Sabtu, 31 Disember 2011

"Ala tomey tomey..".versi BOBOI

Assalammualaikum

Jam dah menunjukkan pukul 1 pagi. Tapi mata Hanis tak mengantuk lagi. Mak, Abah dan adik-adik pula sedang layan Ombak Ghindu Rindu. Hehehe... Masuk kali ni dah 3kali hakku layan citer ni. Tapi yang peliknya tang mana yang sedihnya pun tak tau lah. Tapi...tapi kalau layan citer Tentang Dhia memang tak sedar mengalirkan air mata. (Dah keluar citer Tentang Dhia pulak...hehe...) Maaflah keluar topik sedikit. Asalnya nak cerita yang baru lepas tgk final Maharaja Lawak Mega 2011.

Act, Hanis sedikit kecewa sebab si Boboi ala tomey tomey tak jadi juara la... Walaupun tak juara tetap menang juga just naib juara pun okey what. U all rasa siapa yang lebih layak? Boboi@Osbon. Biasalah...adat bertanding kan. Ada yang menang dan kalah hokeh? (Over-over cam hakku pulak join MLM ni...hi)

Kalau nak diikutkan (pendapat Hanis la...) persembahan Boboi malam ni cam kureng cikit la...but, I still LOVE adengan Ombak Rindu yang mula-mula tu. Pulak tu juri jemputan dia bro Aaron Azizi, memang kena sesangat laaa... Macam nak pecah perut dibuatnya. Tapi rasanya persembahan last week lagi terburai pewot kowt. Mai gelak sama-sama...HAHAHAHAHAHAHAHA!

p/s : Credit too much adengan Boboi minggu ke-9 a.k.a Puteri Gunung Ledang!
(pecah pewot doh!)


Credit Video from Google!


Mari, nak ajak awak-awak semua layan Final Maharaja Lawak Mega ala tomey tomey versi Ombak Rindu ni pula...



Tq Youtube!


Yeah! Enjoy n Selamat Malam semua


Zzzzzzzz


Lot's of LOVE
~Hanis n Rizal~

Khamis, 29 Disember 2011

Ohmaiigood!!! Dah pandai 'printScreen' loorhhh

Assalammualaikum

Ahahaha....(gelak jahat!) Macam jakun 1000 kali pulak ditambah ketinggalan zaman yang terlampau okay. "Puan Hanis, orang dah sampai ke bulan, U baru terkedek-kedek nak panjat Tembok Besar Cina!"
Tapi rasa macam so sweeeeet sesangat sebab jujur pada diri sendiri, pada blog sendiri dan pada kawan-kawan sendiri sebab saya baru aje pandai nak prinscreen...Hahaha...(muka tak tebal langsung!)

Thanks Arshad (memang nama sebenar) selaku officemate Hanis sebab memberi tunjuk ajar. Okeh! Lepas ni boleh printscreen perkara-perkara termanis di FB pulak ye...
(Engkau hingat engkau sohrang jerk boley printsekerint!)



Kantoi header Timeline di FB pun sama macam header di blog okeh. Itu tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi antara FB dan blogs!
(Tak ada kena mengena langsung!)




Rabu, 28 Disember 2011

♥ 10 Termanis 2011 ♥


Assalammualaikum


Tinggal beberapa hari saja lagi kita semua nak meninggalkan tahun 2011. Yup, tahun yang penuh dgn kenangan manis, memori suka duka dan penuh emosi (ceh!) sepanjang hidup saya. Tahun di mana status berubah daripada anak dara ( yaww!) kepada mak dara (eh belum lagi laa..) ops! puan kepada En Mohamad Rizal (bangga seyyhh suami aku baca).
 Hahahaha...(gelak sesorg)

Sayangnya nak tinggalkan tahun ni. Sayang sebab umur semakin meningkat dek faktor penuaan yg semakin ketara ^_^ Sayang sebab tahun ni masih lagi belum setahun usia perkahwinan. Jadi masih dialam pengantin baru@mood honeymoon agi. Sayang sebab tahun depan umur dah masuk 27. Ye 27 kak!!! Malu nak sebut. Masih terperasan dgn angka 26 lagi...hehehe ^_^

Act, kami sekeluarga memang tak pernah celebrate tahun baru pun. Even dah kawin pun masih tak sambut sebab Hubby saya sibuk bekerja dan balik rumah dah penat-penat mestilah nak tido. Bagi saya yang dah berlalu biarlah berlalu. Simpan kenangan itu baik-baik dan kemas-kemas dalam lipatan ingatan. Itu pun kalau aku ingat lagilah. Memory manusia ni memang sentiasa kana purge n refresh setiap masa kan. Sebab otak kita ni bukanlah memory card 8 gigabite ke..32 gigabite ke..atau macam external hardisk yang boleh simpan byk lagi data serta susah di hinggapi virus. Okeh berhenti merepek!

Jadi ini antara entry-entry terakhir saya sebelum kita semua meninggalkan tahun 2011. Entry memory termanis sepanjang 2011. Ini adalah apa yang termampu saya ingat dan tulis. Memang banyak sangat pekara yang suka dan duka terjadi tahun 2011, tapi tak semua saya nak letak dalam entry ni. Sebab kalau nak listkan semua, sampai tahun 2013 pun tak tahu sempat siap ke tidak ^_^



 My big day preparation

Sepanjang awal tahun antara Januari-Februari adalah masa yang paling sibuk buat saya&keluarga. Untuk membuat persiapan perkahwinan bagi keluarga yang tiada pengalaman sebenarnya agak rumit&berhati-hati. Bukan nak buat grand-grand pun. Cukuplah sederhana asalkan meriah. Tak sangka uols, saya dah besar panjang dan nak kahwin dah pun.
^_^

Tempat shopping barang kahwin paling fav adalah Nilai 3. Kalau pergi sini confirm 3 jam tak pernah cukup punya.

Semua kalau boleh nak buat sendiri expecially barang hantaran. Sebab masa bertunang dulu saya tempah je semua. So, sebagai kenang terindah saya ilhamkan dgn hasil kerja tangan merapu saya buat bakal suami. Ceh! Yelah, kahwin sekali je seumur hidup. InshaAllah. Bukan lepas ni boleh buat lagi pun. Kata orang kalau nak puas hati baik semua buat sendiri. Tu pun kalau tangan kau kreatiflah ye noksss… ^_^

Dari hantaran, baju nikah, hiasan bilik tidur, tempah andaman, tempah khemah, tempah masakan, goodie bag dan lain-lain semua saya dan family buat sendiri. Memanglah rumit. Tapi Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.

Saya sangat terhutang budi dan tenaga pada family expecially Mak. Sebab merekalah yang byk membantu saya sampai tak tidur malam. Lagi-lagi sehari sebelum saya kahwin. Terima Kasih keluarga. Saya sgt menyanyangi kamu semua. Kamulah orang yang selalu menjadi tulang belakang saya dikala susah mahupun senang. Sayang sgtsgt…

* Nanti saya buat entry khas pasal preparation wedding saya okeh. Bolehlah kita share sama-sama. Itupun kalau uols sudi bacalah ~_~



Saat aku menjadi tulang rusuk kirimu

Sebenarnya bukan senang parents kita nak lepaskan anak perempuan mereka pada org lain. Walaupun org tu kita kenal hati budi dan tingkah lakunya namun, hati ibu bapa mana yang tidak sedihkan. Ibu yang melahirkan dan ayah turut sama membesarkan, memberi pendidikan sehingga kita berjaya mendapat pekerjaan dan pegang duit sendiri. Bila dah besar senang-senang nak bagi pada org lain pula. Tapi tak kan nak simpan saya sampai ke tua pula. Hidup ni umpama roda yang sentiasa berputar. Sejak lahir, bayi, kanak-kanak, dewasa, kahwin, beranak, bercucu, tua dan akhirnya mati. Dah jadi lumrah sejak azali dan semestinya kita ni semakin lama semakin tua. Mana ada org yg makin muda kan uols. Botoks bolehla sorok muka tua tu, tapi kalau usia mana boleh. Dam!

Alhamdulillah, cinta kami direstui keluarga. Tanggal 5 Mac 2011 saya sah menjadi isteri kepada  Mohamad Rizal Abdullah Puzi dengan hanya sekali lafaz.  Kini bermulalah fasa baru dalam kehidupan saya.Berkat doa kami sekeluarga Allah permudahkan segalanya.
Ya Allah, the best moment in my life. Tak mungkin semua ni berulang kembali. I Miss so much this time. I’m really-really appreciate about that. Lot’s of LOVE





Resepsi perkahwinan saya

Our reception on 6 Mac 2011, salah satu kenangan termanis buat saya pada 2011. Berjalan di hadapan ratusan tetamu menjadi raja sehari…Ouch! Sungguh manis buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah permudahkan sekali lagi segalanya dari awal majlis hingga ke akhirnya. Perasaan semasa menjadi raja sehari sungguh mengharukan apabila rakan-rakan yg jauh mahupun dekat ramai yang datang. Penat sedikit tidak mengapa, asalkan berbaloi-baloi. Berkat Abah membacakan surah Yassin selama 44 hari, Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan sempurna. Perfect! cuaca pun menyebelahi kami. Tetamu yang hadir tidak dijangkakan…terlalu ramai. Syukur saya sekali lagi ke hadrat Allah s.w.t. Inilah pengalaman termanis bukan sekadar utk tahun 2011 malah untuk seumur hidup dan tetap saya ingati sampai bila-bila. Terima kasih Allah kerana memperkenankan doa saya. Amin…



Jamuan perpisahan Team Maintenence Unijaya 2008-2011

Saat saya masih lagi merasai kemanisan alam berumah tangga, terpaksa pula kehilangan rakan-rakan sekerja yang sgt sporting dan gila-gila bak kata org sehati sejiwa. Kontrak kami akan tamat akhir bulan April 2011, namun tidak semua yang diterima kembali utk bekerja dengan company yg baru. Yang terpilih termasuk saya dikira Alhamdulillah, yang kecundang terpaksalah membawa haluan masing-masing.

Suka dan duka sepanjang 3 tahun usia kenangan kt bersama akan saya abadikan dalam ingatan. Lepas ni dah tak nampak lagi wajah rakan-rakan yg saya rindui. Ceh!
Walau di mana jua kita berada, kita tetap saling mengingati. Good luck guys. Hopefully u ols success dalam apa jua pekerjaan dan bidang yg diceburi.

Sebagai tanda kenang-kenagan, we ols celebrate jamuan perpisahan di Rasamas, Alamanda Putrajaya pada 30 Mac 2011. Sungguh kelakar okeh. Kenangan termanis bersama rakan-rakan kerja di 2011.
Salah 1 sebab kenapa saya nak kahwin sebelum tamat kontrak kerja di syarikat ni adalah untuk pastikan bestfriend for ever saya ni hadir masa majlis wedding saya tu. Sekian!



 
Ber’honeymoon’ di Melaka

Bulan madu yang tak berapa madu sangat la... ^__^. Pada April 2011 saya dan hubby telah berbulan madu ke Melaka sahaja.  Masa ni baru kahwin. Inai di jari pun tak hilang lagi.  Sblm kahwin pernah g sini dulu. Tapi sekejap shj…tak puas hati dan perasaan. Jadi kami repeat balik pergi ke sini…

Enjoy sesangat masa ni. Ibarat 'dunia ni kitorang berdua ajelah yang punya!'



 Resepsi ke-2 sebelah suami

 Reception day sebelah husband pada 14 Mei 2011. Sekali lagi menjadi raja sehari. Hati saya berbunga riang namun ada sedikit debaran. Alhamdulillah…semua berjalan dgn baik. Keluarga mertua yang sungguh sporting melayan saya bak puteri raja. Sayang sgt pada kamu semua okeh!
Tapi ada 1 perkara memang saya tak boleh lupa sampai sekarang. Bulu mata palsu saya tercabut sebelah masa berarak. Hahahaha…sila gelak dan gelak sendiri. Lepastu suruh adik cabut terus dua-dua. Hopefully tak ada yang perasan. Tapi kalau ada yang perasan pun lantaklah! Ada aku kesah?! Kata Chef Wan. ^_^



Percutian ke JB, Dangabay & Pontian bersama keluarga

DangaBay is awesome place! Kata orang tempat jatuh lg di kenang, inikan pula tempat bermain. Bila ke sini mengimbau kembali kenangan dgn Hubby dulu masa sebelum kahwin. Tempat melepak bila malam sabtu dan ahad. Hahaha..terkantoi sudah. Tapi kali ini pergi bersama family on July 2011. Annasayyoo!



Berbuka di Kelab Tasik Komuniti Cyberjaya

Bulan ramadhan pertama sebagai isteri. Sungguh byk dugaan yang terpaksa saya hadapi. Hari kedua Ramadhan pula suami saya kemalangan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yg di panjatkan kpdNya, saya dan suami mampu meghadapi setiap dugaan dan rintangan yang datang. Sesungguhnya Allah itu Maha mendengar dan Maha melihat. 

1st time our big family going to ‘berbuka’ di luar. Before ni mmg tak pernah pun…hihi… Pengalaman termanis buat saya sepanjang 2011. Happy on 20 August 2011 at Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya.



Syawal pertama sebagai 'isteri'

Bila sudah Ramadhan, mestilah Syawal pula. Pengalaman syawal pertama sebagai isteri pada September 2011. Alhamdulillah rasa lain dan lebih seronok dgn ‘orang baru’ dalam keluarga. Ditambah pula Hubby yang pandai mengambil hati keluarga saya, rasanya sudah lengkap apa yang saya ingini. Thanks Abang kerana menerima saya dan keluarga seadanya.



Jamuan Hari Raya di Pan Pacific Hotel

Jamuan hari raya di Pan Pacific Hotel, KLIA pada 11 September 2011. Means raya ke-11 kalau tak silap saya.  Mungkin inilah kenangan tak dapat dilupakan apabila makan bersila di karpet di sebabkan tak muat meja. Hahaha…kami tetap happy dan enjoy!


Attand majlis perkahwinan Ex-housemate : Lina & Shahroni

My besties wedding’s at Masjid Tanah, Melaka on 20 November 2011. Congrate to new husband and wife, Lina and Abang Shah. Hope always happy both of you! Kesempatan ni juga dapat bertemu dengan ex-housemate masa study di JB dulu. Oh…rindu saya kini dah terubat setelah tidak bertemu anda buat beberapa tahun. Asz, Faezah, Farah, Sarah, Kak Eda, Raihan, Ina, Jacky, Amir, Bean dan Eddy so…sweet dapat menatap kembali wajah-wajah kalian…Terakhir jumpa masa wedding saya dahulu. Itu pun tak semua yang ada dan tak dapat berbual sgt. Kini masa untuk membalas dendam…hehehe…Credit to my husband yang sgt-sgt sporting. Nanti saya belanja ice-cream okeh!


T.A.M.A.T


Sekian utk tahun ini

^__^

Isnin, 19 Disember 2011

Eh, ada 'Muhasabah Diri' Part 3 pulak?

Assalammualaikum


Ingatkan nak tulis sampai part 2 sahaja. Tup tup tak habis lagi laaa... 
Musibah datang menimpa-nimpa. Namun saya tetap redha. Kerna redha tu kan ke ikhlas? (Ceh..ceh..nak buat ayat versi Ombak Rindu konon)

Weekend yang tidak berapa seronok kerana demam. Hari sabtu yang gumbira telah dicemari dengan virus fiver dan selsema. Redha ajelah. Ubat jgn d lupa kalo nak cepat sembuh.

Ingatkan hati dan perasaan lagi....."Ada hikmah d sebaliknya kan?"
(ayat penyedap hati ~_~)

D tambah pula Hubby yang kerja sepanjang hari tidak dapat menjenguk saya. Ohhyaww! Terharu sungguh! 
(tak ada niat nak perli yawww!)
Tak pergi klinik pun, sebab d rumah dah berlambak ubat demam+selsema. Belum d tambah d rumah sayer, rumah mertua sayer, umah makcik Posah sebelah umah sayer (X ada kena mengena hokeh!)

Nasib baik hari ni (Isnin) tetiba je hakku sihat macam biasa. Malu nak mintak mc lagi kat klinik Fazliyana. Silap-silap boley kena tendang asyik muka hakku&asben je yg melawat dia tiap-tiap minggu. Boley pergi keja seperti biasa.
Yeahhh!! Seronok!!
(mari tepuk tangan same-same. claps.claps)

Kali ni mengidam Nikon 1 la pulak. Yang dulu-dulu punya ngidam tak dapat ag.. Nasib baik air liur I yang X leleh..Yawww!+Yaaakks!






Awesome from Nikon!

pic : kredit to Google




Bye!

Khamis, 15 Disember 2011

Lagu Versi : Rapuh Nyanyian Opick









"detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu"




(*________________^)








Sejenak Beristiqamah



"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."


 Petikan Dari : Mutiara Kata




Muhasabah Diri Part 2

Assalammualaikum rakan-rakan yang dicintai.



Entry yang lepas Hanis tak sempat nak habiskan story masa pergi treatment di SMC. Now, Hanis continue balik yer. Second day (8 Dis 2011) pagi-pagi lagi dah gerak ke SMC dari rumah Sri Kembangan. Dalam pukul 9:30pagi la..Ramainya pation. Biasalah awal-awal pagi kan. Lepas ambil nombor di kaunter dan tunggu giliran, terus jumpa Doktor Pakar Orthopedic, Dr. Askandar Kamil. Doktor yang semalam tak sempat nak jumpa tu.
Dia buat pemeriksaan ritual dalam bilik tu ditemani husband dan nurse yang bertugas, Cik Diana namanya. Dah lah Hanis pakai skirt masa tu. Nak angkat-angkat kaki bagai. Nasib baik doktor tu pegang kain Hanis. Kalau tak...........entah la jawabnya.
Kemudian doktor bagi sikit talk dan buat x-ray...


After x-ray makan jap sebab Hubby dah lapar. Cian die :'(


Kemudian jumpa doktor tu semula. And the result, dia kata tulang belakang Hanis sliped sedikit. Tapi baru peringkat permulaan. Bila dah sliped dia akan bagi sedikit regangan pada otot sebelah kanan. Depends on pation coz ada yang sakit pada pinggang sebelah kiri dan ada yang sebelah kanan macam Hanis. Tapi yang memusykilkan dia terjumpa batu karang lak hasil dari x-ray tadi. Subhanallah... Tapi memang Hanis tak rasa apa-apa pun. Adakah di peringkat permulaan? Hopefully tak ada apa-apa lah sebab kalau orang yang menghidap batu karang ni akan sakit semasa buang air kecil dan warnanya kotor. Hanis rasa Hanis okay jer. Ntah spots apelah agaknya dalam x-ray tu (~_~)

And the lastly doktor syorkan untuk jalani phisiotherapy sebanyak 6 kali.

Terus buat phisio time tu jugak. Kena meniarap, pasang mesin urut di pinggang. Ya Allah sakitnya. Sampai rasa nak mengalir air mata. Dapat layanan 1st class yaw. Biasalah private. Kalau tak, tak gunalah bayar sampai ribu riban..hehehe (ayat berlagak DIVA boleh buat orang touching) hehehe...

