Ahad, 17 November 2013

Akhirnya Terjawab Sebuah Persoalan

 
Assalammualaikum...

 
"Aku sering resah dan tertanya-tanya bilalah nak bersalin ni? Kenapa orang yg due lagi lewat dari aku dah bersalin dulu? Kenapa sepupu-sepupu yg mengandung seangkatan denganku dah bersalin sedangkan aku masih menanti hari yg tak pasti? Ape yg diorang rasa ye? Macam mana pengalaman diorang ye? Kenapa aku lambat sangat? Kenapa tak ada tanda-tanda langsung? Takkan aku nak tunggu sehingga overdue dan kena induce? Kenapa? Bila?
 
Aku selalu berdoa semoga Allah beri tarikh dan hari yg cantik-cantik untuk anakku lahir ke dunia ini. Selalu juga cakap dgn baby, "nak...lahirlah hari isnin ke...khamis ke...jumaat ke..." Hihi...
Di saat-saat akhir tu juga aku sempat berdoa semoga Allah tunjukkan tanda yg betul-betul sahih agar aku dapat pastikan saat-saat untuk melahirkan zuriat di dalam kandungan ku ini.
 
 
Syukur Alhamdulillah. Allah kabulkan 100% permintaanku. Tiada satu pun yg tertinggal. Semuanya cukup indah, cukup sempurna, cukup sifatnya. Maha Suci Allah."

 
Rupa-rupanya setiap keresahan dan persolan tu terjawab jua akhirnya...
 
 
Tanggal 5 November 2013 bersamaan dgn 1 Muharam 1435H, Hanis selamat melahirkan seorang puteri ke dunia ini. Nak hari yg cantik, Allah tunaikan permintaan Hanis dapat baby awal Muharam lagi. Nak minta Allah tunjukkan tanda-tanda bersalin, terus air ketuban pecah dgn sendirinya tepat jam 12:00a.m menjelang malam 1 Muharam tu. Nak susah-susah dahulu dan senang-senang kemudian pun Allah tunaikan. Memang semasa proses contraction yg sakit sangat tu rasa susah, sedih, kecewa. Tapi Allah gantikan dengan proses bersalin yg sangat senang, tak sakit, mudah dan cepat. Ya Allah tersangat-sangat indah kalau diingat-ingatkan kembali waktu itu. Rasa teringin nak tempuhi saat-saat tu sekali lagi dan lagi. Alhamdulillah. Seronok sesangat!


Terima kasih terutama sekali pada mak yg turut sama mendoakan supaya Hanis kuat, tidak putus asa dan mak jugalah yg mendoakan agar diringankan sedikit beban yg ditanggung, supaya dipermudahkan dan dipercepatkan segala urusan. Tanpa bantuan dan doa dari dia tak mungkin Hanis dapat harungi segala jerih perih sewaktu melahirkan si kecil yg di kandung selama 39minggu 4hari ini. Siriusly doa seorang ibu tu memang mustajab. Suami, dialah tempat Hanis mengadu. Turut sama-sama menggenggam tangan, merasai menggigilnya tubuh ini sewaktu mengharungi proses contraction yg terlalu hebat. Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui. Begitu juga dgn abah dan adik-adik yg sedia menanti dengan tabah dan sabar di luar wad kecemasan. Kawan-kawan dan saudara mara yg sentiasa memberi moral support walau di mana jual kalian berada. Dan yg paling istimewa terima kasih Allah di atas segala nikmat dan syafaat yg kau limpahkan kepadaku. Syukur Alhamdulillah.

 
* * *


Selamat lahir ke dunia duhai anak ku Nur Meddina Myazahra Binti Mohamad Rizal. Semoga menjadi anak yg baik, solehah serta menjadi harapan dan kebanggaan ummi dan abah suatu hari nanti.


 
 Baru berapa hari ummi upload gambar Meddina dalam facebokk terus dapat 151 likes. Rating dia mengalahkan artis! >_<


p/s : Bila dah ada anak boleh dikatakan 95% dari masa 24jam sehari adalah masa untuk anak. Masa tidur pun dikorbankan untuk anak. Beronline, berfacebook dan berblog hanya tinggal sipi-sipi je. Tapi hati dan perasaan ni tak pernah lupa untuk berkongsi setiap detik-detik indah bersama pembaca blog tersayang (ada ke org nak baca? teheee >_<). InshaAllah Hanis akan update entry tentang pengalaman bersalin nanti ye. Tungguuu...



Jumaat, 1 November 2013

Menanti, menunggu, eh bila ni???

 
Assalammualaikum...
 
 
Yeah yeah 39 minggu sudah!
 
Yeah yeah last checkup sudah!
 
Yeah yeah bersedia sudah!
 
(dah kau kenapa nyanyi lagu pop yeah yeah time2 deepavali ni macam si Prabu?-mhi tv3)
 
 
Actually iols sedang menanti hari, waktu dan ketika. Kadang-kadang rasa excited, tapi kadang-kadang nervous pun ada juga. Hari-hari juga tanya dekat baby dalam perut "Bila anak ummi nak keluar ni?" "Best tau kat luar, segala macam benda ada. Baju pink, stuff, tilam empuk and satu almari ummi dah sediakan untuk awak okeh" sambil-sambil umpan dia hopefully cepat-cepatlah baby keluar. Hihi
 
Semalam last checkup dekat KKOL. Then nurse tu pun kata lepas ni saya dah tak bagi lagi tarikh temujanji tau. If 8 Nov ni awak tak bersalin juga terus jumpa doctor di KKBC. Huh! sampai mcm tu sekali? Means anak I selesa sgt lah duduk dalam perut ni? Hihi.
 
Tak sangka. Ingatkan dulu terbesalin awal n tak sempat nak mengharungi minggu-minggu terakhir (weeks 39 dan 40). Rupanya sempat lagi. Nak tunggu bulan November jugak ye sayang. Tak apelah, yg penting kamu sihat dan gembira dalam perut ni. Mesti dalam perut ummi sejuk sangat mcm ada aircond kan? Yelah, sebab hari-hari aku mkn aiskrim, ais dan makanan yg sejuk-sejuk bagai-balas dendam untuk time berpantang nanti. Ahaks!
 
Sekarang kerap sgt dia mengeras. Tapi Alhamdulillah, sebab kepala dia dah betul-betul dekat jalan keluar. Nurse pun dah tak boleh gerak-gerakkan baby lagi masa checkup smlm. Hopefully Hanis dapat deliver secara normal tanpa sebarang masalah n hopefully juga dua-dua selamat. Amin...
 
 
Inilah aktiviti bila tak ada kerja di rumah. Selain daripada berlari-lari main bola dgn anak-anak asuhan mak, adalah kerja merosakkan gambar sendiri secara tak berfaedah. Hihi...Nampak tak bulu mate palesu gedix iols. Hahaha!!!
 
p/s : Erm sedapnya makan macam-macam kt rumah mak ni :) Sebelum tu, hari-hari kita baca doa ni tau...
"Laaa ila Haillaa anta. Subhanaka inni kuntu Minazzoolimin..."