Khamis, 22 Mei 2014

Blog Hambar

 
Assalammualaikum...
 
Dah semakin melupai blog ini? Oh tidakkkkk...
Janganlah macam tu. Saya masih ada lagi disini (oh hidup lagi rupanya....)
Sebenarnya tak tahu kenapa, semakin malas nak taip blog, semakin malas nak jenguk-jenguk blog, semakin malas nak cerita entry baru kisah hidup walaupun....(ada ke orang nak baca?)
walaupun...
 
banyak cerita hot n cool yg dah berguni-guni aku simpan dalam pale otak ni. Walaupun hakikatnya macam dah byk yg lupa, tapi tak apelah tambah-tambah je ayat sendiri asalkan sedap utk dibacakan? Pun boleyyyy...hahaha...
 
Kisah Meddina, dah semakin membesar, semakin mengganas. Yer GANAS. Sebenarnya aktiviti favourite dia kalau korang nak tau :
 
1. Menampar
2. Menumbuk
3. Mencakar
4. Menendang
5. Meniarap sambil guling-gulingkan badan
6. Baring sambil berpusing-pusing atas tilam mengikut dan melawan arah jam
7. Menggigit dan mengetuk-ngetuk barang mainan termasuklah kepala orang
8. Makan dan menyusu dengan rakus
9. Buat bamping (practice nak merangkak kot)
10. Menjerit tak tentu pasal
 
 
Ya Allah...tak tahu bakal jadi gugirl princess ke atau boboi sejati. Ganas kemahennn... Kalau ikut Hanis yg lembap-lembap (nak ckp yg lembut-lembut sbnrnya. Teheee) memang jauh bezalah. Abah dia pun tak nampak pulak sifat keganasan tu. Ape-apelah nak...asalkan kau bahagia.
 
Ok, juz nak sharing, since Hanis jarang berblog ni, tapi tetap update story dekat Instagram tau. Hurm...tu jelah yg mampu dan cepat untuk ibu yg dah beranak ni. Sambil-sambil menyusukan anak sempatlah tangan sebelah ni upload gambar dan story dlm IG. Bukan upload gambar tengah susukan anak tu tau. Kang tak pasal-pasal kena pelempang pulak dengan en soami. Haha...
 
Kadang-kadang Hanis tengah masak sambil dukung Meddina, sempat juga tangan sebelah pegang senduk n sebelah lagi pegang hp cek akaun IG. Ha...hebat tak kau! Dah tu dukung Meddina guna tangan yg mana satu pulak? Hahaha...korang pikirlah sendiri :p
 
 
ok..Jom jenguk jenguk @meddinahanis 
(tak kena bayar pun :p)


 
 
 
 
 
* * *
 
p/s : Alhamdulillah...tak pernah terbayang betapa indahnya kehidupan sekarang sebelum hadirnya Meddina suatu ketika dahulu. Walaupun terus-terang Hanis katakan masa untuk diri sendiri tu mungkin hanya 2%-3% sahaja untuk sehari, tapi realitinya Hanis bahagia. Penat...tak payah nak ungkaplah. Makan...tak payah nak nikmat sangatlah. Tidur lena? Jaranglah nak merasa. Tapi hilang segala kepenatan, kelaparan dan mengantuk kalau tengok anak selesa dan sempurna dpn mata.
 
Kadang-kadang kita dah tahap paling lapar ni. Pedih-pedih perut sampai nak gastrik dah. Tengok anak menangis nak menyusu, susukan dia dulu dari pergi isi perut sendiri. Walaupun hakikatnya anak tu baru je lepas kita bagi makan. Begitulah realiti kehidupan seorang mak. Macam ni rupanya yg mak aku tanggung selama membesarkan aku dan adik beradik yg lain. Hanis percaya semua ibu-ibu dekat dunia ni pun akan merasa dan berkata perkara yg sama.
 
Pada bakal-bakal mommy dekat luar sana, In Sha Allah, korang pun akan merasa perkara yg sama bila bergelar ibu nanti. Jgn risau n gusar. Sebab Allah tahu kita mampu lakukan. Pada yg belum berkesempatan, jgn sedih n touching-touching tau. Hanis sentiasa mendoakan dan nak sangat-sangat korang pun rasa detik-detik indah ni. Teruskan berdoa dan jangan berputus asa k. In Sha Allah...

 
Thanks 4 reading!
 
Salam sayang from : Ummi Meddina