Rabu, 20 Jun 2012

Try N Error. My First Trial RED VELVET CAKE



Assalammualaikum.


Mesti uols menyirapkan tengok kek ni?
Pic : Tinkiu Abang Google ^_^

Photobucket

Mak kata orang pompuan kena pandai masak. Kalau tak pandai bukan pompuanlah dan buat malu aje pegang status pompuan kan? Tapi saya pasti 100 % semua pompuan-pompuan kat dunia ni pandai masak. Even masak air tu pun dikira masak jugaklah kan? Betul tak? Hehehe…

Dipendekkan cerita, last week ada puspanita dekat tempat kerja. Tau tak puspanita? Alah aktiviti orang-orang pompuan and salah satunya jual-jualan. Pompuan kan suka shopping, sebab tulah adanya aktiviti jualan-jualan di tempat kerja. Tapi bukan selalu pun. Sekali sekala je. Dalam sebulan sekali atau dua kali ( information pada yg tak tahu, yg dah tahu tu jgn menyampuk! He…)

And then, terpikat dengan sorang makcik ni. Ops! Bukan terpikat kat makcik tu, nanti uols ingat saya meroyan ke ape. Terpikat dekat kek yg makcik ni jual. Entah ape ke namanya main tunjuk je. Nah, ambik kau harga dia. Tak kesahlah sebab nak makan punya pasal. Price dia dah sama rank dengan Secret Recepies. Okeh. Terbaik kau makcik…


Do you think RM6.50 is available dengan kek yg hanya sebesar ini?

Lepas membeli alangkah pasrah masa bukak polistrin apabila melihat saiz kek yg terlalu kecil. Waaaaa!!!! Nak nangis tengok kek yg seciput sambil makan laju-laju (tanda protes).

Tapi nasib baik kek kau sedap. Kalau tak memang aku bakar kedai kek makcik tu. Kejams! Ini sedikit pesanan buat Makcik Kek tu…

p/s to Makcik Kek :
 “Makcik…saya rasa tak rugi kalau makcik potong bagi lebih besar sikit kek tu. Makcik still untung berlipat kali ganda tau.” (bajet makcik tu dengarlah rintihan aku ni. Hahaha…)

Jadi, disebabkan kecewa yg teramat sangat (poyo), saya terus korek-korek resepi kat google. Resepi pun main rembat je. Sebab tulah tajuk entry ni try n error. *tetiba*
Dengar bunyi macam kaedah cuba jaya. Dah macam subjek matematik aku amik je masa spm.





Mula-mula beli barang dulu ye adik-adik (bajet kakak sangat sebab pandai buat kek. Haha...). Barang-barang yg diperlukan…

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1 st baking powder)
½ sudu teh garam
15g sebuk koko (2 sudu besar serbuk koko)
113g butter @ ½ cawan butter (guna ½ dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor ( 200g gula biasa)
2 biji telur- gred A
1 sudu kecil asen vanilla
240ml @ 1 cawan buttermilk (jika tiada boleh buat sendiri)
1 cawan susu segar (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sudu makan pewarna merah ( 1 botol kecil serbuk pewarna merah)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

Kemudian kena buat cream cheese frosting pulak. Cream cheese frosting ni bertujuan untuk lepa atas kek atau slice kek bagi pelengkap kek red velvet nilah…

Cara 1
227g cream cheese
227g mascarpone (boleh ganti dgn cream cheese juga)
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ ½ cawan whipping cream
Tambah susu segar sedikit untuk frosting yg agak lembut.

Cara 2
500g cream cheese
400ml @ 2 kotak whipping cream
¼ sudu teh garam
2 sudu makan oren sunquick pekat.

*Yg colour merah tu nak senangkan lagi kerja uols*


Kemudian, mari kita pergi kepada proses membuat kek ini pula (salin tau jangan nengok je).

  1. Buat buttermilk dulu. Satukan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam masa 10-15minit sehingga susu menjadi agak pekat. Boleh juga gantikan jus lemon dengan sukatan yg sama.

  1. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter nipis. Pukul Dalam gula dan juga butter sehingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar sehingga kembang dan gebu.

  1. Dalam cawan buttermilk, satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati sehingga pewarna tidak berketul-ketul. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk sebanyak 3kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

  1. Satukan soda bikarbonat dan cuka di dalam mankuk kecil sehingga berbuih. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kaup balikkan sehingga sebati.

  1. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40minit sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

  1. Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian. Sementara menunggu kek sejuk, sedikan cream cheese frosting. Satukan cream cheese serta bahan-bahan lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak-agak kepekatan yg sesuai untuk disapu pada kek). Sapukan pada kek dan hias mengikut kesukaan uols. Sejukkan di dalam peti ais untuk kenikmatan yg berganda.



Cara seterusnya adalah cara suka-suka nak ubah. Mana yg rasa-rasa tak okay tu kita repairlah sikit-sikit next time. Ingat motor kereta je ke boleh repair-repair? Kek pun boleh tau. Sebab kita yg buat dia. Kalau uols baca ni confirmlah Hanis dah try ye. Bukan ciplak je resepi dan gambar pastu publish dekat belog and kata sedap sedap. Yang ni baru dinamakan sharing is caring.

Okeh, firstly saya rasa memang banyak pahala lah orang yg bagi resepi ni sebab first time juga buat kek resepi dari internet ni yg menjadi walaupun pada awalnya agak was-was. Tehee…Thanks tau kat blog NI.

