Isnin, 19 November 2012

Cuti-cuti Versiku


Assalammualaikum...


Cuti yg panjang (Isnin-Khamis) hanyalah lepak-lepak di rumah emak sambil melayan karenah si comel dan si manja yg datang pada hari Isnin dan Rabu. Jumaat pula kembali bekerja oleh kerana cuti telah dibekukan. Ada dua hari, pulon dua hari ajelah. Tak boleh habiskan semua cuti tahunan dalam bulan November ni. Bulan depan baru boleh ambil baki cuti yg sehari setengah lagi tu. OLalalala...sejak company baru ni rasa pelik dan ntah apa-apa syarat cuti diorang. Ok, lupakan seketika soal cuti.

Sekarang musim buah-buahankan? Kalau dekat kampung-kampung sebelah kampung I habis rumah diorang dilanda banjir. Rumah mak pun banjir jugak. Banjir dengan buah durian, manggis dan rambutan. Alhamdulillah rezeki tahun ni menjadi. Sampai tak larat nak makan, jamu dan sedekah kat orang je. Puaslah jiran-jiran, saudara mara dan keluarga mertua dapat makan durian. Terus rasa nak buat kempen "Makanlah buah-buahan tempatan" kat rumah tu. Hehehe...image





Walaupun saya cuti, tapi asben tak cuti. Still kena kerja okeh. Rasanya dah tiga bulan start lepas Aidilfitri hari tu memang dia kena kerja Sabtu dan Ahad dan termasuklah hari-hari cuti umum. Pelik. Kerja kilang buat sayap kapal terbang mengalahkah kilang buat kereta. Dalam hati, banyak sangat ke orang nak beli kapal terbang setiap bulan? Hurmm...dah macam robot dah laki aku. image Bangla pun tak seteruk ini. Dia kata bila hujung tahun ni nak kejar targetlah, shipmentlah, management tak betullah dan bermacam-macam lagi. Alolo...tak pahamlah. Tapi isteri cukup memahami masa dan keadaan suami yg terpaksa bekerja macam tu. Itu sudah memadai kenzzz suami sayang? image

Kerja kilang memang semua kena rushing. Sampai rasa tak ada life and live. Bukan macam kerja maintenence building. Datang opis lewat 15-20minit itu dikira normal. Pastu sok sek sok sek dengan member-member sekerja pada waktu breakfast yg tiada penghujungnya. Tunggu complaint daripada client, itupun kalau ada. Kalau tak ada...Zassss ke port masing-masing...Hahaha...
Kadang-kadang boleh keluar kejap, pergi banklah, pergi pejabat poslah, pergi kliniklah, pergi jenguk anaklah (eh eh aku tak ada anak lagi kan?) pastu tetiba boleh pulak ada kat Alamanda, Maiden atau Tutty Fruity. Dah macam biskut chipsmore...





Okeh, lupakan seketika cerita soal kerja yg menyeronokkan itu. Sepanjang cuti Deepavali dan Maal Hijrah, saya dan asben terpaksa berpisah. Asben pergi dan balik kerja dari rumah family dia di Subang dan isteri melepak goyang kaki sambil tunggu duit jatuh dari langit di rumah mak bapak sendiri. Pastu bila time makan dan tidur nak sebut-sebut nama asben. Tiba-tiba jadi rindu-rinduan...caling caling dan mesej mesej. Zzzz

Tak apekan rindu-rinduan pada suami sendiri, sunat dan lebih afdal. Mak selalu kata "Senang hati je orang tak ada suami ni" Hohoho...senang hatilah tak payah masak, kemas rumah dan basuh baju. Keji gila tak alasan aku? Bukan niat nak lari dari tanggungjawab, tapi suami yg suruh balik ke rumah family. Dia kata takut saya bosan duduk rumah sorang-sorang sebab dia kena kerja time cuti. And one more, kalau suami tinggalkan isteri di rumah sorang-sorang risau tentang keselamatan isteri pula. So...bila dah dapat green light dari asben cepat-cepat bungkus kain baju, seluar semua dan pecut 140km/j ke rumah mak. Nampak tak kegilaan aku?. Hahaha...


Ikuti ringkasan hari-hari cuti versiku di bawah ini :-
(Beria sungguh aku buat ringkasan. Ha, kau ingat nota spm je ada ringkasan. Bhahaha)


Isnin (12 Nov 2012)


* Bagun tak berapa awal pagi kerana nak menikmati hari-hari cuti ni dengan sepuas-puasnya. Tapi terpaksa gagahkan jugalah mata ni untuk bertemu Si Jantung Hati. Ops!

