Assalammualaikum dan Salam Jumaat...
Bila Allah beri ujian bertimpa-timpa, bukan bermakna hidup kita dirundum malang. Tapi, anggaplah Allah sayang dan sentiasa mengingati kita. Dia beri ujian sebab kita insan terpilih, sebab Dia tahu kita mampu menghadapinya, sebab juga Dia ingin melihat setinggi mana tahap kesabaran dan keimanan kita terhadapNya-Pesanan untuk diri sendiri dan semua yg disayangi : )
* * *
UJIAN PERTAMA
Bermula Februari hingga Mei 2012, klinik dan hospital adalah
peneman setiaku. Kadang-kadang rasa malu bila berjumpa doktor yg sama.
“Asyik-asyik muka aku je!”.
Akhirnya ke bilik bedah juga. Syukur kerana Allah beri ujian
yg sedikit ni seawal usiaku. Timbul rasa keinsafan yg amat besar buat diri
sendiri dan keluarga. Penyakit datang tanpa isyarat. Jika Allah kata “Kun Fa Ya
Kun”, maka jadilah ia. Tidak ada satu makhluk pun yg mampu mengelak dariNya.
Full story lihat di sini :
* * *
UJIAN KEDUA
Ini antara entry yg tak sempat saya ceritakan.
Tanggal 16 Mei 2012, adik lelaki pula mengalami kemalangan.
Genap 9 hari saya baru mula bekerja setelah MC buat beberapa bulan. Memang Allah
tu Maha Mengetahuikan setiap kejadian. Patutlah pada hari tersebut suami beria-ria
benar nak hantar saya ke tempat kerja. Rupa-rupanya sungguh besar hikhmah di sebaliknya.
Sejak operation tempoh hari memang saya tumpang adik (Angah)
pergi dan balik kerja. Sebab diri tak gagah lagi untuk memandu sendirian. Syukur
sekali lagi sebab bukan saya yg berada di tempat duduk belakang kereta tu
seperti kebiasaan. Kalau tak mungkin saya pun mengalami kecederaan dan akan dimasukkan
ke hospital lagi.
Sedih apabila mengenangkan kereta yg baru berapa bulan dibeli.
Tengok raut wajah adik, terkesan juga dalam hati saya. Nak buat macam mana,
walaupun bukan salah kita anggaplah apa yg berlaku ini sebagai ujian yg datang
dari yg Maha Esa..
Malam puasa ke 18 bersamaan 15 Ogos 2012.
Terkejut semasa dapat sms daripada adik yg mengatakan abah hampir-hampir
kemalangan sewaktu hendak menghantar adik lelaki saya (Ammar) ke asrama di KL. Baru
10 minit bertolak dari rumah, tiba-tiba drive sharp kereta perdana abah patah
sewaktu dalam perjalanan dan kereta tak dapat dikawal menyebabkan tersasar ke
tepi jalan.
Mujur tak melanggar tiang lampu elektrik dan bus stop yg
berhampiran kerana jaraknya hanyalah sekaki sahaja bila saya lihat kesan
kemalangan keesokkan harinya. Mujur juga waktu dalam perjalanan tu bukan di
highway atau di jalanraya yg sesak dgn kenderaan lain. Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat pada Allah sebab tak ada sesiapa yg cedera dan selamat.
Mlm tu juga tiba-tiba saya mengalami muntah-muntah setiap 1
jam akibat keracunan makanan sewaktu berbuka puasa.
(Lama tak muntah-muntah weh! Fobia nak makan pucuk ubi lagi )
2 hari saya diberi mc dan rumah mak menjadi tempat kunjungan
yg setia. Hehehe…
* * *
UJIAN KEEMPAT
Tiga hari selepas abah kemalangan, emak pula terjatuh di
belakang rumah sehingga menyebabkan kakinya di simen.
