Assalammualaikum...
Hari ni, hari pertama berpuasa untuk tahun 2013 dan tahun 1434H. Tahun ni juga tahun ketiga berpuasa sebagai isteri dan merupakan tahun pertama berpuasa bertiga bersama baby dalam perut. Oh! sedar tak sedar dah tiga kali berpuasa bersama suami dan perkara paling penting adalah bengun awal untuk menyediakan juadah bersahur sendiri. Kemudian barulah kejutkan suami untuk bersahur bersama-sama. Hebat! Hehehe...
Sayangnya tahun ni sehari sebelum menjelangnya Ramadhan, suami dah hantar awal-awal bercuti ke rumah mak di kampung. Bukan untuk Ramadhan pertama je. Tapi sepanjang bulan Ramadhan okeh! Sedih...
Pertamanya tak dapat sahur n berbuka bersama-sama suami. Erm...entah apelah yg suami makan n minum time sahur dan berbuka nanti kan? Tapi demi kesihatan anak dan ummi, kitaorang terpaksa akur. Lagipun bukan setiap hari asben boleh balik awal. Terpaksa kerja lebih masa atas tuntutan syarikat. Ok fine fine...
Keduanya, tak tahu kenapa puasa tahun ni rasa macam kurang excited berbanding dgn tahun-tahun sebelum ni. Sebab beberapa hari sebelum menjelangnya Ramadhan, hati ni dah berkira-kira samada boleh puasa ke tak. Kalau ikutkan memang nak puasa full time pregnent. Tapi kena fikir risiko dan faktor kesihatan diri dan bayi. Yelah, tiap-tiap hari dah terbiasa makan 5kali sehari. Tiba-tiba tak masuk makanan langsung. Takut dia terkejut pula. Lastly try juga puasa hari ni. Harap-harap Hanis dan baby kuat dan tak memudharatkan. Tolong doa-doakan yer. Amin...
Tapi ada juga dialog-dialog yg Hanis kena ambil kira dan dengar sebagai nasihat dan panduan. Antaranya :-
-Emak-
" Kalau rasa perut mengeras dan sakit terus buka ok. Kadang-kadang kita boleh tahan, tapi tak tahu anak dalam perut tu cam mana"
-Suami-
" Jangan paksa diri. Kalau tak larat makan tau nanti. Sebab tu wanita mengandung diharuskan berbuka"
Alhamdulillah, harap-harap boleh bertahan setingga waktu berbuka nanti. Di kesempatan ni juga Hanis nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada semua kaum muslimin dan muslimat. Ampun maaf sekiranya ada perbuatan dan kata-kata Hanis yg menyinggung mana-mana perasaan samada secara lisan dan coretan di dalam blog. Sempena bulan kemuliaan ini marilah sama-sama kita melipatgandakan ibadah dan urusan seharian kita dalam mencari ilmu pengetahuan. Semoga amalan kita nanti diterima oleh Allah s.w.t.
Just for sharing :
"Antara kesalahan yg dilakukan di dalam bulan Ramadhan adalah sibuk mengerjakan ibadah sehingga lupa untuk menimba ilmu. Kerana, ibadah tiada nilainya tanpa ilmu pengetahuan. Wallahua'lam"
Sorry pic terbaru asben n wife tak ada lagi. So, guna pic masa kawen dulu yer. Hihi... |
p/s : Dari semalam pujuk baby dalam perut. Borak-borak dan bagitau dia yg Ummi nak puasa esoknya. Slow talk and hopefully dia paham dan boleh berpuasa bersama-sama. "Terima kasih anak kerana memahami. Kuatkan diri ye sayang..."
Terharu :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan