Ahad, 1 Disember 2013

Pengalaman Bersalin (Part 1)

 
Assalammualaikum w.b.t

 
"Masih terngiang-ngiang saat kali pertama mendengar suara tangisan Meddina di dalam labour room Selasa, 5hb Nov 2013 bersamaan dengan 1 Muharam 1435H tepat jam 11:40pagi yg lalu. Tiada perasaan lain yg lebih indah daripada perasaan terlalu bersyukur ke hadrat yg Maha Esa. Tiada ungkapan lain yg lebih istimewa untuk dilafazkan melaikan ucapan 'Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah'. Sehinggalah nurse yg menyambut kehadiran Meddina ke dunia ini meminta Hanis berselawat sambil meletakkan Meddina ke atas dada. Hati seakan tak percaya bahawa inilah wajah manis si penghuni rahim ini selama 39minggu 4hari. Indahnya ciptaan Illahi. Terlalu lengkap dan sempurna.
Meddina sayang...hilang segala kesakitan dan keperitan yg ummi alami seketika tadi. Lupa segala kepayahan, jerih perit, linangan air mata mahupun jeritan saat bertarung nyawa untuk melahirkan kamu ke alam ini. Terima kasih Allah di atas rahmat dan jalan hidupku yg Kau aturkan terlalu indah utk digambarkan"




* * *

Trowback siang Isnin, 4 Nov 2013

Tiap-tiap hari mesti tengok kalendar dekat hp. Motip? Mestilah counting days sambil usap-usap perut dan tanya pada baby, "Sayang, bila nak keluar ni? Keluarlah cepatttt. Ummi bosanlah tak ada kawan." Hihi...
Yg Hanis ingat petang akhir tahun tu mak kaitkan buah rambutan. Memang bayak sangatlah Hanis makan. Maybe lebih dari 30biji kot. Mak kata nanti dah beranak tak dapat nak makan dah. So, sekarang makanlah puas-puas. Yuhuuu!

Petang lepas solat asar tu Hanis sempat baca doa akhir tahun. Itupun sebab online dan ternampak post member2 dalam facebook. Kalau tak memang tak tahulah yg hari tu adalah hari terakhir dalam bulan Zulhijjah dan merupakan bulan terakhir dalam kalendar tahunan islam. Huehuehue. Teruk betul!

Start dari petang tu perasan juga yg baby dalam perut ni bergerak agresif semacam. Berbonggol-bonggol perut Hanis expecially sebelah kanan. Memang dia suka part of sebelah kanan perut ummi dia kot. Apa yg best sangat pun tak tahulah. Sampai rasa sakit-sakit dan pedih perut kite sebab terlalu meregang. Almaklumlah perut omak dia ni kecik je. Memang sekarang nampaklah pecah-pecah teruk kat sebelah kanan perut ni. Hehehe. Meddina...Meddina...


Malam tahun baru Isnin, 4 Nov 2013

Lepas solat Maghrib seperti kebiasaan Hanis menghabiskan bacaan Surah Maryam, Yusof dan Luqman. Kemudian sempat lagi baca doa awal tahun hijrah sambil-sambil berfacebook. Pukul 10:00mlm baru Hanis makan malam. Belumpun sempat nasi tu habis, (tinggal beberapa suap je lagi) tiba-tiba rasa nak terpopo sangat pulak. Hehehe. Tak senonoh kan? Terus berlari ke toilet. Masa tgh cuci-cuci tu Hanis macam terperasan something. Tapi malas lah nak pikir sangat. Terus cepat-cepat keluar dari toilet tu dgn perasaan biasa-biasa sahaja. Nak sambung makan balik macam dah tak seleralah pulak.

Malam sebelum tidur tu sempat lagi Hanis menghadap semangkuk rambutan. Makan banyak-banyak macam tau-tau pulak yg hari tu hari terakhir dapat makan rambutan (before bersalin dan berpantang). Lepas makan tu dalam pukul 11:30mlm, Hanis siap-siap ke toilet untuk buang air, bersihkan kaki tangan dan ambil wuduk untuk solat isyak sebelum tidur. Masuk je bilik, belumpun sempat pakai telekung tiba-tiba terdengar bunyi something dalam perut "duppp" macam bunyi kita patah-patahkan jari tu. Tapi kuatlah bunyi tu. Rasa macam peliklah pulak dan terus cakap dgn baby dalam perut "Sayang...apelah yg awak buat dalam perut ummi ni sampai bunyi macam tu sekali."

Dalam beberapa second je terasa panas mengalir air di bahagian bawah. Terkejut. Tengok macam basah sikit. Baru melangkah beberapa tapak mengalir lagi sampai menitik-nitik ke lantai. Hanis agak mungkin air ketuban dah pecah kot. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba kawal perasaan. Nak kata takut tak juga. But, I can't describe my feel that time. Rasa biasa-biasa je. Rasa happy dan bersyukur sebab Allah tunaikan permintaan Hanis supaya tunjukkan tanda-tanda waktu dah nak bersalin. Alhamdulillah. Yeeaah! tak lama lagi dah nak bertemu dengan si jantung hati! Yippie! Masa yg ditunggu-tunggu tu tiba jua akhirnya!

Hanis terus jerit panggil mak. Mak masuk bilik dan tengok. Hanis memang dah tak boleh bergerak kemana-mana dah time tu. Bergerak sikit, mengalir lagi air ketuban keluar. Lastly, duduk perlahan-lahan atas kerusi dan lapik guna kain batik sambil minta tolong mak ambilkan baju, kain dan barang-barang lain untuk bersiap-siap ke hospital. Time tu asben tak ada. Dia dekat rumah weols di Seri Kembangan. Since dah start cuti dan menunggu hari utk bersalin  ni memang Hanis tinggal di rumah mak. Asben balik seminggu dua kali je. Hanis call asben dan minta dia tunggu dekat mana-mana je tempat yg berhampiran dgn Hospital Serdang. So, weols decide jumpa dekat shell area Seri Kembangan tu je.

Malam tu juga tepat jam 12:00 tghmlm 1 Muharam, Hanis bergerak ke Hospital Serdang ditemani oleh mak, abah dan adik Hanis, angah.



** Bersambung **


p/s : Okeh, Meddina dah sound sound ummi dia nak susu tu. Kena cepat-cepat out sebelum raungan hebat dia bergema satu rumah!!! Huhuhu...
Jumpa di Part 2 pula yer. Thanks sebab sudi baca cerita kite N sayang uols! *tetiba*
(bajet ada org bace letewww!)

Nak cium baby bayak-banyak kali. Bau syurga. Ok Bye!


1 ulasan:

  1. bunyi dupp tu bunyi air ketuban pecah la kot kannn. huhuhu. next year turn nina pulak... tatutnyaaa. tp xsabar. hurm.. nyway, tahniah yeaaa.. hehe..

    BalasPadam