Sabtu, 29 September 2012

Cameron Highland-Ladang Teh Boh Sungai Palas



Assalammualaikum…

(sambungan daripada entry yg lepas)

Tempat pertama yg kami lawati di Cameron Highland adalah Ladang Teh Boh Sungai Palas. Ladang ini terletak di Brinchang iaitu kawasan yg paling tinggi kalau di area Cameron Highland. Perjalanan dari apartmen kami ke Brinchang lebih kurang 15minit.


Saya, asben dan Wan (adik ipar) naik satu kereta.

Tengok tu, dalam kereta lagi dah happy kemaen. Tengoklah muka cuak masing-masing kejap lagi. Hahaha


Perjalanan dari kaki ke puncak bukit ladang teh kira-kira dalam 3km dengan laluan yg sangat merbahaya dan berliku. Masa melalui jalan sempit ni muka dan hati masing-masing memang cuak habislah. Mana taknya, sebelah lereng bukit dan sebelah lagi gaung. Ada sesetengah jalan hanya untuk laluan sebuah kereta sahaja. Bila berselisih dgn kenderaan lain memang kena bertolak ansur each other. Silap-silap boleh jatuh ke gaung dengan kereta-kereta kita!


Tengok papan tanda tu. Sempat lagi snap gambar masa kereta tgh berjalan. Huhu…


Aktiviti menapak ke Tea Boh Center.


Berlatar belakangkan permandangan pohon teh yg menghijoo ^_^


Kak Ina dan Abg Daus. Macam pasangan pengantin baru pulak. Hihi


Haa...ini barulah pasangan pengantin baruuu...(Ahaqqq! perasan)




 Kami berjalan lebih kurang 200meter ke Tea Boh Center melalui jalan berturap yg telah di sediakan ini. Dan setibanya di atas…




Subhanallah cantik sungguh alam ciptaan Allah. Rasa udara 100% segar dan nyaman je masa di sini. Untung betul org-org yg tinggal disini. Hari-hari hirup udara segar. Tak macam kita di KL. Penuh dengan asap dan debu. Uhuk! uhuk! (buat-buat batuk menggambarkan betapa kotornya udara kita)



Hipotesis

Kandungan udara = O2(Oksigen) + N2(Nitrogen) + CO2(Karbondioksida) + Ar(Argon) + CO(karbon monoksida) dan gas-gas lain seperti Kr(Kripton), Ne(Neon), Xe(Xenon), He(Helium), Hi(Hidrogen) dan O,(Ozon)
(Haa...kan bila cikgu sains telah mengeluarkan hipotesisnya di blog.)










Kalau dah smpai dekat tempat cantik ni memang tak sahlah kalau tak bergambar kan? Kalau boleh nak berphotoshoot bagai. Aktiviti di sini selain menghayati keindahan ciptaan Allah s.w.t dan menghirup udara yg segar dan nyaman, adalah aktiviti bergambar.


Bajet nak sandar-sandar pada pokok macam lagu ‘Sandarkan Pada Kenangan’ letewww. Huehue…

Suami pula tak cukup-cukup ambik gambar aku dan family sempat lagi ambik gambar perempuan lain. Amboiiiiiii kemaeeennn….


Entah macam mana gambar ni boleh terselit dekat henpon. Kalau tak silap Wan yg ambik. Dia kata ‘bahan bukti’ untuk kakak ipar. Hahahaha…

Di Tea Boh Center ni terdapat mini shop atau pusat jualan produk Teh Boh. Harga teh yg dijual sama je dengan harga di kedai dan Giant depan rumah aku. Tapi kalau bajet-bajet nak beli sebagai buah tangan apa salahnye kan? Hehehe…

Selain itu terdapat juga ruang legar ke kilang serta mini studio yg menceritakan tentang sejarah teh dan kilang ini.


Mini shop atau pusat jualan Teh Boh. Saya bukanlah peminum teh yg tegar. So, kalau tak belipun tak rugi. Hihihi…

Teh Boh. Ummpphh!!! ( tiru iklan dalam tv ^_^  )

Our family di ruang legar Teh Boh.

