Isnin, 26 November 2012

Syurga Seorang Anak


Assalammualaikum.


6 Mac 2011 tetap dalam ingatan...






Melihatkan gambar-gambar ini membuatkan hati saya betul-betul sebak. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Bagaimana agaknya perasaan ibu kita saat anak perempuan mereka diambil orang ye?

Dari sebesar tapak tangan, sehinggalah boleh menguruskan diri sendiri, semua keperluan kita ibu dan ayah sediakan. Rasa hilang segala-galanya harta yg amat berharga saat tanggungjawab itu diserahkan kepada insan lain. Tak lain tak bukan amanat ibu dan ayah kepada suami kita adalah menjaga puteri kesayangan sebaik yg mungkin sama sepertimana yg mereka lakukan selama ini.

Waima, saat kita kecil seekor nyamukpun tidak diizinkan kita digigitnya. Begitulah juga apabila tugas itu diambil alih oleh suami. Dengan harapan kita tak disakiti, kita tak dikasari, kita diberi tempat tinggal yg sempurna, makanan yg cukup dan kebahagiaan serta kasih sayang yg melimpah ruah. Begitu tinggi harapan mereka samalah betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang ibu dan ayah. Tidak terhingga, tidak terperi dan tiada galang gantinya…

Tiap kali balik rumah mak abah, mesti mak akan peluk saya kuat-kuat ibarat melepaskan sesuatu yg dah lama terpendam dalam hati dia. So, pada semua yg dah lama tak peluk dan cium ibu dan ayah, cepat-cepat balik peluk dan cium mereka dengan penuh perasaan kasih sayang. Walaupun syurga seorang isteri terletak dikaki suami, namun syurga seorang anak tetap terletak ditelapak kaki ibu untuk selama-lamanya.

p/s : Teringat pada adik bongsu saya Iwan yg selalu cium tapak kaki mak ketika tidur. Dia kata “Iwan nampak syurga ni kat kaki mak”. Ya Allah…sedih sesangat.


Thanks For Reading

Tiada ulasan:

Catat Ulasan