Assalammualaikum…
Pic : Thanks En. Google ^_^ |
Hi peps! Alhamdulillah…sekarang ramai dah artis bertudung.
Ramai yg mendapat hidayah dari Allah s.w.t. Semua nak ke arah kebaikan. Syukur
sangat-sangat. Bukan sahaja golongan artis, rata-rata rakan-rakan saya pun
begitu.
Tapi bukan golongan tak bertudung sahaja kita lihat mendapat
hidayah. Bahkan, golongan bertudung pun sebenarnya perlu mendapat petunjuk dari
Allah s.w.t. Like me. Yup, macam Hanis. Secara jujurnya saya pun nak ke arah yg
lebih baik, baikk dan baikkk tu. If, before this rata-rata kata saya memang
baik (perasaan sungguh!) tapi hakikatnya Allah sahaja yg mampu menilai setinggi
mana kebaikan saya. Rasanya masih jahil-liah lagi dalam segala aspek kot.
Hehehe…
Yes! Saya ni perempuan. Perempuankan kaum yg lemah. Totally
after married memang saya fikir nak berubah sampai 1 tahap hati menjerit-jerit
hendak ke tanah suci Mekkah. Sampai 1 tahap juga nak tutup aurat dan memakai
jubah serba hitam likes orang arab teww. Inshaallah…suatu hari nanti pasti tercapai
jua impian saya. Memanglah saya seorang yg bertudung dan menutup aurat dan orang
lain pikir saya tak perlu ubah apa-apa dah. Semuanya dah cukup perfect. Ops!
Bekalan untuk akhirat saya belum cukuplah. Banyak lagi yg perlu saya lakukan.
Kalau cukupnya bekalan akhirat seseorang 100 000kilo, maybe saya baru 80kilo.
Why 8? Sebab saya suka no. 8. Bhahaha…
Terus terang saya katakan sebelum ni (lagi-lagi before
kahwin) kalau keluar pergi mana-manapun, even keluar rumah seharian suntuk ke
jarang sekali saya bersolat. Kalau tergerak hati adalah. Perasaan tu tak
tahulah malas ke, alasan tak bawa telekung ke, tak sempat ke, tak ada masa ke,
sayang tanggal makeup ke, seluar kotor ke semuanya berlegar-legar di kepala.
Akhirnya pulang dalam keadaan badan yg letih dan lesu. Nak qada’ solat pun
hareeemmm, buat mana yg sempat je. Kot ye manalah saya larat nak qada’ semua
waktu dalam satu masa. Sudah-sudahnya solat je waktu yg ada (sewaktu balik tu)
dan selebihnya sleepyyy…
Dalam hati memang ada perasaan “Menyesalnya aku tinggalkan solat.
Ya allah berdosanya aku”. Tapi tak guna cakap semua tu bertalu-talu kalau saya
sendiri tak gerakkan minda, hati dan tubuh badan ni untuk kerjakan semua
tuntutan Allah tu. Alhamdulillah sejak peristiwa saya jatuh sakit lately n now saya cuba
praktikkan untuk bersolat walaupun berada diluar rumah. Saya sendiri yg selalu
ingatkat Hubby bila keluar… “B, kat mana nak solat nanti?” Syukur, Allah beri
hidayah masa saya sakit tempoh hari. Saya yg mintak sakit tu sebab saya nak
bertaubat dan mintak Allah beri balasan di dunia ni sepanjang saya hidup agar
Dia meringankan dosa-dosa lampau saya bila di akhirat kelak.
Emak sayakan
sakit perut!. We r plan nak support kos perubatan if emak kena jalani rawatan
hospital yg mahal tu. Sebelum tu saya yg mintak Allah beri sedikit penyakit yg
emak tanggung tu kepada saya. Biarlah saya yg sakit sebab saya masih muda. Tenaga mak
ramai yg perlukan. Adik-adik, abah, saya dan satu family saya nak kan mak sihat. Tapi bila
lepas tu saya yg jatuh sakit, saya redha. Thanks a lot Allah sebab sentiasa
dengar permohonan saya. Emak sihat sangat saat jaga saya di KPJ tempoh hari. See?
