Assalammualaikum
Pernahkah anda membaca ayat seperti di bawah ini?
"Kadangkala kita memohon pada Allah matahari, tetapi Allah memberi kita hujan. Kita menangis teresak-esak mencari ke mana hilangnya matahari. Tetapi sebaliknya Allah nak beri kita pelangi"
Akuilah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Di dalam kehidupan ini, kita tidak lari dari ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Semakin kuat kita diuji, sebenarnya Allah makin sayang dan dekat dengan kita. Kadangkala kita lupa seketika kepadaNya. Namun, bila kita rasa susah, resah, sedih, dan sakit barulah kita nak ingat pada Allah. Subhanallah Maha suci Allah.
Ada yang diuji sedikit dan ada pula diuji banyak. Namun ingatlah setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. Semakin kuat kita diuji, semakin tinggi iman kita sebenarnya.
Hanis nak ambil iktibar ni untuk diri Hanis juga. Kadangkala kita terlupa betapa agungnya kebesaran Allah s.w.t. Walaupun setiap hari kita bersolat (tak dinafikan ada juga yang tertinggal) tapi adakah kita pasti solat kita itu penuh penerimaannya disisi Allah? Dan adakah kita rasa kusyuk 100%?
Walaupun kita hari-hari membaca al-Quran, tapi pastikah cukup amalan kita di sisi Allah? Dan walaupun kita tidak henti-henti berdoa, tetapi adakah doa kita itu di terima dan di makbulkan Allah?
Namun sebagai manusia kita tidak seharusnya cepat berputus asa, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha melihat.
Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah s.w.t
Pic : Kredit to Google
2 hari cuti yang sakit
Last week 7&8hb Dis, Hanis di beri mc kerana menjalanai rawatan pakar di Selangor Medical Specialist, Shah Alam. Awal-awal pagi dah pergi ke klinik Fadzlyana, Sri Kembangan untuk ambik Reference Latter (GL). Tapi masa doktor tu check dia kata ni tak ada apa-apa. Cuma 'muscle strange' sahaja. Tapi kalau 'muscle strange takkan dah dekat sebulan aku sakit pinngang kot!.
Tak pasal-pasal cakap dan pegang cikit-cikit terus kata tak boleh bagi GL sebab tak tau nak refer pada sape. Sabar ajelah. Tapi tetap nak bagi ubat dan charge sampai RM49. Tak agak-agak la doktor ni nak kaut untung pun. Kata husband : "Hakku pun leh jadi doktor camtu!". Nasib baik guna insurance.
'Harapan pada doktor : Saya nak GL, bukan ubatttttttttttt...............!'
Terus kami gerak ke Klinik Fuziah di banting. Doktor yang ni tanya dah berapa lama sakit dan siap wat urine test lagi. Dia cam suspect batu karang dari urine tu. Tapi Hanis kata buang air ok lak...Tak rasa sakit-sakit. Cuma sakit pinggang sebelah kanan ni cam nak tercabut adalah. Senang jer doktor Fuziah ni nak buatkan GL. Swap ING lagi..tapi kali ni tak ada ubat pun.
"Terima Kasih doktor sebab memahami sayer (^_^)"
Tak sempat nak singgah rumah emak walaupun dekat. Sebab kami kesuntukan masa. Jam dah pukul 12:30pm masa tu.
Terus ke SMC
Sampai terus pegi ke GL's counter. Coz kitaorang guna insurance. Bila ING dah accept dan keluarkan GL, baru boleh ke Specialist Dept.
Tapi hari tu Doktor Specialist Orthopedic ada Operation Treatment pula. Kena balik dulu dan set appoinment esok pula....
**B.E.R.S.A.M.B.U.N.G**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan