Sabtu, 30 Jun 2012

Rahsia Rumah Tangga



Assalammualaikum wahai pembaca semua!


Sesuatu yg saya pelajari sebelum berumah tangga adalah merahsiakan segala perihal buruk, menyembunyikan segala masalah dan aib pasangan kita. Alhamdulillah sehingga saat ini saya mampu melakukannya. Yg cantik, gembira dan indah sahaja selalunya saya kongsikan dengan umum. Tapi bukan 100%. Saya ulang kembali, bukan 100% ye. (sambil tunjuk isyarat jari ^_^) Kenapa?

Sebab kadangkala kita sendiri tak boleh nak tentukan hati dan pandangan org lain terhadap kita. Takut ada yg cemburu, meluat atau menyampah. Ibarat kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut org manakan mampu hendak menutupnya. Dan yg paling penting hal dalaman rumah tangga jgnlah disebarkan pada umum walaupun keluarga kita sendiri. Sebelum berkahwin memang inilah hasrat yg sama-sama kami akurkan agar “tidak mengaibkan sesama sendiri”.




Perjalanan rumah tangga bukanlah selalunya indah seperti di dalam cerita novel. Kalau realitinya macam tu, saya pun nak pegang salah satu watak di dalamnya. Kadang kala kita tekad untuk lakukan yg terbaik, tetapi dugaan akan datang bertimpa-timpa (pasangan yg berkahwin memang Allah akan sentiasa uji dengan bermacam-macam dugaan). Samalah seperti hati yg remuk akan membuatkan fikiran kita bercelaru, tidak seimbang dan mudah melakukan sesuatu diluar kewarasan.

Hendak membawa sesuatu yg kontra dalam hidup kita adalah sesuatu yg sukar. (Mean perbezaan cara hidup sebelum berkahwin). Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung pula jangan berselerak. Begitulah peranan sang isteri. Diawal-awal perkahwinan secara jujurnya saya banyak membuat rujukan tentang tanggungjawab isteri, tanggungjawab suami, peranan suami isteri termasuklah hak suami isteri dari segi kewangan dan sebagainya. Sampai setiap tafsiran yg berkaitan dengan suami isteri di dalam Al-Quran pun saya rujuk. Sebab hati sentiasa meronta-ronta. Hati tak mengerti apakah itu hubungan rumah tangga dan institusi kekeluargaan.




Sebenarnya banyak perkara yg kita tak pernah terfikir dan jangkakan berlaku bila dialam perkahwinan. Sebab itulah saya selalu mengatakan “Alam perkahwinan memang indah, tetapi tidak seindah yg kita impikan” bilamana…


1. Isteri rasa terabai bila suami terlalu sibuk dengan kerja yg tak tentu masa.


2. Isteri rasa kurang perhatian dengan sikap suami yg terbawa-bawa alam bujang sering utamakan rakan-rakan.


3. Rasa alam percintaan lebih indah berbanding alam selepas berkahwin.


4. Rasa keperluan yg suami sediakan tidak sesempurna keluarga berikan semasa sebelum berkahwin.


5. Sering berbalah pendapat dalam menentukan sesuatu lagi-lagi untuk menghadiri aktiviti masing-masing di hujung minggu.


Alhamdulillah saya bersyukur, sepanjang tempoh 1 tahun setengah perjalanan hidup kami berdua banyak yg telah diperbaiki sedikit demi sedikit. Saya dari seorang yg kosong kini mengorak langkah untuk memperbaiki  apa yg selama ini kami kekurangan. Suami memang banyak bagi nasihat dari awal-awal perkahwinan lagi. Saya akur kerana dia adalah ketua keluarga saya sekarang. Dia yg menggantikan tempat abah selama mana sebelum ini adalah tempat saya bernaung. Dia yg menyara makan dan minum saya dan menyediakan tempat yg cukup selesa buat saya berlindung. Saya yakin, Allah dah utuskan dia yg cukup sempurna buat saya.

Dalam menghadapi masalah rumah tangga, kadangkala kita memerlukan medium perantaraan sebagai tempat  meluahkan masalah. Mungkin ada yg lebih selesa meluahkan pada seseorang, pada umum, pada laman-laman social seperti blog, facebook atau tweeter. Tapi pada pendapat saya adakah wajar menulis setiap masalah dan kelemahan rumah tangga kita untuk tatapan ramai? Memang benar itu adalah salah satu cara dan terapi untuk meringankan bebanan yg kita tanggung. Nasihat saya janganlah membuka pekung dan aib sendiri di khalayak umum. Kerana, setiap orang yg mengatahui akan memberi gambaran dari pelbagai perspektif yg berbeza. Ada yg baik dan buruk. Ada yg benar sangka dan salah sangka. Dan ada jua yg akan menjajaja cerita duka kita pada orang lain.

Jika benar kita memerlukan seseorang, carilah orang yg benar-benar boleh dipercayai, yg jujur dan pastikan dia tidak menceritakan masalah kita pada khalayak umum. Manusia yg nampak baik luarannya memang ramai, tetapi yg benar-benar putih dan tulus hatinya boleh dibilang. Berhati-hatilah dalam memilih orang perantaraan.

Ada sesuatu perkara yg ingin saya kongsikan disini dimana saya memang jenis yg suka menulis. Tak kiralah dimana walau apa cara jua. Jika ada sesuatu yg saya tidak puas hati atau marah, saya akan tulis di kertas, buku catatan, diari dan habis semua buku catatan barang dapur kami pun jadi mangsa luahan saya. (Hehehe...)

Suatu hari yg tak diduga saya terjumpa buku, kertas dan setiap catatan-catatan yg saya coretkan telahpun di balas oleh suami. Memang saya tak duga dan dalam coretannya... "Suami tidak pernah menyalahkan saya walaupun kandungan yg saya coret buatnya banyak menyalahkan dia. Suami sentiasa berusaha sekeras mungkin untuk beri apa sahaja kesempurnaan buat saya walaupun dia terpaksa mengorbankan seluruh tenaganya (ooo..baru isteri tahu). Suami sentiasa berdoa untuk saya, kesihatan saya, kebahagiaan saya dan masa depan saya. Suami juga tak pernah menulis kekurangan saya walaupun sebenarnya saya tahu ianya terlalu banyak untuk dia." Ya Allah tak tahu nak kata apa dah. Hanya air mata yg mampu ku berikan. (sama tak macam citer Kasih Emelda?)




Memanglah saya tak mampu luahkan secara berdepan sebab masing-masing akan berbalah nanti. Tapi saya puas hati sebab suami dapat menjawab setiap ketidakpuasan yg saya coretkan. Mungkin juga dia taknak menambah dosa saya lagi, taknak saya jadi kurang ajar dan taknak saya jadi isteri yg derhaka pada suami. (Bagus hubby cara cam ni. Hehehe...)

Untuk pengetahuan, suami memang pantang dengan orang yg membebel. Jadi saya tak boleh gunakan kuasa vektor yg selalu ada pada kaum perempuan itu terhadap suami. Bebelan saya hanyalah pada kertas dan buku. Mungkin suami tak tahan telinga, tapi dia masih tak buta mata dan hati. Dia memang seorang yg terlalu prihatin walaupun dia tak tunjuk. Kadang-kadang apa yg baru saya sebut, semua dah tersedia atas meja. Jujurnya memang itu adalah perkara yg betul-betul buat saya terharu sehingga mengalirkan air mata.

Dear rakan-rakan, semoga paparan saya menjadi panduan terbaik untuk dikongsi bersama. Amin…



zzZZZzz

Thanks foR reaDinG

All picture from Google ^_^

Isnin, 25 Jun 2012

Meroyan S3 Idaman Kalbu.

Assalammualaikum.


Semalam semasa keluar dengan Hubby, saya terlihat ini...




Seperti biasalah akan jadikan ia idola. Dimana-mana sahaja daku berada, akan letak gambar ni. Even kat skrin PC tempat keja ke, skrin laptop ke, walpaper henpon ke, sampai kalau bole nak print dan tampal kat muka. Hado! 
(dah macam letak gambar boiprent lak zaman skolah-skolah dulu)

Konon-konon macam mission lah for one day. Tapi jangan jadi mission imposible sudah! Hari-hari si isteri dok sebut sampai telinga husband bernanahlah dengar. Ok tipu.

Macam masa tengah meroyan tablet dulu pun camgini lah. Tapi bila dah jemu lupa campak mana sampai kucing, cicak dan tikus kat rumah yg main game kat tablet tu. Ok tipu lagi.

Al-kisah siap beratur semata-mata nak pegang S3 ni yg dorang display kat situ. Memang best dan nipis! Tak payah dah nak beli camera digital bagai sebab camera dia memang sharp sesangaaattt! Ini betul dan tak tipu punya.

Okeh...hubby kata kerja keras-keras untuk kumpul duit banyak-banyak.


Foine...foine...


Usaha tu kan tangga kejayaan! Hehehe...
(walaupun hakikatnya semua orang dah tau)



Jumaat, 22 Jun 2012

Macam-macam AKTIVITI di Sungai Congkak


Assalammualaikum pembuka bicara.


Hi pembaca! Eh, kemain skema ayat saya. Bhahaha... 16 Jun yg lepas weols rakan-rakan sekerja buat aktiviti BBQ dan penyampaian anugerah pekerja terbaik di Sungai Congkak. Taknak bicara panjang lebar. Tengok ajelah gambar yg super banyak ni.


Berposing dulu di opis. Kemain pagi-pagi lagi dah pis-pis bagai kau ye Hanis

Dari kiri : Kak Kas, Haniscomel, Kak Fifah, Su, Zana (wife Abg Hadi) dan Kak Aishah brutal.

Kak Aishah yg Ana Muslimah tapi brutal ♥

Bergerak dari office pukul 9 pagi dan sampai di Sg. congkak pada pukul 11.00pg. Seramai 9 buah kereta berkonvoi.


Dah sampai! Sebahagian dari budak-budak lelaki. Ops! tak budak-budak sangat la.. Sebab ada yg bapak dan suami serta tunangan orang.

Afiq (Supervisor saya) dan Nazrin

Kak Aishah yg bajel malu-malu tucin! Pang!!! nak?

Happy kemain ye mentang-mentang suami bg GREEN LIGHT.

Kak Aishah macam teacher-teacher kan? Bhaha...
Tapi dia solo lagi tau. Nak, boleh isi borang. Tarikh tutup : Lama lagi weyh!
Yg lain semua dah SOLD OUT!

Mari berjalan ke markas.

Sis Aween and her anaksss. Kenapa ada 3s? Sebab dia ibu kiut yg beranak 3. Still comelz!

Sambil berjalan sambil berposing, itu adalah kerjaya kami. Sila menyampah! Hahaha...

Antara aktiviti-aktiviti yg dijalankan adalah seperti berikut :-


Aktiviti bekerja keras menghidupkan api untuk membuat BBQ.

Aktiviti menyibukkan diri masing-masing dengan makanan.

Aktiviti memenuhkan pinggan dan perut masing-masing dengan makanan.

Aktiviti mendekatkan diri dengan tumbuh-tumbuhan dan tanah.

Aktiviti berposing sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing di dalam sungai. *peningkaubaca*

Aktiviti berposing sakan di atas batu dah macam puteri tujuh aku tengok. Mana lagi 2 orang?

Aktiviti menyelamatkan Teacher Aishah yg hampir lemas dihanyutkan air sungai yg deras.

Aktiviti jalan berangkai-rangkai seperti anak-anak ayam yg sedang mengekori ibunya menyeberangi sungai. Sorry...terpaksa samakan korang dengan anak ayam pula. Tak bermaksud pun..hihi...

Aktiviti ibu ayam yg sedang menyelamatkan anak-anaknya dari dibaham sang harimau yg comel. 
Tehee!

Aktiviti menjual ayam panggang. Ape kehey semua cap AYAM nih?

Aktiviti berendam sambil mandi-manda dan mengisi kekosongan pewot.

Aktiviti bergambar bersama peserta paling kecil. Ingat tak entri saya AMBIL BERKAT tempoh hari? Inilah budaknya. Dah makin bambam sekarang. Guwammm! 

Aktiviti mari berkenalan dengan 2nd doter Kak Awin.
Hi! Saya Aimi Raisya Amanda.

Aktiviti bergambar dengan ibu yg super kiut.

Aktiviti bergambar bersama Team Elektrikal yg super karan.

Aktiviti bergambar bersama Team Civil yg selalu memecahkan tembok.

Aktiviti bergambar bersama Team Mechanical yg selalu membuatkan orang kepanasan dan kebakaran.
Maknanya hot sangat letewww...

Dan akhirnya aktiviti sudah tamat. Hureyyhhh! Tahniah pada yg dapat anugerah pekerja terBAIK!

Sebelum mengundurkan diri...


Terima kasih Hubby sebab izinkan saya pergi siap isikan minyak dan pam tayar kete saya lagi. Saya sayang sangat pada kamu. Terima kasih kerana memberi kepercayaan 100% pada saya.

Terima kasih rakan-rakan dan kakak-kakak sekerja yg terlalu baik dan tak pernah bermasam muka walau sesaat pun. Syukur diatas rahmat dan ukhwah yg Allah kurniakan. semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.

Amin


TamaT



Friend gives you smile
But true friend gives you happiness

Friend will lie about you
But true friend won’t tell your weakness

Friend knives your back
But true friend will slog your face

Thousands friends come when you’re happy
But only one true friend comes when you cry

Friend comes when he needs you
But true friend comes when you need him

Friend leaves when everybody does
But true friend comes when everybody leaves

Friend comes and leaves
But true friend is yours forever 


Khamis, 21 Jun 2012

Saya Happy!


Assalammualaikum


Last week (16/17 Jun) kena kidnap dengan husb! Tapi yg peliknya pemangsa (saya letew) yg sendiri pergi serah diri dengan si pengkidnap. Haha…pening kau nak baca.

Lepas berBBQ di Sungai congkak dengan rakan-rakan sekerja, terus pulang ke rumah Sri Kembangan untuk menanti kepulangan suami tercinta. Bunyinya macam yooOoo kan?

Sebab husb yg cumil telah berjanji untuk menonton wayang bersama malam tu. Apa kes suami tiba-tiba mengidam nak tengok wayang ni? Mengandung ke kau? Kali terakhir tengok wayang bersama masa birthday saya tahun lepas. Kalau masa tu pregnant dah bersalin sangat agaknye. Itu tanda perli ye. Hehehe.

Al-kisah husb balik rumah dalam pukul 8.30mlm. Pada firasat saya mungkin husb hanya nak ke Alamanda sahaja, tapi saya cadangkan tengok wayang di Aeon Cheras Selatan, Balakong sebab selalunya tiket di Alamanda mesti sold out lagi-lagi malam minggu cam ni.

Husb setuju dan terus berdesup (bajet naik Lamboghini hahaha) ke Balakong. Wah! Happy sebab dah lama tak dating suami isteri malam-malam cam gini. *meroyan kejap*

Sampai di sana, pusing-pusing cari parking yg penuh nak m@%#&$ sampai rasa nak block kereta orang dan jerit
“Wehy korang balik ar weh! Bagi aku parking pulak!”
Tu perasaan jahat saya je. Kalau perasaan baik pulak 
“ Eh eh, korang nak parking sampai esok pun tak apa, tak nak balik terus dan buat J.J ni macam parking lot rumah papa korang pun bagus jugak.” 
Hahaha nampak sangat kegeraman tahap gaban.

Lastly ada juga hamba Allah yg nak balik dan dapat park kereta. Sattle 1 masalah!

Jalan laju-laju terus ke tempat jual tiket wayang. Nak tengok cerita ‘Jalan Kembali Bohsia 2’. Saya jenis suka tengok cerita melayu. Citer omputeh memang tak layanlah. Kalau tengok jugak baru separuh scene memang terkulat-kulat rasa nak keluar je dari panggung. Hakikatnya sebab memang tak paham (Oh! My English!) dan malas nak baca translation. Lagipun citer omputeh kadang-kadang tak logik dek akal n rasa kena tipu. Damn!

Beli tiket pukul 10.20mlm. Couple seat ye sesuai untuk orang yg dah kahwin. Lepas itu, cepat-cepat weols menuju ke food court sbb masa diperuntukan hanya 50min untuk makan dan kembali semula ke panggung! (macam ikut rombongan Cik Kiah ke sukan komanwel pulak).

10:20-12:30mlm Cerita ditayangkan.

Keluar panggung dengan hati yg riang ria. Seperti biasa saya akan mengajuk-ajuk ayat fofular yg keluar dalam cerita tadi sambil gelak sama-sama. Lawak bila suami tengok isteri yg dah tak betul! Thanks hubby sebab belanja isteri tengok wayang.

Semasa dalam perjalanan pulang, ternampak uptown. Saya pura-pura tanya husb “Nak singgah ke?”. Dalam hati memang nak sesangat walaupun dah beberapa kali mulut ni asyik menguap. Huaarrggghhh….

Bertambah gembira bila husb kata “Jom!”

Ini Downtown Mines ye.
(kenapa perlu di'bold'kan?)

Seperti biasa husb akan mengoffer untuk membeli apa-apa yg saya nak. Tapi sudah semestinya saya akan buat muka baik dan malu-malu macam hello kitty bajet tak nak bazirkan duit husb lah konon. Lastly tershopping jugak seluar jeans idaman. Nasiblah kau suami…kopak kan? Ha, kan dah cakap jangan dioffer.

Setelah selesai bershopping, kami bergerak pulang dalam pukul 2.00pg.  



KEESOKKAN HARINYA (AHAD 17 JUN 12)


Seperti biasa aktiviti di hari minggu mesti ada je orang kahwin. Saya, suami dan family attend wedding member adik merangkap anak angkat mak saya.

Si suami dan isteri bawa kereta masing-masing. Sebab husb kena pulang petang tu untuk jemput kawan dia yg baru balik dari Muar. Masa drive, isteri di hadapan selaku ketua rombongan. Hahaha…

Jumpa family terus di rumah Kaza di bukit Changgang.

Kena makan laju-laju sebab nak bagi tempat pada tetamu lain.

Pengantin yg sentiasa sibuk mengalahkan ketua penanggah yg berjaya.

3 isteri dara, mak dara dan anak dara. Atau dengan panggilan manja 3 dara pingitan sesangat. Huhu…


Husband yang... :p


Selamat pengantin baru kepada Khairul Kaza & Isteri serta Nuruleda & suami. Semoga bahagia dan kekal abadi hingga ke akhir hayat. Amin.



Okeh, Entry sudah tamat!




Lastly


I'm craving for this!


Rabu, 20 Jun 2012

Try N Error. My First Trial RED VELVET CAKE



Assalammualaikum.


Mesti uols menyirapkan tengok kek ni?
Pic : Tinkiu Abang Google ^_^

Photobucket

Mak kata orang pompuan kena pandai masak. Kalau tak pandai bukan pompuanlah dan buat malu aje pegang status pompuan kan? Tapi saya pasti 100 % semua pompuan-pompuan kat dunia ni pandai masak. Even masak air tu pun dikira masak jugaklah kan? Betul tak? Hehehe…

Dipendekkan cerita, last week ada puspanita dekat tempat kerja. Tau tak puspanita? Alah aktiviti orang-orang pompuan and salah satunya jual-jualan. Pompuan kan suka shopping, sebab tulah adanya aktiviti jualan-jualan di tempat kerja. Tapi bukan selalu pun. Sekali sekala je. Dalam sebulan sekali atau dua kali ( information pada yg tak tahu, yg dah tahu tu jgn menyampuk! He…)

And then, terpikat dengan sorang makcik ni. Ops! Bukan terpikat kat makcik tu, nanti uols ingat saya meroyan ke ape. Terpikat dekat kek yg makcik ni jual. Entah ape ke namanya main tunjuk je. Nah, ambik kau harga dia. Tak kesahlah sebab nak makan punya pasal. Price dia dah sama rank dengan Secret Recepies. Okeh. Terbaik kau makcik…


Do you think RM6.50 is available dengan kek yg hanya sebesar ini?

Lepas membeli alangkah pasrah masa bukak polistrin apabila melihat saiz kek yg terlalu kecil. Waaaaa!!!! Nak nangis tengok kek yg seciput sambil makan laju-laju (tanda protes).

Tapi nasib baik kek kau sedap. Kalau tak memang aku bakar kedai kek makcik tu. Kejams! Ini sedikit pesanan buat Makcik Kek tu…

p/s to Makcik Kek :
 “Makcik…saya rasa tak rugi kalau makcik potong bagi lebih besar sikit kek tu. Makcik still untung berlipat kali ganda tau.” (bajet makcik tu dengarlah rintihan aku ni. Hahaha…)

Jadi, disebabkan kecewa yg teramat sangat (poyo), saya terus korek-korek resepi kat google. Resepi pun main rembat je. Sebab tulah tajuk entry ni try n error. *tetiba*
Dengar bunyi macam kaedah cuba jaya. Dah macam subjek matematik aku amik je masa spm.





