Khamis, 3 Julai 2014

Selamat Pengantin Baru Buat Adikku Halim&Siti Fatimah

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 


Syukur Alhamdulillah, adik ke-2 Hanis telah melangsungkan perkahwinannya pada 24 Mei yg lalu . Majlis bersanding sebelah perempuan telah diadakan pada keesokkan harinya 25 Mei 2014 (Ahad) dan majlis bertandang sebelah keluarga Hanis pula telah diraikan pada 30 Mei dan 1 Jun 2014.

 
Eceh, dia punya mukadimah dah macam wedding tuan punya blog pulak kan? Haruslah! hihi... Actually memang Hanis excited sikit. Bukan ape, kiranya ini second time rumah kiteorang buat kenduri besar-besar macam ni. Masa time Hanis dulu tak rasa sangat nak meraikan tetamu dan sedara mara yg datang. Sebabnya, dah nama pun pengantin kan, memang banyak duduk di bilik dan atas pelamin jerlah. Hahaha...

 
Teruja punya pasal, sampai dah rasa diri ni macam ketua penanggah pun ado .
Start dari warna tema, baju family, baju anak, pelamin, khemah, DJ, barang-barang hantaran, langsir, tempat tidur pengantin semua Hanis nak decide. Hohoho...nampak tak macam Kaklong kawasan yg gila kuasa? Tak nampak? Sedihnyerrr. Mestilah excited...sebab nak dapat ahli keluarga baru kan. Huhu...


Mesti korang pelik kan, aik bila masa pula adik Hanis ni bertunang, tau-tau je dah nak kahwin. Sebab before this Hanis tak pernah update pun entry pasal majlis bertunang adik ni. Theyols ni bertunang masa Hanis baru-baru lagi mengandungkan Meddina. Time tu tengah morning sickness teruk. Sampai nak keluar rumah pun tak larat. So, Hanis tak dapat attend ke rumah bakal adik ipar time tu. Ada juga nak buat entry khas pasal engagement diorang ni. Tangguh punya tangguh sampailah ke majlis kahwin diorang ni. Haha, terukkan Hanis?


Sedikit sentuhan sendiri. Tapi stand with artificial flower tu tempah dekat kedai barangan pengantin di Metro Kajang.
 
Okeh, Hanis cerita dulu bab nikah, dan bersanding sebelah perempuan ye. Upacara nikah dilakukan di Masjid An-nur kampung Bukit Changgang, Banting. Sebenarnya adik ipar Hanis ni orang kampung sebelah je dengan kampung kitaorang. So, perjalanan ke sana taklah mengambil masa berjam-jam. Sepoloh minit je ye. Tak rasa sangatlah nak berkonvoi bawa rombongan pengantin tu.


 
Masa lafaz akad tu memang beberapa kali jugaklah fail . Maybe sebab nervous sgt kot sebabnya awal-awal lagi dah kena sergah dgn bapak mertua. Hihi...
Masa ni nampaklah air mata mak berlinang. Dgr suara di celah-celah tiang tu tengah berdoa dan beristighfar. Touching sangat okeh, sampai air mata itew pun turut sama mengalir . Yelah, mak mana yg tak sedihkan. Rasanya ibarat kita tengah hantar anak kita berjuang di medan perang
lah pulak. Dah ape yg aku merepek ni? Saje je nak bagi mood tawa dalam tangisan kejap (dia tujukan lagu khas Kamikaze pulak!)



 
Alhamdulillah, bertukar status sudah adik Hanis dari bujang ke suami orang. Congrate Angah. Jadi suami yg bertanggungjawab, penyanyang dan Halim ye . Sesuai dah dengan nama dia pun 'Halim' juga.

 




Acara wajib dalam kereta : Selfieeee


* * *

Keesokkan harinya : Majlis bersanding belah pihak perempuan.

