Jumaat, 28 Disember 2012

Cousin's Wedding Part 1 2 3. Haha...



Assalammualaikum


(Jangan rasa pelik tengok tajuk entry ni. Disebabkan cerita tiga orang sepupu kahwin telah dimuatkan dalam satu entry, maka jadilah Part 1 2 dan 3. Hehehe...)


Minggu lepas selesai sudah kenduri kahwin ketiga-tiga sepupu saya. Ha, tiga pasang sekali kau! Tapi bukan buat serentak. Tahun ni tiga pasang sepupu merangkap adik-adik sedara naik pelamin. Semua muda-muda lagi. Ada yg 24tahun, 23tahun dan 19tahun pun ada. Bestlah kahwin muda. Bila anak dah besar nanti nampak anak dan emak/bapak macam sebaya. Amboi sampai kesitu aku berpikir, dasyat! Hehehe…

Start bulan November lepas sampai ke hujung Disember memang sibuk dengan aktiviti majlis perkahwinan ni. Sampai nak update blog pun tak sempat (alasan!). Bermula dengan majlis sebelah perempuan di rumah Ibu (makcik merangkap ibu susu aku), dua minggu kemudian majlis sebelah perempuan di rumah Maklong, diikuti majlis sebelah lelaki dirumah Maklang dan diakhiri majlis bertandang sebelah pihak lelaki di Simpang Renggam, Johor untuk anak Ibu.

Itupun, dua majlis iaitu majlis bertandang sebelah pihak perempuan untuk anak Maklang, kitorang tak dapat hadir sebab clash dengan majlis pengantin perempuan anak Maklong. Begitu juga sebaliknya majlis bertandang sebelah pihak lelaki untuk anak Maklong pun sama tak dapat pergi sebab clash pula dengan majlis di rumah Maklang. Erm…macam nilah kalau dah sepupu sepapat satu lori, buat pula majlis dalam tahun yg sama. Semua nak kejar hujung tahun dan cuti sekolah. Memang tak dapatlah nak penuhi semua undangan. Apa-apa pun bila dah berkumpul satu keluarga besar memang meriah! Mari ikuti kronologi yg sempat saya simpan.


20 NOVEMBER 2012 - Majlis Perkahwinan Anak Ibu (Sebelah Perempuan)

  • Pengantin perempuan memang suka gelak. Entah apa yg kelakar pun tak tahulah. Agaknya nervous sangat kot masa nak berarak. Nak senyum terus jadi tergelak. Hahaha…
  • Pengantin lelaki pula menunduk je. Ala-ala ustaz. Baru-baru memang malu-malu. Lagipun nak suaikan diri dengan family dan saudara-mara baru. Dapat pula keluarga dan saudara-mara yg havoc dan super kecoh macam kitaorang. Jangan terkejut ye.
  • Pengantin perempuan ni kembar seiras. Yg si adik kahwin dulu. Kakak kan memang selalu mengalahkan dalam segala hal. Pssttt! Baju oren tu kakak kembar dan abg pengantin perempuan. Incik Boboi (panggilan manja untuk pengantin lelaki) jangan tersalah tegur isteri anda ye nanti. Hahahaha…
  • Lastly, me, Adah dan Timah. Selamat Pengantin Baru buat Sharida dan Nazimuddin.


1&2 DISEMBER 2012 – Majlis Perkahwinan Anak Maklong (Sebelah Perempuan)

  • Rumah Maklong ni betul-betul depan rumah kitaorang. So, bila dah buat majlis besar-besaran di rumah Maklong mestilah rumah kitaorang pun kena tempiasnya. Jap jap, ni siapa yg terima menantu ni? Mak bapak saya ke Maklong Paklong saya? Hahaha…
  • Majlis akad nikah telah diadakan pada hari Sabtu sebelah petang di rumah. Bestnye kat rumah. Kenapa time saya kena di masjid? Lebih afdal katanyer…
  • Dengan sekali lafaz, akhirnya pengantin perempuan sah menjadi isteri kepada pengantin lelaki. “Dah jadi bini orang dah ko dik. Sekejap je. Teringat pulak masa muda-muda dulu selalu melepak bawah pokok rambutan bercerita pasal pakwe masing-masing. Hahaha…”
  • Hari ahad pula majlis bersanding. Rombongan pihak lelaki ni datang dari kampung sebelah je.

  • Bila dah khemah pengantin pun pasang depan rumah sendiri, maka jadilah meja makan dipenuhi oleh keluarga dan adik beradik sendiri. Kusyuk betul adik-adik dan bakal ipar mendengar syarahan daripada abang ipar. Propaganjil semua tu! Hahaha…

  • Sementara menunggu pengantin untuk bergambar, mari berposing sakan di hadapan pelamin. Kenapa ada dua orang si pipi tembam dalam gambar ni? Adakah ini salah satu daripada teknik photoshoot yg telah merubah keadaan sebenar? (pura-pura soal sebab nak sedapkan hati)
  • As usually, me n Adah
  • Tiga dara pungutan di hadapan pelamin yg menawan. Auw! Dara ke saya?
  • Setelah menunggu giliran, baru dapat bergambar dengan pengantin yg awesome. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Farhana Ain dan Mohd Razis.

9 DISEMBER 2012 – Majlis Perkahwinan Anak Maklang (Sebelah Lelaki)

  • Pengantin termuda dalam family kitaorang. Pengantin lelaki tu sepupu saya. Baru berusia 21 tahun. Pengantin perempuan pula berusia 19 tahun. Sebaya dan sekelas dengan anak buah pertama dalam family kitaorang, Nadira.
  • Kalau dah namanya pengantin muda, memanglah sempoi. Sempat lagi berpis-pis bagai. Kalau time kita dulu semua nak cover ayu je. Senyum pun taknak nampak gigi. Itulah bezanya perngantin muda dan pengantin tua. Ops! Tua sangat ke aku masa kawen ari tu? Hahaha…
  •  Entah anak siapalah yg saya pegang tu. Boleh pula tiba-tiba anak sedara bagi baby gemoks tu dekat saya. Macam tau-tau je makcik kau ni suka berbaby-baby bagai.. Hahaha…"Baby…nanti kirim salam dekat mama ye. Cakap sorry sebab aunty terkidnap anak dia sekejap tanpa pengetahuan”
  • Lastly, Selamat Pengantin Baru buat Faris Izwan dan Nor Aziera. Semoga Allah merahmati perkahwinan kalian.

23 DISEMBER 2012 – Majlis Bertandang Di Simpang Renggam (Sebelah Lelaki)

  • Enam buah kereta mengiringi pengantin perempuan untuk Majlis Bertandang sebelah pihak lelaki pada hujung minggu tu. Kitaorang bertolak dari Seremban (rumah ibu saya) petang sabtu dan menginap semalam di Homestay yg disediakan. Pagi Ahad tu bersiap-siap untuk mengiringi pengantin ke majlis di rumah keluarga pengantin lelaki.
  • Penganti berarak menaiki kereta kuda yg telah dihias. Ha, kau ingat Farid Kamil dan Diana Danielle je mampu naik. They ols pun boleh tau. Dah macam Putera William dan Puteri Kate Middleton pula. Hahaha…

  • Sebahagian daripada keluarga dan saudara mara yg mengikuti Majlis Bertandang di Simpang Renggam. Terima kasih kepada keluarga dan saudara mara pihak pengantin lelaki yg telah memberikan layanan terbaik buat kami semua.
  • Maa dan Makjang yg kusyuk melihat adengan pengantin suap menyuap kek.
  • Kek coklat dan cheese yg super sedap. Habis sepinggan aku kerjakan. Hahaha…

  • Selesai meraikan majlis perkahwinan di Simpang Renggam kami sekeluarga dan family Makjang   saya terus ke Ayer Hitam. Dah jadi kebiasaan kalau ke Johor mesti kena singgah Ayer Hitam.
  • Dah tak tahu nak beli apa disini. Sebab dah selalu pergi. So, berposing sambil buat mimik muka berbeza seratusduapuluh kali di tempat yg sama. Hahaha…
  • Jalan-jalan dan shopping sampai petang. Kemuadian bergerak pulang ke rumah masing-masing.


* * *


Selesai majlis bertandang di Simpang Renggam, maka berakhirlah sudah majlis perkahwinan sepupu-sepupu saya di tahun 2012 ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah pada adik-adik saudaraku. Semoga perkahwinan korang diberkati dan perjalanan hidup korang dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Ingatlah bahawa perkahwinan itu bukan sesuatu perkara yg mudah, namun jalannya cukup indah. Yakinlah bahawa takdir itu telah tertulis untuk kita dan penuh dengan pelbagai hikmah yg telah Allah sediakan. InshaAllah semoga Allah mempermudahkan segala-galanya. Amin…


"Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"

Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.


p/s : Tahniah dan Selamat Pengantin Baru juga buat sepupu asben, Pn. Nurul dan suami. Maaf sebab tak dapat hadir nun jauh di Baling, Kedah sana. Lagipun family mertua tak pergi, tak kan aku pulok nak over-over kan. Kalau tak, nak juga ikut. Sebab seumur hidup tak pernah pergi Kedah…Huhuhu…


Thanks for Reading



Tiada ulasan:

Catat Ulasan