* Hai, selamat bertemu kembali si comel. Baby berumur 3 bulan ni memang sesuai di buat main (kau hengat anak patung barbiedoll ke ape?). Kali ketiga berjumpa rasa terus nak hugs je si comel ni. Melayan karenah dia dan bermacam-macam lagi.

* Onomnomnom...buat susu, bagi minum, main-main, tukar diapers dan tidurkan. Pastu kena jadi baby sitter kejap. Kena pakej jaga sekali kakak dia yg dah besar tu. Bagi makan, buat susu, mandikan dan basuhkan berak dia. Eee...yaw!

* Tengah hari dapat parcel dari Aloq Setaq. Yeah happy!!!

* Act hari ni puas dapat jumpa Ahmad Wafiq Adhuan dan Nur Widat Athiyah.






Selasa (13 Nov 2012)


* Hari ni Wafiq dan Widat tak datang rumah. Hari cuti kenzzz. So, tugasan hari ini adalah mengemas bilik yg dah macam sarang tembuan tu. Sapu sampah, vacum habuk, tukar cadar, mop lantai dan kemas kain baju yg bersusun atas katil.

* Perfect! Macam bilik pengantin masa mula-mula kahwin dulu. Yelah...malam ni kan asben nak balik. Ingat aku je kena bercantik-cantik. Bilik pun kena cantik dan menarik jugak. Tetiba.

* Petang, pergi Giant Banting yg baru dibuka tu dengan Adah, Opie(kawan Adah), emak dan Iwan. Saje je melawat tapak kawasan. Hahaha...

* AWAS! Dekat Giant tu banyak peniaga jualan langsung yg jual periuk belanga tarik-tarik kita tu tau. Ini taktik berniaga secara paksa atau penipuan. Beware and becareful jika anda mengalami keadaan seperti ini. Ingat jangan mudah terpedaya! (Sebab bapak aku dah terkena. Hehehe)





Rabu (14 Nov 2012)


* Bangun awal pagi hantar asben pergi kerja dengan berguni-guni buah durian. (Hantar sampai depan rumah je ekekeke) Pengsan bau durian satu kereta sepanjang jalan. Salam, cium tangan hubby dan sob sob sob :'(

* Keadaan hari ni tak banyak beza dengan hari Isnin tu. Dapat main-main dengan Wafiq dan Widat lagi.
Tapi mama dia ambil awallah pula. Oh, Along rindu giler dengan korang!

* Malam tu mak dan abah ajak makan kat luar. Weehoo...dah lama tak berjimba ramai-ramai satu family. Pergi Pantai Morib. Tapi Adah dan Ammar tak ada. Bawak dak Jimah (anak jiran kitaorang hehe)





Khamis (15 Nov 2012)


* Oh, hari ni tak ingat sangatlah buat apa. Banyak tidur dan menternak lemak kot (maknanya makan lah tuuu ^_^) Makan tidur makan tidur pastu pening bikin otak pusing. 


Sekian
So...cerita Cuti Korang?

image


6 ulasan:

  1. bestnye ad kebun kt belakang umah..huhu trliur tgok manggis tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Whiterose pn ada kebun gak. Kebun sawit kan? Huhu...

      Akak ada kebun pun dah bertahun tak pergi belakang tu. Rasa Whiterose lagi byk kali pergi..huhu..(rugi akak tak menikmati kutip buah di kebun sendiri)

      Padam
  2. yer,manggis tu mmg sedap sgt2.....yummm thnx akk tp durian tu yg terseksa batin i tgk hukhuk.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manggis kali ni masam cikit Umi. Mak Abah kata musim hujan. Dorian tu mmg muak dah tgk. Tapi sedap sbb dorian kg yg pior punyer...hehehe..

      Umi boleh la rasa seulas. Jgn kempunan...

      Padam
  3. besnye...byk aktivity awak buat kan...hehe sy kerja..cuti...kerja...cuti..kerja..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...Hai Zuraidah...

      Tak jg. Duduk rumah lama2 pun rasa bosan. Saja ambil cuti straight sbb nak habiskan ms dgn family. Lagipun suami kena kerja. Kalau duduk rumah sendiri sorg2 lagi bosan :)

      Salam kenal dear...

      Padam