Khamis, 8 November 2012

Pengalaman Menjaga Si Manja


Assalammualaikum...


(Jumaat 19 Okt 2012) Lama dah kisah ni. Baru nak update. Masa tu sajalah gatal-gatal bawa Widat (baby yg mak asuh. Tapi tak baby sangatlah sebab dah 2tahun 7 bulan sekarang) balik ke rumah saya bermalam di Seri kembangan. Tengah hari tu saya balik rumah mak di Banting. Di sebabkan Kak Ros dan Kak Aishah pergi ke Alamanda untuk menonton wayang. Menontong wayang bukanlah favourite aku lagi2 bila tengah-tengah bulan dan cerita yg ditonton adalah cerita omputeh. Muhehe…


Maka saya bercadang untuk ke rumah mak sahaja time lunch tu. Hari Jumaatkan, time rehat mestilah panjang. Yuhuuu…
Awal-awal lagi memang dah set tyme dengan mak suruh ambil widat siap-siap dari rumah parents dia.


Lepas lunch n rehat-rehat kejap dalam pukul 3:00ptg cam tu saya pun bergerak ke tempat kerja semula. Dengan widat sekali. Actually dah tanya banyak kali dah, “Widat nak tidur rumah Along tak?” dia geleng kepala. “Widat nak ikut Along naik car tak?” dia angguk kepala. Siap rahsuah lagi dgn kata “Nanti kita pergi McD okay” dia senyum-senyum kucing.


Mak antara percaya dengan tidak membenarkan juga saya bawa balik Widat petang tu. Masa kat tempat kerja ok lagilah. Sebab bagi dia main tab dan hp. Lagipun ramai kawan-kawan yg melayan dia kt opis tu.


Tepat jam 5.30ptg bawa dia terus balik rumah saya di Seri Kembangan. Dalam kereta dia relax lagi. Ada juga sekali sekala dia kata “ Nak mama…” dan “ Nak alik umah mak…” Argghhh, sudah! Tak lain tak bukan McD dan KFC menjadi mangsa. Padahal tak bawak pun dia pergi. Silap-silap bukan dia nak makan sangat, aku jugak yg kena habiskan. Tak perlu!


Sampai rumah terus mandikan dia. U know, awal-awal lagi dia dah buat hal. Tengok seluar dia basah. Ya Allah, tembus rupanya. Dah tu siap landing cantik lagi kat sofa rumah I. Hahaha…sabar...
 Cepat-cepat angkat dan mandikan dia. Erm, dalam hati maybe macam nilah nanti kalau dah ada nak sendiri. Bukan balik kerja boleh terus terlentang je di sofa seperti selalu (huhu kantoi). Anak yg menjadi keutamaan dahulu.


Start petang tu bagi dia main tab dan hp je sebab nak lekakan dia. Tengok dia happy je. Sampailah asben balik pun dia still okay lagi. Lebih kurang pukul 11 malam, siap-siapkan tempat tidur dia di hall rumah. Selalu weols suami isteri tidur dlm bilik, but that night sebab ada Widat, ajaklah tidur di hall. Lapang sikit. Paham-pahamlah budak kecik, tidur lasak. Silap haribulan tak pasal-pasal jatuh katil pulak anak orang.


Masa ajak tidur adalah masa paling azab dan seksa saya rasakan. Masa tulah dia nak menangis sekuat hati, masa tulah dia nak meraung sambil sebut “Nak mama!!!”  dan “Nak emak!!!” Dan masatu jugalah dia merengek nak itu ini. Dahlah mata aku ni mengantuk sangat-sangat. Huh! Mencabar giler jaga budak kecil yg petah bercakap namun tak paham apa-apa. Bila kita cakap dan tegur sikit terus dia nangis dan berjurai-jurai air mata.


Lastly tidur jugak sambil main-mainkan permainan di tab tu. Kalau dia leka nak main sendiri tak apa. Ni dia suruh kita mainkan dan dia nak tengok je. Rasanya tak fokus langsung apa yg saya main. Tangan berjalan, tapi hati dan otak ni berlegar-legar fikirkan suami dan apa yg bakal terjadi tengah malam nanti.




Malam tu jeng jeng jeng!!!





Huh! Suspen gile. Dia boleh pulak mengigau tengah-tengah malam. Ya Allah, terganggu lenaku seketika. Cepat-cepat peluk dan pujuk dia untuk tidur semula. Risau juga suara dia menangis mengganggu jiran-jiran yg lain. Adalah dalam setengah jam dia terlelap. Ingatkan hilanglah azab saya and we axpect dia boleh tidur lena sampai ke pagi. Pukul 3.00pg dia buat hal lagi. Terjaga, menangis dan terus jerit-jerit kata "Nak Emak!!!"


Bagi dia makan gula-gula. Habis tempat tidur melekit kena plastik gula-gula yg di buang merata-rata. Bagi susu tak nak.


Lastly terpaksa layan bagi main tablet dan handpone. Oh, handphone aku dah mcm PSP dibuatnya. O.M.G Plisssss....