"Puan sakit tak?" "Puan okay?" "Puan nak ape-ape? Tekan je bell ye?"

Yawww!

Lepas urut by mesin urut yang sakit giler tu, letak hot bag pulak kat pinggang, and lastly buat streaching cam tarik-tarik pinggang kita tu. Ermmm...serah ajelah badan ni...

About a hour jugaklah. Next phisio lusa tu pulak. Rasa cam fobia je nak buat lagi. Malam tu Hanis tak boleh tido langsung. Sakit sangat dekat pinggang. Rasanya efek dari wat phisio tu kowt. Yelah, seumur hidup mana pernah pergi urut-urut ni. Mestilah rasa sakit. Dah makan ubat yang diberi pun still tak ok juga, makin gastrik pula yang datang menyerang. Sabar ajelah...



Next Phisio :

Husband Hanis kerja masa 10 Dis tu. Jadi minta mak, abah dan Adah yang bawa pergi SMC. Wat phisio lagi.Tapi kali ni rasa kurang sikit dari kelmarin tu. Sebab Hanis kata sakit dekat adik-adik phisiotherapys tu. Siap berborak-borak lagi dengan diaorang..hihi. (sayakan mmg peramah, even dgn makcik cleaner pun hakku sempat berborak-borak lagi bila masuk toilet..hehe-poyy lebey!) Lepas tu balik lah..sambil menanggung kesakitam akibat buat phisio :'(


Moral off the story :

1. Korang sabarlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
2. Takyah la buat phisio kalau korang rasa tak mampu nak tanggung kesakitan lepas tu..hihi...



Lot's of  LOVE

Thanks sebab sudi baca walaupun banyak mengarut. Bye!

Rabu, 14 Disember 2011

Versi Tentang Dhia

Assalammualaikum




Pic : Credit to Google

Cerita ni best dan menyayat hati.

~sekian~

Selasa, 13 Disember 2011

Muhasabah Diri Part 1

Assalammualaikum

Pernahkah anda membaca ayat seperti di bawah ini?

"Kadangkala kita memohon pada Allah matahari, tetapi Allah memberi kita hujan. Kita menangis teresak-esak mencari ke mana hilangnya matahari. Tetapi sebaliknya Allah nak beri kita pelangi"

Akuilah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Di dalam kehidupan ini, kita tidak lari dari ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Semakin kuat kita diuji, sebenarnya Allah makin sayang dan dekat dengan kita. Kadangkala kita lupa seketika kepadaNya. Namun, bila kita rasa susah, resah, sedih, dan sakit barulah kita nak ingat pada Allah. Subhanallah Maha suci Allah.

Ada yang diuji sedikit dan ada pula diuji banyak. Namun ingatlah setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. Semakin kuat kita diuji, semakin tinggi iman kita sebenarnya.

Hanis nak ambil iktibar ni untuk diri Hanis juga. Kadangkala kita terlupa betapa agungnya kebesaran Allah s.w.t. Walaupun setiap hari kita bersolat (tak dinafikan ada juga yang tertinggal) tapi adakah kita pasti solat kita itu penuh penerimaannya disisi Allah? Dan adakah kita rasa kusyuk 100%? 
Walaupun kita hari-hari membaca al-Quran, tapi pastikah cukup amalan kita di sisi Allah? Dan walaupun kita tidak henti-henti berdoa, tetapi adakah doa kita itu di terima dan di makbulkan Allah?
Namun sebagai manusia kita tidak seharusnya cepat berputus asa, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha melihat.


Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah s.w.t
Pic : Kredit to Google



2 hari cuti yang sakit

Last week 7&8hb Dis, Hanis di beri mc kerana menjalanai rawatan pakar di Selangor Medical Specialist, Shah Alam. Awal-awal pagi dah pergi ke klinik Fadzlyana, Sri Kembangan untuk ambik Reference Latter (GL). Tapi masa doktor tu check dia kata ni tak ada apa-apa. Cuma 'muscle strange' sahaja. Tapi kalau 'muscle strange takkan dah dekat sebulan aku sakit pinngang kot!. 

Tak pasal-pasal cakap dan pegang cikit-cikit terus kata tak boleh bagi GL sebab tak tau nak refer pada sape. Sabar ajelah. Tapi tetap nak bagi ubat dan charge sampai RM49. Tak agak-agak la doktor ni nak kaut untung pun. Kata husband : "Hakku pun leh jadi doktor camtu!". Nasib baik guna insurance.
'Harapan pada doktor : Saya nak GL, bukan ubatttttttttttt...............!'

Terus kami gerak ke Klinik Fuziah di banting. Doktor yang ni tanya dah berapa lama sakit dan siap wat urine test lagi. Dia cam suspect batu karang dari urine tu. Tapi Hanis kata buang air ok lak...Tak rasa sakit-sakit. Cuma sakit pinggang sebelah kanan ni cam nak tercabut adalah. Senang jer doktor Fuziah ni nak buatkan GL. Swap ING lagi..tapi kali ni tak ada ubat pun.
"Terima Kasih doktor sebab memahami sayer (^_^)"

Tak sempat nak singgah rumah emak walaupun dekat. Sebab kami kesuntukan masa. Jam dah pukul 12:30pm masa tu.

Terus ke SMC

Sampai terus pegi ke GL's counter. Coz kitaorang  guna insurance. Bila ING dah accept dan keluarkan GL, baru boleh ke Specialist Dept.
Tapi hari tu Doktor Specialist Orthopedic ada Operation Treatment pula. Kena balik dulu dan set appoinment esok pula....


**B.E.R.S.A.M.B.U.N.G**

Isnin, 12 Disember 2011

Ceh..Puas Hati Abes Laaa...


Assalammualaikum...


Korang, jangan terkejut tengok gambar besar gedabak kat atas tau. Picture tu masa wedding Hanis March lepas. Tetiba rasa jemu dengan background lama&header lama. Bila da tukar pic&background baru ni semangat berblogger telah kembali..hihi...


Ayuh! Mari kita mulakan.....dgn.....Bismillahhirrahmannirrahim....





Lot's of  LOVES


Selasa, 6 Disember 2011

Saya bukanlah terror sgt pasal gajet, tapi sebelum membeli kena buat research dulu (^_^)


Hi, Assalammualaikum...


Aduhai...panjangnya tajuk. Tetapi penuh makna kan...hehe...
Nak story cikit... Tetiba Hanis jadi jakun a.k.a batak pulak dgn gajet-gejat ni. B4 ni tak kisah pun ekau nak pakai laptop ke, i pad ke, i pod ke...Blackberry ke..."Ada hakku kisah?!"
Act tak rasa ketinggalan pun. Walaupun zaman changgih manggih (bahasa apa da...) ni pown still ada lagi org pakai hp Nokia 3310 tau. Tak adanya org nak gelakkan bahkan nampak olskol lagi!
Trutly, Hanis tak mengikuti langsung perkembangan gajet-gajet ni...bagi Hanis tak perlu sgt dlm kehidupan seharian. Walaupun dikatakan mampu lah kalo hakku nak beli guna sebulan gaji, tapi terima kasih ajelah..hehe.. Hp pun still guna lagi yang orang bagi (masa wat projek untuk pejabat menteri dulu). Tapi disebabkan penagan citer philipines kat Youtube, tiba-tiba rasa memerlukan pula. Tapi nak beli ape? Jenis ape? Jenama ape? Okay mari kita share sama-sama.

1. Hanis tanya pada Husb nak beli jenis tab@pad yang boleh tengok movie dekat mana-mana sahaja since sedang baring kat sofa rumah pun boleh tengok..hihi...

2. Di dorong kuat oleh kakak-kakak opis yang masing-masing ada i pad&tab. Tapi sedikit pun tak rasa jealous. Bukan sebab perasaan iri hati tau (PHD) tau. Demi Allah tak ada sedikit pun. Tu kira semangat untuk diri sendiri jo lah yooo...Go go chaiyok!

3. Buat research dengan bertanya pada kawan-kawan expecially lelaki yang pro dan terrror gile kentang arrr about gajet-gajet the lattes ni. Mula-mula tanya Adam. Dia kata beli Samsung Galaxy Tab. Senang and kalau rosak mudah cari spearpart. Tapi dalam hati suka Apple I pad 2. Sebab jenama je kot. Tapi function bukan hakku tengok sangat pun. Ntah ape-ape la...

4. Hanis call lagi member yang selalu mengikuti zaman pasal gajet-gajet ni, Abang Nazrin a.k.a Abang Yinnn. Dia pun kata beli Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. Wah...siap bagi model type lagi. Baik hati sungguh. Tapi aku cakap juga yang aku cam minat Apple I Pad and yang mana lebih bagus erk? Dia suruh tengok video kat Youtube about " Samsung Galaxy Tab vs Apple I pad". Semua video Hanis tengok dan comparekan satu per satu. Siap tengok function dan kechanggihannye...Terbukti...jawapannya sama jer..hehehe..Ntah ape-ape lagi la...

5. Tak puas hati lagi tu, siap search web dan gambar-gambar lagi tu. Yelah...nak juga pilih yang cantik-cantik cam ladies-ladies kan? Kemuadian mesej Abang Yin. Tapi dia kata kalau Hanis nak beli next year better tunggu dalam sebulan sebab Samsung nak keluarkan Galaxy Tab 7.7 yang lebih changgih dan lebih besar cikit dari Galaxy Tab 7.0 Plus. Wah...search kat Youtube, Web dan Google Image and terus jatuh cinta!


Samsung Galaxy Tab 7.7
Comel tak???





6. Okay mari kita tengok spesifikasinya pulak...




Erm...beleh tengok sendiri lah kan mana yang kurang atau lebih...Tapi yang penting Hanis memang dah jatuh cinta kat tab ni. Harap-harap dapat pegang nanti dengan perasaan yang berbunga-bunga..hi (merepek!). FYI, tab ni tak release lagi kat Malaysia. Tapi kat tempat diorang..(ha mana tu? US kot) dah release dah September 2011 hari tu. Jangkaan dalam last Disember atau awal Januari 2012 baru release kat sini. 


7. Mari tengok harga pula. Ramai yang beranggapan harga mungkin mencecah lebih dari 3k kalau ikut harga pasaran diorang la... Tapi macam masa 1st edition Samsung Galaxy Tab 10.1 dulu pun ada yang kata samapi 2k lebih. tapi harga merundum bila masuk pasaran Malaysia tak sampai 2k pun. Kemudian keluar pula Version-version lain and harga lebih murah dari 1st edition tab ni. Ada yang menjangkakan Samsung Galaxy Tab 7.7 keluar dengan harga 3k lebih..ape-ape pun kita tunggu dan lihat k. Pastu tak payah tunggu lagi terus sambar jer... 

Tengok, sampai harga pasaran pun Hanis dok research...untuk pengetahuan jer...(^___^)


8. Lastly pilih tempat mana yang nak beli nanti. Sebaik-baiknya biarlah kat Dealears Distributor yang original. Sebab tak nak kena tipu. Lagi satu ada waranty yang sebenar-benarnya. Pastikan seal pada kotak belum koyak lagi untuk memastikan yang kita orang pertama pegang barang tu...


9. Tengok bajet...


10. Okay...bye! Remember, buat research betul-betul sebelum membeli apa-apa gajet ni. Pastikan apa yg kita perolehi berbaloi dengan jumlah wang yg kita laburkan.


SEKIAN


Jumaat, 25 November 2011

Adakah saya sedang..................


Assalammualaikum...


Wah...panjangnye dot..dot..dot......Ape maksud tersirat tu? Actually nk share dengan kawan-kawan. Bukan ape, sejak 3 weeks ni tetiba rasa selalu sakit perut cam ada angin lintang pukang lak kat pewot ni. Tapi Hanis tak makan ubat pun coz boleh bertahan lagi. Then, rasa lapar yang membuak-buak. Pas makan nak makan lagi dan makan lagi dan lagi dan lagiiiiiiii..hehehe.. Tetiba lak selera makan cam selera gajah. Perut dah kenyang ni, tapi pantang nampak makana a.k.a roti kew terus nak baham (hihi..cam gelojoh lak hakku)...

Tu yang confius tu.. Tapi Hanis ambik tak kisah pn.. For me, bagus lah sebab b4 ni memang susah nak makan pun. Dah kawin patutnya makin berselera, tapi makin kurang makan sampai kawan-kawan di pejabat pun tegur..." Napew nampak makin kurus??? " " Napew muka cengkung??? "
Ishhh! menyampah betul dengar. 

Act, Hanis perasan dalam masa sebulan ni memang kuat makan. Baru makan 2 jam rasa lapar balik. Citer kat Kak Rose (member tempat keja) maybe gastrik kot. Sebab Hanis memang ada gastrik. So kena makan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Memang cam tu lah. Setiap 2 jam nak kena makan. Pastu kalau makan tak boleh banyak-banyak nanti sesak pulak.. Haisshhh! macam-macam hal lah badan ni. Mengada-ngada sangat..kui..kui... Nasib baik berselera je nak telan, kalo tak kesian perut nangis-nangis coz tak dapat bahan bakar a.k.a makananlah!

Nak di pendekkan cerita, seminggu yang lalu gastrik pulak menyerang. Perut yang krok-krok tu dah kurang. Paling teruk masa malam nak tido sampai suh Husb letak tangan kat perot coz dah tak tahan sangat. Kata orang tangan suami ni mujarab. Baca doa&selawat letak kat tempat sakit pada isteri, InshaAllah dengan izinNya maka baik lah...Amin..
Erm...barulah lega sedikit and boleh tido terus sampai ke pagi..(^___^)

Ada ke Hanis salah kira waktu subur...hahaha..bila cerita kat husb dok gelak sama-sama. Kalau ada rezeki, adalah erk... Jangan mengharap sangat. Lagi pun Hanis dah pernah kena dulu masa raya. Lewat datang period 10 hari..Ingatkan pregnant, hari ke 11 dia datang lak... Memang nangis sedu-sedu lah beb! Nasib baik Husb ada dan bagi sokongan moral. Alhamdulillah... Moralnya mungkin Allah nak menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Setiap kejadian ada hikmahnya... Percaya pada Qada' & Qadar Allah... Subhanallah....