Okeh, yg part ni memang excited sikit. Eh tak, Kaklong memang excited banyak . Teringat masa zaman-zaman kita kawen dulu. Memory betullah. Tak sangka lepas 3tahun lebih kahwin, kali ni raikan perkahwinan adik Hanis pula. Tak pernah terbayang pun saat ni dah ada Meddina di sisi dan dapat buat sekali majlis akikah untuk dia. Perancangan Allah tu Maha indah kan?

 
Perkara paling excited nak decide untuk sesuatu majlis atau perayaan dalam family kiteorang, mestilah warna tema pakaian. Tema kali ini iz tiffany blue . Haaa, warna ni memang Hanis yg pilih. Sebabnya pengantin dah pakai baju pink belacan, tak kan kita pun nak pakai warna yg sama kan? Kenalah Nampak pro n contra supaya pengantin tak tenggelam masa bergambar nanti. Lagipun Hanis memang tak ada lagi baju warna ni, so decide sekali buat ramai-ramai untuk wedding adik kali ni. Ingat tak tips wedding yg Hanis pernah bagi dekat korang dulu. Cuba check dekat SINI ye uols image.
 
 
On the way...
 

Kan dah cakap, acara wajib dalam kereta mesti nak...
 

S.E.L.F.I.E.!
 

Kesian Meddina time ni dah mengantuk  sangat. Tapi layankan aje...
 
Lepas ngantuk bertukar jadi garang pulak. Hahaha...macam-macamlah kamu ni Meddina.
 
Time Angah tengah bersiap-siap. Nampak macam bersilat kak andam tu kerjakan adik Hanis. Huhu...
 
Sepupu dan saudara mara Hanis.
 
Time berarak. Bukan ber'arak' mendung okey image

The dulang makciks and girls image

Silat kuntaw maybe. Hahaha
 
Bride yg super comelsss image
 
Ketawa tengok gambar ni bila tengok aksi Meddina time ummi nak ambil gambar pengantin. Nasib baiklah belum boleh berjalan lagi, kalau tak memang kerja ummi nak mengejar dialah sepanjang masa.


 

 
 
 
 
Time makan dah lena dibuai mimpi-mimpi indah.
 
 
 
Masa tengok gambar ni. Tetiba terasa sesuatu yg kurang. Yes!
My mak dah abah tak ada. Rupanya diorang dah balik dulu sebab nak pergi jemputan kahwin jiran dekat kampung pulak. Saborrr jelah. Hahaha...
 
 
Akhirnya tewas juga kamu anak ditangan abah dia...
 
My outfits of the day, kurung peplum.
 
Okhey, menyampah pula tengok gambar sendiri je banyak dekat dalam entry ni. Mengalahkan pengantin. Over tau Kaklong kawasan ni. Hahaha. Okhey next time nak cerita wedding sebelah family Hanis pula. In Shaa Allah kalau diberi kesempatan dan kelebihan waktu.
 
 
p/s : Since dari minggu ni memang boleh dikatakan minggu-minggu yg agak penat but happy untuk Hanis, asben dan Meddina. Next week (30 Mei & 1 Jun) wedding rumah family Hanis pula. Next week (5 Jun till 8 Jun) from the date terus ke Kedah untuk hantar rombongan pengantin adik ipar Hanis. Then minggu berikutnya (14 Jun) wedding untuk adik ipar di rumah mertua pula. Bayangkan 4 minggu  berturut-turut full booked dgn kerja kahwin. Pengsan...
 
 
Next entry...
 
 
 
Salam sayang from ummi dan abah yg hoverrr!
 
M.E.D.D.I.N.A
 
 


2 ulasan:

  1. meddina yg comel dan ummi meddina yg cantik...baju akak cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam Nor Farihan...
      Thanks ye sebab sudi jengah ke blog akak yg x seberapa ni..
      Hehe..akak biasa-biasa je dik...hehe..
      Anyway, thanks a lot n salam kenal dr akak...

      Padam