Khamis, 3 Mei 2012

Episod Deritaku Part 5 (RAWATAN SUSULAN DAN TEMPOH PEMULIHAN)

Salam...

Saya diberi mc selama 21 hari bermula 3 april sehingga 23 april 2012. 




14 april 2012 : Appoinment doktor untuk buka jahit. Mulanya saya ingatkan buka jahit tu sakit. Rupanya tak. Hehe...ngada-ngada je lebih. Dr. Tan memang berhati-hati, maybe sebab private hospital kot. Kalau hospital gov mesti dah kena rentap-rentap kan? Choooy!

Maybe tak kot and maybe sama je kot. Tapi syukurlah saya dapat surgent yg terbaik merawat penyakit saya ni.

Saya ni mmg banyak bertanya. Masa di wad hari tu setiap kali nurse tukar air dan antibiotik saya pasti akan tanya itu apa dan untuk apa. Setiap kali nurse masukkan ubat ke saluran air di tangan, saya pasti akan tanya itu ubat apa dan untuk apa. Setiap kali nurse ambil bacaan blood preasure dan temperature badan pasti saya akan tanya berapa dan stabil ke. Dan sampai nurse nak masukkan darah ke badan pun saya sempat tanya darah jenis apa tu. Padahal saya dah tau dah jenis B+, tapi saje je nak uji nurse tu nak tau sama tak type darah yg dia masukkan dgn type darah saya. Hehe...

Sebelum saya jumpa doktor pada hari tu pun saya dah siap-siap buat reserch untuk tanya dgn lebih lanjut pada doktor nanti. Melalui kajian di internet yg saya lakukan (ceh!), penyakit yg saya alami ni macam sama dgn wanita-wanita yg menghidapi ovarian cyst atau sista ovari. Bila saya tanya Dr. Tan, dia kata lebih kurang la...

Apa yg saya faham ovarian cyst ni adalah sejenis ketumbuhan di luar rahim seperti di ovari atau tiub falofio. Cyst ni ada yg makin lama makin membesar dan ukuran purata ada yg 3cm, 5cm, 8cm dan sehingga 12cm pun ada. Namun, ada juga yg mengecut apabila doktor dapat mengesan dgn lebih awal dan diberi antibiotik. Dan sekiranya cyst makin membesar dan memudaratkan, pembedahan segera hendaklah dilakukan. Tapi, Alhamdulillah, biasanya cyst tidak merosakkan sistem peranakan kita dimana ovari, tiub falofio dan rahim dapat diselamatkan sekiranya ia masih berfungsi dgn baik.


Ovarian cyst ni terdapat banyak jenis antaranya :

1. Functional Cysts – ‘sista fungsi’ sangat lazim berlaku. Dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal, apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses ovulasi. Ia akan menghilang dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

2. Endometriomas – terbentuk pada wanita yang berhadapan dengan endometriosis, apabila tisu dari lapisan uterus membesar di luar uterus. Tisu ini mungkin terkena ovari dan mula membesar. Sista jenis ini mungkin akan mendatangkan kesakitan ketika hubungan kelamin dan ketika haid.

.3. Sista folikel & korpus luteum – terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Korpus luteum pula jisim tisu berwarna kuning yang terhasil daripada folikel selepas ovulasi.

4. Sista neoplasma – dermoid, mengandungi pelbagai tisu seperti gigi, rambut, serpihan tulang – ovari polisistik, disebabkan timbunan sista-sista kecil yang berganda dan berlakunya ketidakseimbangan hormon.






Simpton sista ovari selalunya sukar dikesan sebagai simpton oleh sesetengah orang. Biasanya ia ditemui secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis. Apabila sista dikesan, imbasan perlu dilakukan untuk mendapatkan imej lebih jelas berserta ukuran, lokasi dan sama ada ia bersifat ‘solid’, dipenuhi cecair atau bercampur.




21 april 2012 : Appoinment doktor untuk blood test. 1st saya ke makmal dulu untuk ambil darah sbb Dr. Tan ada emergency operation dan klinik Dr. Sanker pula teramatlah ramainya orang. Masa timbang berat badan, saya dan mak bahkan nurse pun terkejut sbb berat saya drop gile sampai tinggal 38kg je.

After that, jumpa Dr. Sanker. Dia check perut dan bagi ubat gastrik sbb saya explaint to him yg after makan mesti rasa masam pada tekak.

Lepas tu jumpa Dr. Tan pula. Perkataan pertama yg dia cakap masa saya, mak dan husb masuk ke biliknya adalah "Ini adalah berita baik". Muka doktor tu ceria dan saya yg tak tau apa-apa pun turut ceria sekali. Hasil blood test menunjukkan hb saya dah kembali ke asal iaitu 12.8. Alhamdulillah, tiada perkataan lain yg mampu saya ucapkan melainkan syukur sangat-sangat pada Allah.

Doktor kata saya dah boleh start buat aktiviti biasa secara ringan mulai hari tu. Yg paling penting doktor kata saya dah boleh makan kfc..hehe.. Itu tak mungkinlah. Lagipun saya nak berpantang betul-betul. Badan ni nak pakai lama dik...

Dr. Tan continue mc saya 2 minggu lagi dari 24 april sehingga 7 mei 2012




19 mei 2012 : Appoinment doktor untuk scane perut pula. Alhamdulillah dan harap-harap semua berjalan dgn baik.



Alhamdulillah...Tamat sudah kisah saya. Thanks pada yg sudi membaca. Semoga paparan ini menjadi panduan dan pengajaran pada kalian semua.



Take Care

(^_^)




1 ulasan:

  1. Salam fizah..

    Alhamdulillah ditemukan dengan blog dan catatan fizah walaupun sebenarnya saya cari 'apa maksud scan 2d' je..

    Tahniah juga kepada fizah dan family kerana tabah mengharungi dugaan Allah swt..insyaallah ada hikmahnya di sebalik semua kejadian ni..

    Nasihat saya kepada pembaca, ambil la iktibar dari kisah fizah..amik la insurans, get ourselves protected because we never know apa akan jadi nanti even it is our own body..

    yes, saya ejen Prudential BSN takaful..tetapi apa yang penting kat sini ialah awareness and tak kesahlah uols amik insurans apa skali pun yang penting..kita semua pun nk layanan yang baik, nak sihat cepat..nak hati tenang and tak nak susahkan org2 yang kita sayang kan?

    apa2 pun..all the best for fizah and hubby..sempena tahun baru, hopefully ada sinar baru dalam hidup uols k

    Thanks for sharing
    Zuleika PruBSN Takaful (0132809663)

    BalasPadam