Khamis, 5 Februari 2015

RnF Tanjung Puteri Johor Baharu

 
Assalammualaikum w.b.t
 
Sebelum sel-sel otak yg sedang berkembang pupus dek faktor usia yg semakin menua, mari kita throwback kembali cerita-cerita lama tahun 2014 yg tak sempat berhapdet. Salah satunya, entry kunjungan Hanis dan family ke RnF Tanjung Puteri yg terletak di bandaraya Johor Baharu.
 
Kalau sebelum ni Hanis pernah up cerita tentang Country Garden, Danga Bay kan? Kiranya RnF Tanjung Puteri ni pun adalah salah satu mercu tanda kebanggan rakyat negeri Johor Darul Takzim dan Negara Malaysia amnya.
 
Taraaaa...

 
Ni dia, mesti tak sabarkan nak terjun ke bawah kan?. Hahaha
 
For information, RnF Tanjung Puteri ni asalnya dikenali sebagai Stulang Laut. Kemudian, ia dimajukan oleh syarikat hartanah yg berasal dari Hong Kong iaitu R&F Properties Cove Ltd dan masih mengekalkan nama asalnya iaitu Tanjung Puteri. Ia meliputi kawasan berkeluasan kira-kira 46.6hektar dan menempatkan pembangunan hotel bertaraf lima bintang, menara pejabat kelas A, pusat membeli belah dan pembangunan pangsapuri mewah. Wow weee! teruja kita!
 
 
Baru sampai dekat pintu masuk pun dah rasa macam dekat spa gitew. Haha
 
 First for all, dari tempat pakir kereta ke kawasan dalam RnF Tanjung Puteri ini disediakan perkhidmatan buggy. Tapi baru Hanis popoyo nak keluarkan handphone nak snap gambar, sekaliiiii.....dah sampai daaa....
Ingatkan jauh sangat, rupanya jalan kaki pun boleh. Patutlah nampak ramai diantara guest yg jalan kaki je. Actually perkhidmatan buggy tu saje-saje sebagai salah satu kemudahan yg mencerminkan perkhidmatan terbaik terutamanya bagi pelancong-pelancong luar Negara. Nampaklaa macam ala-ala class oversea gitew! Hehe
 
 
Ok, let's go to the next chapter.
 
 
Di hadapan pintu masuk RnF Tanjung Puteri
 
Untuk projek pembangunan RnF Tanjung Puteri fasa pertama ni meliputi 15 blok pangsapuri mewah dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, balkoni, hub memasak, kolam earobik, kafe, restoran, ruang BBQ, pusat gimnesium, taman berlanskap, jakuzi, pusat perniagaan dan lain-lain lagi kemudahan yg di sediakan.
 
Harga bermula dari RM888,000 untuk sebuah apartment berkeluasan diantara 794sqft/74sqm yg mempunyai 2bilik tidur dan 2 bilik mandi. Harga tuu memang awesome kan?
 
 
 
 
Yang ni pula di bahagian atas RnF Tanjung Puteri ni. Di sediakan banyak kerusi, meja dan sofa sebagai ruang untuk beristirehat dan bersantai-santai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati permandangan di muara selat tebrau.
 
 
Ok, dekat je dah boleh nampak Singapore. Rasa dah dekat sangat.
 
 
 
Yang ni pula di kawasan bawah. Kena turun melalui tangga yg terdapat di tepi salah satu bangunan dekat sini. Banyak disediakan sofa, sefabed dan gazebo untuk para pengunjung bersantai dan berehat sambil menikmati pemandangan laut dan persisiran pasir pantai yg memutih. Bak kata Dr. Vida, "Que putih, barulah PUTIH!" Hahaha...
 
 
Nur Meddina Myzahra!!!
 
Masa weols sampai dekat sini time betul-betul tengah hari. Panas terik semacam. Lagi-lagi bila tepi laut, memang bahang panas tu terasa sangatlah. Sampai nak buka mata pun susah. Kulit Meddina sampai merah macam kena salai uols. Kesian my kinda! Tapi, sebab seronok sangat tengok view di sini sampai lupa dah semua tu. Ala-ala obersi gitew!
 
 
Me n my mom (Datin Halizah) Kikiki...
 
Choiii! tak sabaq nak lari ke gazebo sana nun!
 
Ok, yg ni place paling best dekat sini. Dah macam dekat Bali uols (lupa pulak masa pergi bali DALAM MIMPI hari tu. Hahaha). Disediakan khemah-khemah kecil lengkap dengan gazebo dan pangkin bertilam. Bolehlah dating berdua-duaan atau bersama family dan anak-anak tercinta. Ya Allah cantik sangat alam ciptaan Tuhan kan?
 
 
Merenung masa hadapan bersama-sama sampai boleh tembus ke Singapore nun jauh di sana tu. Hahaha...
 

Dahaga sangat ye nak???
 
Nature view, nature breath, relax and enjoy!
 
Bagi changes pengantin lama dating berdua-duaan okies!
 
"Apa laaa ummi ni, bawak kiter pergi bersantai bawah matahari yg panas terik ni. Ingat ni kat Brazil ker?!"
Ummi : Erkkk :p
 
Ok, dekat kawasa RnF Tanjung Puteri ni terdapat juga tempat 3D Art yg memaparkan lukisan berbentuk tiga dimensi disediakan untuk para pengunjung bergambar sambil berimeginasi sesama sendiri. Nak buat photoshut wedding pun ok jugak. Hahaha.
 
 
My Aaron Ajis a.k.a adik sado Hanis. Aduhhh nak bajet gangster pulak dia posing tepi pantai. Tak sesuaiiii dikkk!
 
Masa ni Meddina baru pandai berjalan. Teruja anak omak!
 
 Selain itu terdapat juga galeri yg menempatkan unit-unit rumah contoh untuk dijual serta sebuah dewan untuk para pelanggan menandatangani kontrak jual beli kondo/apartment berlanskapkan taman ala-ala Jepun yg bakal di bangunkan di kawasan ini. Actually Hanis dan family tak sempat ke sana sebab teruja sangat dengan keindahan outdoor RnF Tanjung Puteri ni.
 
 
Lama la haiiii tak berposing ala-ala anak dara camgini. Thanks paparazzi amikkan gambau itewww. Huhuhi
 
 
 Ok, pengembaraan telah TAMAT. Jom balik.
 Tak puas???
Nah ice lemon tea satu!
Haha...
 
 
 
 
 
Thank you Allah for giving me another day with my family.
Thank you for my husband and kid.
Honostly, I can't imagine my life wihout them.
 
* * *
 
Thanks for reading!
 
Dadaaaaaa
 
 


1 ulasan:

  1. TIME Fibre Home/Biz Broadband .
    Available coverage as listed below :-
    1.R&F Tanjung Puteri Mall Phase 2A
    2. R&F Tanjung Puteri , Block A1,A2,A3,A3a,A5,A6 & A7
    For more info & registration ,
    please wassap0️⃣1️⃣9️⃣7️⃣5️⃣3️⃣5️⃣9️⃣7️⃣2️⃣
    https://api.whatsapp.com/send?phone=+60197535972

    BalasPadam