Rabu, 31 Disember 2014

Bye Bye 2014 And Meddina 1st Birthday Celebration

 
Assalammualaikum.

 
Yuhuuu! Kiranya ini adalah entry penutup untuk tahun ini sebelum kita menjengah ke tahun baru 2015! (esok je tu...) Alhamdulillah, tahun yg banyak mengajar aku erti kehidupan sebagai seorang ibu. Tahun yg dilalui dengan tenanggg, kadangkala kelam kabut, kadangkala penat dan stress tapi hasilnya sangat menyeronokkan. Yelah, mak mana yg tengok anak tak happy kan? Syukur juga Allah masih beri peluang untuk aku tengok anak membesar depan mata. Nampak dia dari terlentang, kemudian pandai meniarap, duduk, bercakap, berjalan dan sekarang dah berlari hebat lagi gagah perkasa. Hohoho....
 
Even, siang tak dapat bersama dengan anak demi mencari sesuap nasi (cewwwah!), tapi malam tetap nak tidur peluk-peluk dan cium-cium dia. Tak boleh tidur rasanya kalau anak tak ada kat sebelah Tipah oiii! Meddina still lagi cari 'nen nen' ummi dia bila nak tidur. Hurmmm itulah pengerat kasih sayang kiteorang. Alhamdulillah, masih lagi dapat breastfeeding Meddina walaupun tak sepenuhnya. Bak kata omputeh oklah daripada tak ada langsung kan?!

 
 
 
Last months (26hb Nov 2014), Hanis buat sambutan hari jadi untuk Meddina yg pertama. Plan asal, memang taknak buat. Yelah, Meddina bukan paham apa-apa pun. Orang celebrate ke, tak celebrate ke dia tak kecik hatipun. Kikiki. Tapi...atas cadangan encik suami, so buat jugaklah. Buat kecik-kecik je. Tetiba, ada rezeki lebih pulak Allah bagi, so kongsi dan rasa sama-samalah dengan ahli keluarga dan sahabat handai yg lain. Alhamdulillah...
 
Since Meddina lahir memang Hanis lagi suka ingat hari lahir dia mengikut kalendar islam (1 Muharam 1435H). Senang nak ingat dan kebetulan hari tu cuti umum. So, weols decide nak celebrate birthday Meddina setiap 1 Muharam. Memandangkan tarikh tu makcik Hanis dah book dulu untuk  kenduri akikah cucu dia, so terpaksalah kiteorang postpone dan buat pada keesokkan harinya. InshaAllah next year kalau dipanjangkan umur, boleh buat time 1 Muharam pula ye sayangggg.
 
Ok, layan gambar jelah ye. Penat dah ummi Dina nak berceloteh panjang. Biarlah hati gambar sajelah yg berbicara. Huhu...
 
 
 
 
 
 
Me & Maklang Meddina si darah manis
 

Goodies for kiddos
 
GOODIES BAG FOR KIDS
Untuk goodies bag ni Hanis cuma sediakan untuk kanak-kanak je. Yelah, biasanya kalau buat birthday party, kanak-kanaklah orang yg paling happy. So, dalam ni Hanis sediakan biskut, jelly dan stationary set. Kiranya takde makanan-makanan yg tak sihat untuk perkembangan otak kanak-kanak seperti chikedis dan gula-gula bagai.

 
Mak Ngah & Pak Ngah Meddina yg rajin membantu.
Thanks korang. Jasamu sentiasa dikenang.
 
 

 
CANDY BUFFET
Candy buffet ni plan Hanis sendiri and this is coustome made by me. Huhu...jari dah keras uols tak setanding pereka candy buffer tersohor. Buat kecil-kecilan je. So, tak fikir nak tempah candy buffet bagai. Rasanya lagi puas hati bila buat sendiri (walaupun ala kadarrr). Lagipun duit tempahan tu boleh buat beli candy dan goodies best-best sikit untuk budak-budak kan?

Tak susah manapun. Asalkan ada meja dan props, beli je candy, jelly dan coklat-coklat bagai. Nahhh...campak je. Taraaa. Nampak tak hasilnye (boleh laa kan?) Hihihi.



 
Happy Birthday, my soul, my kinda, my dear, my princess, my sweetheart. Membesar dengan sihat dan jadi anak yg solehah kebanggaan ummi dan abah ye sayang. Terima kasih sayang kerana menjadi penghibur dan pelengkap hidup ummi dan abah selama setahun lebih kita bersama (touching).
 
Terima kasih yg tak terhingga pada family yg bertungkus-lumus membantu menjayakan majlis yg tak seberapa ni. Dan terima kasih juga pada mereka yg sudi hadir, sudi beri hadiah dan envelope untuk Meddina. Sayang korang ketat-ketat. Huhu...
 
 
ok, jom layan video Meddina jap :)
 
 
 
 
Happy Family!

 p/s : Alhamdulillah. Selamat tinggal 2014 yg sangat indah. Selamat Datang 2015. Semoga di tahun baru ini segala apa yg di hajati dapat dicapai dengan baik. Kalau tahun lepas nak jadi ibu terbaik buat Meddina, isteri terbaik buat Rizal (a.k.a my asben), nak tengok anak membesar dengan sihat dan pandai, syukur semua impian tu termakbul. Tahun 2015 ni pun sama. Tak de apa yg Hanis harapkan melainkan ada keluarga, anak dan suami yg sentiasa memahami dan membahagiakan hidup kita setiap hari. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan dan memberikan kebahagiaan kepada kita selamanya. InshaAllah. Amin...
 
 
 
Thanks guys for reading. Muahchoo!