Rabu, 28 November 2012

Tips untuk pengguna SNE Beutskin Essence dan SNE Capsule


Assalammualaikum…


Terima kasih pada mereka yg sudi singgah dan membaca entry yg tidak seberapa ini. Bagaimana pengalaman anda semua menggunakan SNE? Rasa berbaloi-baloi? Pada mereka yg telah nampak hasilnya tahniah Hanis ucapkan. Pada yg masih belum, teruskan mengguna. Jangan cepat berputus asa okay.

Mungkin ada dikalangan anda yg masih belum dapat melihat perubahan dalam masa yg singkat dengan hanya makan sekotak. Hanis sendiri pun dah makan lebih daripada 7 kotak. Setakat ni Alhamdulillah…Kena laratkan sedikit duitlah untuk hasil yg memuaskan.

Ramai yg bertanyakan Hanis tentang produk SNE melalui ENTRY Hanis yg sebelum ni,  Alhamdulillah sambutan nampaknya amat menggalakkan. Untuk pengetahuan anda, Hanis bukanlah dealer atau menjual produk SNE ye. Hanis Cuma beli untuk makan sendiri dan share pengalaman Hanis pada mereka yg berminat untuk menggunakan produk ini agar mendapat kesan yg lebih efektif dan cepat. Berikut adalah tips-tips yg Hanis amalkan :-


1. Untuk pengguna SNE Capsule mahupun SNE Beutskin Essence, anda disarankan untuk minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya 3-4liter sehari. Ini kerana, air berfungsi sebagai pengurai dan penyerap zat-zat penting yg diperlukan serta berperanan mengangkut/menyebar semua khasiat ke seluruh badan dan mempercepatkan pembungan toksin radikal bebas di dalam badan selain memelihara keanjalan dan kelembapan kulit

2. Selain itu, tahukan anda SNE Capsule boleh juga digunakan sebagai antiseptic atau ubat untuk menyembuh luka luaran. Contohnya pecahkan@koyak SNE capsule dan titiskan pada tempat luka tersebut. Hanis dah try pada kesan jahit semasa operation hari tu. Alhamdulillah luka cepat baik, kering dan kesan jahit kembali rapat pada masa yg singkat. Tak gunapun ubat krim yg doctor bagi. Hehehe…

3. Sama seperti kegunaan di atas, ini adalah pengalaman anak kepada seorang kenalan mak Hanis yg mengalami ketumbuhan di kaki. Beliau telah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut yg membesar seberat 6kg! Bayangkan. Selain daripada makan SNE Capsule dengan banyak, beliau juga memecahkan beberapa biji SNE Capsule di tempat luka tersebut setiap hari. Memang terbukti dan kini luka dari kesan ketumbuhan dan pembedahan tu telah pulih dengan sempurna dan cepat.

4. SNE Capsule boleh juga di ambil dengan cara memecahkan di dalam mulut sebelum anda menelannya. Bagi mendapatkan penyerapan zat-zat serta nutrient yg terkandung di dalam supplement SNE Capsule dengan lebih cepat dan efektif ke dalam tubuh badan anda. Rasa dan bau yg terdapat pada capsule SNE adalah berbeza bagi setiap individu dan penyakit yg anda alami. Bau dan rasa tersebut akan menghilang dan berubah kepada wangi dan harum apabila penyakit anda beransur pulih. 
(Hanis dah alaminya. Bau busuk sangat masa mula-mula ambil SNE Capsule. Kemudian berubah menjadi wangi dan harum setelah beberapa kotak pengambilan SNE dan penyakit kembali pulih)

5. Pastikan anda mengambil supplement SNE pada waktu yg betul iaitu sebelum sarapan (ketika perut kosong) dan sebelum tidur. Kerana pada waktu ini system pencernaan bersedia meyerap dengan kadar maksima tanpa gangguan daripada makanan-makanan lain yg belum dihadam atau banyak dalam perut. Amalkan juga gaya hidup aktif, sentiasa bersenam dan mengambil pemakanan yg seimbang.

6. Maklumat penting bagi mereka yg baru atau mahu mencuba SNE Beutskin Essence. Untuk mendapatkan kesan serta penyerapan SNE Beutskin Essence oleh badan secara maksimum, pastikan system pencernaan dan perkumuhan anda berada dalam keadaan baik. Jika anda sentiasa sembelit, letih, tidak bertenaga, pening kepala, jerawat naik tidak kira masa, ini memberi isyarat badan anda mengandungi banyak toksin, perjalanan darah terganggu dan system dalaman badan dalam keadaan tidak memuaskan. Sila ambil SNE Capsule dahulu (sekurang-kurangnya sekotak) atau boleh diambil secara serentak
(Bukan Hanis reka cerita ye. Tapi aunty deeler SNE yg selalu pergi meeting SNE  bagi tau. So, Hanis tolong sampaikan je.)


Thanks For Reading dan Selamat Mencuba!



image

 
p/s : Nanti Hanis update gambar koleksi SNE Beutskin Essnce dan SNE Capsule yg Hanis and my mom makan ye. 


9 ulasan:

  1. salam, akak.. saya nak tanya la untuk produk ni, berapa umur yang sesuai untuk menggunakannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Hanis tak perasan pula had umur minimum yg dibenarkan. Maybe di kotak SNE tu ada ditulis...

      Padam
  2. Salam.
    Saya pun baru cuba makan sne kapsul.Sbb muka ada masalah jerawat yang banyak.Sblm ini cuba makan soy collagen,dh 6 bulan tapi jerawat tak surut2 makin banyak cuma kulit jadi putih and gebu.Lepas 4 hari makan sne kapsul.alhamdulilah merah2 dkt muka dh tak nmpak sgt.jerawat mula susut.Tapi sis,kena pecahkan dulu ke kapsulnya baru makan.Saya telan je mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.

      Tak perlu pecahkan. Terus telan shj. Tahniah Amilyn..teruskan penggunaan ye.

      Padam
  3. Assalam kalo kulit xda mslah jerawat pe bole mkn tk sne beautskin ni?

    BalasPadam