Jumaat, 8 Ogos 2014

CERITA SYAWAL : Country Garden Danga Bay, Johor Bahru


Assalammualaikum...


AMARAN!
Entry ini mengandungi banyak gambar-gambar selfie 18pbbxxx. So, sila sediakan baldi kot-kot anda termuntah hijoo nanti :p
(18pbbxxx means untuk 18 tahun perasaan bajet bagus xxx dan ke atas. Hahaha...)


 ***
 
 Masing-masing masih di mood raya. Open house sana sini. Cuma raya tahun ni macam santai-santai gitew. Relax-relax sudah. Memang itupun yg dituntut dalam Islam-izz KESERDAHANAAN. Dalam kesedahanaan iols, kopak juga buat persiapan dan meraikan Aidilfitri tahun ni. Tapi tak perlulah nak bekira sangat kan?. Anggap jelah ianya seperti mengeluarkan zakat pendapatan setahun sekali. Alhamdulillah, ada rezeki lebih tu kongsilah bersama dengan mereka yg memerlukan. Bukankah tangan yg memberi itu lebih baik dari yg meneriama??? - apabila suara hati Ustazah Hanis mulai berkata-kata. Mihihihi...


Last entry dah story raya pertama di rumah keluarga mertua, entry yg ni sebelah family Hanis pula.
Raya kedua tahun ni, mak dan abah dah beraya ke Muar. Hanis dan asben pun tak sempat balik Banting terus shoot to Muar. Sampai sana pun dah maghrib. Malam tu sempatlah beraya ke rumah ones of our best friend yg tinggal dekat sana juga. Tak sangka rumah member tu seminit je jalan kaki dari rumah makcik Hanis ni. Hihi
 Pagi raya ke-3 asben terus balik Subang sebab dia kena kerja weyhhh! Huhu...seedeylah! Nak hantuk kepala kat dindinglah camni! image - dah kau kenapa??? Erk :p

 
Raya ke-2 dan ke-3 di Muar. Rumah adik abah.
 
Asalnya weols tak plan pun nak terus beraya ke Pontian dan Johor Bahru. Dah namapun raya relax-relax gitew kan. Tapi tak tahu angin lintang ape yg telah meresap ke kepala abah, terus dia bawa kiteorang semua beraya ke rumah makcik pakcik di sana . Hehehe. So, follow ajelah.

 

Raya ke-4 di Pasir Gudang, JB. Rumah Kakak abah yg sulong. Wif my atok too.

Bila dah sampai JB, most ones tempat yg wajib Hanis nak pergi mesti Danga Bay . Cuba tengok entry yg SEBELUM ni. Dah tentulah banyak sangat kenangan manis dan pahit di sana masa zaman study dulu. Jangan disebut Bukit Saujana, Bukit Senyum, Hutan Bandar, Hentian Larkin, Angsana, City Square, Plaza Pelangi, Pantai Lido, Stulang Laut,  arghhhh!!! semuaaa tu buat aku rasa nak kunyah je daun ketupat sehingga mengalirkan air mata  - over kau Kiah! Hahaha...
 
 
Kalau boleh flash back balik, (jeng jeng jeng...) teringatlah tempat asben terpaksa tido dekat surau gara-gara kiteorang overnight dekat sini sampai pagar IKM dia dikunci oleh pakguard. Tempat melepak sambil tengok-tengok perangai manusia setiap malam sabtu, ahad dan isnin. Sampai semua housemate Hanis kata "Kau tak jemu-jemu ke pergi Danga Bay?" Kau ghaseee??? Tempat sama-sama study math dengan asben malam-malam buta sambil bertemankan tiupan angin yg nyaman serta deruan ombak yg menghempas di tepi pantai Teluk Danga. Haha...tetiba kau!. Nak study tepi laut baru boleh masuk katenyee...

 
 Itu dulu... (sambil campak lesung batu mak dekat dapur)



Sekarang...



Dah ada sambal tumis Adabi. Aku cepuk pulak kang!
Hahaha...

 

Dey! sempat lagi berposing depan rumah jiran paklong kiter. Haha
 
 
 Okeh, dah sampai pun Danga Bay. Ini bukan Danga Bay lama yg banyak kenangan masam-masam manis Hanis dan suami dulu tu. Memeperkenalkan...inilah wajah si Danga Bay yg baru izzzz COUTRY GARDEN DANGA BAY!!! your five star living!!! - baca dgn sound effect yg bergegar-gegar tau.
 
 

 
Let me introduce serba sedikit mengenai Country Garden Danga Bay ni. Merupakan sebuah pusat pembangunan dan kediaman eksklusif terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan mewah, bangunan komersil, pejabat, rekreasi, hiburan serta pusat membeli belah yg terletak di wilayah pembangunan Iskandar Malaysia. Merangkumi keluasan kira-kira 57ekar tanah pegangan bebas yg meliputi keseluruhan persisiran pantai Teluk Danga dengan berlatarbelakangkan bandar Singapura serta pemandangan laut panorama 180 darjah yg menakjubkan .
 
 
Penyu-penyu...tolong bawak kiteorang ke pulau Meldives. Kikiki...
 
 
Projek yang dibangunkan oleh pemaju hartanah dari China, Country Garden Holdings Co Ltd (Country Garden) bertemakan ‘coastal metropolis’ itu membabitkan kawasan seluas 11 hektar dengan nilai pembangunan kasar mencapai sehingga RM18 bilion.      
Country Garden Properties (M) Sdn Bhd, yang sedang membangunkan Country Garden Danga Bay (CGDB), yakin pembangunan projek bakal menjadi pemangkin ekonomi negeri Johor terutama di kawasan Johor Bahru .


Terjumpa pulak dengan family black paper ni. Hahaha...
 
 
CGDB menawarkan 17 jenis kediaman mewah bertaraf lima bintang dengan keluasan antara 37 hingga 278 meter persegi, selain menyediakan landskap dan infrastruktur, produk, keselamatan serta tempat riadah di kawasan yang strategik.     
 
 
 Klik sini untuk melihat KONSEP PEMBANGUNAN Country Garden Danga Bay.
 
 
Dah ni kenapa pulak budak dua orang ni? Dengan gadis hitam pekat kurang gula tu pun korang berselera ke?
 
Tak tahu motip ape beratur panjang cam ni. Maybe nak call someone tumpang pondok public tapi still guna handphone?
 
Kalau pergi dgn kawan-kawan tolong jgn verangan nak masuk ke dalam tu eh. Tak pasal-pasal kena kunci sampai minggu depan tak dapat keluar
 
Doakan semoga pokok kelapa ni cepat berbuah.
 
Dan tak jadi sasau mcm weols yg dekat bawah tu . Hihohiho...
 
F.A.M.I.L.Y
 

Mak I teruja sangat dgn pokok kaktus kahwin tu. Sebab tu dia minta ambilkan gambar dekat situ ok.
 
Memperkenalkan...ini paksu Anep Meddina. Ada dia sorang pun tak cukup havoc family kiteorang. Tu belum yg lain-lain lagi. Family sebelah abah memang best-best gilerrr lah!
 
Mana kapal I ni tak sampai-sampai lagi. Wek :p
 

Bisik dekat Meddina, "Inilah tempat mommy n daddy kuar dating dulu. Shuutt!!! jgn habaq kat sape-sape naa..."
 

Selfiee..eh! Selfish..
 

Nak feeling flying without wings boleh?
 
Jap g kang nak bermandi manda dekat kolam ni. Hehehe. Ok tipu
 

Our family...our happiness


Cantik sangat view dan landscape dekat sini. Kalau di beri peluang kahwin lagi sekali dgn org yg sama nak buat shoot wedding dekat sini. Ohemgee!
 

Sampai umur kau lima ratus lima poloh lima tahun pun tak habis minum dik!
 
Ok, ada gaya cam vvip tengah santai-santai tak? Orang time raya sibuk dengan open house kau sibuk duduk depan kolam erk!
 

Sambil propa wass up dekat suami "Abang meeting lama lagi ke? Sayang dah tunggu tepi kolam ni. Jap lagi mandi sesame ek?" Wek! muntah ijooo.
 

 
 
Memang banyak view yg menarik. For me, sangat beruntunglah pada mereka-mereka yg berkemampuan untuk menetap di sini. Setanding juga dengan nilai harganya. Dapat melawat dan melihat keindahan alam di sini pun dah cukup bersyukur. Alhamdulillah...

 

Nice view. Macam dekat Sepang Gold Cost okhey!
 
 
 

 Lastly, raya yg best! dan percutian yg best!
 
 p/s : Perasan tak, Meddina entah sape-sape yg pegang. Haha...pandai berdikari anak ummi.
 
 
 à¹‘۞๑,¸¸,ø¤Âº°`°à¹‘۩ Thanks 4 Readings ۩๑ ,¸¸,ø¤Âº°`°à¹‘۞๑
 
 


4 ulasan:

  1. Alaaaa cantiknya akak tempat dia...

    BalasPadam
  2. kak anis @ dh bole jd duta Johor dah. hehe
    medina tu knp comeyy sgt hah ! nk je cium laju2 nti kang . hehe
    Btw, Jb mmg byk memori dan kenangan terindah .. hehee

    BalasPadam
  3. Tempat yang sesuai untuk photoshoot

    BalasPadam