Jumaat, 31 Ogos 2012

Bila Allah Beri Ujian Seketika


Assalammualaikum dan Salam Jumaat...


Bila Allah beri ujian bertimpa-timpa, bukan bermakna hidup kita dirundum malang. Tapi, anggaplah Allah sayang dan sentiasa mengingati kita. Dia beri ujian sebab kita insan terpilih, sebab Dia tahu kita mampu menghadapinya, sebab juga Dia ingin melihat setinggi mana tahap kesabaran dan keimanan kita terhadapNya-Pesanan untuk diri sendiri dan semua yg disayangi : )

* * *

UJIAN PERTAMA





Bermula Februari hingga Mei 2012, klinik dan hospital adalah peneman setiaku. Kadang-kadang rasa malu bila berjumpa doktor yg sama. “Asyik-asyik muka aku je!”.

Akhirnya ke bilik bedah juga. Syukur kerana Allah beri ujian yg sedikit ni seawal usiaku. Timbul rasa keinsafan yg amat besar buat diri sendiri dan keluarga. Penyakit datang tanpa isyarat. Jika Allah kata “Kun Fa Ya Kun”, maka jadilah ia. Tidak ada satu makhluk pun yg mampu mengelak dariNya.

Full story lihat di sini :


* * *

UJIAN KEDUA





Ini antara entry yg tak sempat saya ceritakan.

Tanggal 16 Mei 2012, adik lelaki pula mengalami kemalangan. Genap 9 hari saya baru mula bekerja setelah MC buat beberapa bulan. Memang Allah tu Maha Mengetahuikan setiap kejadian. Patutlah pada hari tersebut suami beria-ria benar nak hantar saya ke tempat kerja. Rupa-rupanya sungguh besar hikhmah di sebaliknya.

Sejak operation tempoh hari memang saya tumpang adik (Angah) pergi dan balik kerja. Sebab diri tak gagah lagi untuk memandu sendirian. Syukur sekali lagi sebab bukan saya yg berada di tempat duduk belakang kereta tu seperti kebiasaan. Kalau tak mungkin saya pun mengalami kecederaan dan akan dimasukkan ke hospital lagi.

Sedih apabila mengenangkan kereta yg baru berapa bulan dibeli. Tengok raut wajah adik, terkesan juga dalam hati saya. Nak buat macam mana, walaupun bukan salah kita anggaplah apa yg berlaku ini sebagai ujian yg datang dari yg Maha Esa..

* * *

UJIAN KETIGA






Malam puasa ke 18 bersamaan 15 Ogos 2012.

Terkejut semasa dapat sms daripada adik yg mengatakan abah hampir-hampir kemalangan sewaktu hendak menghantar adik lelaki saya (Ammar) ke asrama di KL. Baru 10 minit bertolak dari rumah, tiba-tiba drive sharp kereta perdana abah patah sewaktu dalam perjalanan dan kereta tak dapat dikawal menyebabkan tersasar ke tepi jalan.

Mujur tak melanggar tiang lampu elektrik dan bus stop yg berhampiran kerana jaraknya hanyalah sekaki sahaja bila saya lihat kesan kemalangan keesokkan harinya. Mujur juga waktu dalam perjalanan tu bukan di highway atau di jalanraya yg sesak dgn kenderaan lain. Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat pada Allah sebab tak ada sesiapa yg cedera dan selamat.

Mlm tu juga tiba-tiba saya mengalami muntah-muntah setiap 1 jam akibat keracunan makanan sewaktu berbuka puasa. (Lama tak muntah-muntah weh! Fobia nak makan pucuk ubi lagi )

2 hari saya diberi mc dan rumah mak menjadi tempat kunjungan yg setia. Hehehe…

* * *

UJIAN KEEMPAT



Tiga hari selepas abah kemalangan, emak pula terjatuh di belakang rumah sehingga menyebabkan kakinya di simen.

Petang rabu tu emak call saya dan bagi tahu dia terjatuh. Saya ingatkan tak ada apa-apa yg sirius memandangkan mak kata tak berapa sakit. Bila dah larut petang baru terasa sakit sangat-sangat.

Masa abah balik dari kerja, terus abah bawa mak ke klinik. Dari klinik, transfer ke hospital Banting. Doktor sahkan kaki mak retak kedua-dua belah hasil daripada laporan imbasan x-ray yg dibuat.

Saya dan husband bergegas balik ke rumah Banting. Bila abah call kata kaki mak perlu di simen, weols terus ke hospital untuk support mak. Rasa macam tak percaya akibat jatuh tadi kaki mak sampai kena simen.

