Khamis, 18 Oktober 2012

Cerita di Hot Fm


Assalammualaikum...


Setiap pagi, apabila drive ke tempat kerja, mesti ditemani oleh Hot Fm.
(bukan dj@crew Hot Fm, radio Hot Fm lah. Harap maklum!)

Pagi tadi cerita best. Pasal First Date. Haha...teringat cerita beberapa tahun yg lepas. Jap-jap nak kira dulu. Owhh! dah 7 tahun 10 bulan 28 hari yg lalu rupanya...Hahaha (gelak kejam)

Ada kisah manis di sebalik tarikh tu. 20 Nov 2004. Huh! sooo suwiitttt.....(tangan atas bahu, sambil kelip-kelip mata-tak ada motip pon)

Pertama kali buat blind date. Bukan Pertemuan Yg Buta. Tapi pertemuan pertama yg tak pernah jumpa dan lihat orang tu sebelumnya. Ehem...ehem...dah jadi laki aku dah pun sekarang. Bangga kejap! ^_^

Tiba-tiba dalam kereta tadi boleh pulak tersenyum feeling sorang-sorang tanpa menghiraukan orang sekeliling. Terflshback balik kenangan blind date tu.

Kalau boleh nak telefon segera Akak Fafau, Abang Faizal dan Abang Ag.
Nak cerita gak. Tetiba kan! Hehe...poyo tak?


* * *

'Dia teman sayer naik bas masa nak balik tu. Hujan turun renyai-renyai. Lalu dia letak sweater dia atas kepala sayer. Dia pun beratur sama dalam hujan-hujan tu semata-mata nak temankan saya beratur panjang dgn bangla dan indon yg punyalah ramai. Cian dier basah. 

Lepas sayer naik bas, dia call sayer guna public phone berhampiran. Teeerrtt..teeerrtt..teeerrrtt... 
Sayer tengok pada skrin hp, no public! Siapa pulak ni? Lepas tu dengar suara dia kata....."Cuba tengok belakang".
Hehe...nampak dia kat public phone tu. Lepas tu dia kata...."Saya sayang awakkkkkkkk"
Huh! pengsan!'


* * *


Dah-dah sambung kerja balik. Nanti cerita di entry lain lak. Boleh tak balik rumah jap g nak cerita dekat hubby pasal blind date tu? Haha.....(jangan kata aku poyo lagi!)



Andai waktu itu bisa ku ulang kembali.......


Thanks For Reading!


Cameron Highland-Cactus Park, Pasar Malam Brinchang & Kea Farm


Assalammualaikum...


Erm...tengok tajuk entry je korang dah pasti yg penulis belog ni (aku letew) malas dah nak hutang piutang entry yg dah berkurun-kurun lamanya ni. Silap-silap haribulan korang semua (semua tu mcm bajet ramai sangat je yg baca belog semut ni kan?) boleh kena penyakit gout sebab terlalu lama menunggu dan terus spam belog ni dari pandangan mata korang selamanya. Hamboi kemain berianya ayat aku. Hahaha... 



Dipendekkan cerita....



Dari Strawberry Farm hari tu weols bergerak ke Cactus Park pulak. Cactus Park ni tak la jauh manapun dari Strawberry Farm tu tadi. Kalau uols naik kereta, tak sempat nak sandar badan lagi, tup tup dah sampai dah. Kereta pun tak sempat nak masuk gear empat, baru gear dua dah mencerlung dah ke arah kawasan Cactus Park nih (Erm..nampak benor nipunye, padahal kereta aku tu auto kot. Mana ada main gear-gear nih! Ekekekek...)

Kalau dah pergi ke Cactus Park mestilah banyak pokok cactus ye tak? Tak kan pokok kelapa pulak. Eh, apesal lah laju je tangan ni nak tulis pasal pokok kelapa yg tak ada kena mengena dgn entry ni? Abaikan.


Pokok Cactus yg super gedabak


Sampai je di sana, hari pun dah mula hujan. Jadi spend lah time untuk melawat-lawat kawasan sekitar tempat ni sementara menunggu hujan yg turun tu. Tak banyak aktiviti menarik yg dapat dilakukan disini. Pengunjung pula punyalah ramai. Maybe disebabkan cuti hujung minggu ditambah pula cuti hari 1 Malaysia yg jatuh pada hujung minggu tu.

