Rabu, 30 Mei 2012

Kad Ku Undang Pengganti Diri


Assalammualaikum


Dengar tajuk je dah syahdu. Tapi ini bukan entry sedih-sedih tu. Ini entry ringkas sebab buat time kerja. Ermm time kerja pun sempat hapdet belog ye Hanis. Curi masa! Tak baik Tau...
Hehehe...

Sambil-sambil teroka gambar di fesbuk (dengan penuh berhati-hati) dan terjumpa ini...

Ini invitation kad masa wedding saya dulu. Tengok tarikh tu betul-betul ye. Nanti ada yg ingat saya nak kahwin lagi pula ^_^





Lepas tu terus berangan-angan (memang kuat berangan la...) sambil baca komen-komen pada gambar di atas...

Ada yg kata saya tak sabar nak kahwin lah (husb saya le tewww), ada yg ucap tahniah dan ada juga cerita-cerita lawak di sebaliknya. Auw, awesome sungguh!

Disebabkan saya ni seorang yg cerewet (mengaku juga), maka masa nak pilih kedai tempah kad sahaja hampir separuh hari. Belum pilih kad. Boleh masuk 7 hari okeh! Hehehe...tipu je.
Jalan-jalan di Jalan Pudu sampai lenguh kaki. Sekarang tak perlu ke sana lagi (bajet nak murah la konon-kononnya). Di Banting pun dah ada kedai tempah kad yg murah-murah.

Dapat pula designer kad yg rasa nak tarik-tarik je rambut dia! Grrrr.... Suruh buat lain, lain jadinya. Dah suruh edit yg salah, yg betul pula makin disalahkan. Sabar ajelah!
Nasib baik boleh edit di tempat kerja sebab ada internet. Kalau yg duduk di rumah kan ke susah...

p/s : Sajer letak calender dekat kad sebab nanti theyols boleh simpan kad tu sampai hujung tahun. Bila masuk tahun 2012 mest korang campak entah kemana kan? kan? Grrrr.... ~_~


Tip untuk uols yg memilih wedding kad-cara Hanis :-
(bajet! asal ada entry pasti ada tips. Hahaha...)


 Pilih kad yg murah dan cantik. Nak murah tapi nampak mahal kenalah rajin. Buat kedai kad tu macam rumah papa anda. Duduk dan pilih lama-lama pun tak apa. Bukan kena bayar pun. Hehehe...


Pilih warna kad sama dengan tema wedding uols. Saje je...tak ada motif penting pun ^_^


 Paksa designer reka kad mengikut citarasa kita. Selagi tak puas hati jangan print atau berhenti meng'edit'. Sebab kita bayar ye. Bukan kad tu free jer.


 Tilik dan tengok betul-betul seperti ejaan nama, susunan ayat, map dan no.telefon mesti betul dan tepat. Komen setiap kesalahan kepada designer kad uols walaupun seinci (edisi teruk nih). Jangan biar je. Kesalahan boleh mengakibatkan kerugian! Motif? Uols nak betulkan sendiri ke nanti kad jemputan yg beribu-ribu tu. Memanglah tak rugi duit. Tapi rugi masa hokkeh.


 Make sure setiap promotion yg pihak kedai kad berikan adalah betul seperti free bunting, banner, discount and anything els. Jangan cakap lain, nanti dapat lain. Awas. Ini taktik penipuan...!


~sEkiaN~

Ini free give saya. Suruh edit ini pun berhari-hari. Kesian designer saya tu. "Nasib kau lah designer dapat customer  yg cerewet macam Datin ni..kui.kui..."

Bye N Take Care
Thanks 4 ReadinG



1 ulasan:

  1. hahhahaha..btl tu...kite pnye pasal lh nk crewet ker,x ker..sbb kite yg byr..kang ad yg x btl kite lak yg rugi...hiiik bia mhal tpi kite puas ati kn kpd yg pmbuat kad sabo je lh ye coz nie kt rezeki korang...hiik customer alwys right...hahah

    BalasPadam