Start dari hari tu husband minta saya berulang alik setiap hari dari tempat kerja ke rumah parents je. Yelah, siapa nak uruskan rumah, makan minum mak, abah dan adik-adik. Bayangkan bila kedua-dua belah kaki disimen, semua kerja-kerja tergendala. Mak hanya mampu duduk di atas kerusi roda dengan keadaan kaki yg sakit dan membengkak.

5 hari kemudian, keadaan kaki mak makin teruk dan membengkak. Abah bawa mak ke Beranang untuk berurut. Alhamdulillah, kuasa Allah dan berkat doa semua, mak dah mampu berjalan tanpa kaki yg bersimen lagi.

Menurut pakcik yg urut tu, kaki mak tak retak pun. Cuma sebelah kanan urat bersilang, dan sebelah kiri tisu koyak. Take time sedikit untuk baik. Tapi balik dari berurut terus boleh berjalan.

Benarlah, ujian itu datang seketika. Tapi penuh menginsafkan.

* * *

UJIAN KELIMA


Belumpun sempat kaki mak pulih sepenuhnya, saya mendapat berita yg adik perempuan (Adah) pula mengalami batu karang dan cyst di dalam rahim hasil daripada ujian ultrasound yg dilakukan di tempat kerjanya.

Tersentuh sangat hati bila mendengar dan saya dapat bayangkan betapa peritnya menerima dugaan sebegini.

Isnin, 13 Ogos 2012 Adah jalani endoskopi iaitu memasukkan tiub berkamera dari tekak ke dalam perut untuk melihat sebab dan kenapa dia sering muntah-muntah. Mujur juga ada housemate dia yg sangat perihatin dan setia menunggu sepanjang operation kecil ini dijalankan.

Kami adik beradik dan parents sentiasa contack each other dengan housemate dia tu untuk mengetahui perkembangan Adah. Alhamdulillah, berkat doa semua tak ada apa-apa yg sirius. Cuma dia mengalami gastric yg teruk dan terdapat renggangan sedikit pada lunge tempat simpan makanannya di dalam perut.


Tentang batu karang pula, memang ada. Tapi tak berapa sirius dan doktor kata ada sesetengah pation akan hilang by the time dan kalau sakit baru buat operation. Untuk cyst pula rawatan selanjutnya akan dijalankan selepas Aidilfitri ni. Mungkin dia juga akan mengalami pengalaman pahit di hospital seperti saya tempoh hari. 

Hupefully semuanya berjalan dengan selamat. Amin Ya Rabbal Alamin...


*Bila Allah beri ujian, ucapkanlah Syukur Alhamdulillah...


~ Sekian~

p/s : Selamat Hari keMerdekaan yg ke 55 kepada semua warga Malaysia...

girlemo


Khamis, 30 Ogos 2012

Masa Untuk Menuai Hasil : )


Assalammualaikum...


Sedang asyik beraya sakan. Saya pula bershopping sakan. Shopping memang menyeronokkan. Lebih seronok bila selepas raya. Sebab semua kedai dan shopping complex lengang gila. Kalau sebelum raya nampak kepala orang je. Tak nampak langsung barang-barang yg hendak dibeli. Hehehe...





Yeah! Mission complete!


p/s : Dalam minggu ni memang teruk la kena 'bahan' dengan kawan-kawan sekerja. Kena tahan telinga dan keringkan hati untuk dengar suara-suara sumbang diorang. Bila bertentang mata je mesti terpancul ayat-ayat... "Bossss!!!" la, "Masyukkk..." la, "Es treeee" la, "Henpon baru" laaa...
Hahaha...sabar ajelah.

Tapi kawan-kawan sekerja memang seronok. Semua sporting dan gila-gila. Tu yg buat rasa seronok je nak pergi kerja hari-hari. Yelah enviroment kerja tu pun penting. Kalau harap gaji je banyak, tapi life kerja tak enjoy tak best jugak. Kalau life kerja kita happy, barulah lebih bersemangat nak bekerja. Betul tak?




Mood : Suasana hari raya di tempat kerja lah pulak. Hehehe : )

Photobucket

Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Aidilfitri


Assalammualaikum w.b.t

Hari ni adalah hari terakhir bekerja sebelum cuti beraya. Keadaan ditempat kerja pun dah sunyi sepi. Ramai dikalangan kawan-kawan yg mungkin telah berada di kampung halaman masing-masing. Hamboi! kemain korang yer :-)

Semua orang dah post kad raya digital masing-masing dekat fb, blog mahupun tweeter. Saya pula baru hari ni berkesempatan nak godek-godek pc, photoscape, adobe photoshot dan google. Hihi....
And now, nak releasekan kad raya digital yg saya baru buat tadi. Hehe...hengat korang je haddo!