Mula-mula beli barang dulu ye adik-adik (bajet kakak sangat sebab pandai buat kek. Haha...). Barang-barang yg diperlukan…

250g tepung kek (guna tepung gandum biasa campur 1 st baking powder)
½ sudu teh garam
15g sebuk koko (2 sudu besar serbuk koko)
113g butter @ ½ cawan butter (guna ½ dari 1 ketul butter 250g)
160g gula kastor ( 200g gula biasa)
2 biji telur- gred A
1 sudu kecil asen vanilla
240ml @ 1 cawan buttermilk (jika tiada boleh buat sendiri)
1 cawan susu segar (guna 1 kotak susu Dutch Lady penuh krim)
2 sudu makan pewarna merah ( 1 botol kecil serbuk pewarna merah)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

Kemudian kena buat cream cheese frosting pulak. Cream cheese frosting ni bertujuan untuk lepa atas kek atau slice kek bagi pelengkap kek red velvet nilah…

Cara 1
227g cream cheese
227g mascarpone (boleh ganti dgn cream cheese juga)
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ ½ cawan whipping cream
Tambah susu segar sedikit untuk frosting yg agak lembut.

Cara 2
500g cream cheese
400ml @ 2 kotak whipping cream
¼ sudu teh garam
2 sudu makan oren sunquick pekat.

*Yg colour merah tu nak senangkan lagi kerja uols*


Kemudian, mari kita pergi kepada proses membuat kek ini pula (salin tau jangan nengok je).

  1. Buat buttermilk dulu. Satukan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam masa 10-15minit sehingga susu menjadi agak pekat. Boleh juga gantikan jus lemon dengan sukatan yg sama.

  1. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter nipis. Pukul Dalam gula dan juga butter sehingga lembut lebih kurang 1-2minit. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar sehingga kembang dan gebu.

  1. Dalam cawan buttermilk, satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati sehingga pewarna tidak berketul-ketul. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang-seli dengan buttermilk sebanyak 3kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

  1. Satukan soda bikarbonat dan cuka di dalam mankuk kecil sehingga berbuih. Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kaup balikkan sehingga sebati.

  1. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40minit sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

  1. Sejukkan di atas redai kemudian belah 2 atau 3 bahagian. Sementara menunggu kek sejuk, sedikan cream cheese frosting. Satukan cream cheese serta bahan-bahan lain dan putar sehingga smooth dan sedikit pekat (agak-agak kepekatan yg sesuai untuk disapu pada kek). Sapukan pada kek dan hias mengikut kesukaan uols. Sejukkan di dalam peti ais untuk kenikmatan yg berganda.



Cara seterusnya adalah cara suka-suka nak ubah. Mana yg rasa-rasa tak okay tu kita repairlah sikit-sikit next time. Ingat motor kereta je ke boleh repair-repair? Kek pun boleh tau. Sebab kita yg buat dia. Kalau uols baca ni confirmlah Hanis dah try ye. Bukan ciplak je resepi dan gambar pastu publish dekat belog and kata sedap sedap. Yang ni baru dinamakan sharing is caring.

Okeh, firstly saya rasa memang banyak pahala lah orang yg bagi resepi ni sebab first time juga buat kek resepi dari internet ni yg menjadi walaupun pada awalnya agak was-was. Tehee…Thanks tau kat blog NI.

Second, uols perasan tak dalam list barang ada disenaraikan serbuk koko, tapi dalam cara membuat tak disebut pun suruh masukkan serbuk koko. So, saya main hentam je masukkan serbuk koko tu masa nak masukkan tepung. Jadi, kita ubahlah sedikit resepi tadi eh. Begitu juga dengan asen vanilla. Letak sebelum uols masukkan tepung tadi.

Ketiga, cream cheese frosting kalau ikut sukatan resepi di atas memang  banyak lebih sebenarnya. Macam boleh buat cream cheese frosting untuk lagi 1 kek je. So, apa kata uols buat sukatan semua untuk separuh-separuh je. Contohnya :-

*Saya guna cream cheese frosting cara 2*

250g cream cheese
200ml @ 1 kotak whipping cream
1/8 sudu teh garam @ secubit garam je
1 sudu makan oren sunquick pekat (nak letak lebih sedikit pun tak ape)


Kalau uols nak tau, cream cheese frosting yg ni agak cair (cair sedikit dari kek yg saya beli tempoh hari). So, rasanya kita pekatkan sedikit dengan lebihkan cream cheese dan kurangkan whipping cream. Ikut sukatan uols lah supaya masa lepa atas kek nanti tak lah meleleh-leleh.