Dari pukul 3.00pg sampai pukul 6.00pg terpaksa layan dia. Dan saya bergilir-gilir degan asben. Widat ni kalau dia nak main sendiri game kat tablet dan hp tu tak apelah. Ni dia suruh kita mainkan, dan dia nak tengok berjam-jam. Kau larat dan ke dan ape keheynye nak main game tengah-tengah malam buta tu. Alamatnya tangan berjalan, tapi kepala kau tersenggut-senggut. It's so satu PENYEKSAAN....hahaha....


Sebenarnya serba salah kat asben sebab culiks anak orang bawak balik rumah sehingga mengganggu privacy dia. Lagipun weekend tu asben memang kena kerja. So, dah terang-teranglah dia penat sangat-sangat. I'm so sorry hubby...tapi nanti kalau dah ada anak pun macam ni jugak kan? Kira practicelah ni. Muhehehe...
Saje je aku nak sedapkan hati dia. Dalam hati takut woo tetiba asben aku marah lak kang. Hahaha...


Pukul 6:00pg baru dia tertidur sambil pegang tablet. Saya expect time tu dah subuh sebab nampak asben tak tidur lagi dan dia terus menunaikan solat subuh. Kesian hubby..kesian...(rasa bersalah sangat)


Pagi tu satu lagi problem. Weols suami isteri bawa dia breakfast di kedai mamak. Sebab kami dah lama tak keluar breakfast berdua. Bila dah bertiga ambillah sekali peluang yg ada walaupun hujung minggu tu hubby kena kerja.


Masa nak masuk ke kedai mamak tu boleh pulak Widat merengek sambil tarik-tarik tangan saya dan kata "Taknak...taknak...nak emak!". Wah, jalan dah cantik dah masuk kedai bertiga. Mesti semua orang ingat suami isteri yg bahagia di samping anak yg comel. Ahaks!. Bila Widat buat perangai, saya rasa mesti ada yg beranggapan aku dan asben culik anak orang. Oh sungguh maluuuu...hahaha...


Takpe, kali ni handphone saya menjadi penyelamat. Breakfast sambil konon-konon memangku anak sendiri yg sangat cerewet. Kemudian si ibu terpaksa mengalah dengan berkongsi roti bersama anak tersayang. Sambil suap ke mulut sendiri dan bergilir-gilir menyuap ke mulut anak. Nampak tak sifat keibuan di situ. Hahaha...


Bapa pula seronok-seronok makan sendirian tanpa menghiraukan keadaan sekeliling sambil membaca surat khabar. Oh, ini normal. Ibu memang lebih prihatin terhadap si comel.


Lepas makan tu weols balik semula ke rumah. Hubby bersiap-siap untuk pergi kerja. Petang tu juga saya hantar Widat balik terus ke rumah parents dia. Dalam hati masing-masing pasti serik nak bawak balik budak kecik lagi bermalam di rumah ni. Hahahaha....


Me, Widat & Adah


p/s : Rasanya aku akan menjadi semakin kurus bila dah ada anak sendiri nanti. Kesimpulannya, ibu tak cukup tidur, tak cukup makan dan tak sempat nak urus diri sendiri. Jangan berwajah seperti hantu kak limah sudah lah ye...Takut hubby aku pulak yg bertukar menjadi zombie.
Bhahaha...tetiba!


Thanks for Reading


4 ulasan:

  1. huahahhaa seksa benor rasenye...mungkin widat x biasa kot bru 1st time kan....nanti lame2 bawak lgi mesti dia ok punye hehe....

    kalau ade anak sendiri ntah mcmane plak yer huhu....

    BalasPadam
  2. haha..kelaka r kak anis nihh... kesudah si widat melalak ... hehe..
    elak abg rizal jadi zombie je nti.. ^^

    BalasPadam
  3. hehe...best sebenarnye pengalamn mnjag ank nie...baek waktu siang or malam.....wlaupon sy blm brkhwen tpi alhamdullah sy da dbg peluang awl tok rase pengalaman tu....syukur.....sy bkrja sbgai pengasuh...dri situ kami diajar care nk amek ati ank2 kecil...percaya atau x teknik yg dbg tu sume x berkesan..hhahaahaha!!bdak2 sbnrnye nak sllu kne pujuk...puji dia..ckp lembut..pendek kata sume kne baek lah..n ad stu suroh yg k.hanis ley gne tok pikat hati bdak kcil...akak bcelah SUROH ALAM NASYROH...alhmdullah tu jgk lh yg sy gnekn untk pikat hati ank2..selain tu bercrita pon sgt mmbntu k.hanis untk amek hati dieorg..cube lah tipss2 sy nie..hiiik

    BalasPadam
  4. mmg agak mencabar kalau dia meragam malam2 kan.. xpe, ntni dah ada anak sendiri mungkin lebih senang nak uruskan.. hehehe

    xmo jadi hantu kak limah.. nnti x sweet!! hehehe..

    BalasPadam