Sabtu, 30 Jun 2012

Rahsia Rumah Tangga



Assalammualaikum wahai pembaca semua!


Sesuatu yg saya pelajari sebelum berumah tangga adalah merahsiakan segala perihal buruk, menyembunyikan segala masalah dan aib pasangan kita. Alhamdulillah sehingga saat ini saya mampu melakukannya. Yg cantik, gembira dan indah sahaja selalunya saya kongsikan dengan umum. Tapi bukan 100%. Saya ulang kembali, bukan 100% ye. (sambil tunjuk isyarat jari ^_^) Kenapa?

Sebab kadangkala kita sendiri tak boleh nak tentukan hati dan pandangan org lain terhadap kita. Takut ada yg cemburu, meluat atau menyampah. Ibarat kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut org manakan mampu hendak menutupnya. Dan yg paling penting hal dalaman rumah tangga jgnlah disebarkan pada umum walaupun keluarga kita sendiri. Sebelum berkahwin memang inilah hasrat yg sama-sama kami akurkan agar “tidak mengaibkan sesama sendiri”.




Perjalanan rumah tangga bukanlah selalunya indah seperti di dalam cerita novel. Kalau realitinya macam tu, saya pun nak pegang salah satu watak di dalamnya. Kadang kala kita tekad untuk lakukan yg terbaik, tetapi dugaan akan datang bertimpa-timpa (pasangan yg berkahwin memang Allah akan sentiasa uji dengan bermacam-macam dugaan). Samalah seperti hati yg remuk akan membuatkan fikiran kita bercelaru, tidak seimbang dan mudah melakukan sesuatu diluar kewarasan.

Hendak membawa sesuatu yg kontra dalam hidup kita adalah sesuatu yg sukar. (Mean perbezaan cara hidup sebelum berkahwin). Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung pula jangan berselerak. Begitulah peranan sang isteri. Diawal-awal perkahwinan secara jujurnya saya banyak membuat rujukan tentang tanggungjawab isteri, tanggungjawab suami, peranan suami isteri termasuklah hak suami isteri dari segi kewangan dan sebagainya. Sampai setiap tafsiran yg berkaitan dengan suami isteri di dalam Al-Quran pun saya rujuk. Sebab hati sentiasa meronta-ronta. Hati tak mengerti apakah itu hubungan rumah tangga dan institusi kekeluargaan.




Sebenarnya banyak perkara yg kita tak pernah terfikir dan jangkakan berlaku bila dialam perkahwinan. Sebab itulah saya selalu mengatakan “Alam perkahwinan memang indah, tetapi tidak seindah yg kita impikan” bilamana…


1. Isteri rasa terabai bila suami terlalu sibuk dengan kerja yg tak tentu masa.


2. Isteri rasa kurang perhatian dengan sikap suami yg terbawa-bawa alam bujang sering utamakan rakan-rakan.


3. Rasa alam percintaan lebih indah berbanding alam selepas berkahwin.


4. Rasa keperluan yg suami sediakan tidak sesempurna keluarga berikan semasa sebelum berkahwin.


5. Sering berbalah pendapat dalam menentukan sesuatu lagi-lagi untuk menghadiri aktiviti masing-masing di hujung minggu.


Alhamdulillah saya bersyukur, sepanjang tempoh 1 tahun setengah perjalanan hidup kami berdua banyak yg telah diperbaiki sedikit demi sedikit. Saya dari seorang yg kosong kini mengorak langkah untuk memperbaiki  apa yg selama ini kami kekurangan. Suami memang banyak bagi nasihat dari awal-awal perkahwinan lagi. Saya akur kerana dia adalah ketua keluarga saya sekarang. Dia yg menggantikan tempat abah selama mana sebelum ini adalah tempat saya bernaung. Dia yg menyara makan dan minum saya dan menyediakan tempat yg cukup selesa buat saya berlindung. Saya yakin, Allah dah utuskan dia yg cukup sempurna buat saya.

Dalam menghadapi masalah rumah tangga, kadangkala kita memerlukan medium perantaraan sebagai tempat  meluahkan masalah. Mungkin ada yg lebih selesa meluahkan pada seseorang, pada umum, pada laman-laman social seperti blog, facebook atau tweeter. Tapi pada pendapat saya adakah wajar menulis setiap masalah dan kelemahan rumah tangga kita untuk tatapan ramai? Memang benar itu adalah salah satu cara dan terapi untuk meringankan bebanan yg kita tanggung. Nasihat saya janganlah membuka pekung dan aib sendiri di khalayak umum. Kerana, setiap orang yg mengatahui akan memberi gambaran dari pelbagai perspektif yg berbeza. Ada yg baik dan buruk. Ada yg benar sangka dan salah sangka. Dan ada jua yg akan menjajaja cerita duka kita pada orang lain.

Jika benar kita memerlukan seseorang, carilah orang yg benar-benar boleh dipercayai, yg jujur dan pastikan dia tidak menceritakan masalah kita pada khalayak umum. Manusia yg nampak baik luarannya memang ramai, tetapi yg benar-benar putih dan tulus hatinya boleh dibilang. Berhati-hatilah dalam memilih orang perantaraan.

Ada sesuatu perkara yg ingin saya kongsikan disini dimana saya memang jenis yg suka menulis. Tak kiralah dimana walau apa cara jua. Jika ada sesuatu yg saya tidak puas hati atau marah, saya akan tulis di kertas, buku catatan, diari dan habis semua buku catatan barang dapur kami pun jadi mangsa luahan saya. (Hehehe...)

Suatu hari yg tak diduga saya terjumpa buku, kertas dan setiap catatan-catatan yg saya coretkan telahpun di balas oleh suami. Memang saya tak duga dan dalam coretannya... "Suami tidak pernah menyalahkan saya walaupun kandungan yg saya coret buatnya banyak menyalahkan dia. Suami sentiasa berusaha sekeras mungkin untuk beri apa sahaja kesempurnaan buat saya walaupun dia terpaksa mengorbankan seluruh tenaganya (ooo..baru isteri tahu). Suami sentiasa berdoa untuk saya, kesihatan saya, kebahagiaan saya dan masa depan saya. Suami juga tak pernah menulis kekurangan saya walaupun sebenarnya saya tahu ianya terlalu banyak untuk dia." Ya Allah tak tahu nak kata apa dah. Hanya air mata yg mampu ku berikan. (sama tak macam citer Kasih Emelda?)




Memanglah saya tak mampu luahkan secara berdepan sebab masing-masing akan berbalah nanti. Tapi saya puas hati sebab suami dapat menjawab setiap ketidakpuasan yg saya coretkan. Mungkin juga dia taknak menambah dosa saya lagi, taknak saya jadi kurang ajar dan taknak saya jadi isteri yg derhaka pada suami. (Bagus hubby cara cam ni. Hehehe...)

Untuk pengetahuan, suami memang pantang dengan orang yg membebel. Jadi saya tak boleh gunakan kuasa vektor yg selalu ada pada kaum perempuan itu terhadap suami. Bebelan saya hanyalah pada kertas dan buku. Mungkin suami tak tahan telinga, tapi dia masih tak buta mata dan hati. Dia memang seorang yg terlalu prihatin walaupun dia tak tunjuk. Kadang-kadang apa yg baru saya sebut, semua dah tersedia atas meja. Jujurnya memang itu adalah perkara yg betul-betul buat saya terharu sehingga mengalirkan air mata.

Dear rakan-rakan, semoga paparan saya menjadi panduan terbaik untuk dikongsi bersama. Amin…



zzZZZzz

Thanks foR reaDinG

All picture from Google ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan