Isnin, 31 Disember 2012

Hitam Putih Kamus 2012 Ku


Assalammualaikum


Tinggal beberapa jam lagi dunia akan melabuhkan tirai 2012. Selamat Datang 2013!. Semoga kedatangan tahun baru memberikan sinar yg lebih gemilang dalam hidup kita. Semoga apa yg kita impikan, yg kita harapkan dan apa yg kita rancangkan akan menjadi kenyataan. Semoga Allah memperkenankan doa-doa kita dan merahmati kehidupan kita di masa akan datang.

Dengan bertambahnya angka tahunan, maka bertambahlah usia kita. Diharap dengan pertambahan usia ini akan lebih mematangkan kita dari segala aspek. Menjadikan diri kita lebih kuat dan tabah dalam menghadapi kehidupan dan cabaran yg mendatang. Tinggalkan kenangan yg lalu sebagai pengajaran di masa akan datang. Walaupun kenangan itu pahit untuk ditelan, anggaplah ia harta yg paling terindah dan bernilai dalam hidup kita. Yg baik dijadikan pengajaran dan yg buruk jadikan sempadan. In Sha Allah. 

Terlalu banyak kenangan terpahat di jiwa. Let's review sikit apa yg berlaku sepanjang tahun ini :-

Our first annyversary. "Terima kasih Abang". 

Keguguran :-(  Kadangkala apa yg kita terlalu sayang tak semestinya kita dapat memilikinya. Kerana ada yg lebih menyanyaginya daripada kita. Terima kasih Allah.

Pertama kali admit hospital dan terus kena operation. Dua kali dalam tahun ni kena masuk bilik bedah. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya. 

BBQ di Sungai Congkak dengan team sekerja.

Celebrate my birthday.

Iftaar at Pan Pacific dan Nilai Spring wif my lovely family.

Projeks and shoppings. Alhamdulillah di atas rezeki yg Allah kurniakan sepanjang tahun 2012.

Aidilfitri 1433H

Family trip at Cameron Highlands

Weddings...and the lastly...


Selamat datang 2013!!!


* * *


p/s : Asben mungkin akan berangkat ke tempat jauh selepas ini. Tak tahulah apa yg bakal berlaku nanti. Ye, 'peluang' tak selalunya hadir. Dan kadangkala 'peluang' juga tak selalunya menyebelahi kita. Seandainya ini jalan terbaik buat kami dan masa depan kami, maka kami bermohon agar Allah mempermudahkan segala urusan dan kehidupan kami. InshaAllah. Semoga jalan yg bakal kami lalui dan tempuhi nanti diberkati oleh Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal Alamin...
(kawan-kawan tolong doakan yg terbaik ye)



Jumaat, 28 Disember 2012

Cousin's Wedding Part 1 2 3. Haha...



Assalammualaikum


(Jangan rasa pelik tengok tajuk entry ni. Disebabkan cerita tiga orang sepupu kahwin telah dimuatkan dalam satu entry, maka jadilah Part 1 2 dan 3. Hehehe...)


Minggu lepas selesai sudah kenduri kahwin ketiga-tiga sepupu saya. Ha, tiga pasang sekali kau! Tapi bukan buat serentak. Tahun ni tiga pasang sepupu merangkap adik-adik sedara naik pelamin. Semua muda-muda lagi. Ada yg 24tahun, 23tahun dan 19tahun pun ada. Bestlah kahwin muda. Bila anak dah besar nanti nampak anak dan emak/bapak macam sebaya. Amboi sampai kesitu aku berpikir, dasyat! Hehehe…

Start bulan November lepas sampai ke hujung Disember memang sibuk dengan aktiviti majlis perkahwinan ni. Sampai nak update blog pun tak sempat (alasan!). Bermula dengan majlis sebelah perempuan di rumah Ibu (makcik merangkap ibu susu aku), dua minggu kemudian majlis sebelah perempuan di rumah Maklong, diikuti majlis sebelah lelaki dirumah Maklang dan diakhiri majlis bertandang sebelah pihak lelaki di Simpang Renggam, Johor untuk anak Ibu.

Itupun, dua majlis iaitu majlis bertandang sebelah pihak perempuan untuk anak Maklang, kitorang tak dapat hadir sebab clash dengan majlis pengantin perempuan anak Maklong. Begitu juga sebaliknya majlis bertandang sebelah pihak lelaki untuk anak Maklong pun sama tak dapat pergi sebab clash pula dengan majlis di rumah Maklang. Erm…macam nilah kalau dah sepupu sepapat satu lori, buat pula majlis dalam tahun yg sama. Semua nak kejar hujung tahun dan cuti sekolah. Memang tak dapatlah nak penuhi semua undangan. Apa-apa pun bila dah berkumpul satu keluarga besar memang meriah! Mari ikuti kronologi yg sempat saya simpan.