Dua keping cukuplah yo? Nanti pening pulak uols nak pilih yg mana satu. Bajet :-)


Dikesempatan ni Hanis dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin sekiranya ada perbualan kami yg mengguris hati mana-mana pihak atau ada perbuatan kami yg melampaui batas. Di bulan yg mulia ini sama-samalah kita bermaaf-maafan. Buang yg keruh dan ambil yg jernih.

Semoga kehadiran Syawal yg dirai memberi seribu rahmat dan kegembiraan buat kita semua. Dalam kita berseronok dan bergembira, janganlah kita lupa pada insan-insan yg serba kekurangan diluar sana.

p/s : Tahun ni beraya di rumah keluarga asben di Gombak. Mood, sayu sebab tak pernah beraya di hari raya pertama selain bersama keluarga sendiri. Tapi, tetap rasa happy kerana suami sentiasa ada di sisi dan nervous sebab ini adalah pengalaman pertama beraya bersama keluarga baru saya. Hopefully raya kali ni lebih meriah. Amin...


Thanks 4 Reading


SELAMAT HARI RAYA!!!


Khamis, 16 Ogos 2012

Projek Part 2


Assalammualaikum.








p/s : Minggu terakhir bekerja sebelum cuti raya,
*relax*
Huehue...




Rabu, 15 Ogos 2012

Wordless Wednesday


Hai, assalammualaikum kesayangan semua...



Beg mekap pink. Sebab pink dan saya memang tak dapat dipisahkan. Pink buat saya seriau dan meroyan. 
Bhahaha...


Selasa, 14 Ogos 2012

Projek Part 1



Assalammualaikum…


Sejak 1 Ramadhan, tiba-tiba kerja menjadi semakin banyak. Complaint semakin bertambah. Bila ada kerja ter’pending’ walau sekejappun akan menjadi semakin membukit-bukit. Huh ~_~ penat…

Ramadhan kali ini memang banyak mengajar erti kesabaran. Bukan sekadar kesabaran akibat kelaparan dan kehausan (hihi), tapi kesabaran menahan penat dan lelah menjalankan tanggungjawab yg menggunung. Disebalik kepenatan itu, rupa-rupanya ada hikmah yg tersembunyi iaitu Allah nak beri rezeki berganda…
Syukur Alhamdulillah…
Maka, setiap tanggungjawab yg digalas haruslah dilakukan dengan seikhlas yg mungkin. Lagi-lagi bila terfikir pasal $$$ yg masyukkkkkk-kata kawan-kawan. Hekhek…




Sekarang dah boleh running kerja-kerja luar sendiri. Tak perlu nak harapkan org lain atau ketua yg kaut untung atas angin lagi. Lagipun rugilah. Kita dan budak-budak buat kerja penat-penat, tapi orang lain yg goyang kaki pun kaut imbuhan dan ambil kesempatan ke atas rezeki kita.




Masa mula-mula dulu memang tak tahu apa pun. Tau ini rezeki dan job luar . Means, kalau buat dapat duit. Proses hantar sebut harga, deal dengan client, beli barang, hantar delivery order dan inbois pun suruh orang lain yg buat. Rupa-rupanya tak susah manapun nak running semua ni sendiri. Pernah juga sampai kena tipu, buat-buat kerja tapi tak dapat payment sebab orang tengah tu yg tak bayar. So, belajar dari kesilapan lalu. Kadang-kadang orang yg baik dengan kitapun boleh kabur mata bila nampak duit. Duitlah katakan…




Mula-mula tu belajar dari orang-orang yg mahir. Bila orang-orang mahir tu tinggalkan kita, (means, ada yg berhenti dan sebagainya) jangan anggap rezeki kita terputus hingga di situ sahaja. Gunakan ilmu yg di tinggalkan kepada kita sewaktu sama-sama buat kerja dulu. Buat step by step. Kalau tak tahu kena bertanya dan anggap kita tak tahu. Jangan sombong diri mengatakan kita tahu dan pandai, walhal kita adalah sebaliknya. Bagi saya tak malu mengaku yg kita tak tahu dan banyak bertanya. InshaAllah lama-lama kitapun boleh jadi sehebat orang-orang yg mahir tu. Yg penting hati kena ikhlas dan jujur.




