Ahad, 10 Jun 2012

Tips Wedding Cara Hanis


Assalammualaikum.


Hi guys, hari ni tetiba lak mood nak give n share beberapa tips perkahwinan berdasarkan pengalaman saya dulu. Kata orang sharing is caring. I would like to share our weddings moment dengan uols semua n mana tau tips-tips ni sedikit sebanyak boleh membantu korang semua yg ketandusan idea di saat-saat hari bahagia korang nanti.

Remember! Nak plan for wedding ni bukanlah perkara yg mudah yg hanya memerlukan sehari dua punya plan. Bahkan ianya melibatkan masa yg panjang sedangkan nak tempah catering, butik pengantin, pelamin, khemah dan lain-lain memerlukan masa yg lebih awal dari tarikh majlis.

Kita juga memerlukan tenaga dan pendapat ahli keluarga serta perbincangan yg rapi mengenai kesesuaian bajet dengan majlis tersebut agar setiap yg dirancang berjalan dengan baik dan sempurna.

Yg penting biarlah bersederhana dalam segala aspek tetapi tetap meriah. Tak perlulah berhabis beratus ribu ringgit, tetapi majlis tidak seindah yg diimpikan. Bagi saya, biarlah setiap tetamu yg hadir berpuas hati dan gembira apabila hadir meraikan majlis raja sehari kita itu nanti.

Berikut adalah beberapa tips yg selalu kita tidak perasan atau terlepas pandang dalam sesuatu majlis perkahwinan itu berlangsung.


1. Pemilihan baju wedding yg kontras dan lebih menonjol.


Rancang tema dan pakaian
perkahwinan uols agar tidak lari dari warna asal tema tetapi lebih kontras dan menonjol. Kalau masa wedding Hanis dulu, Hanis pilih tema pink+purple. Background di pelamin pula ada fabrik tergantung warna pink dan purple yg lembut serta background damask berwarna kelabu lembut. Yg menaikkan seri pelamin tu adalah bunga-bunga arch yg berwarna merah hati, pink dan cream.

Untuk baju wedding pula, Hanis still menggunakan tema yg sama tetapi kali ini lebih kontras sedikit iaitu warna merah hati. Begitu juga pakaian dari sebelah family, weols memilih warna yg lebih muda dari baju wedding kami iaitu pink. Bila bergambar di pelamin, kedua-dua pengantin akan nampak lebih fiuturistik dan tak lah tenggelam…





2. Pilih makanan yg sedap-sedap khas untuk tetamu.


Make sure makanan atau menu yg uols pilih adalah sedap dan memenuhi selera tetamu yg hadir. Biarpun catering yg tak glamour, even ‘katering kampung’ pun asalkan sedap makanan yg dihidangkan apa salahnya kan?

Uols boleh minimumkan sedikit bajet untuk khemah atau hiasan-hiasan meja makan yg tidak berapa penting untuk makanan yg sedap-sedap ni. Barulah tetamu yg datang nanti  berpuas hati lantas berkata… “ Tak pernah saya makan makanan sesedap ini sepanjang pergi ke majlis kahwin”. Tak ke yawww tu!




Tiga picture makanan je sudah. Nanti banjir lak blog saya ni dgn air liur. Hahaha
Pic : Kredit to google


3. Simpan kesemua resit, bil, amount atau apa sahaja yg melibatkan perkahwinan anda dalam 1 envelop. 

Sesetengah individu bila dah beli barang terus je campak resit atau bil tu ke dalam tong sampah. Bagi Hanis, resit-resit ni penting disimpan even uols beli barang yg berharga seringgit pun kena simpan tau!

Kenapa?

· 1st, mestilah sebab kalau korang tersalah beli barang ke, kan senang refund balik barang tersebut kalau ada resit.

· Kedua, selalunya resit ni membuktikan yg korang dah bayar sesuatu amount pada butik, catering atau khemah. Senang nak rujuk semula bila tarikh bayaran dan berapa lagi balance bayaran yg belum korang buat. Kan ke senang ada resit asli ni.

· Ketiga, bila uols kumpul semua resit-resit beli barang, contohnya bagi mereka yg mengubah hantaran sendiri senang nanti nak total wang yg korang belanjakan untuk keseluruhan hantaran. 




4. Bayar secara ansuran sedikit demi sedikit daripada masa awal lagi.

Apabila sudah buat perancangan dengan teliti, uols bolehlah buat pembayaran ansuran sedikit demi sedikit. Taklah korang terasa sangat nak keluarkan sejumlah wang yg banyak daripada nak bayar sekali serentak nanti.

Lagipun kita tidak digalakkan untuk membayar keseluruhan amaunt yg ditetapkan untuk mengelakkan sebarang penipuan.



