Khamis, 3 Mei 2012

Episod Deritaku Part 3 (URINE BERKUMAN)


Salam...

17 mac 2012 : Hari sabtu mlm tu saya dan family pergi ke klinik di Banting (Klinik Sugeri Kuben) pula.

Selepas buat urine test, doktor tu kata saya hanya mengalami kencing kotor dan tanda-tanda batu karang atau appendits pun tiada. Dia bagi antibiotik dan ubat bersihkan kencing. Dari laporan urine test menunjukkan kandungan urine saya kotor dan berkuman.

Balik rumah terus makan ubat dan minum air barli banyak-banyak. Patutlah bertungku pun tetap tak kurang-kurang, rupanya sebab urine kotor dan berkuman.




19 mac 2012 : Isnin, pada hari tu saya tak kerja. Mlm tu saya, husb dan family pergi semula klinik di banting sbb doktor ada kata selepas 3 hari datang semula utk tgk perubahan. Sekejap baik sekejap sakit semula.

Kali ni jumpa doktor lain pula. Doktor tu just bagi consult dan suruh saya rujuk semula ke Hospital Bersalin Razif kerana saya masih sakit serta bleeding yg non stop sejak dari saya buat dnc disana.

Tapi saya dan mak geleng kepala. Kalau dah servis pun teruk dan buat masalah sampai jadi mcm ni takkan nak datang ke sana lagi kan?

Ermmm...rasanya membazir masa, tenaga dan wang sahaja datang ke klinik tu mlm tu.

Berdesuppp...terus abah drive ke klinik Fuziah di Bukit Changgang pula. Setelah berjumpa doktor, buat urine test, doktor kata mmg urine saya berkuman. Tapi dia suspect saya macam ada batu karang.

Doktor buat GL ke SMC untuk buat pemeriksaan lanjut disana.




20 mac 2012 : Pagi selasa tu saya dan husb ke SMC untuk buat pemeriksaan urologi nak lihat samada saya menghidap batu karang atau tidak.

Pakar Urologi yg sepatutnya saya jumpa hari tu ada operation setiap selasa dan khamis. Jadi transfer ke doktor bahagian perut dan usus (sorrylah saya tak tau apa nama saintifik bagi doktor bahagian ni...), Dr. L. V. Sanker. Best doktor ni sebab very polite dan layan pation dengan baik serta mendengar setiap perkara yg pation cerita dgn teliti. 

For ur information, doktor ni lah yg bertanggungjawab menjaga saya sepanjang di SMC.

Disana, saya jalani x-ray dibahagian perut dan ctu scane. Kemudian ke makmal rawatan untuk buat urine test dan blood test.

Bila result keluar, weols jumpa Dr. Sanker semula. Saya terangkan about bleeding yg keluar bila saya sakit bahagian kanan tu. Doktor kata it is not normal for after dnc. Sepatutnya paling lama only a week for normal bleeding. Melalui laporan imbasan x-ray dan ctu tidak menampakkan apa-apa yg pelik. Batu karang pun tiada n clear.

Tapi melalui result makmal utk urine mmg terdapat kuman. Blood test normal dimana hb saya masa tu 12.7.

Lepas ambil ubat, weols pun pulang ke rumah.

Rawatan susulan pada 6 april 2012.




21 mac 2012 : Hari ni hari yg saya tak akan lupa sampai bila-bila. Hari bermulanya episod penderitaan paling teruk dalam hidup saya. Sehingga saya rasa betul-betul jatuh terduduk seperti tak bernyawa.

Siang tu tiba-tiba selera mkn membuak-buak. Mak buat sambal kelapa yg tak pedas dgn ulam pegaga dan pucuk gajus. Tgh hari saya mkn, ptg pun mkn lagi. Masa mkn mlm belum pun sempat separuh nasi berbaki dalam pinggan, terus sakit perut sgt-sgt. Perut rasa kembung, sakit sampai tak mampu berdiri tegak.