Sekarang dah tak sesusah zaman masa mula-mula buat kerja ni dulu sebab dah ada business-partner yg jujur untuk tumpangkan nama company dia dalam projek-projek saya. Semuanya saya buat sendiri termasuklah jumpa client, tetapkan harga projek, cari barang, sampai buat kerja pun saya sama-sama turun side dan buat dengan theyols. Jangan tak percaya perempuan yg berbaju kurung pun boleh buat kerja-kerja wiring, tarik cabel dan troubleshoot tau. I love it and enjoy it. Tipulah kalau saya kata tak penat. Penat memang penat, tapi rasa berbaloi-baloi. Hehehe.




Atas kepercayaan masing-masing antara saya dan business-partner, cop company pun dia bagi satu copy untuk saya bagi memudahkan urusan penghantaran dokumen kepada client. Bila payment masuk pun tak perlu bersusah payah merunut macam peminta sedekah hari-hari. Cepat je dia bayar balik. Teringat masa guna nama company orang lain dulu, kerja sattle tapi tuan punya company tu punyalah looorat nak bagi balik payment. Padahal duit kita tew!




Alhamdulillah. Bukan nak kata gaji bulanan tu tak cukup. Cukup sangat-sangat. Tapi bila dapat job macam ni rasa bertambah-tambah happy sebab sambil dapat side income, boleh juga tolong kawan-kawan lain untuk buat side income sama-sama. Lagipun side income ni bukan jenis MLM atau pelaburan yg kita tak nampak dari mana hasil duit tu. Kerja ni ibarat macam berniagalah juga. Keluarkan modal untuk beli barang, letak harga, kemudian buat kerja mengikut spek yg dikehendaki dan bila dah sattle semua dapat duit. Totally memang puas hati sebab duit yg datang tu dari hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah...




Sharing is Caring

Bye ^_*

p/s : Senyum lebar muka makcik kat atas sebab kerja dia MENGARAH aje! Hahahaha...


Isnin, 13 Ogos 2012

Iftaar at Pan Pacific Hotel


Assalammualaikum


Iftaar 1433H 
at : Pan Pacific Hotel KLIA
on : 2 August 2012


Syukur ke hadrat Illahi...
Seperti kebiasaan setiap tahun apabila menjelangnya bulan ramadhan, abah akan membawa kami sekeluarga untuk berbuka di luar. Maknanya berbuka di hotel mewah atau resort-resort mewahlah. Yahuuu!!!!


Terbayang daku akan makanan yg hebat-hebat, lazat lagi sedap dengan pemanis mulut yg buat jantung berdegup kencang apabila melihatnya. Nak Walawehhh je ayat aku kan! Hahaha. Padahal weols sekeluarga bukanlah jenis yg kuat makan. Makan pun cukup sekadar memenuhi syarat kriteria perut masing-masing.
Tapi, peluang sebegini tidak harus dilepaskan kerana ianya adalah PERCUMA


Percuma?


Ye...percuma. Sebab ianya ditaja oleh kontraktor yg dapat tander di Syarikat tempat abah bekerja. Syukur, Alhamdulillah...

Awal-awal lagi abah akan remind anak-anak menantu dia untuk pergi berbuka sama-sama diluar. Saya dan adik-adik dah save the date sebab taknak ada apa-apa program lain yg mengganggu iftaar kami nanti. Abah pula dah siap-siap reserve lapan nama kami sekeluarga termasuk asben saya. But, very-very sadly bcoz asben tak dapat join kerana urusan kerja yg tidak dapat dielakkan dan seorang lagi adik lelaki saya yg sedang belajar. Rugilah weyhhh!

Maka, tempat mereka diganti dengan Timah (bakal adik ipar kitaorang muhehehe)



Aktiviti wajib. Bergambar sebelum masuk ke dalam hotel.

Weols sampai di sana dalam pukul 6:45ptg. Ngam-ngam masa untuk mengambil makanan dan berbuka puasa. Tapi ramai juga kawan-kawan abah yg lain telah memenuhi meja dibahagian hadapan. Then, weols pilih tempat yg agak hujung-hujung di belakang sedikit but view kat sini lebih romantiks dan gelap-gelap gitu. Nak makan macam mana keadaan sekalipun tak kisah sebab bukan tempat tumpuan orang ramai atau tempat orang lalu lalang. Hihi...

Perkara pertama adalah mengambil seberapa banyak makanan yg boleh muat masuk ke dalam perut engkau..Hahaha...


Sabar kay...belum azan lagi :)

Our deserts. Yummeh!

For me...

Sementara menunggu waktu berbuka, harus snap beberapa keping gambar dulu... Berikut adalah raut wajah kesayangans saya yg sedang kelaparan. Hihi...


