Ahad, 18 November 2012

Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung


Assalammualaikum...


Bertudung bukanlah alasan untuk mengabaikan penjagaan rambut. Lebih-lebih lagi selepas mahkota wanita itu dibiarkan tertutup melebihi lapan jam sehari. Bagi yg bertudung penjagaan rambut yg rapi adalah sangat penting kerana aliran udara yg tidak sempurna boleh merosakkan kesihatan rambut. Berikut tips penjagaan rambut yg boleh diperaktikkan bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi rambut wanita.



Cuci rambut

Rutin terbaik untuk mencuci rambut adalah dua atau tiga hari sekali. Paling penting pilihlah syampu yg sesuai dengan rambut kamu. Tidak seharusnya mahal, asalkan syampu tersebut mampu membuatkan kulit kepala terasa bersih serta menjadikan rambut sihat, itu sudah memadai.


Longgarkan ikatan rambut

Jangan ikat rambut terlalu ketatkerana ikatan tersebut mampu memberikan tekanan kepada kulit kepala. Oleh itu, longgarkan
sedikit ikatan supaya kamu menjadi lebih selesa, selain
mengurangkan masalah keguguran rambut.


Elak menggosok rambut secara kasar

Semasa mengeringkan rambut dengan tuala, gosok secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Dengan itu, kamu dapat mengelakkan rambut mudah putus dan gugur.


Rawatan rambut

Memakai tudung boleh menimbulkan bau yg tidak enak pada rambut kerana faktor kelembapan. Oleh itu, rawatlah mahkota kamu itu dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar dapat mengekalkan keharuman rambut! Hurrrmm...


Pilih fabrik tudung

Penggunaan tudung daripada material kapas sangat disarankan
 kerana mampu memberi pengaliran udara keluar dan masuk.
 Selain itu, elakkan memakai tudung yg berlapis-lapis ketika sedang beriadah. Ini kerana semakin tebal tudung yg dipakai semakin sukar kulit kepala mahu bernafas.


Mengeringkan rambut sebelum bertudung

Elak mengikat rambut ketika basah dan kemudian terus menyarungkan tudung bagi memastikan kulit kepala tidak tebal dengan kelamumur. Kamu boleh mencuci rambut pada waktu malam bagi membiarkah mahkota wanita itu kering secara semulajadi.


Elak guna pengering rambut

Penggunaan pengering rambut yg kerap akan membuat rambut kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jika anda tidak mempunyai pilihan gunakan kipas angin dan halakan pada rambut sambil jari jemari anda meleraikan helaian rambut tersebut. Pasti rambut anda akan cepat kering dan tidak merosakkan struktur rambut.


Sumber petikan dari Utusan Malaysia
Illustri bergambar dari Google

Sharing is caring!


2 ulasan:

  1. yeesss..sy sndri ad mslah kelemumur n rambut gugur...rempah ratus...maksud k.hanis rempah mcm mne???

    BalasPadam