Kemudian, kami melawat kilang Teh Boh yg terdapat disitu.  Kilang ni tak besar mana pun. Nampak macam usang je. Tapi jangan tak percaya kilang yg kecil inilah tempat penghasilan Teh Boh yg berkualiti tinggi sedap sehingga menjilat bibir uols. Ummppphh!!! Ermm nak, promote habis…

Terpikir jugak dalam hati “Ni kilang ke setooorrrrr!!!” Bhahaha…


Mesin pengisar teh (ini bukan yg sebenar. Pameran)



Di hadapan kilang Teh Boh Sungai Palas.

Setelah puas berjalan dan melawati kawasan sekitar kilang, Kak Lisa ajak weols semua minum sambil santai-santai di café Teh Boh. Mungkin semua dah sedia maklum, di sinilah tempat penggambaran cerita Ombak Rindu. Adegan Lisa Surihani dan Aaron Aziz. Wittt Weee!!!




While waiting my tea.

For your information, harga sechewan teh di sini adalah RM3.40. Harga seteko tak pasti pula. Tapi kalau uols nak tambah air panas RM2.00 untuk setiap teko.

Teh RM3.40 x 9 orang = RM30.60
Butter Biscuit RM5.90 x 2 = RM11.80
Cheese Bun RM5.80 x 2 = RM11.60
So Total = RM54.00
(Kak Lisa n Abg Farizal belanja. Hehe…)


Nak kata teh kat café ni sedap sangat tu takdelah pulak. Sedap lagi teh kedai mamak kat bawah kan? Hahaha (mati aku kalau Boh tau!)

Tapi for those yg nak try teh fresh dari ladang bolehlah datang berkunjung dan menikmati teh di Café Boh ni…

Ummpphh!!! Pahit! Rasakan, tambah susu dah gula banyak-banyak pun masih tak menepati piawaian rasa teh yg sebenar. Haha…


Ni teruja tengok teh ke ape???


Gaya org Eskimo sedang menikmati teh. Caranya, sudu air teh perlahan-lahan sehingga habis sechewan. Hihihi…

Kemudian, kami bergambar di anjung café pula. Ramai giler makhluk tuhan. Sampai nak bergambar  pun terpaksa cari port di celah-celahan.





Hai...inilah budak eskimo yg sempat saya tangkap tadi. Athirah comels


Gaya si parajurit yg tiada kena mengena dgn ladang teh. Hahaha…(di hadapan Boh Tea Center)


Ini gaya kapal terbang ke helang ntah. Erm… akupun tak pasti… Apa-apa ajelah Wan…


Selepas minum, kami bergerak menuruni ladang teh ke tempat parking kereta melalui ‘tea bush walk’ atau di lereng-lereng pohon teh yg menghijau. Ya Allah! Sekali lagi terpesona mata tatkala melihat keindahan alam ciptaan tuhan.








Saranghheee!!! (bajet Korea)





Model iklan tidak berbayar. Sila tinggalkan pesanan anda selepas nada dering ini..."Teerrrtttt!!"

Sekarang telah tiba di tempat parking kereta. Ekspedisi bukan baru bermula, tetapi telah tiba dipenghujungnya.


Sekian lawatan kami ke Ladang The Boh Sungai Palas. InshaAllah akan berkunjung ke sini lagi jika di beri kesempatan dan ruang. Amin…


p/s : Selain teh, Cameron Highland juga terkenal dengan buah strawberri. Next entry saya akan update lawatan kami ke strawberry farm pula. Tunggu ok…,




Last but not least…



                                                           
Memory!!!

Thanks for Reading


Khamis, 27 September 2012

Percutian Keluarga Ke Cameron Highland



Assalammualaikum.


Seperti yg saya janjikan….jeng…jeng…jeng…
(sila abaikan soundtrack tidak berbayar di atas.. Hehe…).


