Selasa, 1 Julai 2014

Mines Wellness City, Sri Kembangan

 
 Assalammualaikum w.b.t

 
Okeh, just nak review sedikit tentang story yg dah berkurun Hanis peram. Kira-kira bulan April yg lalu (bukan nak buat cerita kelako atau Raja Lawak april fool yer ) Hahaha… Kiranya entry out of the day (ootd) pertama untuk family kecil kiteorang. Eh eh, dah ada family kecik upanya. Cam tak pecaya jer…hahaha (mental problem kau ni Hanis…)

Tak pergi jauh mana pun, cuma melawat kawasan Mines Wellness City dekat Mini Cruise The Mines je. Konon-konon nak ajar Meddina mengenali erti dunia luar gitew sambil tengok-tengok tasik, bot, bangau dan spisis-spisis yg sewaktu dengannya. Dalam masa yg sama nak celebrate anniversary holiday kiteorang yg tak berapa nak menjadi sebelum ni. Ok…layan gambar ajelah yer.


Siap-siapkan dulu anak dara kenit ni. Lepas tu bagi dia rileks n posing2 kejap.

First sekali beli tiket dulu dekat kaunter. Ada banyak pekej yg diorang sediakan. Antaranya :


Amazing Cruise
(North+South Cruise)
Masa : 50minit
Adult : RM33 Child : RM24

Discovery Cruise
(North Cruise)
Masa : 40minit
Adult : RM27 Child : RM20

Greenery Cruise
(South Cruise)
Masa : 15minit
Adult : RM22 Child : RM17


RIDE N DINE
Masa : 15minit
Adult : RM30 Child : RM25


WA WA SPLASH TOUR
Masa : 30minit
Adult : RM28 Child : RM20


SPLASH N DINE
Adult : RM36 Child : RM28


Ingatkan Hanis dan asben nak ambil je terus pekej Amazing Cruise (North+South Cruise) tu, biar lama dan puas sikit dapat pusing-pusing sekitar tasik. Tapi perkhidmatan yg kiteorang pilih tu dan yg lain-lain semua tak ada. Yg available cuma Greenery Cruise (South Cruise) je buat masa ni. Hurmm…terima ajelah…

Ok, bot dah start nak bergerak.

Abah Meddina nampak mcm excited, tapi Meddina dah kenapa muka mcm Kaklong kawasan sambil kata "apekehel ni pandang-pandang! Ingat Dina tak bayar tiket keRR?!image" Hahaha...
 
 
 
 
 

 
Before ni (masa zaman-zaman bujang n belum ada anak dulu) memang tak tergerak hati pun nak naik menda alah ni. Just pikir cam bored n membazir je kan. Tapi since dah ada anak Hanis selalu terpikir nak cari aktiviti luar yg more to relax dan santai expecially selesa untuk baby. So, baby pun taklah meragam, tak penat dan tak banyak bergerak.

 
 

Ok...time-time ni lah dia nak menyusu erk
 
Tapi, bila dah naik atas bot ni, Meddina memang nampak relax, chilled and cool je. Sebaliknya mak pak Meddina yg sakai semacam  (jap, kesian sakai terpaksa aku pinjam nama dia sebentar. Sorry yer…hahaha…) Ok, dlm erti kata lain excited sikitlah. Expecially Hanis sebab sepanjang hidup ni, inilah first time Hanis naik bot atau pengangkutan air. Memang tak pernah yer uolsss. Kesiannn...

 

Bila uncle tour guide a.k.a driver bot tu stop kan bot dan matikan enjin dekat tengah-tengah tasik tu, Hanis dah start gelabah “Dah kau nak main lawak sarkas ape pulak pakcik dekat tengah-tengah tasik ni .” Dahlah time tu kiteorang tak pakai safety jacket. Yelah kejap je kan. Cuma 15minit. Time tu dah terpikir dah, kalaulah bot ni karam ke, mcm manalah aku nak survive dengan anak lagi. Dahlah tak pandai berenang. Ouch! Kesian giler! Meddina baru 5bulan kot (masa tu). Baru 5 bulan aku dapat hidup dgn dia. Dah start dah otak negative ni dok pikir yg bukan-bukan. Korang nampak tak permainan dia dekat situ image? Hahahaha…

 

Tapi jgn risau. Hanis pecaya uncle tour guide ni memang dah pakar dalam bidang ni. Dah pekerjaan dia hari-hari kot. Sebabnya, dia boleh tau bot tu seimbang atau tak semasa dan sebelum bot bergerak. Kalau tak balance, dia akan suruh kitaorang duduk sama rata bagi memudahkan dia untuk kendalikan bot tu nanti.

 

Pakej yg kitaorang naik ni pusing-pusing sekitar tasik yg kecil je. Cuma melawat sekitar south lake yg tak berapa luas sangat kalau nak dibandingkan dgn north lake yg perjalanan dari awal hingga ke hujungnya pun dah mengambil masa selama 40minit.

 
Salah satu part of Hotel Mines kalau tak silap Hanis.
 
Tapi dalam pekej ni kita akan dibawa melawat dan melihat suasana dari tebing Hotel The Mines serta permandangan mahligai mewah milik owner The Mines sendiri iaitu Tan Sri Lee Kim Yew dan satu lagi mahligai beserta bot mewah kepunyaan bekas Menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Terdapat juga 2 ekor bangau yg menjadi tarikan di tengah-tengah tasik tu. Yg lain-lain bg Hanis biasa-biasa je. Sesuailah untuk aktiviti keluarga yg more to relax dan santai lebih-lebih lagi untuk Meddina yg tak paham apa-apa lagi. Ye tak? image Hahaha…

 

Ok, Thanks for reading. Selamat menjalani ibadah puasa pada yg beragama Islam. First time puasa sebagai seorang ibu. Breast feeding baby lagi. Harap-harap semuanya di permudahkan oleh Allah s.w.t. Amen...
(bunyinya mcm tak ada kena mengena je dgn entry ni. Hikhik)
 
 Bye!

 

2 ulasan: