Assalammualaikum…
Tempat pertama yg kami lawati di Cameron Highland
adalah Ladang Teh Boh Sungai Palas. Ladang ini terletak di Brinchang iaitu
kawasan yg paling tinggi kalau di area Cameron Highland. Perjalanan dari apartmen kami ke
Brinchang lebih kurang 15minit.
Saya, asben dan Wan (adik ipar) naik satu kereta. |
Tengok tu, dalam kereta lagi dah happy kemaen. Tengoklah muka cuak masing-masing kejap lagi. Hahaha |
Perjalanan dari kaki ke puncak bukit ladang teh kira-kira
dalam 3km dengan laluan yg sangat merbahaya dan berliku. Masa melalui jalan
sempit ni muka dan hati masing-masing memang cuak habislah. Mana taknya,
sebelah lereng bukit dan sebelah lagi gaung. Ada sesetengah jalan hanya untuk laluan
sebuah kereta sahaja. Bila berselisih dgn kenderaan lain memang kena bertolak
ansur each other. Silap-silap boleh jatuh ke gaung dengan kereta-kereta kita!
Tengok papan tanda tu. Sempat lagi snap gambar masa kereta tgh berjalan. Huhu… |
Aktiviti menapak ke |
Berlatar belakangkan permandangan pohon teh yg menghijoo ^_^ |
Kak Ina dan Abg Daus. Macam pasangan pengantin baru pulak. Hihi |
Haa...ini barulah pasangan pengantin baruuu...(Ahaqqq! perasan) |
Subhanallah cantik sungguh alam ciptaan Allah. Rasa udara
100% segar dan nyaman je masa di sini. Untung betul org-org yg tinggal disini.
Hari-hari hirup udara segar. Tak macam kita di KL. Penuh dengan asap dan debu.
Uhuk! uhuk! (buat-buat
batuk menggambarkan betapa kotornya udara kita)
Hipotesis
Kandungan udara = O2(Oksigen) + N2(Nitrogen) + CO2(Karbondioksida) + Ar(Argon) + CO(karbon monoksida) dan gas-gas lain seperti Kr(Kripton), Ne(Neon), Xe(Xenon), He(Helium), Hi(Hidrogen) dan O,(Ozon)
Kandungan udara = O2(Oksigen) + N2(Nitrogen) + CO2(Karbondioksida) + Ar(Argon) + CO(karbon monoksida) dan gas-gas lain seperti Kr(Kripton), Ne(Neon), Xe(Xenon), He(Helium), Hi(Hidrogen) dan O,(Ozon)
(Haa...kan bila cikgu sains telah mengeluarkan hipotesisnya di blog.)
Kalau dah smpai dekat tempat cantik ni memang tak sahlah
kalau tak bergambar kan ?
Kalau boleh nak berphotoshoot bagai. Aktiviti di sini selain menghayati
keindahan ciptaan Allah s.w.t dan menghirup udara yg segar dan nyaman, adalah
aktiviti bergambar.
Bajet nak sandar-sandar pada pokok macam lagu ‘Sandarkan Pada Kenangan’ letewww. Huehue… |
Suami pula tak cukup-cukup ambik gambar aku dan family
sempat lagi ambik gambar perempuan lain. Amboiiiiiii kemaeeennn….
Entah macam mana gambar ni boleh terselit dekat henpon. Kalau tak silap Wan yg ambik. Dia kata ‘bahan bukti’ untuk kakak ipar. Hahahaha… |
Di Tea Boh Center ni terdapat mini shop atau pusat jualan produk Teh Boh. Harga teh yg dijual sama je dengan harga di kedai dan Giant depan rumah aku. Tapi kalau bajet-bajet nak beli sebagai buah tangan apa salahnye
Selain itu terdapat juga ruang legar ke kilang serta mini
studio yg menceritakan tentang sejarah teh dan kilang ini.
Mini shop atau pusat jualan Teh Boh. Saya bukanlah peminum teh yg tegar. So, kalau tak belipun tak rugi. Hihihi… |
Teh Boh. Ummpphh!!! ( tiru iklan dalam tv ^_^ ) |
Our family di ruang legar Teh Boh. |
Kemudian, kami melawat kilang Teh Boh yg terdapat
disitu. Kilang ni tak besar mana pun.
Nampak macam usang je. Tapi jangan tak percaya kilang yg kecil inilah tempat
penghasilan Teh Boh yg berkualiti tinggi sedap sehingga menjilat bibir uols. Ummppphh!!!
Ermm nak, promote habis…
Terpikir jugak dalam hati “Ni kilang ke setooorrrrr!!!”
Bhahaha…
Mesin pengisar teh (ini bukan yg sebenar. Pameran) |
Di hadapan kilang Teh Boh Sungai Palas. |
Setelah puas berjalan dan melawati kawasan sekitar kilang,
Kak Lisa ajak weols semua minum sambil santai-santai di café Teh Boh. Mungkin
semua dah sedia maklum, di sinilah tempat penggambaran cerita Ombak Rindu.
Adegan Lisa Surihani dan Aaron Aziz. Wittt Weee!!!
While waiting my tea. |
For your information, harga sechewan teh di sini adalah
RM3.40. Harga seteko tak pasti pula. Tapi kalau uols nak tambah air panas
RM2.00 untuk setiap teko.
Teh RM3.40 x 9 orang = RM30.60
Butter Biscuit RM5.90 x 2 = RM11.80
Cheese Bun RM5.80 x 2 = RM11.60
So Total = RM54.00
(Kak Lisa n Abg Farizal belanja. Hehe…)
Nak kata teh kat café ni sedap sangat tu takdelah pulak.
Sedap lagi teh kedai mamak kat bawah kan ?
Hahaha (mati
aku kalau Boh tau!)
Tapi for those yg nak try teh fresh dari ladang bolehlah
datang berkunjung dan menikmati teh di Café Boh ni…
Ummpphh!!! Pahit!
Rasakan, tambah susu dah gula banyak-banyak pun masih tak menepati piawaian
rasa teh yg sebenar. Haha…
Ni teruja tengok teh ke ape??? |
Kemudian, kami bergambar di anjung café pula. Ramai giler
makhluk tuhan. Sampai nak bergambar pun
terpaksa cari port di celah-celahan.
Ini |
Selepas minum, kami bergerak menuruni ladang teh ke tempat
parking kereta melalui ‘tea bush walk’ atau di lereng-lereng pohon teh yg
menghijau. Ya Allah! Sekali lagi terpesona mata tatkala melihat keindahan alam ciptaan
tuhan.
Saranghheee!!! (bajet Korea) |
Sekarang telah tiba di tempat parking kereta. Ekspedisi bukan baru bermula, tetapi telah tiba dipenghujungnya. |
Sekian lawatan kami ke Ladang The Boh Sungai Palas.
InshaAllah akan berkunjung ke sini lagi jika di beri kesempatan dan ruang.
Amin…
p/s : Selain teh, Cameron
Highland juga terkenal
dengan buah strawberri. Next entry saya akan update lawatan kami ke strawberry
farm pula. Tunggu ok…,
Last but not least…
Memory!!! |
Thanks for Reading
wah bestnye k.hanis...lg2 pg ngn insan tercyg....kire honeymoon lah tu..hiik..pnt kn daki ladang teh tu...tpi mmg berbaloi..super chantekk gle pemndangn kt ctu..weeee!!coming soon sy plk g saneee...hiiik
BalasPadamterima kasih tolong buat blog ni.akhirnya siap juga homework aku.hehehehe.....
BalasPadamHamboi...hehehe
PadamUr welcome :)