Maaf di atas kelewatan mengupdate entry yg tak seberapa ini. Disebabkan kesibukan kerja yg melanda, dan aktiviti mengedit gambar yg super banyak membuatkan entry ini sering tertangguh.


Jadi, saya akan cuba update selaju yg mungkin, ringkas dan padat agar pembaca semua tidak menguap berulangkali sewaktu membaca…(Huuwaaappp!! Aku pulak yg rasa nak menguap!)


Bila bercakap pasal Cameron Highland atau Genting Highland, adalah destinasi yg saya tak pernah terpikir dan tidak berminat langsung untuk pergi. Kenapa??? Walaupun jaraknya tidaklah seberapa jauh, mungkin disebabkan imaginasi saya sering dihantui oleh cerita-cerita mengerikan dan jalanraya yg merbahaya membuatkan saya tak berminat langsung.


Tapi, benarlah kata org, tak kenal maka tak cinta. Lalu, pada 14 September yg lepas saya mengikuti percutian keluarga mertua ke Cameron Highland. Lagipun family trip. Kenalah joined. Nanti mak mertua tak sayang aku pulok…hehehe…


Saya dan asben bergerak lewat hari Jumaat tu kira-kira lepas maghrib disebabkan beberapa masalah yg tak dapat dielakkan. Manakala mak, ayah, kakak, abang dan adik ipar telah tiba di Tanah Rata lebih kurang jam 2:00ptg.


Perjalanan kami dari highway menuju ke Simpang Pulai agak sesak malam tu. Maybe kebanyakkan org mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung sempena cuti hari Malaysia yg jatuh pada hari isnin. Tak pun ramai yg berebut-rebut nak pergi ke Cameron juga! Motip apa pulak semua nak berebut-rebut ni???Blank!


Kami tiba di Appartment Parkview tepat jam 1 malam. Uols bayangkan cuma kereta kami je meredah jalan yg sunyi tengah malam buta dari Highway Simpang Pulai ke Tanah Rata. Hubby boleh pulak nak test drive kereta viva aku dengan membawa laju-laju di jalan yg berbengkang bengkok tu. Macamlah viva tak power! Hahaha…

Keesokkan harinya…..(15 Sept 2012)

...

...


Bangun lewat pagipun dah macam bangun disubuh hari. Stokin dan baju lengan panjang memang sentiasa pakai sebab cuaca di sana sejuk gilerrr!!! Tak koser aku nak pijak tile rumah tu mengalahkan memijak air batu!


Tak tahulah kenapa ramai yg kata Cameron sekarang dah tak sejuk. But for me memang badan beruang-lah siapa-siapa yg kata tak sejuk tu. Hehehe…


Nak tahu aktiviti weols seterusnya? Next entry okeh… ^_^


Ahli rombongan sekolah (dari kiri) : Kak Lisa, Abg Farizal, Farisha comel, Riduwan, Emak, Saya lagi comel, Ayah, Kak Ina, Abg Firdaus, Athirah kiut dan Hubby



p/s : Eh eh, nape entry ini pendek sgt ek? Kan dah cakap tadi kena laju, ringkas dan padat. Nak menguappp dah ni! Huuuaaappp! Ok Bye!


Thanks for reading!



Rabu, 19 September 2012

Camerons I'm Coming!!!


Hi! rabbitaemoticon 

 Assalammualaikum
















Destinasi : Cameron Highlands
Tarikh : 14 - 16 Sept 2012


Full entry will be update soon


Tungguuuu......


Sabtu, 15 September 2012

Lepas Raya Mengwedding Pula.


Assalammualaikum.


Seminggu selepas raya, dah bersusun kad jemputan kahwin di rumah. Kalau time puasa, aktiviti majlis perkahwinan ni tergendala sekejap. Time puasakan...ada ke org buat kerja-kerja kahwin time-time bulan puasa?
Hahaha...itu kedekut namanya...