20 NOVEMBER 2012 - Majlis Perkahwinan Anak Ibu (Sebelah Perempuan)

  • Pengantin perempuan memang suka gelak. Entah apa yg kelakar pun tak tahulah. Agaknya nervous sangat kot masa nak berarak. Nak senyum terus jadi tergelak. Hahaha…
  • Pengantin lelaki pula menunduk je. Ala-ala ustaz. Baru-baru memang malu-malu. Lagipun nak suaikan diri dengan family dan saudara-mara baru. Dapat pula keluarga dan saudara-mara yg havoc dan super kecoh macam kitaorang. Jangan terkejut ye.
  • Pengantin perempuan ni kembar seiras. Yg si adik kahwin dulu. Kakak kan memang selalu mengalahkan dalam segala hal. Pssttt! Baju oren tu kakak kembar dan abg pengantin perempuan. Incik Boboi (panggilan manja untuk pengantin lelaki) jangan tersalah tegur isteri anda ye nanti. Hahahaha…
  • Lastly, me, Adah dan Timah. Selamat Pengantin Baru buat Sharida dan Nazimuddin.


1&2 DISEMBER 2012 – Majlis Perkahwinan Anak Maklong (Sebelah Perempuan)

  • Rumah Maklong ni betul-betul depan rumah kitaorang. So, bila dah buat majlis besar-besaran di rumah Maklong mestilah rumah kitaorang pun kena tempiasnya. Jap jap, ni siapa yg terima menantu ni? Mak bapak saya ke Maklong Paklong saya? Hahaha…
  • Majlis akad nikah telah diadakan pada hari Sabtu sebelah petang di rumah. Bestnye kat rumah. Kenapa time saya kena di masjid? Lebih afdal katanyer…
  • Dengan sekali lafaz, akhirnya pengantin perempuan sah menjadi isteri kepada pengantin lelaki. “Dah jadi bini orang dah ko dik. Sekejap je. Teringat pulak masa muda-muda dulu selalu melepak bawah pokok rambutan bercerita pasal pakwe masing-masing. Hahaha…”
  • Hari ahad pula majlis bersanding. Rombongan pihak lelaki ni datang dari kampung sebelah je.

  • Bila dah khemah pengantin pun pasang depan rumah sendiri, maka jadilah meja makan dipenuhi oleh keluarga dan adik beradik sendiri. Kusyuk betul adik-adik dan bakal ipar mendengar syarahan daripada abang ipar. Propaganjil semua tu! Hahaha…

  • Sementara menunggu pengantin untuk bergambar, mari berposing sakan di hadapan pelamin. Kenapa ada dua orang si pipi tembam dalam gambar ni? Adakah ini salah satu daripada teknik photoshoot yg telah merubah keadaan sebenar? (pura-pura soal sebab nak sedapkan hati)
  • As usually, me n Adah
  • Tiga dara pungutan di hadapan pelamin yg menawan. Auw! Dara ke saya?
  • Setelah menunggu giliran, baru dapat bergambar dengan pengantin yg awesome. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Farhana Ain dan Mohd Razis.

9 DISEMBER 2012 – Majlis Perkahwinan Anak Maklang (Sebelah Lelaki)

  • Pengantin termuda dalam family kitaorang. Pengantin lelaki tu sepupu saya. Baru berusia 21 tahun. Pengantin perempuan pula berusia 19 tahun. Sebaya dan sekelas dengan anak buah pertama dalam family kitaorang, Nadira.
  • Kalau dah namanya pengantin muda, memanglah sempoi. Sempat lagi berpis-pis bagai. Kalau time kita dulu semua nak cover ayu je. Senyum pun taknak nampak gigi. Itulah bezanya perngantin muda dan pengantin tua. Ops! Tua sangat ke aku masa kawen ari tu? Hahaha…
  •  Entah anak siapalah yg saya pegang tu. Boleh pula tiba-tiba anak sedara bagi baby gemoks tu dekat saya. Macam tau-tau je makcik kau ni suka berbaby-baby bagai.. Hahaha…"Baby…nanti kirim salam dekat mama ye. Cakap sorry sebab aunty terkidnap anak dia sekejap tanpa pengetahuan”
  • Lastly, Selamat Pengantin Baru buat Faris Izwan dan Nor Aziera. Semoga Allah merahmati perkahwinan kalian.

23 DISEMBER 2012 – Majlis Bertandang Di Simpang Renggam (Sebelah Lelaki)

  • Enam buah kereta mengiringi pengantin perempuan untuk Majlis Bertandang sebelah pihak lelaki pada hujung minggu tu. Kitaorang bertolak dari Seremban (rumah ibu saya) petang sabtu dan menginap semalam di Homestay yg disediakan. Pagi Ahad tu bersiap-siap untuk mengiringi pengantin ke majlis di rumah keluarga pengantin lelaki.
  • Penganti berarak menaiki kereta kuda yg telah dihias. Ha, kau ingat Farid Kamil dan Diana Danielle je mampu naik. They ols pun boleh tau. Dah macam Putera William dan Puteri Kate Middleton pula. Hahaha…

  • Sebahagian daripada keluarga dan saudara mara yg mengikuti Majlis Bertandang di Simpang Renggam. Terima kasih kepada keluarga dan saudara mara pihak pengantin lelaki yg telah memberikan layanan terbaik buat kami semua.
  • Maa dan Makjang yg kusyuk melihat adengan pengantin suap menyuap kek.
  • Kek coklat dan cheese yg super sedap. Habis sepinggan aku kerjakan. Hahaha…

  • Selesai meraikan majlis perkahwinan di Simpang Renggam kami sekeluarga dan family Makjang   saya terus ke Ayer Hitam. Dah jadi kebiasaan kalau ke Johor mesti kena singgah Ayer Hitam.
  • Dah tak tahu nak beli apa disini. Sebab dah selalu pergi. So, berposing sambil buat mimik muka berbeza seratusduapuluh kali di tempat yg sama. Hahaha…
  • Jalan-jalan dan shopping sampai petang. Kemuadian bergerak pulang ke rumah masing-masing.


* * *


Selesai majlis bertandang di Simpang Renggam, maka berakhirlah sudah majlis perkahwinan sepupu-sepupu saya di tahun 2012 ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah pada adik-adik saudaraku. Semoga perkahwinan korang diberkati dan perjalanan hidup korang dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Ingatlah bahawa perkahwinan itu bukan sesuatu perkara yg mudah, namun jalannya cukup indah. Yakinlah bahawa takdir itu telah tertulis untuk kita dan penuh dengan pelbagai hikmah yg telah Allah sediakan. InshaAllah semoga Allah mempermudahkan segala-galanya. Amin…


"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"

Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.


p/s : Tahniah dan Selamat Pengantin Baru juga buat sepupu asben, Pn. Nurul dan suami. Maaf sebab tak dapat hadir nun jauh di Baling, Kedah sana. Lagipun family mertua tak pergi, tak kan aku pulok nak over-over kan. Kalau tak, nak juga ikut. Sebab seumur hidup tak pernah pergi Kedah…Huhuhu…


Thanks for Reading



Rabu, 26 Disember 2012

Tragedi Akhir Tahun 20122012


Assalammualaikum.


Bagi orang lain mungkin tarikh 20/12/2012 adalah tarikh yg istimewa bagi mereka kerana bertepatan dengan susunan angkanya yg cantik. Tapi tidak bagi saya dan suami. Mungkin tarikh keramat ini akan menjadi titik sejarah hitam buat kami berdua yg akan di kenang sampai bila-bila.

Ye, rumah kami telah dipecah masuk buat pertama kalinya!. Tablet saya, laptop suami, external hardisk kawan suami, broadband suami dan rayband suami semua telah dikebas oleh penyamun yg……...Arrghhhh!!! 
Tak mengapalah, saya tak sedih sangat pun. Cuma terkilan. Sebab tablet tu adalah harta kesayangan dari hasil titik peluh sendiri. Tablet tu terlalu banyak kenangan suka dan duka saya bersama suami. Kenangan keguguran, kenangan di kpj, kenangan kena operation, kenangan dalam pantang. Nak kata bila pegang tablet terbayang semua kenangan-kenangan tu di minda. Kenangan pahit yg terlalu manis dalam hidup ini.

Tapi syukur jugalah masa kejadian tu saya tiada di rumah. Kalau saya balik awal seperti selalu mungkin uols dapat bayangkan macam mana me n the perompak dalam satu rumah. Syukur sangat-sangat. Dalam sedih-sedih tu pun masih mampu ucap syukur  dan think positive sebab Allah lindungi saya dari perkara-perkara yg tak elok. Alhamdulillah…

Actually memang weols tak expect yg rumah boleh kena pecah masuk hari tu. Nak kata bukan hari tu je, becoz sebelum-sebelum ni bukan weols tak pernah tinggalkan rumah berhari-hari, berbulan pun pernah. Tapi tak pernah pula dengar atau alami sendiri keadaan seperti ni di kawasan rumah tu. Baru beberapa hari ni adalah juga terpikir, “Oh, betapa selamatnya kawasan perumahan saya”. Jiran-jiran pun baik-baik. Ada yg surirumah tangga, ada yg tak bekerja dan boleh tolong tengok-tengokkan rumah kita. Tapi, tak boleh selalu bersangka baik pada orang. Orang pun insan biasa yg selalu melakukan kesilapan. Lagi-lagi kalau dah jumpa barang-barang bernilai depan mata. Siapa tak mahu beb!

Hari tu memang saya bizi sattlekan projek di tempat kerja dan terpaksa balik lewat dari selalu. Tiba-tiba dalam pukul 9:00mlm dapat call dari asben. Dia tanya saya di mana. Then saya katalah saya di tempat kerja. Dia pelik sebab tengok lampu rumah dah sedia terpasang dan rumah macam berselerak seperti ada yg tak kena. Dia tanya saya mana laptop, sebab tak ada dekat rumah. Dia syak rumah macam kena pecah masuk sebab keadaan rumah agak kotor dan terdapat kesan tapak safety boot bertanah merah. Bila check barang-barang lain memang confirm sebab tab tak ada dalam bilik tempat selalu saya letak.

Dengan rasa tak sedap hati saya terus balik dan tengok keadaan rumah. Almari baju dan laci barang-barang bersepah macam kena punggah. Entah apa yg dicari pun tak tahulah. Nanti aku letak bom baru tau! Rupa-rupanya dia masuk melalui pintu corridor dapur. Grill di corridor tu dia kepakkan memang ngam-ngam muat saiz badan dia maybe. Bila dah lepas dekat corridor, dia bukak pintu dapur melalui tingkap di sebelah pintu tu. Erm, hebatlah sedangkan rumah saya di tingkat 1 pun dia boleh panjat. Agak-agak perompak ni ada kuasa spiderman kot. Bravo kau perompak!  

Malam tu kakak ipar dan abg ipar datang ke rumah kami untuk tengok keadaan rumah. Weols call family masing-masing. Tiba-tiba dengar suara jiran bising-bising dari tingkat bawah rumah kitaorang kata yg rumah dia kena pecah masuk. Rupa-rupanya rumah jiran kitaorg pun kena time yg sama juga. Anggaran masa dalam pukul 7:30mlm sehingga pukul 8:15mlm. Sebab masa tu abang jiran bawah rumah tu keluar dengan family dia dalam pukul 7:30mlm dan asben pula tiba dirumah tepat jam 8:15mlm. Hebat! Kalau dah namaya perompak, dalam masa 45minit pun sempat buat projek untuk 2 buah rumah.

Lepas berbincang, asben pergi buat report polis dengan abang jiran rumah bawah kitaorang tu. Polis datang pukul 2:00pagi untuk check kawasan rumah dan kesan kena pecah. Diorang syak orang indon yg tinggal di blok tu juga. Tapi saya malas nak tuduh sapa-sapa. Entah ia entah bukan. Biar Allah sahajalah yg membalasnya sebab Dia lebih mengetahui. Mungkin apa yg terjadi ni ada hikmahnya. Hilang satu sebab Allah nak ganti sepuluh. Siapa tahu. Hehehe…thinking positivelah yer.

Sejak kejadian tu memang weols lebih alert bab-bab keselamatan ni. Pintu dapur dan depan kitorang tambah kunci selak. Grill besi di corridor dapur pun weols cadang nak tambah sebab yg sedia ada macam tak kukuh (dalam perancangan dan perbincangan dengan tuan rumah). Memang after ni tak akan tinggallah barang-barang berharga di rumah. Tapi susah jugak, tak kan tiap kali pergi balik kerja nak angkut barang-barang tu semua kan? Hurmmm…uols ada idea tak?


p/s : 
Jangan kata kitaorang cuai. Sebab kalau nak sorok semua barang-barang tu dalam almari berkunci pun confirm lesap sebab dia boleh kopak lock macam rumah jiran di bawah. Nak kata rumah tak berkunci, siap full grill lagi di dapur dan bersolex bagai. Nak kata kalau saya bawak barang-barang tu semua pergi kerja hari tu confirm tak hilang. Nak kata kalau saya balik awal hari tu dan asben tak jadi patah balik beli sup confirm perkara ni tak jadi. So, kesimpulannya perkara dah nak berlaku. Redha ajelah. Kalau tak jadi mungkin sampai bila-bila pun weols tak tahu yg kawasan rumah tu memang selalu kena pecah masuk.

Well, kepada si pencuri, perompak dan penyamun yg masuk rumah kitaorang syabas aku ucapkan sebab berjaya rembat barang-barang kesayangan kitorang. Tapi jangan lupa, di akhirat kelak kau terpaksa bersusah payah cari aku balik sebab nak kena pulangkan semula barang-barang kitaorang yg kau kebas!. Ok bye!


Thanks For Reading.

Rabu, 5 Disember 2012

Yeah! Bulan Cinta Datang Lagi


Assalammualaikum.


Dah masuk hari ke-5 dalam bulan Disember baru dapat update (nampak tak ada sedikit kelewatan di situ? Bulan Disember adalah bulan yg paling banyak kenangan manis tersemat dalam ingatan. 



** Bulan mula-mula kenal Incik Asben (first time asben call. Walaupun kenal melalui telefon je tetap jadi memory terindah-Disember 2002)

** Bulan Disember juga kitorang decide nak lebih serius dalam perhubungan. Dari sekadar kawan biasa-biasa selama 2 tahun mengenal hati budi masing-masing dan setelah puas Incik Asben keluarkan ayat-ayat power dia, barulah terbuka hati nak terima sebagai kekasih. Auwww! (10 Disember 2004)

** Bermula dari tarikh itu, bila tiba hari ke-10 tiap-tiap bulan mesti masing-masing wish dan celebrate walaupun melalui perbualan telefon sahaja memandangkan masing-masing duduk berjauhan. Seorang di Barat dan seorang di Selatan sebab masa tu saya tengah study di JB dan Incik Asben tinggal di Subang. Dengan harapan hubungan yg terjalin akan kekal buat selama-selamanya. Syukur Alhamdulillah, Allah perkenankan doa-doa kami. (kini Incik Asben dah jadi teman hidup saya yg sah -.-) 

** Bulan Disember juga bulan dimana kitaorang mengambil keputusan untuk bertunang. Selepas 5 tahun menjalinkan hubungan secara sirius dan menempuh pelbagai cabaran, onak dan liku di dalam perhubungan. Namun, dialam bertunang, lebih bertambah dugaan yg Allah beri. Tapi, doa ini tak pernah putus-putus berharap agar apa yg dirancang tetap menjadi kenyataan. (12 Disember 2009)

** Tapi, kami tak planning untuk berkahwin dalam bulan Disember sebab yakin bulan Disember mesti ramai yg buat wedding. Taknak clash dengan mana-mana wedding sebab nanti mesti majlis tak meriah. Hahaha. (tamak!) Lagi satu, kebiasaannya hujung-hujung tahun (Oktober till Disember) adalah musim tengkujuh. So, kitaorang decide buat wedding dalam bulan Mac. Maka, dah bertambah lagi satu bulan-bulan cinta kitaorang. Haha..


* * *


Zaman bercinta, jarang dapat berjumpa (berdating) dengan Incik Asben macam pasangan-pasangan lain. Boleh dikatakan dalam setahun adalah 3 atau 4 kali sahaja keluar bersama. Dalam setahun okay! Namun perhubungan jarak jauh inilah yg banyak mengajar kami erti kesabaran, kejujuran dan kesetiaan. Tak pernah sekalipun perhubungan goyah dengan kehadiran orang ke-3. Syukur Alhamdulillah sebab Allah tetapkan hati masing-masing dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Jangan kata hubungan mana yg tak pernah dilanda badai. Malah hampir-hampir goyah pun pernah. Tapi benarlah kata orang, jika dia yg Allah tuliskan untuk menjadi pasangan hidup kita dikala suatu hari nanti, bergaduh, berpisah, berjumpa dengan insan lain macam mana sekalipun dia tetap akan jadi pasangan kita juga. (Kun Faya Kun...)


Tak sengaja tercelebrate di Tutti Frutti pula hari tu. Hehehe -.-


~sekian~


p/s : Terima kasih suami kerana menyediakan syurga yg cukup indah ini tika bersamamu. Awaklah sahabat, awaklah pelindung dan awaklah teman sejati saya. Semoga Allah tetapkan hati, iman dan kasih sayang kita untuk kita berdua selama-lamanyanya. Semoga kasih sayang yg kita bina tetap utuh sehingga ke akhir hayat Amin Ya Rabbal Alamin...



Thanks For Reading
(susah-susah aje -.-)