Lepas tu saya muntah kesemua makanan yg saya mkn.

Perut still sakit. Sume ubat yg doktor bagi saya mkn tapi semua muntah balik. 3 kali muntah sampai dah tak keluar apa dah dari tekak ni. Sampai mak terpaksa teman sebelah saya dan tidur-tidur ayam je. Lepas mak bg ubat SNE tu, saya cuba lelapkan mata walaupun sakit perut yg teramat sgt. Seingat saya dalam pukul 3.00pg.

Pukul 5.00pg saya terasa nak buang air besar. Waktu berjalan ke toilet saya jatuh pengsan 3 kali. Badan saya lemah sgt. Mak menangis tgk keadaan saya waktu tu dan ajak saya ke hospital. Namun saya tetap menolak.

Tgh hari tu husb bergegas balik ke Banting. Weols sekeluarga ke Branang tempat mak selalu berurut dan kononnya nak buat rawatan tradisional. Sakitnya perut akibat terhetak-hentak ketika perjalanan hanya Allah shj yg tau.

Sampai disana, Pakcik Mazlan (tukang urut) tu hanya suruh saya mkn SNE dan BEUTSKIN (keluaran SNE juga). Kami sekeluarga terus pulang dan saya berasa hampa jg sbb pakcik tu tak sentuh pun perut saya, mungkin sebab masalah saya yg baru lepas keguguran. Keadaan saya memang teruk masa tu. Jalan berpapah dan hanya boleh mkn utk beberapa sudu je.

Selepas beberapa hari mkn ubat-ubat tu, keadaan saya semakin pulih, namun tak sepenuhnya. Pernah suatu masa saya rasa sakit sangat di bahagian kanan dan bleeding berketul-ketul hitam seperti lintah. Selepas tu rasa kurang sedikit sakit, tapi tetap rasa perit.

Kadang-kadang saya rasa macam dah tak paham dgn badan sendiri. Yelah, kadang-kadang ok, kadang-kadang lemah sangat-sangat. Seperti tak menunjukkan sebarang perubahan langsung. Ubat jgn cakap lah. Dah berlambak yg ditelan.




23 mac 2012 : Saya mengalami bleeding diikuti darah haid seperti biasa setiap bulan. Ingatkan ok juga selepas tu. Masuk 2 minggu period dah habis, namun bleeding ttp non stop. Lepas dari sakit perut, muntah dan pengsan tu saya memang tak mampu nak menguruskan diri sendirian. Jalan terpaksa berpapah. Mandi dan buang air pun mak dan suami yg terpaksa uruskan. Sedih sgt-sgt mengenangkan diri yg tak ubah seperti orang oku. Oleh sbb itu, saya terpaksa ambil unpaid leave dari 21 mac 2012 sehingga 27 mac 2012.

Kemudian menyambung kembali dari 28 mac sehingga 2 april 2012.




1 april 2012 : Weols adik beradik celebrate birthday mak di rumah. Kitaorg buat simple-simple je tapi tetap meriah memandangkan masa tu hari ahad dan semua ada, maka terpaksalah celebrate sehari lebih awal.



"SELAMAT HARI LAHIR MAK"



*bersambung keepisod seterusnya*




3 ulasan:

  1. terkjut sgt ble dgar k.hanis jtuh pengsan..yela k.hanis ksygan sy skit sy pon trut skit jgk...huu..semoga cpt smbuh dri segala pnyakit..aminn

    BalasPadam
  2. Thanks..syukur Alhamdulillah..Allah nak beri sedikit ujian agar kita lebih mengingati Dia. Akak n Abg redha setiap ketentuan. Amin Ya Rabbal Alamin... )

    BalasPadam
  3. salam, bole sye dptkan alamat tempat urut pak cik mazlan di beranang tu. igtnya nk hantar ayah ber-urut. dia susah nk berjalan selepas strok yg lepas. tq.

    BalasPadam