Jumaat, 16 November 2012

Istanbul Aku Datang!!!


Assalammualaikum...


Eeeee!!! Tak sabar, tak sabar, tak sabarrrrr!!!


Dubai Aku Datang...eh, eh silap Istanbul Aku Datang.


Hohoho...ini salah satu daripada tagline cerita Istanbul Aku Datang. Sama macam tagline ni, saya pun rasa tak sabar nak ke sana! Ops! verangan ajelah Nurhafizah Hanis. Hehehehe...

Jumaat lepas, masa rehat yg panjang telah diisi sebaik mungkin dengan aktiviti berfaedah iaitu menonton wayang di Alamanda...Berfaedah sangat!

Pukul 12:15tgh hari berdesup saya, Kak Aishah (opismate 1) dan Kak Rose (opismate 2) menuju ke Alamanda, Putrajaya. Dah mcm cerekarama tv3 pulak belog aku ni sampai ada opismate 1 dan opismate 2. Hehehe...

Oleh kerana kesuntukan masa, saya telah turunkan Kak Aishah selaku opismate 1 di tepi jalan untuk bergegas membeli tiket wayang. Selesai park kereta, saya dan Kak Ros yg berperanan sebagai opismate 2 berlari-lari untuk masuk ke dalam bangunan. Masing-masing berpecah. Sorang (saya letew) mendapatkan Kak Aishah di GSC dan Kak Ros terus ke Mekdi untuk tapau apa-apa yg patut. Saya? Kenyang lagi, sebab baru lepas breakfast Burger KFC Double Down! Hohoho...

Tayangan start pukul 12:30tgh hari. Masa masuk panggung lewat dalam 5minit. Tapi biasalah sebelum cerita bermula mestilah banyak iklankan? Sempatlah buat pemerhatian dimana dalam panggung hari tu dipenuhi oleh kaum hawa. Hari Jumaatkan hari wanita bergumbira! Sampai seat baris nombor 3 dari depan pun penuh. Tengok, hebat tak hebat penangan Lisa Surihani. Rasanya bukan penangan Lisa kot, penangan Beto Kusyairi ni. Hahahaha...


Saat yg dinanti-nantikan, cerita pun bermula...


Awek xoxo yg ekcited! Hehe...


Jalan cerita ni simple and sungguh sweet. Mengisahkan tentang Dian (lakonan Lisa Surihani), awek xoxo yg datang berhijrah ke Istanbul semata-mata untuk berjumpa dengan kekasih hatinya si Azad (lakonan Tomok) yg sedang menuntut di universiti di sana dalam jurusan medic. 


Kesungguhan Dian mencari rumah sewa di Istanbul. Tak manislah katakan tinggal sebumbung dengan teman lelaki. Dan akhirnya ops!


Dalam diam, Dian juga mengimpikan sebuah kebahagiaan bersama Azad dan berharap hubungan rapat mereka di sana akan diakhiri dengan lamaran Azad terhadapnya setelah beliau tamat kursus pendek di universiti yg sama.


Time ni geli geleman tengok si Tomok urut-urut pipi gebu Lisa. Eeeyeks!


Namun, plan manis Dian bertukar tragedi apabila dia bertemu dengan Harris (lakonan Beto Kusyairi) yg merupakan housemate tanpa disedarinya. Konflik dan perbalahan antara Dian dan Harris telah mencetuskan kontroversi dan secara tidak sengaja telah mengheret Azad ke kancah perbalahan itu.

Kisah ini menjadi semakin tegang dan rumit apabila Azad menuduh Dian gadis curang dan mengkhianati cinta mereka kerana tinggal serumah dengan lelaki lain. Dalam pada masa yg sama Azad juga mempunyai kekasih lain dan mengambil kesempatan itu untuk menutup kesalahannya.

Walaubagaimanapun, kehadiran Harris telah mengubati luka dihati Dian. Dalam diam Harris juga menyimpan perasan kasih dan sayang terhadap Dian. Sebelum Dian pulang ke Malaysia, Harris telah menghadiahkan Dian seribu kenangan manis dengan membawanya melawati kota Istanbul. Azad juga telah mulai sedar akan kesalahannya dan merayu kepada Dian agar menerimanya kembali dan segera melamar Dian sebagai isterinya. 


Jalan-jalan di Istanbul naik scooter. Ekau haddo? Haha...sungguh romantiks!


Namun...Adakah Dian sudi menerima cinta Azad kembali meskipun hatinya telah dilukai? Adakah Dian akan meneruskan impian dan harapannya untuk bersama Azad meskipun perancangannya menanti kata-kata lamaran yg selama ini diharap-harapkan dicemari dengan sebuah kedukaan?

Masih relevankah kata-kata ini di hati Dian?

"Apabila dua kehidupan bersatu,
bukan semudah itu untuk dileraikan"


Dua tahun kemudian, Dian kembali semula ke Istanbul dengan sebuah harapan iaitu merakam gambar-gambar perkahwinan mereka di sana. Tetapi dengan siapa??? Erm...ofkoslah uols kena tengok sendiri cerita ni...Hehehe...


* * *

Cerita ni memang kelakar tau. Mula-mula, ingatkan macam cerita-cerita melayu yg lain-lain. Macam biasa-biasa je. Rupa-rupanya tekaan saya jauh sama sekali. Bila tengok cerita ni rasa macam tak sabar nak pergi Dubai.

Eeeee!!! Tak sabar, tak sabar, tak sabarrrrr!!!
 Oh, my hubby...tolong realisasikan impian isteri tersayang ni. Hehehek...

Tapi jangan dapat rumah yg kena panjat tangga batu caves macam dalam citer ni sudahlah ye. Memang sumpah aku menagis nak balik Malaysia cepat-cepat! Time tu confirm keluar ayat ni " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, confirm aku nak hujan air. Waaa!!!"

** Rating Hanis untuk cerita Istanbul Aku Datang adalah...4.5/5

** Awek xoxo tu means minah blogger. Sebab dalam cerita ni Dian mesti update setiap apa yg terjadi dan apa yg dilakukan di dalam blog peribadinya. Dan di akhir entry mesti ada perkataan Xoxo D publish!

** And lastly, dalam cerita ni Lisa tak cover-cover pelat arrR dia tu. Syabas Lisa. Still menarik dan anda sungguh comel! Hehehe


Selamat Menonton!
Xoxo, publish!

Thanks for Reading


4 ulasan:

  1. amboooi kak hanis da btl2 x saboo nk g dubaii nie..hiiik...semoga dpermudahkn yer lalink...mcm menarik je citer nie...huhu nie wajib tonton nie..ahaksss

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah Whiterose, kalau ada rezeki. Yes wajib tonton cerita ni. Menarik tau...

      Padam
  2. best eh citer ni? zana dah lama x tgk wayang.. asyik tunggu movie kat on9 jer.. hehehehe...

    wah, dating sekali dgn kak aishah dan kak ros yer.. seronoknya!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zana tgklah citer ni dgn Abg Hadi. Confirm buat bulu roma meremang. Pastu ckp kt dia "Bang, boleh x bwk saya melancong ke Istanbul?"
      Kihkihkih....^_^

      Padam