Second, uols perasan tak dalam list barang ada disenaraikan serbuk koko, tapi dalam cara membuat tak disebut pun suruh masukkan serbuk koko. So, saya main hentam je masukkan serbuk koko tu masa nak masukkan tepung. Jadi, kita ubahlah sedikit resepi tadi eh. Begitu juga dengan asen vanilla. Letak sebelum uols masukkan tepung tadi.

Ketiga, cream cheese frosting kalau ikut sukatan resepi di atas memang  banyak lebih sebenarnya. Macam boleh buat cream cheese frosting untuk lagi 1 kek je. So, apa kata uols buat sukatan semua untuk separuh-separuh je. Contohnya :-

*Saya guna cream cheese frosting cara 2*

250g cream cheese
200ml @ 1 kotak whipping cream
1/8 sudu teh garam @ secubit garam je
1 sudu makan oren sunquick pekat (nak letak lebih sedikit pun tak ape)


Kalau uols nak tau, cream cheese frosting yg ni agak cair (cair sedikit dari kek yg saya beli tempoh hari). So, rasanya kita pekatkan sedikit dengan lebihkan cream cheese dan kurangkan whipping cream. Ikut sukatan uols lah supaya masa lepa atas kek nanti tak lah meleleh-leleh.

Keempat, warna kek tu memang la merah menyala. Jangan terkejut tau. Dah nama pun red velvet. Tapi rasanya tak perlulah letak sampai habis 1 botol kecil tu. Lagi cantik letak separuh je. Maybe nanti kek yg kita buat tu cantik macam Siti Nurhaliza warna kek yg saya beli kat atas kot. Try ajelah.

Kelima, kek yg saya buat ni okay dan gebu. Resepi ni memang terbaik dari ladanglah. Hehehe. Tapi struktur kek cara bake sebenarnya lebih kering sedikit. So next time apa kata kita try cara stim pulak dengan mengukus kek tu. Maybe lagi lembut kot. Dah nama pun try n error!

Kemudian mari kita servey harga barang-barang yg saya beli pulak. Tengok, sharing giler tak saya sampai siap bagi senarai harga barang-barang lagi dengan uols. *tetiba*

Sebenarnya, harga barang nak buat kek ni taklah mahal sangat. Tapi harga barang-barang nak buat cream cheese frosting dia memang boleh tahan.


1. Cream cheese = RM 7.90/mangkuk-Kena guna 3 mangkuk.
2. Whipping cream = RM 7.90/kotak-Kena guna 2 kotak.
3. Tepung kek = RM 5.90/kotak-Guna suku je
4. Serbuk koko = RM 6.50/250g-Guna 2 sudu besar je.
5. Butter = RM5.90/ketul-Guna separuh sahaja.
6. Cuka = RM1.90/botol-Guna 2 sudu makan je.
7. Susu segar = RM 2.90/kotak.
8. Telur = RM0.60/2biji.
9. Gula kastor = RM2.30/kg-Guna separuh lebih.
10. Asen vanilla = RM 1.90/botol-Guna 1 sudu kecil sahaja.
11. Soda bikarbonat = RM 2.00-Guna 1 sudu kecil sahaja


Totally barang-barang di atas uols boleh buat 2 atau 3 kali lagi kek red velvet ni. Rasanya berpatutan jugalah kan dengan harga dia?


Apa yg saya nak katakan, rasa seronok dapat share apa-apa yg baik dengan kawan-kawan semua. Nak bagi rasa tak dapatlah pula. Tapi saya siap bawa ke office tempat kerja lagi. Alhamdulillah, diorang semua puji sedap konon. Mula-mula tu cuak jugak. Entah apalah yg diorang kritik ni nanti. Silap-silap mau sakit perut lak anak orang. Beria-ria jugalah siap ada member yg kata TERBAIKKK…
 Photobucket
Thanks korang. Memang lebih bersemangat lagilah lepas ni nak pukul orang kek. Sumber inspirasi ni!


Paling best husb call dan cakap nanti lepas ni boleh kumpul duit untuk pergi honeymoon beli oven. Wah! Happy sesangat…Thanks for our supports!


Selamat mencuba. Try, jangan tak try tau! Thanks for reading n I proud to sharing with others.


Thanks 4 ReadinG

5 ulasan:

  1. wah!!bestnye....trase nkk sgt mkn kek tu...ble k.hanis nk bg sy rase nie..hiik next time klo nk mkn oder kt k.hanis..tahniah k.hanis coz brjaya bt kek tu..

    BalasPadam
  2. dah bt hari tu..xteringat nk bg w.rosse cikit..akk pun x mkn sgt.bwk g tempat keja..dorg kt sedap n terbaik..malu lh...rs cm biasa je..nt nk try n error lg lh...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hiiik xp..but next time nk ye..(xmaloo tol mntk kt org)hiik...tgok kek tu trase sgt2 nk mkn..hiiik maklomlh sy nie bab mkn ok je..hahahha..if diorg kte sdap tu mknenye mmg sdap sgt lah tu..hehe tahniah ye kak hanis..<3

      Padam
  3. Jujurnye awak..saye pon nk try buat la ..terase ade lambaian suruh saye cube..haha..tbaik la.senyum pg2 bce krgn awak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..thanks awak..try tau..mn tau boleh jual pasni..hihi..
      Slmt mencubaaa... :)

      Padam