Hari ni dah masuk 38hari kitaran haid. Selalu 30@32 hari dah datang dah. Hanis tak nak terburu-buru buat UPT test. Kang kalo tak ada kang kecewa je bulat-bulat cam dulu. Nak kata period tak teratur sangat tu tak adalah pulak. Nak kata fixed sangat pun tak. Masa tarikh yang sepatutnya datang period tu, rasa cam period pain...tapi tak datang period pun. Memang sakit perut&lenguh-lenguh kaki serta pinggang. Hari ni pun sama jadi balik. Tapi yang penting memang dah lewat la dari tarikh jangkaan. Ingat nak lepaskan 40 hari baru pikir ape nak buat seterusnya. Doa tu jangan cakap lah. Tak putus-putus sepanjang masa. Amin Ya Rabbal Alamin....Tak tahu adakan
h benar-benar preg@hayalan semata-mata..hihi...(leh gelak-gelak lak..)

Ada juga search kat google pasal orang-orang yang preggy tapi kena gastrik teruk. Let me share with others about this...




Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati.

“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.
Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.
Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.
“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.




Jadi, bagaimanakah kaedah  merawat pedih ulu hati? Cara-caranya :

1. Antasid.
Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)
Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.
3. Alginates
Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.
Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.


Erm..mungkin keadaan ini adalah normal bagi orang-orang yang mengandung. Namun Hanis tidak mengalami alahan-alahan seperti orang pregnant pun. Contohnya macam payudara membengkak, muntah-muntah, pening...Cuma missed period jelah. Loya dan malas mengada-ngada tu adalah...hehehe (memang tak dinafikan). Ada jugak Hanis search kat google orang-orang yang preggy tapi tak ada alahan langsung pun. Sampai dorang sendiri pun tak perasan yang dorang preggy. Cuma missed period jugalah macam Hanis. Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha pemurah. Untung orang tu sebab Allah beri kesenangan kepadanya...
Kalau rasa-rasa confius better buat ujian UPT untuk mendapatkan kesahihan. Tapi macam takut la.. Tak nak pisang berbuah dua kali... Daaa...


Selasa, 22 November 2011

Sekadar untuk renungan bersama ~ Kisah Si Penjual Tempe~


Assalammualaikum

 
Bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa
lain yang... dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin
Bacalah....moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada
seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.
Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di
pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup.

Tempe yangdijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang
bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba
dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang
soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum
bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.
Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang
masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan
tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana
hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa
Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa
bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,

"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini
menjadi tempe . Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh
hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti
mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu
menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk
menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe .
Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin
doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun
mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe
kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar
jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi
membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia
termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap
begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah
tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia
tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi
dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa
barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah
pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil
berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua
tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi
semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari
rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa.
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau
kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe
ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia
tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan
barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang
tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg
berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan
menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe
yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya
dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih
belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik
nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa
sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana
doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak
adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya
punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya
cumaduduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab
dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli
tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun
semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para
pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe ,
tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu
seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari
ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun
jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir
kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun
dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat
pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali
terakhir,

"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang
wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak
menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah
pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih
belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun
menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab
sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa
di dalam hatinya

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia
membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah
seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih
belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis
kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita
itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di
England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan
tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi
kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe
yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah
menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi
dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun
kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun
dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada
Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih
mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik
untuk diri kita.


Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan
seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan
sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.
Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar
jangkaan kita.


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan


Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita
sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah
seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan
solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan
berpesan ke arah kebaikan.




Sabtu, 19 November 2011

Tahniah Si Bongsu Dengan Keputusan UPSR


Assalammualaikum....


Seperti yang kita semua sedia maklum, semalam result UPSR dah keluar. Act, tak tahu pun result keluar semalam. Tiba-tiba dapat msj dari Iwan...."Along, ko tau tak Iwan dapat berapa?"
Then, terus rasa ekcited nak call Iwan. 1st tu dia tak nak bagi tau. Dia kata kalau nk tau kena balik umah mak. Engkau gile nak balik coz nak tau result UPSR dia je! Then, dia bagi tau jgk....








jeng








jeng









jeng








3A, 1B, 1C


Hahahahah...okay lah tu. Lagi pun Iwan bukan study sangat. Dah memang otak dia cerdik walaupun asyik main game PC&PS2. Mak kata, kalau Iwan tak main game sure boleh dapat 5A@4A.

B.Melayu Pemahaman&Penulisan A, Matematik A, Sains B and the last yang standart C adalah B. Inggeris. Biasalah tu dik..Akak dulu pun B.I dapat C jugak...hehehe...

Anyway congratulation...Abah dah janji nak bg 1A RM100 kan? nasib la...nanti dapat RM300 jangan lupa belanja Akak tau. Miss u dear...L.O.L!









P/s : Tahniah sangat-sangat pada adik-adik yang dapat result gempak (5A's). TPM kata keputusan tahun ini adalah keputusan yang paling terbaik untuk tempoh 4 tahun since 2008. Congratulation!!!!