Dia sentiasa dengar permohonan hambanya ini! Dia tak pernah lupa walaupun
adakalanya permintaan saya yg masih belum dipenuhi.
Kemudian, saya minta pula Allah pulihkan penyakit saya kembali. Saya
minta Allah panjangkan umur saya sebab saya nak berubah kepada yg lebih baik. Walaupun saat itu saya terpikir "Adakah hingga di sini sahaja hayat aku?" tapi saya tak
sanggup nak 'tinggalkan' suami, mak, abah dan adik-adik. Akhirnya kami temui jalan
penyelesaian walaupun jalan itu penuh berliku. Kalau difikirkan mana family nak
cari duit sebanyak 22ribu tu???. Jumlah yg tak masuk akal. Tapi tulah
sebenarnya jumlah untuk kos rawatan emak. Terpaksa saya yg mengambil alih tugasnya.
Sekali lagi Allah tunjukkan bukti kekuasaanya bahawa saya mampu menyediakan
jumlah wang tersebut. Yes saya mampu! Saya dapat jalani rawatan di hospital
swasta yg mahal dan tinggal di bilik VVIP. Ramai yg kata saya memang mewah.
Sekali lagi Allah bantu saya, dapat surgent terbaik, penyakit saya dapat
dirawati dengan baik dan saya pulih dalam keadaan yg sangat baik. Tak ada
sedikit kekurangan dan kecacatanpun yg Allah beri.
Jadi, kenapa harus saya lupakan Dia saat saya senang, saat
saya tiada masalah, saat saya tidak sakit? Sebab Allah tak pernah lupakan
hambanya walau sesaat pun… Korang semua, saya pun sedang berhijrah. Mungkin tak
banyak yg dapat dilihat. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit kan ? And now, kalau
keluar sempat atau tak saya tetap cari surau, masjid atau musolla untuk
mengerjakan solat. Tak lengkap hari-hari saya jika meninggalkannya walau sewaktu pun.
Tanggallah makeup yg cantik-cantik sewaktu mengambil wuduk tu tak mengapa. Sebab hati
saya makin tenang selepas itu…Amin Ya Rabbal Alamin…
p/s : Dear, weekend lepas pergi Muar coz attend wedding
member asben. Saya dapat kawan baru yg baik dan peramah. Dia pun sama seperti
saya yg sedang ‘berhoneymoon’ walaupun telah 2 tahun lebih berumah tangga. Dan
yg paling penting dia juga tidak meninggalkan solatnya walaupun di luar rumah
like as me. Hihi…
Guys, doakan kebahagiaan kami ye. Amin…
Thanks for reading...
alhamdullah syukur kite msih lg bernafas dibuni Allah yg indah ini...btl tu k.hanis...klo kite kua rumah bnyk sgt alasan tok kite x solat..why?? alhmdllah lpas sy sering skit sy sering terpk knp time skit nk igt ALLAH knp time snang x reti brsyukur...sbb tu lh ALLAH akn trik nikmat yg diberi....k.hanis thankz mngigtkn sy tntang kebesaran Allah dan segla nikmat yg dberi kpd kite..
BalasPadamerm btl2..kdg2 Allah beri kita sakit dan kita tertanya2 dan sering menyalahkan kekuasaan Allah. sampai kdg2 kita fikir it's 'tidak adil' untuk kt dapat semua tu. tapi banyak hikmah yg terkandung diatas setiap perkara yg Allah jadikan dan berikan kpd kita.samada baik atau buruk semua ada hikmahnya. Subhanallah, sebab itu kita kena banyak berfikir. jgn fikir kita semua betul kdg2 disebalik kebetulan kita banyak kesalahan yg tersembunyi...
BalasPadamHanya Allah yg Maha Mengetahui...
btl tu k.hanis...ap yg brlaku trllu bnyk hikmahnye...doa sy smoga kite ttp bsyukur ngn nikmat yg ALLAH beri kt kite walaupon nikmat tu kcil..sungguh besar kekuasaan ALLAH TA'ALA...
Padam