Maa dan Abah
~Kesayanganku~

Sweet couple yg tak perlu diperkenalkan lagi :)

Alolo...dgn si cuwit sangat.


Siblings...

Adik memang elergic dengan camera. Boleh kena resdung katanya. Hahaha...

Tak pernah bergambar dgn abah berdua. Ni kira 1st time laa...Ahaks!

Lepas makan, sambung desert pula. Adik-adik ada yg dua tiga kali round ke tempat mengambil makanan. Buffetlah katakan. Ambiklah seberapa banyak manapun. But, make sure segala apa yg diambil harus dimakan untuk mengelakkan pembaziran. Tapi lastly saya punya kebab jugak yg tertinggal sebab perut memang dah full gile. Ha, tamak lagi!


:p

 Totally makan di sini memang banyak dan sedap-sedap. Itupun banyak lagi sebenarnya yg saya tak sempat nak rasa macam laksa, mee bandung, fresh seefood wif salad, spegeti, shushi dan bermacam-macam lagi. Bukan apa, perut ni dah sarat sangat dah. Lagipun saya bukan jenis yg kuat makan. Rasa rugi pula asben tak dapat join sebab dia adalah penggemar lamb chop. Adik ambil lamb chop pun tak makan sangat. Muhehe...

Kemudian, adalah sesi bergambar bersama ahli keluarga. Teheee...


Uncomplicated. Tak apelah tahun depan kita cukupkan semua ahli keluarga ye.

Muka semua bila sudah kenyang.

Masa tu dah pukul 8:00mlm. Apabila semua dah selesai makan, abah ajak kami semua gerak ke surau untuk menunaikan solat fardhu maghrib. And then terdengar yg mak kata "Nak tengok baby kejap". Pelik jugak, baby mana? Rupanya anak kawan abah yg sama-sama kerja. Last year masa saya masih bertunang, kitorang ada attand wedding kawan abah ni. Ada dengar juga cerita yg wife dia (kawan sekerja abah juga) dah bersalin. Sekali tengok baby dia...



...



...




Aloloooo...montel gilerrr...!!!

Gambar ni saya snap masa abah nak ngkat dia.

Tak tahulah berapa weight baby ni. Yg penting dia baru 4 bulan. Geram and masing-masing semua nak pegang dan cubit-cubit pipi bambam dia tu. Semua siblings teruja nak dukung baby ni. Boleh pulak our family buat havoc kat table parents baby ni dan bergambar-gambar bagai tak hirau orang sekeliling pandang ke happe sampai mengganggu perjalanan waiters kat sini and weols kena sound sekali "Excuse me!". Bhahaha...

Masa seorang waiter ni lalu dengan bawa dulang besar berisi timbunan pinggan-pinggan kotor, rasa sipi-sipi dulang tu melayang tepi kepala saya. Dahlah tengah dukung baby gemoks ni. Sempat mengelak dan cover kepala baby ni dengan tangan. Nasib baik tak kena dia. Kalau tak, I saman u in court! Hahaha...

Soo Sweet bila my maa nak letak dia dalam stroller, dia genggam dan tarik baju maa kuat-kuat tak nak lepas. Ooo...cerdik ye, nak ikut orang berjalan je. Lastly bagi dekat papa dia, baru nak. Erm, rasa nak kidnap je kau budak kecik yg gomoks!

Pas dukung tangan rasa lenguh-lenguh. Hahaha...uols dapat agakkan cam mana montelnye baby ni kalau dah sampai tangan lenguh-lenguh.

Kemudian masing-masing bergerak ke surau dan pulang ke rumah. Bukan terus pulang, maa ajak jalan-jalan lagi terus ke Banting dan Morib. Al-kisahnya ada festival apa ntah kat Morib dipenuhi dengan kaum-kaum India. Dipendekkan cerita weols tak jadi lepak Morib malam tu. Berdesuppp terus abah drive ke Restoran Juvita. Makan lagi??? Ya Allah, manalah nak letak ni. Pekena lagi ABC, laici kang dan sate. Uols boleh bayang tak betapa saratnya perut saya ketika itu??? Bukan sarat sebab hamil ye :)

Apa-apa pun, saya tetap enjoy. Thanks family :)



* * *




p/s : Kadang-kadang Allah beri berbagai-bagai ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadapNya. Ada ujian yg memeritkan dan ada juga ujian yg menggembirakan. Namun, bertabahlah wahai hati apabila menghadapinya...

Will be update soon...


Thanks for Reading
(~_~)