Zaman laa ni (kata oghang Penang) tak perlu tunggu time cuti sekolah. Tiap-tiap minggu ada je org kahwin. Kadang-kadang seminggu sampai 3 atau 4 buah rumah. Hambek! terkejar-kejar kau kesana kemari.

Okeh, minggu pertama raya, dipenuhi dgn aktiviti beraya sakan. Minggu kedua raya, aktiviti mengwedding pula. Mengwedding sambil beraya. Oklah tu.
Kata 1 Malaysia ada saudara mara. Jadi gunakanlah peluang yg ada sebaik mungkin. Nasib baik raya sebulan! Hoho...

Minggu kedua (1 Sept 2012) selepas raya balik ke Johor lagi. Hamboi...tiap-tiap minggu balik Johor. Kali ni mengwedding ke Kluang pula. Pergipun naik sebuah kereta je.
Memandangkan adik-adik dan asben saya dah start bekerja, jadi yg pergi hanyalah parents, Iwan, Ammar dan saya (si tukang penyibuk) Hihi...


Keterujaan bergambar dipelamin menjadi semakin merosot akibat ketidakhadiran suami. Ahaks!


Rumah saudara abah kat Kluang ni betul-betul diceruk rantau. Kalau tak guna GPS confirm sampai malam tak sampai-sampai. Nak bajet je ayat aku kan. Hahaha...




Nasib baik SIII ada GPS. Bajet lagi. Kalau tak sebut SIII tak boleh kan? Hahaha...
Sorrylah kengkawan, bukan bajet nak menunjuk-nunjuk. Tapi kadangkala GPS ni pun penting juga untuk org yg gemar berjalan tapi buta jalan. Macam family akulah. Muhehehe... 


Couple yg soooo suwiiitttt!!!


Sampai di sana, jumpa lagi Paklong, Maklong, Pakngah, Makngah dan Anuar.
Diorang pun attand wedding ni dan semua bergerak dari JB. Tak sangka pula keluar highway sama-sama dan otw ke rumah pengantin pun sama-sama berkonvoi.

As usually, bila sampai dirumah pengantin, mestilah bersalam-salaman dengan saudara-mara dan menjamu selera.
Kata perut dah lapar sebab perjalanan mengambil masa lebih dari 4 jam.


Dari kiri : Iwan, Hanis (nak jugak!), Intan, Amir, Pakcik Mahmud, Makcik Limah, Irsyad, Abah dan Maa


Dari Kluang terus ke Muar. Beraya ke rumah adik abah pula. Sebab masa balik kampung hari tu tak sempat nak singgah Muar. Jadi, dah alang-alang ke Johor, jengahlah sekali.

Sebelum tu sempat lagi singgah Ayer Hitam. Kan aku dah kata, kalau turun Johor tak singgah Ayer Hitam memang tak sah.

Sempat jugalah saya dan maa beli magkuk kristal. Beza memang berbeza (ceh! nak iklan habis letew!). Harga barang-barang kat sini memang lebih murah kalau nak dibandingkan dgn Nilai 3.
Untunggglerrr orang yg duduk area Johor. Kikiki...

Sampai di rumah Makcik Limah (adik abah, bukan Hantu Kak Limah okay!) hari pun dah agak lewat petang. Malam tu theyols belanja kami sekeluarga makan malam di Restoran Sabak Awor. Nama macam pelik kan? Nama pelik tu tak penting. Yg pentingnya makanan kat sini memang superbbb sedap.

Tempat makan ni atas jeti di tepi laut. Kena pulak time makan angin sepoi-sepoi bahasa kata kau... Memang licinlah semua makanan. Huhuhu... Kopak duit Makcik Limah and her asben. Anyway thanks a lot to Makcik Limah n family sebab beri layanan terbaik buat kami sekeluarga sepanjang disana.

Lepas makan bergerak pulang ke Banting lebih kurang jam 9:45mlm. Sampai rumah pukul 12:00mlm.
Huh! Penat tak terhingga!


Sekian, Thanks for readinG