Assalammualaikum
Saya tak kisah kalau ada yg bertanyakan soalan macam ni pada
saya…
“ Dah ada isi ke?” sambil pegang-pegang perut saya.
Atau dengan lebih jelasnya soalan serupa ini…
“Dah mengandung ke?” pegang perut saya lagi. Hehehe
Lazimlah setiap perkahwinan pasti diselangi dengan kehadiran
zuriat. Soalan-soalan cepu emas ni akan sentiasa menyelubungi kehidupan pasangan
suami isteri lagi-lagi apabila usia perkahwinan mencecah ke setahun lebih macam
kami. Tapi, saya tak kisah pun kalau orang lain atau saudara-mara bertanya.
Bagi saya itu biasa dan tak tersentuhpun hati dan perasaan ni…
Tapi…
“Bila nak ada babynyer???”
Tak pun…
“Bila perut nak berisi ni???”
Aduh, kau tanya aku? Aku ke yg jadikan anak? Kau tanyalah
Allah, sebab Dia yg menciptakan sekalian makhlukNya. Dia yg mengatakan jadi,
maka jadilah. Kalau kau selalu mempersoalkan BILA? Means kau sendiri tak redha
dengan ketentuan Illahi, mengalahkan tuan punya badan pulak.
Secara jujurnya, saya tak touching pun bila ada orang-orang
yg tanya soalan-soalan macam ni? Nak tergelak pun ada sebab bagi saya
TATABAHASA KAU TAK BETULLAH! Bhahaha…
Lagi parah lagi bila seumur hidup saya sejak berkahwin ada
seorang makcik ni lebih lazer soalan dia dari soalan-soalan di atas…
Ingat lagi ayat dia…
“Bila nak mengandung? Jangan tunggu lama-lama, nanti dah
tua-tua banyak risiko. Beranak masa muda-muda ni lagi senang. Boleh dapat ramai…”
bercakap dengan nada riak.
Lol…???
‘Tak apa kuatkan hati. Ini semua dugaan Allah nak uji saya.
Lagipun buat apa nak titiskan air mata sebab dia.’
Makcik…(nada sayu)
Kau ingat buat anak semudah buat kuih semprit time-time raya
ke? Jangan sampai aku ulangi ayat di atas. Mungkin pada pasangan yg senang
dapat zuriat, diorang boleh pikir untuk dapatkan anak semudah ABC atau 123.
Remember, tak semua pasangan bertuah macam anda. Malah, ramai juga yg terpaksa
menunggu bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan zuriat. Bukan kita tak usaha
atau taknak. Tapi jawapan secara ikhlasnya belum ada rezeki. Kalau tuan punya
badan pun lebih redha dan menerima setiap qada dan qadar Allah, kenapa orang
lain pulak yg over-over nak bersoal dan mempertikaikannya? Bagi aku orang yg tanya
ni SAKIT MENTAL.
Mohon ampun, saya memang TAK TOUCHING langsung ye makcik…
^_^
* * *
Syukur Alhamdulillah…
Walaupun ada ‘kekurangan’ disitu, tapi saya rasa tak pernah
‘kurang’ walau sedikitpun apa yg saya ada dalam hidup ni. Sejak kahwin rezeki
saya tetap mencurah-curah. Gaji saya tetap naik dan naik. Projek saya tetap tak
putus-putus bahkan makin bertambah-tambah. Saya tak pernah rasa kesempitan
wangpun walau sehari dan kehidupan saya tetap bahagia bersama suami, keluarga
dan kawan-kawan. Saya bersyukur di atas nikmat yg Allah kurniakan ini.
Terima kasih Allah sebab beri kekuatan dan kesabaran hari
demi hari dalam menghadapi dugaan hidup ini. Kalu dulu memang hati saya mudah
tersentuh sehingga mengalirkan air mata bila bercerita soal zuriat. Tapi kini
saya dah anggap semua yg berlaku dan soalan-soalan cepu emas yg menyelubungi
hidup kami sebagai perkara lazim dan permainan sinonim hidup. Makin dilayan
makin merana hidup, maka butakan mata dan hati, pekakkan telinga sahaja. Syukur
Alhamdulillah sebab Allah bantu saya untuk jadi lebih kuat dan tabah… ~_~
p/s : Pada kawan-kawan yg senasib, sentiasa berfikiran
positif ye. Minta pada Allah supaya dikuatkan hati dan perasaan kita bila
menghadapi situasi sebegini. Rezeki tu tetap ada, tapi kita sendiri tak tahu
bila dan bagaimana. Semua tu adalah rahsia yg terkandung dalam umul kitab Allah s.w.t…
Redha dan ikhlas pada setiap perkara yg berlaku…Amin...
memang hanya yg mengalami keadaan tersebut jer yg akan faham.. kita bukan minta utk difahami, tapi cukuplah dengan cuba meletakkan diri mereka kat tmpt kita.. apa perasaan diaorang kalau perkara tu jadi kat diaorang??
BalasPadaminsyaAllah rezeki tu akan sampai.. tapi mmg kena banyak bersabar.. terutamanya nak raya ni.. mesti banyak soalan yg timbul dari orang lain kan..
Hehe...btl tu. Alhamdulillah zana, hanis dpt fmly, fmly mertua dan sedara mara mahupun sblh husb yg memahami..diorg x pernah mengguriskn ht bila bercerita soal anak. tp org luar yg over2 ni bertanya itu ini. peliks.....
BalasPadamTp syukur, skrg hanis x kisah sgt. Rs happy dgn life skrg....
hanya yg sedang alami jea tahu mcm mana kan.tak pe la.biar la apa org nak kata.yg penting kita bhagia dengan hidup kita.
BalasPadamtapi terasa jugak la.lagi2 tgk ramai saudara yg dah ade baby.sedih...
salam kenal dear :)
Hai Nik Ros..salam perkenalan...
PadamBetul, tak semua insan di dunia ni bertuah dikurniakan zuriat cepat. Mula2 memang saya tertekan. Tapi sekarang dah rasa alah bisa tegal biasa kata org. Mungkin ada insan lebih malang dari kita. Syukur sbb Allah sentiasa bantu kuatkan hati saya. Dugaan demi dugaan yg menimpa membuatkan saya lebih kuat.
Alhamdulillah...
senyum je k.hanis...biar dieorg tu nk ckp ap pon..doa sy semoga allah murahkn rezeki k..hanis brlipat kali ganda...usaha,doa dan tawakal lah...insyallah...
BalasPadamThanks dear...InshaAllah..
PadamMungkin belum rezeki akak lagi. Percaya suatu hari Allah akan kabulkan jg doa kami. Amin...