Selain dari pokok cactus, terdapat juga pelbagai spesis pokok-pokok bunga lain yg dijual di sini.  Contohnya macam yg uols tengok di bawah ni. Tak kurang juga pelbagai jenis cendermata seperti fridge magnet, keychain, penanda buku, aksesori dan sebagainya yg uols boleh dapatkan dengan harga yg berpatutan...
Bolehlah beli sebagai buah tangan buat keluarga dan rakan-rakan. Ehem!


Ini bunga apa?

Segar je tengok bunga ni.

Cuba korang tengok ada pakwe ensem kat dalam bas tu. Cet! asal ensem je cepat-cepat nak tgk.


Ternyata harga pokok-pokok bunga disini memang tidak boleh disangkal lagi tahap kemurahannya. Hehehe... Tapi bila difikir-fikirkan balik kalau beli dan bawa balik nanti confirm semuanya mati. Almaklumlah, org bekerja bila masa lah pulak nak melayan pokok-pokok bunga ni bagai. So, beli je anak-anak pokok cactus dan rak untuk susun-susun mini cactus saya tu nanti.

Sepanjang disini tak ada aktiviti petik-petik bunga macam petik buah strawberry di Strawberry Farm tu ye. Kang tak pasal-pasal kena pelempang lak dengan tokey Cactus Park ni. Hehehe...

Selain menikmati permandangan pokok bunga yg super comel, adalah aktiviti bergambar dengan pokok-pokok cactus sambil buat muka teruja. (bajet, sebab kat rumah mak pun berlambak pokok cactus tapi tak pernah pun nak posing maut)


Agak-agak barapa tahun nak tunggu cactus tu sebesar ini?

Pegang duri cactus sambil buat-buat muka terkejut. Terover bajet tak? Hahaha...

Apek, cari tempat lainlah kalau nak streching body kau pun. Cacat dah gambar aku!


Bila hujan dah mula renyai-renyai, dan bila asben pun dah selesai bayar duit mini cactus dan rak pokok cactus yg kitorang beli tu, dan bila mak dan ayah mertua selesai makan keledek rebus kat situ, dan bila anak-anak buah kitorang dah terlentok kepala sana sini, dan bila-bila lagi...


Weols terus pulang ke apartment petang tu. On the way memang hujan selebat-lebatnyalah. Bayangkan dahlah Cameron tu memang sejuk. Ditambah pula time hujan. Berganda-ganda sejuk. Nasib baik dalam kereta tu bertiga. Kalau berdua............ehem ehem!
Gatal!


* * * * *


Malam tu lepas solat Isyak lebih kurang dalam pukul 8:30mlm, kitorang satu family keluar lagi ke Pasar malam Brincang pula. Haa...pasar malam ni dibuka setiap hari sabtu@malam minggu. Kalau time cuti sekolah pula akan dibuka setiap malam dan mula beroperasi sekitar jam 4:00ptg. Berbekalkan baju lengan panjang, sweater yg tebal dan kasut kerana di Cameron ni time-time malam macam ni lagilah sejuk. Grrrrrrrrr...(tengok sampai dalam blog pun nak mengigil-gigil. Hahaha...)

Perjalanan ke Pasar malam ni agak sesak. Kebanyakkan pengunjung memang akan tertumpu pada pasar malam ni jelah time waktu malam di sini. Jalan yg jamned memang sedikit sebanyak menguji tahap kesabaran kitorang. Lastly, bila dah sampai pun terpaksa berebut-rebut parking dengan pengunjung-pengunjung lain. Dapatlah nunnnn jauh disana dan itupun terpaksa menapak untuk beberapa puluh meter pula.

Seperti yg semua sedia maklum kalau dah namapun pasar malam mestilah jual makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan tak lupa sorvenirs. Tapi yg specialnya kebanyakkan barangan yg dijual disini mesti berkaitan dengan buah strawberry. Pergi gerai buah, dah confirm dia jual buah strawberry. Pergi gerai jeruk dan asam, pun penuh dengan jeruk dan asam stawberry. Sampai kalau uols pergi garai pillow dan teddy bear pun mesti penuh dengan pillow dan servenirs berbentuk buah strawberry. Alamatnya kalaulah ada makcik yg mengandung dan alah dengan buah strawberry, confirm muntah berdarah makcik tu bila pergi ke pasar malam ni. Ekekeke...

Malam tu banyak juga barang-barang servenirs yg saya borong. Antaranya strawberry note clip untuk member-member sekerja, keychain strawberry bear untuk adik-adik, strawberry fridge magnet untuk maa dan diri sendiri and lastly big pillow dan glove berbentuk buah strawberry. Hahaha...kan dah cakap semuanya mesti nak strawberry. Macam buah tangan dan makan-makanan weols dah banyak borong masa di Strawberry Farm tadi.

Malam tu masa nak beli apam balik mini ada satu kejadian yg buat saya rasa berapi satu badan. Hahaha...sabar ajelah, nanti saya cerita di entry lain ye. Kalau nak story dalam entry ni juga sampai esok pagi pun tak habis-habis mengarang. Fullstop!

Selesai membeli belah, weols sekeluarga bergerak pulang semula ke Parkview Apartment. Ops! lupa lak, dalam perjalanan sempat singgah makan di kedai mamak mana ntah. Aku pun tak hengat dah.


* * * *


Keesokkan harinya (hari terakhir di Cameron Highland)


Kami checkout apartment lebih kurang jam 1:00tgh hari. Niat nak singgah lagi beberapa tempat menarik di sana. Tapi jamnednyelah sangat ya ampunnn... Tiga jam weols tersangkut dalam kesesakan jalanraya dari Tanah Rata ke Brinchang.

Lastly singgah di Kea Farm sahaja. Kea farm ni deretan kedai-kedai yg menjual barang-barangan sama seperti Pasar malam Brinchang. Ada sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, strawberry, makanan dan sebagainya. Yg bestnya suasana di Kea Farm ni memang sejuk giler. nak jalan-jalan sambil pusing-pusing cari barang pun rasa nice dan heaven je. Tak macam pasar yg selalu kita pergi tu. Dahlah panas, sesak, bising, busuk lak tu. Tapi di Kea Farm memang selesa kalau nak cari-cari barang sambil cuci-cuci mata. Hehe...


Farisha comelzzz (Macam Maklang dia kans? Haha)


Ni je gambar yg sempat Hanis capture masa di Kea Farm ni. Nice tak nice?



p/s : Okeh, dah habis dah entry di Cameron Highland.
Menguap tak? Bergout tak korang membaca?
Hahaha...


Thanks For Reading!
nasubichanemoticon


Rabu, 17 Oktober 2012

Wordless Wednesday


Assalammualaikum...






** Biarpun derita itu sakit untuk dilalui, namun ia tetap pengalaman yg indah...


p/s : Tetiba nangis lak baca blog sendiri. Hehehe...


♥ ♥ ♥


Selasa, 16 Oktober 2012

Cameron Highland-Pick Your Own Strawberries!


Assalammulaikum…


(Entry ni memang patutnya dah berkurun saya publish. Tapi baru hari ni ada masa nak sambung semula. Korang anggaplah baru semalam saya pergi k. Hahaha...jangan gelak! Ini bukan lawak!)


Sekiranya anda ke Cameron Highland, tempat yg wajib anda kunjungi adalah ladang strawberry. Kebanyakkan strawberry memang di tanam di sini kerana pokok strawberry memerlukan suhu yg dingin dan sejuk untuk ia hidup.




Dari Ladang Teh Boh Sungai Palas (entry percutian ke Cameron yg sebelum ini), kami meneruskan perjalanan ke Strawberry Farm pula. Strawberry Farm ni terletak di kawasan Brinchang juga. Kira-kira 10minit perjalanan dari ladang teh tadi.

Di sini kami mengambil peluang untuk merasai sendiri memetik buah strawberry yg segar dari ladang (Hek eleh, nak jakun plak aku kan? Hahaha)

Yuran masuk adalah RM25 untuk 3 orang pengunjung dan anda akan mendapat satu polistrine plate untuk mengisi buah strawberry yg anda petik. Mari ikut saya masuk ke dalam. Yummy!!!


Aktiviti pertama : Ushya-ushya buah strawberri. Ambil mood katenye...

Aktiviti kedua : Start pegang dan bermesra-mesra alam dgn buah strawberri sambil kata "Hyeee!"-poyo betul hakku! Hahaha...

Aktiviti ketiga : Mula memetik dan tayang cun pada abang cameraman. Bhahaha

Memang benar, ada yg kata buah strawberry rasanya manis jika kita makan di sana. Bila dah bawak balik automatik jadi masam. Hai buah, kau pun tau sekarang aku makan kau dekat mana kan? Hahaha…


p/s : Jangan cakap dekat bangla yg jaga farm ni bahawa saya telah curi-curi makan. Nanti kena charge lebih!




INFO : TAHUKAH ANDA?

