalah lelaki.
Tapi dia ni lain la. Cara dia cakap byk yang terus terang dan telus aje. Bukan seorang dua yang saya pernah kenal dan bukan seorang dua juga saya pernah berbual dalam telefon. Tapi rata rata susah nak cakap yang benar. Sampai ada dari mana dapat no telefon saya pun mereka tak nak bagi tau. Macam susah sangat aje nak bagi tau kan. Macamlah nanti hakku cekik sampai mati orang yang bagi no phone tu. Tak pun aku tikam dada dia laju-laju. Hello, saya bukan jenis macam itulah. Buat apa saya nak buat semua tu. Saya tak kisah dari mana pun awak-awak semua dapat no telefon saya ni. Yang penting saya mahukan KEJUJURAN!!!
Yes, kejujuran itu membuatkan saya selesa berkawan. Tips untuk uols semua...
1st, kalau seseorang yang ingin berkenalan dengan kita itu jujur dari segi percakapan dan tingkah lakunya, maka dia antara orang yang boleh kita percayai. Kalau mula-mula lagi dah tipu sana tipu sini, sorok sana sorok sini sampai bila-bila pun perangai dia tetap macam tu.
Kedua, kalau awal-awal call lagi dia dah ajak kita keluar berjumpa atau berdating bagai mesti dia ni jenis tak sabar atau jenis terburu-buru. Lelaki yang baik tak akan sesekali ajak perempuan keluar pada awal-awal perkenalan. Pastinya mereka ni ada muslihat yang lain seperti nak tengok kita ni cam mana rupanya kan? Cantik ke...hodoh ke...kurus ke...atau gemuk ke. Dalam persahabatan tak ada erti pilih rupa paras dan sebagainya. Cantik atau tidak itu hanyalah subjektif. Sekiranya lelaki-lelaki yang ingin berkenalan dengan uols semua lebih kearah itu bermakna mereka telah lari dari subjek asal mereka iaitu BERKAWAN dan BERSAHABAT. Lelaki-lelaki sebegini adakah korang yakin mereka akan tetap setia berkawan dengan anda sekiranya mereka melihat wajah dan susuk anda sebaliknya?
Ketiga, lihat cara bahasa dan percakapan mereka. Adakah mereka menghormati kita? Adakah mereka berbahasa baik dengan kita? Dan adakah mereka memberi salam setiap kali mula menghubungi kita dan memberi salam setiap kali mengakhiri perbualan? Ingat, bahasa mencerminkan keperibadian seseorang. Kalau awal-awal perkenalan lagi bahasa dah macam longkang mesti dia ni jenis mat-mat yang hampeh!
Saya betul-betul tertarik dengan cara percakapan yang dia yang jujur walau pun apa yang lahir dari mulutnya itu adalah memalukan. Memang susahkan nak tengok lelaki cakap terus terang macam...
"Saya bukanlah anak orang kaya. Keluarga saya biasa-biasa aje" atau "Result SPM saya tempoh hari teruk"
"Saya bukanlah anak orang kaya. Keluarga saya biasa-biasa aje" atau "Result SPM saya tempoh hari teruk"
Tapi bagi someone yang saya baru kenal ni memang jenis straight to the point dan peramah. Itu yang istimewanya dia.
Sepanjang perbualan tu adalah juga weols cerita pengalaman sekolah dan couple masing-masing masa zaman sekolah dulu. Hahaha...bila dikenang-kenang balik boleh buat tersenyum kambing sorang-sorang. Makin lama berbual makin seronok pulak. Memang saya tak pernah rasa happy semacam tu bila berbual dengan someone . Macam tak percaya pulak sekarang dah jadi suami saya.
Saya tak ingat tarikh first time dia call saya tu. Yelah tak tahu pulak dia someone special yang akan menjadi peneman hidup saya dikala suatu hari nanti. Jodoh tu kan rahsia Allah. Setiap pertemuan sudah tertulis olehNya. Mungkin ini cara saya bertemu dengan jodoh saya. Setiap orang tak sama kan?
Okay sebenarnya member dia yang bagi nombor telefon saya tu kawan saya juga. Tarmizi tu kawan sekolah rendah sekelas dengan dia hingga form 1 sekolah di Subang. Bila form 2 dia pindah ke sekolah saya di Bukit Changgang, Banting dan disitulah saya kenal Tarmizi. Awalnya saya pun tak kenal sangat. Means kenal giti-gitu aje dari seorang kawan saya yang minat kat Tarmizi ni. Masa form 4 saya rapat dengan Tarmizi itu pun disebabakn ktorg duduk di kelas yang sama kelas sains. Even form 4 masing-masing bawa haluan ke sekolah teknik. Tapi weols tetap contack each other.
Bila masa cuti akan buat reunion sama-sama, saya, Halimah, Tarmizi dan Hafizi. Kitorang memang rapat. Sampai parents kitaorang ingat pakwe makwe. Hahaha...kelakar betul. Sumpah tak ada perasaan fall in love ke hape kat budak lelaki 2 orang tu. Memang dah anggap kawan baik sehidup semati kot. Tapi sekarang dah tinggal bertiga sahaja. Kawan saya Halimah telah meninggal dunia pada 20 September 2005 akibat kemalangan di Lebuhraya bersama bakal tunangnya. Kalu ada masa nanti saya cerita pasal kejadian ni okeh.
Pandai-pandai aje member saya sorang ni jadi ajen mencari jodoh pulak. Alhamdulillah menjadi sampai sekarang. Tapi mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Kalau dia tak bagi nombor telefon saya pada suami saya sekarang entah dengan siapalah agaknya saya sekarang kan? Hehehe...
Okay jauhnya terpesong. Kita continue balik story tadi okeh. Lepas berbual-bual dalam telefon petang tu adalah dalam 1 jam, kitaorang pun tamatkan perbualan sebab hari dah lewat petang sangat-sangat. Tak manis pulak kata orang. Tapi memang saya berharap lepas tu dia akan call saya semula. Sebab saya tak ambik pun nombor telefon dia. Malulah weyh saya nak mintak lagi pun saya kan pompuan yang manis-manis macam lolipops tu hehehe...And we hope ur friendship tak tamat sampai disitu sahaja.
Bila dah letak telefon tu tiba-tiba dalam hati berbunga-bunga riang semacam. Rasa happy sangat-sangat. Terus tulis kat buku diari dan tak sabar-sabar nak tunggu dia call lagi. Maybe sebab awal-awal perkenalan lagi dah rasa selesa berkawan dengan dia. Walaupun tak melihat rupa dan orangnya tapi dari segi percakapan saya tahu dia seorang yang baik dan jujur. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dipertemuakan insan sepertinya.
Okeh, entry ni tak tamat sampai sini sahaja tau. Bayak lagi perjalanan suka dan duka yang saya nak kongsi dengan anda semua. Nanti kita sambung Travelog Cinta ni untuk part yang seterusnya okeh?
Bye-bye
Saya sayang awak semua selamanya...
hiiik sooo sweettt..looiikee..hiiik xsbar nk tggu part 2 plk..hiik
BalasPadamsinggah n follow sini :)
BalasPadamsyiralokman.blogspot.com