Keempat, warna kek tu memang la merah menyala. Jangan terkejut tau. Dah nama pun red velvet. Tapi rasanya tak perlulah letak sampai habis 1 botol kecil tu. Lagi cantik letak separuh je. Maybe nanti kek yg kita buat tu cantik macam Siti Nurhaliza warna kek yg saya beli kat atas kot. Try ajelah.

Kelima, kek yg saya buat ni okay dan gebu. Resepi ni memang terbaik dari ladanglah. Hehehe. Tapi struktur kek cara bake sebenarnya lebih kering sedikit. So next time apa kata kita try cara stim pulak dengan mengukus kek tu. Maybe lagi lembut kot. Dah nama pun try n error!

Kemudian mari kita servey harga barang-barang yg saya beli pulak. Tengok, sharing giler tak saya sampai siap bagi senarai harga barang-barang lagi dengan uols. *tetiba*

Sebenarnya, harga barang nak buat kek ni taklah mahal sangat. Tapi harga barang-barang nak buat cream cheese frosting dia memang boleh tahan.


1. Cream cheese = RM 7.90/mangkuk-Kena guna 3 mangkuk.
2. Whipping cream = RM 7.90/kotak-Kena guna 2 kotak.
3. Tepung kek = RM 5.90/kotak-Guna suku je
4. Serbuk koko = RM 6.50/250g-Guna 2 sudu besar je.
5. Butter = RM5.90/ketul-Guna separuh sahaja.
6. Cuka = RM1.90/botol-Guna 2 sudu makan je.
7. Susu segar = RM 2.90/kotak.
8. Telur = RM0.60/2biji.
9. Gula kastor = RM2.30/kg-Guna separuh lebih.
10. Asen vanilla = RM 1.90/botol-Guna 1 sudu kecil sahaja.
11. Soda bikarbonat = RM 2.00-Guna 1 sudu kecil sahaja


Totally barang-barang di atas uols boleh buat 2 atau 3 kali lagi kek red velvet ni. Rasanya berpatutan jugalah kan dengan harga dia?


Apa yg saya nak katakan, rasa seronok dapat share apa-apa yg baik dengan kawan-kawan semua. Nak bagi rasa tak dapatlah pula. Tapi saya siap bawa ke office tempat kerja lagi. Alhamdulillah, diorang semua puji sedap konon. Mula-mula tu cuak jugak. Entah apalah yg diorang kritik ni nanti. Silap-silap mau sakit perut lak anak orang. Beria-ria jugalah siap ada member yg kata TERBAIKKK…
 Photobucket
Thanks korang. Memang lebih bersemangat lagilah lepas ni nak pukul orang kek. Sumber inspirasi ni!


Paling best husb call dan cakap nanti lepas ni boleh kumpul duit untuk pergi honeymoon beli oven. Wah! Happy sesangat…Thanks for our supports!


Selamat mencuba. Try, jangan tak try tau! Thanks for reading n I proud to sharing with others.


Thanks 4 ReadinG

Jumaat, 15 Jun 2012

Freebies!

Assalammualaikum...


Hai. Sekarang saya tengah gila berfreebies. Photobucket Semua gambar nak hias-hias bagai dah macam scrape book tu. Tapi yg ni versi digital. Omputeh panggil Digital Scrapebook!

Boleh download freebies-freebies comel ni kat internet je...



Jom tengok ini. Saya tak kreatif sangat. Kalau buat gambar jadi rojak okeh la...hehehe




Percubaan pertama DONE! Tapi sememeh sikit. Suram dan mendung...hehehe


Percubaan kedua agak kebudak-budakan. Sayakan sweet 17..Hahaha...


Ok SekiaN


p/s : Esok nak berBBQ dengan rakan-rakan sepejabat. Yeahhhh! Photobucket tak sabar nak tunggu esok. Taklah sebenarnya tak sabar nak jumpe husb sebab esok dia janji nak ajak tengok wayang midnight. Okeh!


Photobucket

Thanks for Reading
Freebies : Credit to Shutterfly.typepad.com