Kandungan gizi buah strawberry segar dalam 160g mengandungi : energy 50 kalori, protein 1g, karbohidrat 11,65g, serat 3,38g, kalsium 23,24mg, magnesium 16,60mg, fosfor 31,54mg, postasium 44,82mg, selenium 1,16mg, vitamin C 94,12mg, folat 29,38mg, Vitamin A 44,82IU. (Paham ke tak? Kalau tak paham pergi buka buku kimia SPM sekarang! Hahaha tetiba)


Khasiat buat strawberry :

1. Memutihkan gigi
2. Mencegah kanser
3. Mencegah penyakit luekimia
4. Menghaluskan kulit dan jerawat
5. Mencegah radang dan elergic
6. Menyihatkan mata
7. Mencegah penyakit jantung
8. Mengurangkan tekanan darah tinggi
9. Mengurangkan gejala stroke
10. Kandungan vitamin C yg tinggi mampu mengurangkan kadar kolestrol dan penyakit diabeties.




Suami comel ^_^

Hamboi dia punya posing seakan...KEMAENNN

Bangla kat belakang tu nak jugak masuk ke dalam blog aku ni kan. 

Hasil tuaian kami!!! Hoyehhh

Uols perasan tak buah strawberry yg kami petik kebanyakkannya kembar-kembar. Konon-konon nanti kalau makan boleh dapat anak twins twins lah gitew. Ahaks!

Lastly, plate polistrine saya dan asben kena tambah lagi RM2 sebab over weight. Over memetik sampai lupa berat yg dibenarkan. Haha…

Nasib baik yg pergi seramai 9 orang. Jadi, ngam-ngam untuk 3 plate polistrine. Nampak tak masing-masing menjinjit plastik hijau berisi buah strawberry masing-masing. Selebihnya membeli buah tangan buah-buahan kering yg terdapat di pintu hadapan farm ni. Murah n teruja sangat. Rasa nak borong satu kedai! Tetiba.


Bergambar di hadapan pintu utama Strawberry Farm

Sweet like strawberry. Yummeh!

p/s : Entah berapa bijilah strawberry yg saya makan masa kat dalam farm ni. Siap tapau kat dalam poket sweater hubby lagi sebelum keluar dari farm tu. Lepas tu boleh pulak ditekan-tekannya poket sweater dia tu. Pastu bila basah nak marah kiter pulak ~_~. Hahaha...(shyuuuttt! jangan kecoh).
Act, saya bukanlah peminat tegar buah strawberry yg masam ni. Tetapi, disebabkan tak nak terlepas peluang yg ada, jadi saya makanlah seberapa banyak yg boleh. Hihi...
Tak masam pun. Rasa sweet dan yummeh je. Tak percaya? Cubalah!



Rabu, 3 Oktober 2012

Rahsia saya Beutskin Essence by SNE


Assalammualaikum...


Tengah-tengah bercerita pasal percutian ke Cameron hari tu yg tak habis-habis lagi, boleh pulak terselit entry promote satu produk ni. Erm...sana sini semua orang dah bercerita tentang kehebatan produk yg luar biasa ni. 




Act Hanis dah guna produk SNE ni dah lama dah. Masa tengah sakit teruk tempoh hari kira-kira 7 bulan yg lepas. Masa tu pun produk SNE Beutskin Essence ni tak terkenal masyur  macam sekarang. Hehehe...

Masa nak makan pun agak was-was. Yelah sebab harganya boleh tahan juga kalau nak di bandingkan dengan produk makanan kesihatan dan kecantikan yg lain. Ditambah pula produk yg belum berapa terkenal di pasaran pada masa itu. Tapi lepas mencuba untuk beberapa tempoh, Alhamdulillah terbukti keberkesanannya.

If uols sebelum ni pernah terbaca entry Hanis yg ni mesti ada Hanis sebutkan tentang pengambilan SNE capsule dan SNE Beutskin Essence. Memang dari sebelum operation awal Mac dulu till now still ambil tak pernah stop. Sampailah produk ni popular bila Hanis terlihat di FB, Blog mahupun webside-webside kecantikan. Ohmaigooddd!!! I can't belive bila Adira AF dan Ismaliza sendiri guna produk ni pada mereka dan terbukti kesahihannya. Hehehe...

For ur information, kita makan SNE Capsule dan SNE Beutskin ni bukan untuk cantik sahaja tau. Tapi ianya bagus untuk organ dalaman dan sistem badan kita. Bila Hanis baca buku testimoni pengguna SNE, memang ramai individu-individu diluar sana yg mengalami penyakit-penyakit teruk pulih dengan cepat tanpa kesan sampingan.