Petang rabu tu emak call saya dan bagi tahu dia terjatuh. Saya
ingatkan tak ada apa-apa yg sirius memandangkan mak kata tak berapa sakit. Bila
dah larut petang baru terasa sakit sangat-sangat.
Masa abah balik dari kerja, terus abah bawa mak ke klinik.
Dari klinik, transfer ke hospital Banting. Doktor sahkan kaki mak retak
kedua-dua belah hasil daripada laporan imbasan x-ray yg dibuat.
Saya dan husband bergegas balik ke rumah Banting. Bila abah
call kata kaki mak perlu di simen, weols terus ke hospital untuk support mak.
Rasa macam tak percaya akibat jatuh tadi kaki mak sampai kena simen.
Start dari hari tu husband minta saya berulang alik setiap
hari dari tempat kerja ke rumah parents je. Yelah, siapa nak uruskan rumah,
makan minum mak, abah dan adik-adik. Bayangkan bila kedua-dua belah kaki disimen,
semua kerja-kerja tergendala. Mak hanya mampu duduk di atas kerusi roda dengan
keadaan kaki yg sakit dan membengkak.
5 hari kemudian, keadaan kaki mak makin teruk dan
membengkak. Abah bawa mak ke Beranang untuk berurut. Alhamdulillah, kuasa Allah
dan berkat doa semua, mak dah mampu berjalan tanpa kaki yg bersimen lagi.
Menurut pakcik yg urut tu, kaki mak tak retak pun. Cuma
sebelah kanan urat bersilang, dan sebelah kiri tisu koyak. Take time sedikit
untuk baik. Tapi balik dari berurut terus boleh berjalan.
Benarlah, ujian itu datang seketika. Tapi penuh
menginsafkan.
Belumpun sempat kaki mak pulih sepenuhnya, saya mendapat
berita yg adik perempuan (Adah) pula mengalami batu karang dan cyst di dalam
rahim hasil daripada ujian ultrasound yg dilakukan di tempat kerjanya.
Tersentuh sangat hati bila mendengar dan saya dapat
bayangkan betapa peritnya menerima dugaan sebegini.
Isnin, 13 Ogos 2012 Adah jalani endoskopi iaitu memasukkan
tiub berkamera dari tekak ke dalam perut untuk melihat sebab dan kenapa dia
sering muntah-muntah. Mujur juga ada housemate dia yg sangat perihatin dan
setia menunggu sepanjang operation kecil ini dijalankan.
Kami adik beradik dan parents sentiasa contack each other
dengan housemate dia tu untuk mengetahui perkembangan Adah. Alhamdulillah,
berkat doa semua tak ada apa-apa yg sirius. Cuma dia mengalami gastric yg teruk
dan terdapat renggangan sedikit pada lunge tempat simpan makanannya di dalam
perut.
Tentang batu karang pula, memang ada. Tapi tak berapa
sirius dan doktor kata ada sesetengah pation akan hilang by the time dan kalau
sakit baru buat operation. Untuk cyst pula rawatan selanjutnya akan dijalankan selepas Aidilfitri ni. Mungkin dia juga akan mengalami pengalaman pahit di hospital seperti saya tempoh hari.
Hupefully semuanya berjalan dengan selamat. Amin Ya Rabbal Alamin...
~ Sekian~
p/s : Selamat Hari keMerdekaan yg ke 55 kepada semua warga Malaysia...
dugaan demi dugaan.. tapi Allah menduga hamba yang dikasihi-Nya... yakinlah bahawa dugaan itu menjadikan kita lebih dekat pada-Nya.. redha dengan segala ketentuan...
BalasPadamTerima kasih zana....2lh, ms dpt dugaan bertimpa2 rs tertanya2 pd diri sndr apalh salah hanis n fmly..tp disebalik dugaan tu byk keistimewaan yg Allah beri..dugaan tu berlalu dgn baik dan keadaan kembali normal.syukur alhamdulillah...
BalasPadam