5. Rajin-rajinkanlah tangan untuk membuat research.

Seperti yg Hanis katakana, perancangan majlis perkahwinan bukanlah perkara yg mudah. Jadi, rajin-rajinkanlah tangan untuk membuat research mengenai butik-butik perkahwinan, catering, khemah, dj atau p.a system, goody give dan sebagainya.
Salah satu laman web perkahwinan yg memuatkan segala keperluan perkahwinan dari a to z ialah : KAHWINMALL.COM

Selain itu, terdapat juga laman-laman sosial sekarang banyak mempromosi pakej-pakej perkahwinan mengikut tema dan trend semamsa. Better uols buka laman-laman web ini setiap hari bagi mendapatkan idea dan inspirasi mengenai majlis perkahwinan uols agar ianya tidak ketinggalan zaman. 







6. Buat checklist keseluruhan berdasarkan keperluan uols di dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Berikut adalah contoh checklist yg telah Hanis buat semasa wedding Hanis dahulu :

· Checklist ni uols boleh update dari masa ke semasa sekiranya ada sebarang perubahan, pembayaran atau penjelasan. Catatkan sekali disitu untuk memudahkan uols membuat rujukan.

· Sertakan item, nama tempat/syarikat, harga, unit, jumlah harga, masa/tarikh bayaran serta tarikh deposit.

· Kalau ada diantara item yg ditaja/disponser oleh ahli keluarga atau rakan-rakan, catatkan sekali disitu untuk memudahkan uols membuat rujukan.

Sebenarnya checklist ni adalah salah satu cara yg sangat baik untuk mengetahui jumlah keseluruhan wang yg telah anda belanjakan untuk majlis perkahwinan anda. Jadi, tak salah gunakan sedikit masa yg kita ada untuk membuat checklist ni kan






7. Nak cantik dan murah kenalah rajin.

Mana ada benda yg perfect tapi murah dalam dunia ni lagi-lagi apabila sesuatu perkara yg menjadi item terpenting masa kini. Walaupun kebanyakkan butik-butik pengantin dan catering bersaing menawarkan pakej-pakej menarik kepada pelanggan, namun harganya tetap meningkat dari masa ke semasa.

Oleh itu, sebagai pengguna kita haruslah bijak memilih pakej-pakej yg mereka tawarkan.


Backdrop untuk bilik tidur ni saya buat sendiri. Dari membeli papan, mengetuk, mengecat, vernish semua buat sendiri. Nak kahwin punya pasal. Hehehe..


8. Pemilihan terletak di tangan anda.

Sebagai bakal raja sehari anda berhak menentukan pendapat dan kehendak anda sendiri. Jangan mudah tertipu dengan kata-kata manis butik pengantin, catering, khemah atau apa sahaja yg anda langgani. Sekiranya kebanyakkan keperluan anda ditaja, anda juga berhak menyatakan hasrat anda. Buatlah perbandingan dan pemilihan yg tepat. Tidak salah mendapatkan bantuan nasihat dan pendapat orang sekililing anda. Namun jangan pula sehingga anda sendiri diibarat seperti bahan eksperimen atau bahan tajaan.

Ingat! Semua mata tetamu akan tertumpu pada anda di hari berlangsungnya majlis. Oleh itu, jangan cacatkan penampilan anda dek kerana sikap anda yg terlalu malu untuk bersuara.



9. Elakkan memilih tarikh majlis di cuti sekolah atau cuti umum.

Kebanyakkan pasangan dan ahli keluarga lebih gemar memilih tarikh majlis pada cuti-cuti sekolah dan cuti umum. Hakikatnya majlis yg dirancang kurang meriah kerana para tetamu terpaksa terkejar-kejar untuk memenuhi undangan perkahwinan yg banyak.

Terdapat juga jiran dan saudara mara yg tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kita kerana mereka telah sedia ada aktiviti masing-masing seperti pulang ke kampung, bercuti dan melancong.

Pakej-pakej perkahwinan juga menawarkan harga yg tinggi berikutan permintaan yg meningkat. Perkhidmatan mereka juga kurang memuaskan kerana kurangnya tumpuan pada sesebuah majlis tersebut.



10. Sentiasa berdoa dan memperbanyakkan bacaan yassin sebelum majlis. 

Akhir sekali pohonlah petunjuk dari Allah s.w.t. Jika tanpa keizinan daripadaNya, maka takkan berlakulah sesebuah majlis itu. Jauhi amalan-amalan syirik dan khurafat seperti amalan mencampakkan pakaian ke atas junjung atap rumah untuk mengelakkan hujan turun sewaktu majlis berlangsung. Sesungguhnya Allah Maha Penentu segalanya…


TahNiaH


******** 

Semoga Majlis Anda Berjalan Dengan Lancar

AmiN

********


3 ulasan:

  1. saye suke entry ni !
    good info sis ..hehe
    hanye mampu bdoa utk majlis kami. haha ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks ieda..ni akk tulis berdasarkan pengalaman akk.sj nak share dgn kwn2 yg blm kahwin..maybe setiap org x sama pengalamannya..

      Padam
  2. assalam..blh tak sy dptkn checklist yg dibuat sebagai sy pye rujukan??..

    abdaziz_atan@yahoo.com

    BalasPadam