Hanis sendiripun ada buat testimoni pada diri sendiri, mak yg mengalami masalah kanser usus dan pakcik yg mengalami kencing manis sehingga pergelangan tangan yg hampir-hampir dipotong akibat telah busuk! Syukur, bukan nak kata sangat terbaik. Tapi ia sekurang-kurangnya dapat memulihkan kami. Okeh, disini Hanis nak review sedikit kepada uols yg masih lagi was-was tentang kehebatan poduk SNE atau SNE Beutskin Essence ni...



APAKAH ITU SNE BEUTSKIN ESSENCE

Beutskin Essence diformulasi dengan menggunakan ramuan unik super platinum yg diestrak daripada pati tumbuhan dan digabung dengan penggunaan teknik pengekstrakan superkritikal CO2, berupaya menguraikan melanin dan pigmen kuning pada kulit dengan pantas demi mencerahkan dan memperbaharui sel kulit secara menyeluruh. Ia menggalakkan metabolisma sel dari dalam ke luaran supaya badan menjadi lebih sihat dan kulit menjadi lebih cerah. Ia juga membebaskan enzim-enzim aktif sel, berkesan untuk menghalang aktiviti penyahaslian dan meningkatkan tenaga sel supaya tisu kulit seluruh badan berfungsi dengan normal.


5 FAKTOR UTAMA

1. Faktor pemutihan
2. Faktor pencerahan kulit
3. Faktor memperbaiki gen
4. Faktor metabolik
5. Faktor anti pengoksidaan


KANDUNGAN UTAMA




KESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN

3 Hari - Fungsi hati dan buah pinggang distabilkan, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan ketara, kekangan salur darah meningkat, penghasilan hemoglobin meningkat dengan nyata, keseimbangan 'qi' dan darah deselaraskan dengan kecergasan dipulihkan.

10 Hari - Keadaan fizikal bertambah baik, penyingkiran toksin dalam hati, buah pinggang dan darah ditingkatkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lembut, kekenyalan dinding salur darah dipulihkan dan fungsi ovari diselaraskan.

30 hari - Toksin pada organ dalaman badan disingkirkan sepenuhnya, fungsi perlindungan kulit dipulihkan dan ditingkatkan, dan fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan.

60 hari - Fungsi perlindungan kulit dan keupayaan daya penahanan kulit ditingkatkan, fungsi endokrin diselaraskan, kulit menjadi lebih cerah berseri.

90 Hari - Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu pengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Penggunaan jangka panjang - Metabolisme berada pada tahap optimim, kulit lebih berseri, tiada celaan, gebu, lembut dan cerah.





MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk pengetahuan anda produk SNE adalah berasal dari negara China. Mendapat kelulusan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Doktor sendiri yg mengesyorkan produk ini kepada Hanis berbanding pemakanan ubat-ubatan hospital.

SNE Beutskin Essance bukan sekadar untuk kecantikan luaran, bahkan memperbaiki sistem dalaman kita terutama kaum wanita seperti masalah ovari, rahim, keputihan dan sistem peranakan kita.

Yang menariknya ada juga testimoni yg dilakukan kepada pasangan yg telah berkahwin selama 8 tahun namun belum mendapat zuriat. Setelah mengambil SNE Capsule dan SNE Beutskin Essence selama beberapa bulan, beliau disahkan hamil. InshaAllah semua ni juga atas kekuasaan Allah s.w.t.



p/s : Alhamdulillah, setakat ni Hanis dah makan SNE Beutskin Essence ni sebanyak 3 kotak dan SNE Capsule sebanyak 3 kotak juga (start waktu sakit tempoh hari). Masa datang rawatan susulan tu doktor terkejut sebab kesan luka cepat baik daripada jangkaan. Rahim Hanis juga doktor kata bersih dan cantik. Syukur sangat-sangat sebab produk ni sedikit sebanyak dapat membantu.

Hanis tak berani nak review pasal produk ni kalau tak uji pada diri sendiri dulu. N now dah nampak hasilnya baru berani nak story mory pada uols semua. Sesuatu yg baik tak salahkan kalau kita kongsi bersama. Sharing is caring! Selamat mencuba.

Lastly harga utk SNE Capsule RM200 dan SNE Beutskin Essence RM240 dipasaran. (Mahal tapi berbaloi. Hikhik)

nasubichanemoticon