Assalammualaikum...
Cop cop cop, ini bukan entry mengata dan mengumpat ye. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhilah hambamu ini dari perbuatan tersebut. Amin Ya Rabbal Alamin...(peringatan untuk diri sendiri dan kepada semua pembaca yg disayangi)
Seperti biasa, setiap hari Jumaat kalau tak ke Alamanda, mesti ke pasar tani. (Aktiviti mingguan wajib untuk para girls okieee. Ahaks!). Dipendekkan cerita petang tadi saya, Kak Aishah, Kak Ros, Kak Fifah, Kak Kas dan Haikal (anak kak kas) pergi ke pasar tani dengan menaiki kereta shayer. Kalau uols tak kenal siapa kakak-kakak tu tak menjadi kesalahan. Anggaplah mereka semua tu opismate saya ok.
Sampai sahaja, weols terus berpecah membawa haluan dan nafsu makan masing-masing ke tempat yg dituju. Rasa hari tu nak makan laksam. Masa beli laksam terserempak pula dengan Kak Aishah. Then, jalan together gether degan dia. Lepas tu, rasa nak beli jagung pula. Berjalan berdua dengan Kak Aishah lagi ke tempat orang menjual jual jagung.
Abaikan perasaan terhadap mata-mata yg memandang. Dah biasa dah. Apa yg theyols semua pandang pun tak tahulah. Yg penting aku tak BOGEL. Rasanya pakai baju, seluar dan tudung macam biasa. Tak tahulah kalau ada cacat celanya kat mata orang lain. Sila abaikan...
Masa tengah order jagung tu tetiba ada one group girls (5 orang kesemuanya) ntah datang dari mana tiba-tiba tegur dari belakang. Rupanya diorang semua kejar saya dari first time berselisih masa berjalan tadi. Ingatkan kenapa, duit atau kunci kereta saya tercicir ke kat tengah jalan tu. U know apa soalan yg theyols semua tanya???
"Kak...nak tanyalah. Baju akak ni cantik. Akak beli dekat mana ye?
Cantik sangat...kitorang semua minat la...
Nampak tadi masa berselisih terus kejar dan nak tanya beli dekat mana..."
Aku dan Kak Aishah Blank!
Astaghfirullahalazimmm...ingatkan kenapa tadi. Kejar saya semata-mata nak tanya soalan tu. Patutlah ada mata-mata yg pandang atas bawah atas bawah. Kalau lelaki memang tak hiraulah sebab lelaki memang suka pandang perempuan. Tapi kalau perempuan pandang-pandang perempuan mesti tak lain tak bukan nak tengok baju, tudung, kasut atau dressup kan? (Itupun kalau gaya kau menarik atau pelik. Kalau biasa-biasa tak adanya nak pandang buntang. Kihkih)
Erm...tak sangka pula pakai baju warna hijau tahi lembu tu pun ada orang minat. Padahal blouse biasa-biasa je kot. Beli pun dekat butik online je. Bukanlah jenama terkenal dan terkemuka. Yelah, yg mahal tak semestinya cantik dan yg murah tak semestinya tak berkualiti. Yg penting selesa. Jenama, tolak ketepi. Amboi...over-over pula aku. Hihi..
Tiba-tiba jadi nervous pula. Mood nak perasan artis dan bajet retis letew. Dalam hati, aku ni ada macam ikon muslimah moden di pasar hari tu ke? Hihihi...
Bila ada orang puji bukanlah bermakna nak meninggi diri. Bak kata pepatah, jadilah resam padi. Makin berisi makin menunduk. Erm, sikitpun tak rasa bangga. Terkejut beruk adalah!
Untuk pembaca blog ni, Hanis sekarang admire shopping dekat satu butik online ni. Baju-baju dekat sini semua cantik, menarik, up to date dan menepati ciri-ciri muslimah. Mari klik sini ye...
Jom cuci-cuci mata.
Dress-Long Sleeve. Cantik dan superb murah! |
Blouse-Long Sleeve. Rasa nak grab semua! |
T shirt-Long Sleeve. Yg tersangatlah cumil! |
Dan baju inilah yg saya pakai sampai kena kejar tu. Boleh dapatkan di Ozukifashion juga. |
Beli sekali 2. Warna purple juga. Teruja kau! |
So...uols rasa saya bagi tau tak dekat girls yg tanya pasal baju saya tu tadi?
Jawapannya...
.
..
...
....
.....
......
.......
........
mestilah TAK!
(Sebab terlupa nama laman web butik online tu. Boleh pulak kan. Harap-harap girls tu gigihlah membaca blog ni kalau nak tau jugak. Kikiki...jahat!)
Bye, Thanks For Reading.
Selamat bershopping!
Picture : Kredit to Ozukifashion.com
Memang cantik baju2 kat ctu,hanis...tp saya dh tergoda dgn handbag warna blue kat ctu..huhuhu...simple n cantik...:)..
BalasPadamHi dear...mmg cantikkan. Murah-murah pula tu. Anyway selamat bershopping.. :-)
Padam